SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
BUKU PANDUAN PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH
1.0 PENDAHULUAN
Perubahan dalam era pendidikan kini telah mewujudkan keperluan untuk mengenal
pasti kaedah, strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan kesedaran
terhadap keselamatan murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan suasana yang
selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menerbitkan modul dan manual konsep ‘Sekolah Selamat’ pada tahun 2002 sebagai
panduan pelaksanaan pengurusan menjadikan sekolah selamat. Berdasarkan panduan
ini, semua pihak telah disedarkan tentang peranan masing-masing dalam menentukan
aspek keselamatan.
Selaras dengan perkembangan isu-isu keselamatan yang melibatkan murid,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyemak semula konsep dan Manual Sekolah
Selamat bagi memenuhi keperluan keselamatan. Kementerian
Pelajaran Malaysia mengharapkan murid-murid serta warga sekolah akan sentiasa
berasa selamat seterusnya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses
pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti di sekolah. Iklim persekolahan yang
selamat dan kondusif akan meningkatkan keyakinan kendiri murid bagi membantu
pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah seterusnya dapat memberi
sumbangan secara positif kepada sekolah, masyarakat dan negara.
Bagi merealisasikan pelaksanaan operasi keselamatan di sekolah, segala usaha ke
arahnya harus dipikul bersama oleh semua pihak secara holistik.
2.0 RASIONAL
2.1 Keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama dalam membuat
pertimbangan pelaksanaan sesuatu aktiviti di dalam dan di luar sekolah.
2.2 Dewasa kini warga sekolah sering terdedah dengan risiko keselamatan dari aspek
fizikal, sosial dan emosi. Justeru itu, polisi dan panduan keselamatan yang berterusan
perlu diwujudkan di sekolah.
2.3 Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, dan
memerlukan sokongan serta bantuan semua pihak termasuk keluarga, agensi-agensi
kerajaan berkaitan, badan-badan bukan kerajaan dan komuniti.
3.0 MATLAMAT
Merealisasikan Sekolah Selamat berteraskan kepada amalan budaya selamat.
4.0 OBJEKTIF
Meningkatkan kefahaman, penghayatan dan amalan bahawa keselamatan hendaklah
dijadikan keutamaan dalam semua aktiviti pendidikan di sekolah
di mana;
4.1 Pengetua/Guru Besar memahami dan menghayati operasi keselamatan dalam
merangka serta melaksanakan tindakan untuk mewujudkan budaya sekolah selamat.
4.2 Guru memahami, menghayati serta membantu merancang, melaksana dan
memantau semua tindakan mewujudkan budaya selamat di sekolah, di samping
membimbing dan menasihat murid akan amalan selamat semasa di dalam dan di luar
kawasan sekolah.
4.3 Murid memahami, menghayati dan mengamalkan tatacara keselamatan di sekolah
di samping mengamalkan cara hidup selamat semasa di dalam dan di luar kawasan
sekolah secara berterusan.
5.0 KONSEP
Oleh kerana aspek keselamatan adalah merupakan aspek yang tidak boleh
dikompromi, maka buku ini selain daripada panduan kepada pihak sekolah, juga
adalah merupakan arahan yang perlu dilaksanakan. Sekolah Selamat hanya akan
wujud setelah setiap warganya mempunyai kesedaran, penghayatan seterusnya dapat
membudayakan amalan keselamatan di mana dapat melaksanakan setiap aktiviti
dalam keadaan selesa, tanpa gangguan, keraguan dan curiga, perasaan ketakutan,
perasaan terancam serta mempunyai kepercayaan sepenuhnya terhadap pihak
pengurusan sekolah. Sekolah yang selamat akan meningkatkan keyakinan,
kepercayaan dan jati diri murid seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik
dan pembangunan sahsiah diri mereka.
Kementerian Pelajaran telah menyediakan polisi keselamatan yang berupa Arahan
Keselamatan dari aspek Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid, Pengurusan
Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana, Pengurusan Keselamatan
Infrastruktur Sekolah,Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala
Sosial dan Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko untuk dilaksanakan
di semua sekolah.
6.0 TAFSIRAN
“Sekolah” dalam arahan ini bermaksud bangunan sekolah dan infrastruktur lain yang
termasuklah padang, gelanggang permainan serta kantin yang berada dalam
lingkungan kawasan sekolah.
“Warga Sekolah” dalam arahan ini bermaksud pihak berkepentingan di sekolah yang
termasuklah pengetua, guru besar, murid, staf sekolah dan ibu bapa.
“Arahan Keselamatan” dalam buku ini bermaksud peraturan dan prosedur yang
hendaklah dipatuhi bagi memastikan aspek keselamatan di sekolah dilaksanakan
dengan berkesan.
“Sekolah Selamat” bermaksud warga sekolah berada dalam keadaan selamat, terjamin
keselamatan dan tanpa gangguan daripada sebarang elemen pengaruh dan ancaman.
7.0 ELEMEN PERANCANGAN SEKOLAH SELAMAT
Elemen-elemen bagi menjamin pelaksanaan Sekolah Selamat adalah seperti berikut;
7.1 Perundangan dan peraturan.
7.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
7.3 Penglibatan warga sekolah.
7.4 Perancangan aktiviti.
7.5 Latar belakang warga sekolah.
7.6 Pembangunan staf.
7.7 Kawalan keselamatan sekolah.
7.8 Kepimpinan murid.
7.9 Perkhidmatan kesihatan sekolah.
7.10 Penilaian dan pemantauan.
7.11 Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni.
7.12 Perkongsian bijak dengan agensi luar.
7.13 Kesedaran komuniti.
7.14 Khidmat masyarakat.
7.15 Kesedaran sosial dan budaya.
8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan dapat dijayakan dengan teratur dan
rapi serta mencapai objektifnya, maka tindakan secara holistik di peringkat sekolah
perlu diambil dengan mewujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa
Keselamatan Sekolah.
Contoh :Program Sahsiah dan Disiplin Murid Peringkat Sekolah 2005
PROGRAM
UTAMA:
ISU/CABARAN: STRATEGI:
Peningkatan
Kualiti
Kepimpinan serta
Pengurusan
Sahsiah dan
Disiplin Murid.
1. Mewujudkan
penyelarasan
maklumat/pekeliling/surat
siaran serta tindakan yang
perlu diambil di semua
peringkat.
2. Meningkatkan moral Guru
Disiplin di sekolah.
3. Kurang pendedahan dan
latihan kepada
pengetua/guru besar/PK
HEM/guru disiplin di
sekolah khususnya yang
baru dilantik.
4. Andaian penyelesaian
disiplin adalah hanya guru
disiplin.
1. Menyelaras pengurusan
dokumen berkaitan antara
JPN, PPD dan sekolah.
2. Melaksana kursus dan
latihan yang sesuai dan
diperlukan oleh guru disiplin;
3. Memantapkan struktur
organisasi J/kuasa Disiplin
Murid di semua peringkat
(sekolah, PPD dan JPN).
Pemantapan
Pengurusan
Sahsiah dan
Disiplin Murid di
Sekolah.
1. Kawalan disiplin murid di
sekolah yang tidak cekap
dan berkesan.
2. Organisasi J/kuasa
disiplin yang longgar.
3. Ketakkuran tatacara
tindakan dan pelaporan kes
mengikut kaedah 1:3:7 di
semua peringkat (sekolah,
PPD dan JPN).
1. Penubuhan “Task Force
Disiplin Murid” peringkat
sekolah, PPD dan JPN.
2. Membantu sekolah-
sekolah yang menghadapi
masalah disiplin.
3. Mewujudkan saluran
aduan disiplin untuk murid di
semua sekolah.
4. Memantapkan penyediaan
Buku Peraturan Sekolah
yang difahami dan boleh
dipatuhi warganya.
Pelaksanaan
Program Sekolah
Selamat.
1. Manual Keselamatan
yang terlalu banyak
sehingga sukar pihak
sekolah menentukan
pelaksanaannya.
2. Sesetengah
pelaksanaannya bertindan
lapis denga program yang
lain.
Semua sekolah dikehendaki
menyedia dan melaksanakan
sekurang-kurangnya 5
Manual Keselamatan yang
utama;
1. Manual keselamatan pergi
dan balik sekolah.
2. Manual keselamatan
fizikal sekolah.
3. Manual keselamatan
aktiviti kokurikulum/sukan.
4. Manual keselamatan
mengatasi masalah
ponteng/disiplin.
5. Manual keselamatan
intergrasi dan perpaduan.
Menggerakkan
pelaksanaannya lebih
kepada kaedah “School
Base”.
Penjanaan
Semangat
Patriotisme.
1. Mengenalpasti kaedah
pelaksanaan yang lebih
menyeluruh, mantap dan
berkesan.
2. Pelaksanaan program
yang tidak berterusan.
1. Menyediakan kaedah yang
sesuai dan dapat
dilaksanakan di semua
sekolah.
2. Menggerakkan
pelaksanaannya lebih
kepada kaedah “School
Base”.
Pembudayaan
Adab Murid (Nilai
Murni).
1. Masalah mendefinisikan
disiplin murid yang lebih
kepada hukuman dan
dendaan.
2. Ia adalah kemahiran dan
perlu diajar secara
berterusan.
3. Ia ada kaitan dengan
RUKUN NEGARA yang
kelima yang jarang diberi
perhatian.
Program ini perlu
dilaksanakan sepanjang
tahun di sekolah yang
melibatkan semua murid.
Adab yang perlu diberi
perhatian adalah;
1. Adab semasa belajar di
bilik darjah.
2. Adab semasa
perhimpunan.
3. Adab semasa berhubung
sesama manusia.
4. Adab semasa berhubung
dengan alam sekitar.
5. Adab kepada guru.
6. Adab kepada ibubapa.
7. Adab sesama rakan.
8. Adab semasa
permainan/aktiviti.
9. Adab semasa bersama
masyarakat.
10. Adab kepada pemimpin.
Program Pembudayaan
Adab perlu dilaksanakan
secara berterusan di
peringkat sekolah.
Peningkatan
Konsep Kendiri
dan Jati Diri Murid.
1. Kita perlu menyediakan
murid yang bersedia
memasuki era globalisasi.
1. Imput aktiviti yang sesuai
adalah;
a. Keupayaan bersaing
2. Rendahnya Konsep
Kendiri dan hilang Jati Diri
boleh menyebabkan murid
mudah terpengaruh dengan
aktiviti-aktiviti tidak sihat
atau liar.
secara sihat.
b. Tradisi keilmuan.
c. Asal usul dan resam tradisi.
d. Rupa Bangsa Malaysia.
2. Mengintergrasikan unsur
pembinaan konsep kendiri
dalam semua
