SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS7, BLOK J Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
PUSAT BANDARDAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR Laman Web : http://www.moe.gov.my
KP(BS) 8591/Jld.XVIII (7)
29 Oktober 2003
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 :
KUASA GURU MEROTAN MURID
Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama.
Kuasa merotan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang
disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di
bawah ORDINAN PELAJARAN 1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas
bahawa :
Peraturan 6 :
Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk
kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa
disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di
sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud
itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid
boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu:
2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan berharap kuasa yang diberikan itu
digunakan oleh pihak sekolah dengan mematuhi PERATURAN 5 di bawah ordinan yang
sama :
Peraturan 5 :
(1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah
mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa
sebagaimana perlu atau bermanfaat :
Dengan syarat bahawa –
(a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan
(b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang
ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian
dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa
nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah
perenggan (1) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh
pendaftar. Hukuman yang dikenakan hendaklah direkodkan dengan menyatakan
jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan
tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris binJohan, Unit ICT, BahagianSekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang
diberikan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian
daripada proses pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk
mendisiplinkan dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid.
Guru-guru yang merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk
memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya. Dalam konteks sekolah,
merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses mendidik terutamanya kepada mereka
yang tidak berdisiplin.
4. Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang
berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. Tindakan sedemikian
akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan negatif yang lebih besar terhadap
perkembangan keperibadian seorang murid. Bersama-sama surat ini disertakan contoh
Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan (Lampiran A) sebagai panduan.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan semua
sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris binJohan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
LAMPIRAN A
CONTOH
Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan
Nama Sekolah :
Alamat Sekolah :
Telefon & Faks Sekolah :
Rujukan Kami :
Tarikh :
Nama Guru :
No. Kad Pengenalan :
Tuan/Puan,
PENURUNAN KUASA MELAKSANAKAN HUKUMAN ROTAN
Merujuk perkara di atas, dengan ini saya menurunkan kuasa melaksanakan hukuman rotan
yang diperuntukkan kepada saya selaku Pengetua/Guru Besar sesuai dengna PERATURAN
6, PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah
ORDINAN PELAJARAN 1957 kepada Tuan/Puan mulai ........................ hingga .....................
2. Walau bagaimanapun Tuan/Puan diperingatkan agar dapat mematuhi PERATURAN
5(1)(b), PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah
ORDINAN PELAJARAN 1957 berhubung dengan syarat pelaksanaan hukuman rotan yang
dinyatakan seperti berikut :
Peraturan 5(1) (b)
hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang
ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian
dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa
nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
3. Adalah diharapkan hukuman rotan ini hanya dilaksanakan sebagai langkah terakhir
dalam usaha mengawal disiplin di kalangan murid-murid.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
................................................
(Nama Pengetua/Guru Besar)
(Nama Sekolah)
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris binJohan, Unit ICT, BahagianSekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
LAMPIRAN B
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS
KESALAHAN
BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN
1. * Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan
menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan)
2.
3.
** Kesalahan Sederhana
*** Kesalahan Ringan
Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan
ringan (maksima 3 kali sebatan)
Diberi Amaran dan sesi kaunseling
* KESALAHAN BERAT
1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang
benda yang memabukkan/mengkhayalkan.
2.
3.
4.
5.
6.
Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.
Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas
murid.
7.
8.
9.
Biadab terhadap guru/pengawas/murid.
Memeras ugut guru/pengawas/murid.
Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau
rakaman dan multimedia terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru/murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki/perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah/guru.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris binJohan, Unit ICT, BahagianSekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu
pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian.
27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan
masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak
sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala
(tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.
30. Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang menjalankan
tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
** KESALAHAN SEDERHANA
1.
2.
Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa
kebenaran.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.
Menconteng pada harta benda sekolah.
Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang
berlebihan pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
*** KESALAHAN RINGAN
1.
2.
3.
4.
Menyimpan misai, janggut atau jambang.
Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa
kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris binJohan, Unit ICT, BahagianSekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
6.
7.
8.
9.
Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
12. Makan dan minum di bilik darjah.
13. Melakukan pembaziran air/elektrik.
14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak
membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
16. Datang lewat ke sekolah.
17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelaslain.
19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
22. Mengganggu kawasan.
23. Mengganggu guru.
24. Lewat masuk kelas.
25. Mengotorkan kelas.
26. Tidak duduk setempat.
27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris binJohan, Unit ICT, BahagianSekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

More Related Content

What's hot

Prosedur gantung dan buang sekolah mengikut peraturan 4 dan 8 peraturan
Prosedur gantung dan buang sekolah mengikut peraturan 4 dan 8 peraturanProsedur gantung dan buang sekolah mengikut peraturan 4 dan 8 peraturan
Prosedur gantung dan buang sekolah mengikut peraturan 4 dan 8 peraturan
jamaludinomar
 
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari RayaKertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
Aidah Rabu
 
Surat permohonan menggunakan makmal komputer
Surat permohonan menggunakan makmal komputer Surat permohonan menggunakan makmal komputer
Surat permohonan menggunakan makmal komputer
ciedz
 