aktiviti/program
3. Memantapkan tahap
keupayaan berkomunikasi
secara berkesan (personal
dan interpersonal).
4. “School Base” program.
Program
Pencegahan
Perbuatan Salah
Laku Berat Murid.
1. Masih ada lagi kes-kes
salah laku berat berlaku di
sekolah yang mana kes-kes
tersebut tidak sepatutnya
dilakukan oleh seseorang
murid.
2. Masih ada sekolah tidak
berupaya mengendalikan
kes-kes salah laku yang
berat.
3. Meletakkan sebab
musabab kepada pihak lain
dalam menyatakan kes-kes
salah laku berat.
1. Penumpuan program
pendidikan/aktiviti
pencegahan adalah kepada
9 jenis salah laku berat iaitu;
i. Pergaduhan.
ii. Vandalism.
iii. Gengsterism/Buli.
iv. Salahlaku seks.
v. Ponteng sekolah.
vi. Merokok.
vii. Membawa bahan lucah.
viii. Membawa senjata
merbahaya.
ix. Peras ugut.
2. Membuat penyelarasan
tindakan dan maklumat
bersama agensi lain serta
ibu bapa.
3. Memberi khidmat nasihat
dan latihan kepada pihak
sekolah tentang tatacara
menangani masalah kes
salah laku berat.
Pemantapan
Sistem Salahlaku
Disiplin Murid
(SSDM).
1. Sering menimbulkan
kerumitan kepada pihak
KPM dalam menyediakan
sesuatu dasar kerana
ketiadaan data atau data
tidak lengkap serta tidak
kemas kini.
2. Sekolah tidak dapat
mematuhi target yang
1. Edaran surat peringatan
tentang penghantaran data
ke pusat pengumpulan data
dengan menyatakan tarikh-
tarikh penghantaran di awal
sesi persekolahan.
2. Taklimat “hands-on”
pengendalian system data
yang berkaitan.
ditetapkan dalam
penghantaran data.
3. Ketidakfahaman semua
peringkat terhadapt
kepentingan data lantas
mengambil sikap tidak
acuh.
4. Terdapat kelemahan
dalam penyediaan serta
perumusan data.
3. Pengumpulan,
penyemakan dan kenalpasti
sekolah yang gagal
mematuhi tempoh
penghantaran data.
4. Mengambil tindakan
susulan kepada sekolah
yang gagal dalam
penghantaran data.
5. Pengurusan pengumpulan
data dibuat secara berkala;
a. SSDM – 3 kali setahun.
b. Data Kes Salah Laku Berat.
c. Data pembuangan dan
gantung sekolah.
d. Data penglibatan murid
Sekolah Selamat
1. Pendahuluan
Mutakhir ini media massa kita sering membuat liputan tentang keselamatan
sekolah yang agak longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan
seolah-olah kurang selamat dan kurang menyakinkan orang ramai. Namun realitinya
bukanlah semua sekolah berkeadaan begitu kerana masih banyak lagi sekolah di
negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara efektif.
Walau bagaimanapun kita memangnya sedar tentang wujudnya sebilangan
murid sekolah yang berlatarbelakangkan daripada keluarga bermasalah. Kita
juga menyedari faktor-faktor yang negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah
yang mampu mempengaruhi watak dan perilaku yang kurang sihat seseorang murid
sehingga mencorakkan suasana sekolah yang tidak selamat.
Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini telah mewujudkan keperluan mengenal
pasti kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan
dan kejayaan murid serta guru. Pihak keluarga, sekolah dan komuniti harus
bertanggungjawab untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat.
Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, maka
segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus
dipikul bersama oleh semua pihak. Mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak
kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan-
peraturan, latihan-latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan
mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif di kalangan murid.
Manakala di rumah, amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada
segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks
masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan adalah merupakan suatu manifestasi
bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati diri yang
cemerlang.
2. Matlamat
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan
sokongan keluarga dan komuniti setempat.
3. Objektif
i. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu
keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
ii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan
dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
iii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
iv. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
v. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
vi. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
vii. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
viii. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga
sekolah.
ix. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada
sekolah.
4. Rasional
i. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama
pertimbangan.
ii. Warga sekolahdewasa ini terdedah dengan isu-isukeselamatanfizikal, sosial, emosi dan
teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
iii. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan
institusi pendidikan dari segi keselamatan.
iv. Keupayaansekolahdalam menangani isu-isukeselamatanamat terbatas, tanpa sokongan
keluarga dan komuniti.
5. Definisi
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di
mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana
pihak samaada dari dalam mahupun dari luar.
6. ElemenPerancangan Sekolah Selamat
Apabila sesuatu perancangan hendak dibuat mengenai pelaksanaan Sekolah Selamat
elemen-elemen seperti di bawah harus diambil kira dan diteliti terlebih
dahulu.Pengubahsuaian elemen-elemen yang dicadangkan mengikut keadaan
setempat akan menjamin pelaksanaan konsep Sekolah Selamat ini dengan lebih
berkesan.
i. Kesedaran awam atau komuniti.
ii. Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan
kokurikulum.
iii. Peraturan sekolah.
iv. Pengurusan bencana alam dan kecemasan.
v. Kehadiran warga sekolah.
vi. Membasmi ponteng.
vii. Pencegahan dadah, rokok dan arak.
viii. Perkongsian bijak dengan agensi luar.
ix. Kesedaran sosial dan budaya.
x. Kepimpinan murid.
xi. Penglibatan keluarga dan komuniti.
xii. Program khas bersama komuniti.
xiii. Pencegahan jenayah melalui pelan reka bentuk bangunan sekolah yang selamat.
xiv. Aktiviti kokurikulum dan rekreasi.
xv. Perkongsian bijak dengan pihak berkuasa tempatan.
xvi. Mengenal pasti latar belakang warga sekolah.
xvii. Pembangunan staf.
xviii. Kawalan keselamatan sekolah.
xix. Khidmat kemasyarakatan.
xx. Perkongsian bijak bersama korporat.
xxi. Perkongsian bijak dengan media.
xxii. Perkhidmatan kesihatan sekolah.
xxiii. Pengangkutan.
xxiv. Perundangan.
xxv. Penilaian dan pemantauan.
7. Perancangan
Perancangan bagi mewujudkan Sekolah Selamat akan memberi peluang dan ruang
kepada sekolah dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca strategi untuk
mengatasi isu keselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat,
sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang
keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan
bukan kerajaan.
7.1 Cadangan Keahlian Jawatankuasa
Pengerusi : Pengetua/Guru Besar
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha : KaunselorSekolah/Guru Bimbingan
Ahli-ahli : Wakil ibu bapa
Wakil guru
Wakil murid
Polis
JKKK/Rukun Tetangga
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Majlis Juvana
Wakil Persatuan Belia
Wakil Pejabat Kesihatan Daerah/ Klinik Kesihatan
Bomba
Penghulu/Ketua Kampung
Majlis Perbandaran/Daerah
NGO yang releven
Individu yang boleh menyumbang
7.2 Fungsi Jawatankuasa Sekolah Selamat
 Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah
 Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain (Komuniti, Keluarga)
 Mempromosi secara aktif kod dan etika kepada semua warga sekolah dan komuniti
setempat
 Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur
keselamatan yang ada
 Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak akan isu Sekolah Selamat
 Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah
Selamat dari semasa ke semasa
7.3 Peranan
Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing bagi
merealisasikan Polisi Sekolah Selamat. Contoh peranan yang boleh dilakukan adalah
seperti berikut :-
7.3.1 Peranan Sekolah:
i. Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat.
ii. Menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada semua
warga sekolah dan ibu bapa/penjaga.
iii. Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas.
iv. Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yang
memerlukan.
v. Membantu mewujudkan jawatankuasa disiplin di kawasan setempat.
vi. Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan.
vii. Mewujudkan pelan pengurusan krisis.
viii. Mengenal amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya.
ix. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
x. Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
xi. Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan.
xii. Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan.
7.3.2 Peranan Komuniti :
i. Melibatkan semua ketua masyarakat dalam proses menjadikan sekolah tempat yang
selamat selamat.
ii. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah.
iii. Memberi sumbangan material, idea dan kepakaran dalam perkhidmatan mengawal
keselamatan sekolah.
iv. Menerapkan nilai-nilai kerohanian oleh pemimpin agama.
v. Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan
keselamatan.
vi. Membantu bagaimana mengenal dan menyelesaikan masalah.
vii. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sekolah.
viii. Menyatakan had-had tingkah laku yang dikehendaki oleh komuniti.
ix. Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah.
x. Merapatkan jurang golongan muda dengan warga tua.
7.3.3 Peranan Keluarga
i. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah.
ii. Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti.
iii. Memperkukuh nilai-nilai agama/moral kepada anak-anak.
iv. Kerap berkomunikasi dengan anak-anak.
v. Mengenali rakan anak -anak.
vi. Bekerjasama dengan ibu bapa lain.
vii. Menjadi ahli dalam pertubuhan yang boleh membantu membanteras isu-isu
keselamatan.
viii. Mendidik anak-anak bagaimana menjaga keselamatan diri.
8. Harapan dan Tanggungjawab Sekolah Selamat
8.1 Harapan
i. Bebas daripada sebarang gangguan sama ada dalam bentuk tutur kata atau fizikal.
ii. Keselamatan harta benda terjamin.
iii. Orang lain bersikap positif terhadap kebolehannya.
iv. Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas.
v. Tidak dipandang rendah disebabkan oleh keturunan, agama, latar belakang
sosioekonomi dan jantina.
vi. Dilayan secara adil dan saksama.
vii. Dihormati dan dihargai.
viii. Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit.
8.2 Tanggungjawab
Di Sekolah Selamat seseorang itu seharusnya
i. Bebas daripada sentimen perkauman dan diskriminasi jantina.
ii. Bersikap positif terhadap orang lain.
iii. Menghargai perbezaan yang wujud.
iv. Bersikap dan bertindak adil.
v. Memberi kerjasama dan bantu membantu.
vi. Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.
vii. Elakkan sebarang kejadian kekerasan, sentimen perkauman dan perbuatan
sumbang tanpa dihalang.
viii. Datang ke sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas.
ix. Jangan mendera fizikal, mental dan emosi.
x. Melaporkan setiap kes.
9. Tatacara Pengurusan Polisi Sekolah Selamat
Berikut adalah prinsip-prinsip dan tatacara untuk menangani sebarang isu keselamatan
9.1. Prinsip
i. Setiap aduan hendaklah diambil perhatian serius.
ii. Setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta merta.
iii. Perasaan setiap orang yang terlibat harus diambil kira.
iv. Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan
tidak ada pihak yang teraniaya.
v. Sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak belum berdamai dan
diterima semula oleh warga sekolah.
vi. Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk.
vii. Tatacara seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat.
9.2 Tatacara Membuat Aduan
Sesiapa yang ingin membuat aduan, dia atau ibu bapa/penjaga atau wakil boleh
memilih satu atau beberapa tatacara berikut :-
i. Berbincang terus dengan pihak yang terlibat.
ii. Dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai contohnya kaunselor.
iii. Berjumpa dengan Pengetua/Guru Besar atau wakilnya untuk memastikan aduan itu
disiasat. Jika aduan itu terbukti, hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan
kepada pengadu.
10. Penutup
Apabila jenayah, dadah dan keganasan di luar sekolah mula menular ke dalam sekolah
maka tugas menyediakan persekitaran yang selamat untuk pembelajaran menjadi
bertambah sukar. Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian Pendidikan Malaysia
agar semua pihak menyambut baik konsep Sekolah Selamat untuk dilaksanakan di
semua sekolah di seluruh negara agar institusi pendidikan di Malaysia dapat berfungsi
sebagai tempat mendidik serta menimba ilmu tanpa gangguan fizikal, mental dan
emosi.
Seterusnya masalah-masalah seperti merasa tidak selamat, takut, bimbang, risau, takut
membuat aduan, terancam, dibuli, tertekan, tidak menyeronokkan, tidak selesa, benci,
melarikan diri dari alam persekolahan dan sebagainya yang selama ini menghantui
perasaan dan pemikiran sebilangan warga sekolah, ibu bapa serta penjaga dan
masyarakat seharusnya dapat dicegah dan ditangani. Sekiranya kita tidak merancang
dan berusaha untuk membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan,
bermakna kita telah mengabaikan tanggungjawab untuk melahirkan iklim sekolah yang
tidak kondusif
D. PENGURUSAN KESELAMATAN
DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL -
ARAHAN KESELAMATANMURID
1.0. Definisi.
Gejala sosial dalam konteks sekolah bermaksud tanda-tanda akan terjadinya sesuatu keburukan segala yang
berkaitan tatakelakuan di kalangan murid. Kementerian Pelajaran amat prihatin dengan gejala ini. Di antara isu
gejala sosial dalam kalangan murid termasuklah buli dan pelacoan, keharmonian kaum, gangguan seksual dan
gangguan emosi .
2.0. Matlamat.
Sekolah dapat menangani dan mengurangkan kes -kes gejala sosial serta dapat mendidik tingkahlaku yang baik
dalam kalangan warga sekolah.
3.0. Objektif.
1.1 Memastikan sekolah membuat tindakan yang betul dan tepat dalam menangani kes gejala sosial.
1.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam menangani kes gejala sosial yang berlaku dalam kalangan
warga sekolah.
Murid dapat menyalurkan maklumat mengikut saluran yang betul.
Mendidik murid agar menghormati hak orang lain.
Memastikan semua tindakan mengikut prinsip keadilan.
Arahan Keselamatan Menangani Gejala Sosial.
2.1 Sekolah hendaklah sentiasa memberi peringatan dan maklumat berkaitan perlakuan gejala sosial dalam kalangan
murid serta tindakan yang dikenakan kepada pihak terlibat.
2.2 Sekolah hendaklah sentiasa menasihatkan semua murid agar sentiasa bergerak dalam kumpulan di mana -mana
lokasi di dalam dan di luar sekolah.
2.3 Sekolah hendaklah memastikan tiada unsur-unsur buli dan gengsterisme berlaku dalam kalangan murid.
2.4 Sekolah hendaklah memastikan setiap lokasi di sekolah berada dalam kawalan dan tidak menjadi tempatberpontensi
berlakunya gejala sosial.
2.5 Sekolah hendaklah memastikan warganya sentiasa peka dan prihatin terhadap perlakuan gejala sosial dalam
kalangan murid.
2.6 Sekolah hendaklah mengenal pasti bentuk gangguan emosi yang dihadapi murid berkenaan dan memberikan segala
khidmat bantuan yang diperlukan.
2.7 Sekolah hendaklah memastikan murid yang berisiko dikenal pasti untuk diambil tindakan.
2.8 Sekolah hendaklah memastikan setiap warganya diberi ruang dan peluang untuk membuat aduan dan mendapatkan
pengadilan.
2.9 Sekolah hendaklah sentiasa peka dengan sebarang maklumat gejala sosial yang melibatkan murid.
Sekolah hendaklah menyediakan peti aduan di sekolah.
2.11 Sekolah hendaklah menjalankan program pencegahan gejala sosial kepada murid.
2.12 Sekolah hendaklah menjalankan program intervensi dan pemulihan kepada murid-murid yang terlibat.
2.13 Sekolah hendaklah menjalankan pemantauan secara berkala terhadap perlakuan gejala sosial dalam kalangan murid.
2.14 Sekolah hendaklah merekodkan salahlaku murid secara sistematik menerusi Sistem Salahlaku Disiplin Murid ( SSDM
atau e-Disiplin ).
Arahan Keselamatan Keharmonian Kaum Di Sekolah
3.1 Sekolah hendaklah memastikan tidak wujud unsur-unsur yang boleh menimbulkan rasa salah faham antara kaum
dalam kalangan murid dan warga sekolah.
3.2 Sekolah hendaklah mengadakan program kefahaman silang budaya dalam kalangan murid dan warga sekolah (
Program RIMUP).
3.3 Sekolah hendaklah sentiasa mengkaji dan menilai program-program yang berbentuk perpaduan kaum dan membuat
penambahbaikan dari semasa ke semasa.
3.4 Sekolah hendaklah membuattindakan serta merta dalam menyelesaikan perselisihan antara kaum dalam kalangan
murid dan warga sekolah.
3.5 Sekolah hendaklah memastikan program-program dan aktiviti yang dilaksana di sekolah mematuhi garis panduan dan
prinsip-prinsip integrasi dan perpaduan nasional.
3.6 Sebarang pertikaian atau permasalahan yang boleh mencetuskan hubungan antara kaum dalam kalangan warga
sekolah perlu ditangani secara bijaksana, adil dan profesional serta boleh melibatkan pihak-pihak berkuasa yang
berkaitan termasuk PIBG.
C. PENGURUSANKESELAMATAN
INFRASTRUKTUR SEKOLAH -ARAHAN
KESELAMATANMURID
Definisi
Infrastruktur sekolah boleh menjadi ancaman keselamatan sekiranya tidak diurus dengan baik.Pengurusan aspek ini
memerlukan pemantauan dan pemeriksaan rapi secara berterusan agar kawasan sekolah menjadi tempat yang
selamatdengan suasana persekitaran yang kondusifuntuk menjamin keselamatan warganya.Aspek ini termasuklah
pemantauan dan penyelenggaraan fizikal bangunan sekolah,pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip -
paip gas, perparitan dan sistem pembentungan, lanskap sekolah, tandas, bilik darjah, bilik-bilik khas, asrama,
gelanggang permainan dan persekitaran dalam kawasan sekolah.
2.0. Matlamat
Memastikan semua prasarana yang terdapat di sekolah selamat digunakan oleh warganya.
3.0 Objektif
3.1 Menjadikan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga sekolah.
3.2 Memastikan semua prasarana dan peralatan di sekolah berada dalam keadaan selamat untuk diguna.
4.0 Arahan Keselamatan Fizikal Dan Bangunan Sekolah
4.1 Sekolah hendaklah membuatpemantauan secara berkala fizikal sekolah termasuklah pendawaian/peralatan elektrik
dan struktur bangunan mengikut piawaian JKR.
4.2 Sekolah hendaklah merekod segala tindakan pemantauan, penyelenggaraan dan laporan termasuklah berkaitan
struktur fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip -paip gas, sistem
pembentungan dan sistem perparitan.