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan KhasPeruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Annis Salwa Tajudin
 
Surat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSurat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbang
SK Shah Alam
 
Assignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasiAssignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasi
Aishah Idris
 
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdfKBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
hada45
 

What's hot (20)

Prosedur gantung dan buang sekolah mengikut peraturan 4 dan 8 peraturan
Prosedur gantung dan buang sekolah mengikut peraturan 4 dan 8 peraturanProsedur gantung dan buang sekolah mengikut peraturan 4 dan 8 peraturan
Prosedur gantung dan buang sekolah mengikut peraturan 4 dan 8 peraturan
 
Perlembagaan pibg
Perlembagaan pibgPerlembagaan pibg
Perlembagaan pibg
 
OPPM UNIT KOKURIKULUM.docx
OPPM UNIT KOKURIKULUM.docxOPPM UNIT KOKURIKULUM.docx
OPPM UNIT KOKURIKULUM.docx
 
Penilaianku
PenilaiankuPenilaianku
Penilaianku
 
Surat kebenaran ibu bapa
Surat kebenaran ibu bapaSurat kebenaran ibu bapa
Surat kebenaran ibu bapa
 
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari RayaKertas Kerja Sambutan Hari Raya
Kertas Kerja Sambutan Hari Raya
 
Kertas kerja kejohanan olahraga tahun 2018
Kertas kerja kejohanan olahraga tahun 2018Kertas kerja kejohanan olahraga tahun 2018
Kertas kerja kejohanan olahraga tahun 2018
 
Surat permohonan menggunakan makmal komputer
Surat permohonan menggunakan makmal komputer Surat permohonan menggunakan makmal komputer
Surat permohonan menggunakan makmal komputer
 
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan KhasPeruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
Peruntukan Masa Bagi Pendidikan Khas
 
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
 
Surat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbangSurat penghargaan penyumbang
Surat penghargaan penyumbang
 
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
 
softcopy MENU & BMI RMT.docx
softcopy MENU & BMI RMT.docxsoftcopy MENU & BMI RMT.docx
softcopy MENU & BMI RMT.docx
 
Assignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasiAssignment pra 5.2009 organisasi
Assignment pra 5.2009 organisasi
 
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
 
Kertas kerja sukaneka
Kertas kerja sukanekaKertas kerja sukaneka
Kertas kerja sukaneka
 
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Antara Kelab dan Persatuan
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Antara Kelab dan PersatuanKertas Kerja Pertandingan Nyanyian Antara Kelab dan Persatuan
Kertas Kerja Pertandingan Nyanyian Antara Kelab dan Persatuan
 
Surat Jemputan PPD | Merentas Desa
Surat Jemputan PPD | Merentas DesaSurat Jemputan PPD | Merentas Desa
Surat Jemputan PPD | Merentas Desa
 
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdfKBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
 
Kertas Kerja mini sukaneka
Kertas Kerja mini sukaneka Kertas Kerja mini sukaneka
Kertas Kerja mini sukaneka
 

Similar to Surat penurunan kuasa merotan (contoh)

Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman
Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukumanPerlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman
Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman
illa2008z
 
Bully di sekolah adalah salah satu salah laku yang harus dielakkan di sekolah
Bully di sekolah adalah salah satu salah laku yang harus dielakkan di sekolahBully di sekolah adalah salah satu salah laku yang harus dielakkan di sekolah
Bully di sekolah adalah salah satu salah laku yang harus dielakkan di sekolah
Olivia Tarang
 
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptxSLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
mandina
 
Melindungi masa intruksioanal kokurikulum
Melindungi masa intruksioanal kokurikulumMelindungi masa intruksioanal kokurikulum
Melindungi masa intruksioanal kokurikulum
Samsudin Ahmad
 
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
 Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_ Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
Mohd Tahar Jusoh
 
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sek kpm
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sek kpmGaris panduan pengurusan pembukaan semula sek kpm
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sek kpm
UbkSktss
 
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)
ppdakpm
 

Similar to Surat penurunan kuasa merotan (contoh) (20)

Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman
Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukumanPerlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman
Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman
 
Bully di sekolah adalah salah satu salah laku yang harus dielakkan di sekolah
Bully di sekolah adalah salah satu salah laku yang harus dielakkan di sekolahBully di sekolah adalah salah satu salah laku yang harus dielakkan di sekolah
Bully di sekolah adalah salah satu salah laku yang harus dielakkan di sekolah
 
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptxSLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
 
hukuman rotan
hukuman rotanhukuman rotan
hukuman rotan
 
Melindungi masa intruksioanal kokurikulum
Melindungi masa intruksioanal kokurikulumMelindungi masa intruksioanal kokurikulum
Melindungi masa intruksioanal kokurikulum
 
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
 
Spi bil 1 1985
Spi bil 1 1985Spi bil 1 1985
Spi bil 1 1985
 
Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001
 
Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996
 
Slide Taklimat Intervensi Salah Laku Buli.pdf
Slide Taklimat Intervensi Salah Laku Buli.pdfSlide Taklimat Intervensi Salah Laku Buli.pdf
Slide Taklimat Intervensi Salah Laku Buli.pdf
 