4.3 Sekolah hendaklah mengenalpasti dan membuat laporan tentang sebarang kerosakan termasuklah pada struktur
fizikal bangunan sekolah,pendawaian dan peralatan elektrik,retikulasi air,paip-paip gas,sistem pembentungan dan
sistem perparitan yang berlaku kepada PPD/JPN.
4.4 Sekolah hendaklah meletakkan tanda larangan di tempat-tempat merbahaya dan tidak selamat.
4.5 Sekolah hendaklah memastikan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
4.6 Sekolah hendaklah memastikan arahan-arahan penggunaan prasarana di sekolah dipatuhi oleh warga sekolah.
4.7 Sekolah hendaklah memastikan Pelan Laluan Kecemasan dipamerkan di semua bilik dan tempat yang mudah dilihat.
4.8 Sekolah hendaklah memastikan sistem pencahayaan mencukupi dalam kawasan sekolah.
5.0 Arahan Keselamatan Berkaitan Penggunaan Tandas
5.1. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan yang dipamerkan menerusi papan tanda yang ada
di tandas.
5.2. Sekolah hendaklah memastikan murid tidak memasuki tandas jika terdapat orang luar yang mencurigakan/ tidak
dikenali di dalam atau di luar tandas.
5.3. Sekolah hendaklah memastikan murid perempuan berteman,manakala murid lelaki berteman jika situasi memerlukan
ketika hendak ke tandas.
5.4 Semua murid hendaklah diperingatkan dari semasa ke semasa tentang sebarang peraturan dan kebersihan
penggunaan tandas di sekolah.
6.0. Arahan KeselamatanPenggunaan Kantin
6.1. Sekolah hendaklah memastikan murid tidak berada di kantin semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung.
6.2 Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah semasa
berada di kantin.
6.3 Sekolah hendaklah menjadualkan guru dan pengawas bertugas ketika waktu rehat di kantin.
7.0. Arahan Keselamatan Penggunaan Makmal, Bengkel, Padang, Setor Sukan Dan Gelanggang
7.1 Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan keluar masuk serta penggunaan makmal, bengkel,
padang, setor sukan dan
gelanggang sebagaimana yang telah ditetapkan.
7.2. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan cara menggunakan perkakasan/peralatan/bahan
kimia di makmal dan bengkel.
7.3. Sekolah hendaklah memastikan guru sentiasa berada bersama murid semasa mereka berada di
makmal/bengkel/padang/setor sukan serta gelanggang permainan.
7.4. Sekolah hendaklah memastikan murid menggunakan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti di makmal /
bengkel/ padang serta gelanggang.
7.5. Sekolah hendaklah memastikan sekiranya berlaku kecemasan / kecederaan – perlu memaklumkan segera kepada
PPD/JPN.
8.0. Arahan Keselamatan Penggunaan Gymnisium/Kolam Renang
8.1. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan keluar masuk serta penggunaan gymnisium dan
kolam renang sebagaimana yang telah ditetapkan.
8.2. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan cara menggunakan perkakasan/peralatan di
gymnisium dan kolam renang.
8.3. Sekolah hendaklah memastikan guru sentiasa berada bersama murid semasa mereka menjalani latihan di
gymnisium dan kolam renang.
8.4. Sekolah hendaklah memastikan murid menggunakan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti di
gymnisium dan kolam renang.
8.5. Sekolah hendaklah mengambil tindakan segera sekiranya berlaku kecemasan dan kecederaan.
8.6. Sekolah hendaklah menyediakan laporan lengkap sebarang kes kecederaan kepada pihak PPD/JPN.
8.7. Sekolah hendaklah meletakkan notis arahan bahawa kawasan gymnisium dan kolam renang
sebagai kawasan larangan jika aktiviti yang dijalankan tanpa guru atau jurulatih bertauliah khususnya aktiviti di luar
jadual yang ditetapkan.
B. PENGURUSAN KESELAMATAN
MENGHADAPI KRISIS DAN BENCANA-
ARAHAN KESELAMATANMURID
1.0 Definisi
Keselamatan murid dalam menghadapi risiko kemalangan akibat daripada bencana memerlukan perhatian serius
kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda sekiranya semua pihak tidak peka
dan akur kepada peraturan keselamatan. Kesiapsiagaan pihak sekolah adalah menjadi satu kemestian dalam
menghadapi sebarang risiko bencana. Dalam arahan ini, Krisis dan Bencana termasuklah kejadian banjir,
kebakaran,tanah runtuh, gempa bumi,jerebu,tsunami atau sebarang bahaya serta kecelakaan yang boleh menimpa
warga sekolah.
2.0 Matlamat
Sekolah sentiasa mempunyai keupayaan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang risiko akibat sesuatu
bencana.
3.0 Objektif
3.1 Pihak sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang krisis dan bencana.
3.2 Mengurangkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda jika berlaku sebarang bencana.
3.3 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi bencana dan musibah di kalangan warga sekolah.
4.0. Arahan Keselamatan Berkaitan Kebakaran.
4.1. Sebelum.
4.1.1. Sekolah hendaklah mengadakan ceramah dan latihan kebakaran yang teratur terhadap semua warga sekolah.
4.1.2. Sekolah hendaklah melakukan pemeriksaan berkala terhadap sistem pendawaian elektrik dan alat pemadam api.
4.1.3. Sekolah hendaklah memastikan semua peralatan atau bahan yang menggunakan sumber yang boleh menyebabkan
kebakaran diselia, diselenggara dan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
4.1.4. Sekolah hendaklah menyediakan pelan laluan kecemasan dan pelan kontigensi ketika menghadapi kebakaran.
4.1.5. Sekolah hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat pencegahan kebakaran daripada pihak
berkuasa yang berkenaan seperti bomba.
4.1.6. Sekolah hendaklah memastikan tatacara keselamatan berkaitan kebakaran dipamerkan di tempat-tempat yang
strategik.
4.1.7. Sekolah hendaklah mempamerkan nombor talian bantuan kecemasan di papan kenyataan sekolah.
4.2. Semasa.
4.2.1 Sekolah hendaklah memastikan warganya tidak cemas sekiranya ada tanda-tanda kebakaran yang dilaporkan.
4.2.2 Sekolah hendaklah memastikan semua warganya meninggalkan tempat masing-masing apabila penggera seperti
loceng kecemasan berbunyi.
4.2.3 Sekolah hendaklah memastikan semua warganya mematuhi laluan-laluan kecemasan dan tempat-tempatberkumpul
seperti yang telah ditetapkan.
4.2.4 Sekolah hendaklah memeriksa dan memastikan jumlah warganya mencukupi seperti rekod kehadiran hari tersebut.
4.2.5 Sekolah hendaklah segera menghubungi bomba bagi membantu mengawal kebakaran.
4.2.6 Sekiranya ada sebarang kecederaan, bantuan kecemasan awal hendaklah diberikan segera dengan menghantar
mangsa ke hospital/klinik yang berdekatan.
4.3 Selepas
4.3.1 Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah tidak menghampiri kawasan bekas kebakaran bagi mengelak
sebarang kejadian tidak diingini dan kemusnahan barang bukti.
4.3.2 Sekolah hendaklah menguruskan urusan insuran jika berkenaan.
4.3.3 Sekolah hendaklah menghubungi ibu bapa/penjaga murid sekiranya ada murid menjadi mangsa kebakaran.
4.3.4 Sekolah hendaklah segera membuat laporan polis tentang kebakaran yang berlaku.
4.3.5 Sekolah hendaklah membuat laporan awal berkaitan kejadian dan dihantar kepada PPD/JPN.
4.3.6 Sekolah hendaklah mendapatkan laporan pihak berkaitan punca-punca kebakaran dan menyediakan laporan secara
keseluruhan untuk dihantar kepada PPD/JPN.
4.3.7 Sekolah hendaklah memastikan kawasan kebakaran dibersihkan setelah siasatan selesai.
5.0. Arahan Keselamatan Berkaitan Banjir.
5.1. Sebelum.
5.1.1. Sekolah hendaklah mendapatkan maklumat berkaitan keadaan cuaca semasa dan memaklumkan kepada
warga sekolah yang tinggal di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir.
5.1.2. Sekolah hendaklah menyediakan pelan tindakan dan pelan kontigensi menghadapi bencana banjir.
5.1.3. Sekolah hendaklah mengenal pasti laluan alternatif yang selamat ke sekolah ketika berlaku banjir.
5.1.4. Sekolah hendaklah memastikan sistem saliran dan perparitan di sekolah sentiasa dalam keadaan baik.
5.1.5. Sekolah hendaklah menyediakan bantuan dan kemudahan kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan
awam.
5.1.6. Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah mengetahui nombor-nombor talian kecemasan untuk
dihubungi apabila berlaku banjir.
5.1.7. Sekolah hendaklah mempunyai bekalan jaket keselamatan yang mencukupi.
5.1.8. Sekolah hendaklah memastikan semua dokumen penting disimpan di tempat yang selamat.
5.1.9. Sekolah hendaklah mempunyai peralatan bantuan kecemasan.
5.1.10. Sekolah hendaklah memastikan arahan pihak berkuasa dipatuhi pada setiap masa.
5.2 Semasa
5.2.1 Pihak sekolah hendaklah menasihati murid-murid supaya tidak bermain air ketika banjir.
5.2.2 Sekolah hendaklah memastikan suis utama elektrik dimatikan.
5.2.3 Sekolah hendaklah memastikan warganya berada di tempat yang selamat sehingga mendapat bantuan daripada
pihak berwajib.
5.2.4 Sekolah hendaklah melaporkan segera status keadaan banjir kepada PPD/JPN.
5.2.5 Sekolah hendaklah memastikan arahan pihak berkuasa dipatuhi pada setiap masa.
5.2.6 Sekolah hendaklah mendaftar/merekod warga sekolah yang terlibat dengan banjir.
5.3. Selepas
5.3.1. Sekolah hendaklah mendapatkan perkhidmatan kesihatan jika terdapat tanda-tanda penyakit berjangkit semasa
musim banjir.
5.3.2. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
5.3.3. Sekolah hendaklah memastikan tebing-tebing di persekitaran sekolah yang berkemungkinan runtuh akibat hujan
lebat diperbaiki.
5.3.4. Sekolah hendaklah memastikan kerja-kerja pembersihan dilakukan sejurus selepas musim banjir.
5.3.5. Sekolah hendaklah memastikan semua bentuk bantuan persekolahan murid diurus dengan segera.
5.3.6. Sekolah hendaklah melaporkan segala kerosakan yang berlaku ketika banjir kepada PPD/JPN untuk tindakan
segera.
Arahan Keselamatan Semasa Berlaku Perubahan Cuaca Luar Biasa
6.1. Kemarau / Panas Berpanjangan
6.1.1. Sekolah hendaklah mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa berkaitan ancaman kemarau / panas
berpanjangan.
6.1.2. Sekolah hendaklah memastikan murid-murid tidak menjalankan aktiviti di luar bilik darjah setelah mendapat nasihat
daripada pihak berkuasa.
6.1.3. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya meminum air secukupnya.
6.1.4. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya ada tanda-tanda
penyakit.
6.1.5. Sekolah hendaklah memaklumkan tentang perubahan cuaca dari masa ke semasa kepada warganya.
.2. Jerebu
6.2.1. Sekolah hendaklah mengelakkan aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca yang boleh
menjejaskan kesihatan mereka.
6.2.2. Sekolah hendaklah memastikan warganya agar tidak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka dalam
kawasan sekolah.
6.2.3. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya menggunakan topeng pernafasan ketika melakukan aktiviti di luar bilik
darjah.
6.2.4. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya sentiasa memasang lampu ketika menunggang basikal atau motosikal.
6.2.5. Sekolah hendaklah sentiasa mendapatkan maklumatterkini daripada pihak berkuasa berkenaan ancaman jerebu.
6.2.6. Sekolah hendaklah mengawasi sebarang aktiviti murid ketika berlaku jerebu.
6.2.7. Sekolah hendaklah mempunyai data murid yang mempunyai penyakit akibat ancaman jerebu.
6.3 Kilat dan Ribut Petir
6.3.1 Sekolah dilarang menjalankan aktiviti di tempat lapang/terbuka semasa cuaca buruk dan adanya hujan, kilat atau
ribut petir.
6.3.2 Sekolah hendaklah memastikan semua aktiviti dihentikan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan.
6.3.3 Sekolah hendaklah memastikan semua warganya tidak berada berhampiran bahan api,bahan logam, cermin serta
tidak berlindung di bawah pokok besar, bangsal terbuka dan kawasan tinggi ketika ribut petir.
6.3.4 Sekolah hendaklah memberikan latihan menghadapi cuaca buruk termasuklah hujan lebat , kilat ata u ribut petir.
6.4 Gempa Bumi dan Tanah Runtuh
6.4.1 Sekolah hendaklah memastikan bangunan diperiksa oleh pihak berkuasa bagi menentukan kestabilan strukturnya.
6.4.2 Sekolah hendaklah memastikan tebing-tebing di persekitaran sekolah yang berkemungkinan runtuh akibathujan lebat
diperbaiki dengan segera.
6.4.3 Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah diberi latihan menghadapi bencana gempa bumi dan tanah runtuh (
Rujuk Buku Panduan Menghadapi Bencana oleh Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dan
Buku Panduan yang diterbitkan oleh UNICEF ).
6.4.4 Sekolah hendaklah memastikan pihak berwajib dihubungi.
6.4.5 Sekolah hendaklah memastikan bantuan diberikan kepada warga sekolah yang tercedera dengan kadar segera.
6.4.6 Sekolah hendaklah melaporkan kejadian kepada PPD/JPN.
A. PENGURUSANKESELAMATAN
AKTIVITI MURID -ARAHAN
KESELAMATANDIRI MURID
1.0. Definisi
Keselamatan terhadap murid di sekolah merupakan aspek yang harus diberi keutamaan.Ini kerana terdapatpelbagai
aktiviti melibatkan mereka yang boleh mendatangkan risiko ancaman terhadap keselamatan diri. Fokus arahan
keselamatan dalam elemen ini adalah tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah bagi
menjamin keselamatan murid merangkumi perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa pengajaran &
pembelajaran, aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan, aktiviti lawatan dan perkhemahan serta di asrama.
2.0. Matlamat
Menjamin keselamatan murid daripada segala bentuk ancaman keselamatan semasa sesi persekolahan.
3.0. Objektif
3.1 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa murid pergi dan balik dari sekolah.
3.2 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa sesi pengajaran & pembelajaran dan waktu rehat.
3.3 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.
3.4 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti lawatan dan perkhemahan.
3.5 Mengurangkan kes-kes kemalangan murid di asrama.
3.6 Meningkatkan kefahaman tatacara keselamatan kepada semua warga sekolah.
4.0. Arahan Keselamatan Perjalanan Pergi Dan Balik Dari Sekolah
4.1 Sekolah hendaklah memastikan murid telah diberikan pengetahuan dan pendedahan mengenai undang-undang dan
keselamatan jalan raya/keretapi/bot/feri .
4.2 Sekolah hendaklah menasihati murid-murid yang membawa kenderaan ke sekolah supaya mematuhi undang-
undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
4.3 Sekolah hendaklah menasihati murid menggunakan jaket pantul cahaya ketika menunggang basikal/motosikal dan
memakai jaket keselamatan sewaktu berada di dalam bot/feri.
4.4 Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi peraturan jalan raya / keretapi/bot/feri.
4.5 Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi tatacara keselamatan sewaktu menunggu di stesen bas/keretapi dan
semasa di dalam bas/keretapi.
4.6 Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi tatacara keselamatan sewaktu menunggu di jeti bot/feri dan semasa
di dalam bot/feri.
4.7 Sekolah hendaklah menyediakan tempat yang selamat untuk menurun dan mengambil murid .
4.8 Sekolah hendaklah menyimpan rekod data cara murid ke sekolah.
4.9 Sekolah hendaklah memastikan papan tanda keselamatan jalan raya ada dipamerkan.
4.10 Sekolah hendaklah melaporkan sebarang kejadian kemalangan yang melibatkan murid kepada pihak yang
berkenaan dengan segera.
4.11 Sekolah hendaklah memastikan nombor talian kecemasan dipamerkan dalam kawasan sekolah.
4.12 Sekolah hendaklah menyedia dan mempamerkan tatacara keselamatan pergi dan balik ke sekolah.
4.13 Sekolah hendaklah melakukan pemeriksaan berkala ke atas kenderaan yang digunakan oleh murid ke sekolah.
4.14 Sekolah hendaklah menetapkan laluan pejalan kaki, laluan kenderaan dan parkir kenderaan yang digunakan oleh
murid.
4.15 Sekolah hendaklah melakukan kawal selia sewaktu murid datang dan balik dari sekolah.
5.0. Arahan Keselamatan Murid Semasa Pengajaran & Pembelajaran Dan Waktu Rehat.
5.1 Sekolah hendaklah memberi arahan tentang keselamatan murid semasa di bilik darjah, makmal, bengkel dan bilik-
bilik khas.
5.2 Sekolah hendaklah mengawasi murid sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti pengajaran & pembelajaran
dijalankan.
5.3 Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran.
5.4 Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan pengajaran & pembelajaran yang berisiko dipatuhi.
5.5 Sekolah hendaklah memastikan peraturan pakaian dipatuhi oleh murid semasa aktiviti pengajaran & pembelaja ran
di bengkel.
5.6 Sekolah hendaklah menyimpan rekod keluar masuk murid dari kawasan sekolah semasa aktiviti pengajaran &
pembelajaran dijalankan.
5.7 Sekolah hendaklah memastikan murid tidak berada di kawasan larangan semasa rehat.
6.0 Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Kokurikulum, Sukan Dan Permainan.
6.1 Sekolah hendaklah menyediakan arahan berkaitan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti
kokurikulum, sukan dan permainan.
6.2 Sekolah hendaklah membuat pengawasan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan
permainan.
Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid.
6.4 Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan dipatuhi.
6.5 Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi peraturan berpakaian semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum,
sukan dan permainan.
6.6 Sekolah hendaklah merekodkan pergerakan keluar murid yang menghadiri aktiviti kokurikulum,sukan dan permainan.
7.0 Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Lawatan Dan Perkhemahan.
7.1 Sekolah hendaklah menyediakan peraturan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan
perkhemahan dilaksanakan.
7.2 Sekolah hendaklah mengadakan pengawasan keselamatan murid sebelum,semasa dan selepas aktiviti lawatan dan
perkhemahan dilaksanakan.
7.3 Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan
dilaksanakan.
7.4 Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan untuk aktiviti lawatan dan perkhemahan dipatuhi oleh
murid.
7.5 Sekolah hendaklah memastikan prosedur dan peraturan berkaitan lawatan dan perkhemahan dipatuhi.
7.6 Sekolah hendaklah memastikan kenderaan yang digunakan untuk aktiviti lawatan dan perkhemahan berada dalam
keadaan selamat.
Arahan Keselamatan Murid Di Asrama.
8.1. Sekolah hendaklah mempunyai data dan rekod keluar masuk murid di asrama.
8.2. Sekolah hendaklah menyedia dan mempamerkan tatacara keselamatan semasa pergi dan balik asrama.
8.3. Sekolah hendaklah membuat pemeriksaan berkala dan pemeriksaan mengejut ke atas semua penghuni asrama.
8.4. Sekolah hendaklah menetapkan kawasan-kawasan larangan di asrama.
8.5. Sekolah hendaklah menyediakan jadual aktiviti harian dan mempamerkannya.
8.6. Sekolah hendaklah mengawal selia semua aktiviti murid di asrama.
8.7. Sekolah hendaklah memastikan pencahayaan mencukupi dalam kawasan asrama.
8.8. Sekolah hendaklah menyediakan peraturan berkaitan dengan larangan-larangan lain di asrama.

More Related Content

What's hot

Surat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmiSurat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmiain hunny
 
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdfShafizad Kamaludin
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxNHazaarifaAinS
 
Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020
Buku panduan program susu sekolah (pss)  2.0   22 sept 2020Buku panduan program susu sekolah (pss)  2.0   22 sept 2020
Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020Izzati Zaman
 
Laporan latihan kebakaran 2018
Laporan latihan kebakaran 2018Laporan latihan kebakaran 2018
Laporan latihan kebakaran 2018Mohd Naim Ismail
 
Kertas kerja rokok
Kertas kerja rokokKertas kerja rokok
Kertas kerja rokokfawwaz02
 
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018Jagan Arumugam
 
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER ANTI DADAH.docx
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER ANTI DADAH.docxPERTANDINGAN MEWARNA POSTER ANTI DADAH.docx
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER ANTI DADAH.docxZamri Morshidi
 
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdfKERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdfAsmalizaMamat2
 
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docxRANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docxnurnablh
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Farah Fatin
 
Kertas kerja pertandingan sudut bacaan kelas
Kertas kerja pertandingan  sudut bacaan kelasKertas kerja pertandingan  sudut bacaan kelas
Kertas kerja pertandingan sudut bacaan kelasSUHAILEE SULAIMAN
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)Razah Dollah
 

What's hot (20)

Surat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmiSurat jemputan perasmi
Surat jemputan perasmi
 
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
 
Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020
Buku panduan program susu sekolah (pss)  2.0   22 sept 2020Buku panduan program susu sekolah (pss)  2.0   22 sept 2020
Buku panduan program susu sekolah (pss) 2.0 22 sept 2020
 
Bantu mula
Bantu mulaBantu mula
Bantu mula
 
Laporan latihan kebakaran 2018
Laporan latihan kebakaran 2018Laporan latihan kebakaran 2018
Laporan latihan kebakaran 2018
 
Kertas kerja rokok
Kertas kerja rokokKertas kerja rokok
Kertas kerja rokok
 
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
 
Bab 2 first aid
Bab 2 first aidBab 2 first aid
Bab 2 first aid
 
Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling IkhtisasSurat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
Bantu mula sekolah rendah
Bantu mula sekolah rendahBantu mula sekolah rendah
Bantu mula sekolah rendah
 
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER ANTI DADAH.docx
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER ANTI DADAH.docxPERTANDINGAN MEWARNA POSTER ANTI DADAH.docx
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER ANTI DADAH.docx
 
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdfKERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2020.pdf
 
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docxRANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
RANCANGAN TAHUNAN KELAB PERSATUAN.docx
 
ulasan PBD untuk 3 kategori murid.doc
ulasan PBD untuk 3 kategori murid.doculasan PBD untuk 3 kategori murid.doc
ulasan PBD untuk 3 kategori murid.doc
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
 
Kertas kerja pertandingan sudut bacaan kelas
Kertas kerja pertandingan  sudut bacaan kelasKertas kerja pertandingan  sudut bacaan kelas
Kertas kerja pertandingan sudut bacaan kelas
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
 

Similar to buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah

Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranfatimah Baharin
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamatismailzaini
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARAker Derashid
 
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)FernyelizaStephen
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolahIzz Khalil
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Mohd Hisham
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldArmi AbuBakar
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkAzliza Mohamed
 
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docFAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docMohdSaidZakaria
 
Pelan strategik hem 2011 2015
Pelan strategik hem  2011 2015Pelan strategik hem  2011 2015
Pelan strategik hem 2011 2015jiaa1101
 
mewujudkan suasana Sekolah Selamat.pptx
mewujudkan suasana  Sekolah Selamat.pptxmewujudkan suasana  Sekolah Selamat.pptx
mewujudkan suasana Sekolah Selamat.pptxAhmadIxy2
 
Fail meja guru besar
Fail meja guru besarFail meja guru besar
Fail meja guru besarMok Pey Weng
 
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docxBuku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docxANANTHIAPMANOGARANMo
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...PBK0619MohamadAkmalB
 
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpKertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpAhmad NazRi
 

Similar to buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah (20)

Fail mejagb
Fail mejagbFail mejagb
Fail mejagb
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamat
 
Hal ehwal murid
Hal ehwal muridHal ehwal murid
Hal ehwal murid
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESAR
 
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Badan disiplin
Badan disiplinBadan disiplin
Badan disiplin
 
Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001Hbef2703 780601025431001
Hbef2703 780601025431001
 
DOKUMENTASI SS.pdf
DOKUMENTASI SS.pdfDOKUMENTASI SS.pdf
DOKUMENTASI SS.pdf
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
 
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docFAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
 
Pelan strategik hem 2011 2015
Pelan strategik hem  2011 2015Pelan strategik hem  2011 2015
Pelan strategik hem 2011 2015
 
mewujudkan suasana Sekolah Selamat.pptx
mewujudkan suasana  Sekolah Selamat.pptxmewujudkan suasana  Sekolah Selamat.pptx
mewujudkan suasana Sekolah Selamat.pptx
 
Fail meja guru besar
Fail meja guru besarFail meja guru besar
Fail meja guru besar
 
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docxBuku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
Buku pengurusan hem dan perancangan 2021.docx
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
 
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtpKertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp
 

buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah

  • 1. BUKU PANDUAN PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH 1.0 PENDAHULUAN Perubahan dalam era pendidikan kini telah mewujudkan keperluan untuk mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan kesedaran terhadap keselamatan murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan modul dan manual konsep ‘Sekolah Selamat’ pada tahun 2002 sebagai panduan pelaksanaan pengurusan menjadikan sekolah selamat. Berdasarkan panduan ini, semua pihak telah disedarkan tentang peranan masing-masing dalam menentukan aspek keselamatan. Selaras dengan perkembangan isu-isu keselamatan yang melibatkan murid, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyemak semula konsep dan Manual Sekolah Selamat bagi memenuhi keperluan keselamatan. Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan murid-murid serta warga sekolah akan sentiasa berasa selamat seterusnya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti di sekolah. Iklim persekolahan yang selamat dan kondusif akan meningkatkan keyakinan kendiri murid bagi membantu
  • 2. pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah seterusnya dapat memberi sumbangan secara positif kepada sekolah, masyarakat dan negara. Bagi merealisasikan pelaksanaan operasi keselamatan di sekolah, segala usaha ke arahnya harus dipikul bersama oleh semua pihak secara holistik. 2.0 RASIONAL 2.1 Keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama dalam membuat pertimbangan pelaksanaan sesuatu aktiviti di dalam dan di luar sekolah. 2.2 Dewasa kini warga sekolah sering terdedah dengan risiko keselamatan dari aspek fizikal, sosial dan emosi. Justeru itu, polisi dan panduan keselamatan yang berterusan perlu diwujudkan di sekolah. 2.3 Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, dan memerlukan sokongan serta bantuan semua pihak termasuk keluarga, agensi-agensi kerajaan berkaitan, badan-badan bukan kerajaan dan komuniti. 3.0 MATLAMAT Merealisasikan Sekolah Selamat berteraskan kepada amalan budaya selamat. 4.0 OBJEKTIF Meningkatkan kefahaman, penghayatan dan amalan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan keutamaan dalam semua aktiviti pendidikan di sekolah di mana; 4.1 Pengetua/Guru Besar memahami dan menghayati operasi keselamatan dalam merangka serta melaksanakan tindakan untuk mewujudkan budaya sekolah selamat. 4.2 Guru memahami, menghayati serta membantu merancang, melaksana dan memantau semua tindakan mewujudkan budaya selamat di sekolah, di samping membimbing dan menasihat murid akan amalan selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah. 4.3 Murid memahami, menghayati dan mengamalkan tatacara keselamatan di sekolah di samping mengamalkan cara hidup selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah secara berterusan. 5.0 KONSEP Oleh kerana aspek keselamatan adalah merupakan aspek yang tidak boleh dikompromi, maka buku ini selain daripada panduan kepada pihak sekolah, juga adalah merupakan arahan yang perlu dilaksanakan. Sekolah Selamat hanya akan wujud setelah setiap warganya mempunyai kesedaran, penghayatan seterusnya dapat membudayakan amalan keselamatan di mana dapat melaksanakan setiap aktiviti dalam keadaan selesa, tanpa gangguan, keraguan dan curiga, perasaan ketakutan, perasaan terancam serta mempunyai kepercayaan sepenuhnya terhadap pihak pengurusan sekolah. Sekolah yang selamat akan meningkatkan keyakinan, kepercayaan dan jati diri murid seterusnya dapat meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri mereka.
  • 3. Kementerian Pelajaran telah menyediakan polisi keselamatan yang berupa Arahan Keselamatan dari aspek Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid, Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana, Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah,Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial dan Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko untuk dilaksanakan di semua sekolah. 6.0 TAFSIRAN “Sekolah” dalam arahan ini bermaksud bangunan sekolah dan infrastruktur lain yang termasuklah padang, gelanggang permainan serta kantin yang berada dalam lingkungan kawasan sekolah. “Warga Sekolah” dalam arahan ini bermaksud pihak berkepentingan di sekolah yang termasuklah pengetua, guru besar, murid, staf sekolah dan ibu bapa. “Arahan Keselamatan” dalam buku ini bermaksud peraturan dan prosedur yang hendaklah dipatuhi bagi memastikan aspek keselamatan di sekolah dilaksanakan dengan berkesan. “Sekolah Selamat” bermaksud warga sekolah berada dalam keadaan selamat, terjamin keselamatan dan tanpa gangguan daripada sebarang elemen pengaruh dan ancaman. 7.0 ELEMEN PERANCANGAN SEKOLAH SELAMAT Elemen-elemen bagi menjamin pelaksanaan Sekolah Selamat adalah seperti berikut; 7.1 Perundangan dan peraturan. 7.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 7.3 Penglibatan warga sekolah. 7.4 Perancangan aktiviti. 7.5 Latar belakang warga sekolah. 7.6 Pembangunan staf. 7.7 Kawalan keselamatan sekolah. 7.8 Kepimpinan murid. 7.9 Perkhidmatan kesihatan sekolah. 7.10 Penilaian dan pemantauan. 7.11 Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni. 7.12 Perkongsian bijak dengan agensi luar. 7.13 Kesedaran komuniti. 7.14 Khidmat masyarakat. 7.15 Kesedaran sosial dan budaya. 8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan dapat dijayakan dengan teratur dan rapi serta mencapai objektifnya, maka tindakan secara holistik di peringkat sekolah perlu diambil dengan mewujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Keselamatan Sekolah.
  • 4. Contoh :Program Sahsiah dan Disiplin Murid Peringkat Sekolah 2005 PROGRAM UTAMA: ISU/CABARAN: STRATEGI: Peningkatan Kualiti Kepimpinan serta Pengurusan Sahsiah dan Disiplin Murid. 1. Mewujudkan penyelarasan maklumat/pekeliling/surat siaran serta tindakan yang perlu diambil di semua peringkat. 2. Meningkatkan moral Guru Disiplin di sekolah. 3. Kurang pendedahan dan latihan kepada pengetua/guru besar/PK HEM/guru disiplin di sekolah khususnya yang baru dilantik. 4. Andaian penyelesaian disiplin adalah hanya guru disiplin. 1. Menyelaras pengurusan dokumen berkaitan antara JPN, PPD dan sekolah. 2. Melaksana kursus dan latihan yang sesuai dan diperlukan oleh guru disiplin; 3. Memantapkan struktur organisasi J/kuasa Disiplin Murid di semua peringkat (sekolah, PPD dan JPN). Pemantapan Pengurusan Sahsiah dan Disiplin Murid di Sekolah. 1. Kawalan disiplin murid di sekolah yang tidak cekap dan berkesan. 2. Organisasi J/kuasa disiplin yang longgar. 3. Ketakkuran tatacara tindakan dan pelaporan kes mengikut kaedah 1:3:7 di semua peringkat (sekolah, PPD dan JPN). 1. Penubuhan “Task Force Disiplin Murid” peringkat sekolah, PPD dan JPN. 2. Membantu sekolah- sekolah yang menghadapi masalah disiplin. 3. Mewujudkan saluran aduan disiplin untuk murid di semua sekolah. 4. Memantapkan penyediaan Buku Peraturan Sekolah yang difahami dan boleh dipatuhi warganya. Pelaksanaan Program Sekolah Selamat. 1. Manual Keselamatan yang terlalu banyak sehingga sukar pihak sekolah menentukan pelaksanaannya. 2. Sesetengah pelaksanaannya bertindan lapis denga program yang lain. Semua sekolah dikehendaki menyedia dan melaksanakan sekurang-kurangnya 5 Manual Keselamatan yang utama; 1. Manual keselamatan pergi dan balik sekolah. 2. Manual keselamatan fizikal sekolah. 3. Manual keselamatan aktiviti kokurikulum/sukan. 4. Manual keselamatan mengatasi masalah
  • 5. ponteng/disiplin. 5. Manual keselamatan intergrasi dan perpaduan. Menggerakkan pelaksanaannya lebih kepada kaedah “School Base”. Penjanaan Semangat Patriotisme. 1. Mengenalpasti kaedah pelaksanaan yang lebih menyeluruh, mantap dan berkesan. 2. Pelaksanaan program yang tidak berterusan. 1. Menyediakan kaedah yang sesuai dan dapat dilaksanakan di semua sekolah. 2. Menggerakkan pelaksanaannya lebih kepada kaedah “School Base”. Pembudayaan Adab Murid (Nilai Murni). 1. Masalah mendefinisikan disiplin murid yang lebih kepada hukuman dan dendaan. 2. Ia adalah kemahiran dan perlu diajar secara berterusan. 3. Ia ada kaitan dengan RUKUN NEGARA yang kelima yang jarang diberi perhatian. Program ini perlu dilaksanakan sepanjang tahun di sekolah yang melibatkan semua murid. Adab yang perlu diberi perhatian adalah; 1. Adab semasa belajar di bilik darjah. 2. Adab semasa perhimpunan. 3. Adab semasa berhubung sesama manusia. 4. Adab semasa berhubung dengan alam sekitar. 5. Adab kepada guru. 6. Adab kepada ibubapa. 7. Adab sesama rakan. 8. Adab semasa permainan/aktiviti. 9. Adab semasa bersama masyarakat. 10. Adab kepada pemimpin. Program Pembudayaan Adab perlu dilaksanakan secara berterusan di peringkat sekolah. Peningkatan Konsep Kendiri dan Jati Diri Murid. 1. Kita perlu menyediakan murid yang bersedia memasuki era globalisasi. 1. Imput aktiviti yang sesuai adalah; a. Keupayaan bersaing
  • 6. 2. Rendahnya Konsep Kendiri dan hilang Jati Diri boleh menyebabkan murid mudah terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat atau liar. secara sihat. b. Tradisi keilmuan. c. Asal usul dan resam tradisi. d. Rupa Bangsa Malaysia. 2. Mengintergrasikan unsur pembinaan konsep kendiri dalam semua aktiviti/program 3. Memantapkan tahap keupayaan berkomunikasi secara berkesan (personal dan interpersonal). 4. “School Base” program. Program Pencegahan Perbuatan Salah Laku Berat Murid. 1. Masih ada lagi kes-kes salah laku berat berlaku di sekolah yang mana kes-kes tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang murid. 2. Masih ada sekolah tidak berupaya mengendalikan kes-kes salah laku yang berat. 3. Meletakkan sebab musabab kepada pihak lain dalam menyatakan kes-kes salah laku berat. 1. Penumpuan program pendidikan/aktiviti pencegahan adalah kepada 9 jenis salah laku berat iaitu; i. Pergaduhan. ii. Vandalism. iii. Gengsterism/Buli. iv. Salahlaku seks. v. Ponteng sekolah. vi. Merokok. vii. Membawa bahan lucah. viii. Membawa senjata merbahaya. ix. Peras ugut. 2. Membuat penyelarasan tindakan dan maklumat bersama agensi lain serta ibu bapa. 3. Memberi khidmat nasihat dan latihan kepada pihak sekolah tentang tatacara menangani masalah kes salah laku berat. Pemantapan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM). 1. Sering menimbulkan kerumitan kepada pihak KPM dalam menyediakan sesuatu dasar kerana ketiadaan data atau data tidak lengkap serta tidak kemas kini. 2. Sekolah tidak dapat mematuhi target yang 1. Edaran surat peringatan tentang penghantaran data ke pusat pengumpulan data dengan menyatakan tarikh- tarikh penghantaran di awal sesi persekolahan. 2. Taklimat “hands-on” pengendalian system data yang berkaitan.
  • 7. ditetapkan dalam penghantaran data. 3. Ketidakfahaman semua peringkat terhadapt kepentingan data lantas mengambil sikap tidak acuh. 4. Terdapat kelemahan dalam penyediaan serta perumusan data. 3. Pengumpulan, penyemakan dan kenalpasti sekolah yang gagal mematuhi tempoh penghantaran data. 4. Mengambil tindakan susulan kepada sekolah yang gagal dalam penghantaran data. 5. Pengurusan pengumpulan data dibuat secara berkala; a. SSDM – 3 kali setahun. b. Data Kes Salah Laku Berat. c. Data pembuangan dan gantung sekolah. d. Data penglibatan murid Sekolah Selamat 1. Pendahuluan Mutakhir ini media massa kita sering membuat liputan tentang keselamatan sekolah yang agak longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang selamat dan kurang menyakinkan orang ramai. Namun realitinya bukanlah semua sekolah berkeadaan begitu kerana masih banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara efektif. Walau bagaimanapun kita memangnya sedar tentang wujudnya sebilangan murid sekolah yang berlatarbelakangkan daripada keluarga bermasalah. Kita juga menyedari faktor-faktor yang negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah yang mampu mempengaruhi watak dan perilaku yang kurang sihat seseorang murid sehingga mencorakkan suasana sekolah yang tidak selamat. Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid serta guru. Pihak keluarga, sekolah dan komuniti harus bertanggungjawab untuk mewujudkan Polisi Sekolah Selamat. Bagi merealisasikan polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, maka segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul bersama oleh semua pihak. Mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan- peraturan, latihan-latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif di kalangan murid. Manakala di rumah