Akta pendidikan pindahan 2002
Akta pendidikan pindahan 2002Akta pendidikan pindahan 2002
Akta pendidikan pindahan 2002
 
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
Perlantikan ketua penasihat dr muda 2019
 
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
 Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_ Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
 
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
 Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_ Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah 4 jun 2020_
 
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sek kpm
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sek kpmGaris panduan pengurusan pembukaan semula sek kpm
Garis panduan pengurusan pembukaan semula sek kpm
 
Pekeliling
PekelilingPekeliling
Pekeliling
 
Teks ucapan kpn
Teks ucapan kpnTeks ucapan kpn
Teks ucapan kpn
 
Mantap disiplin
Mantap disiplinMantap disiplin
Mantap disiplin
 
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 1 drpd 4)
 

Surat penurunan kuasa merotan (contoh)

  • 1. PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS7, BLOK J Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150 PUSAT BANDARDAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Laman Web : http://www.moe.gov.my KP(BS) 8591/Jld.XVIII (7) 29 Oktober 2003 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 : KUASA GURU MEROTAN MURID Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama. Kuasa merotan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas bahawa : Peraturan 6 : Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu: 2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan berharap kuasa yang diberikan itu digunakan oleh pihak sekolah dengan mematuhi PERATURAN 5 di bawah ordinan yang sama : Peraturan 5 : (1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat : Dengan syarat bahawa – (a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan (b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu. (2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah perenggan (1) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar. Hukuman yang dikenakan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris binJohan, Unit ICT, BahagianSekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 2. 3. Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang diberikan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk mendisiplinkan dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid. Guru-guru yang merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya. Dalam konteks sekolah, merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses mendidik terutamanya kepada mereka yang tidak berdisiplin. 4. Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan negatif yang lebih besar terhadap perkembangan keperibadian seorang murid. Bersama-sama surat ini disertakan contoh Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan (Lampiran A) sebagai panduan. 5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pelajaran Malaysia 2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia 4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia 9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia 10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia 11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris binJohan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 3. LAMPIRAN A CONTOH Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan Nama Sekolah : Alamat Sekolah : Telefon & Faks Sekolah : Rujukan Kami : Tarikh : Nama Guru : No. Kad Pengenalan : Tuan/Puan, PENURUNAN KUASA MELAKSANAKAN HUKUMAN ROTAN Merujuk perkara di atas, dengan ini saya menurunkan kuasa melaksanakan hukuman rotan yang diperuntukkan kepada saya selaku Pengetua/Guru Besar sesuai dengna PERATURAN 6, PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957 kepada Tuan/Puan mulai ........................ hingga ..................... 2. Walau bagaimanapun Tuan/Puan diperingatkan agar dapat mematuhi PERATURAN 5(1)(b), PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957 berhubung dengan syarat pelaksanaan hukuman rotan yang dinyatakan seperti berikut : Peraturan 5(1) (b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu. 3. Adalah diharapkan hukuman rotan ini hanya dilaksanakan sebagai langkah terakhir dalam usaha mengawal disiplin di kalangan murid-murid. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, ................................................ (Nama Pengetua/Guru Besar) (Nama Sekolah) Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris binJohan, Unit ICT, BahagianSekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 4. LAMPIRAN B JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN 1. * Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan) 2. 3. ** Kesalahan Sederhana *** Kesalahan Ringan Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan) Diberi Amaran dan sesi kaunseling * KESALAHAN BERAT 1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan/mengkhayalkan. 2. 3. 4. 5. 6. Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas murid. 7. 8. 9. Biadab terhadap guru/pengawas/murid. Memeras ugut guru/pengawas/murid. Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya. 10. Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman dan multimedia terlarang. 14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram. 15. Mencabul kehormatan guru/murid. 16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 17. Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan. 18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 19. Mengintai murid lelaki/perempuan. 20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. 21. Merosakkan harta benda sekolah/guru. 22. Membawa atau menggunakan bahan letupan. 23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris binJohan, Unit ICT, BahagianSekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 5. 24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 25. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia. 26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian. 27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia. 28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan. 30. Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang menjalankan tugas. 31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran. 32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 34. Melakukan hubungan yang dicurigai. 35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. ** KESALAHAN SEDERHANA 1. 2. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali. Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna. Menconteng pada harta benda sekolah. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga. 10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. *** KESALAHAN RINGAN 1. 2. 3. 4. Menyimpan misai, janggut atau jambang. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran. 5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris binJohan, Unit ICT, BahagianSekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 6. 6. 7. 8. 9. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas. 10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam. 11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran. 12. Makan dan minum di bilik darjah. 13. Melakukan pembaziran air/elektrik. 14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap. 15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain). 16. Datang lewat ke sekolah. 17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal. 18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelaslain. 19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. 20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran. 21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan. 22. Mengganggu kawasan. 23. Mengganggu guru. 24. Lewat masuk kelas. 25. Mengotorkan kelas. 26. Tidak duduk setempat. 27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris binJohan, Unit ICT, BahagianSekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia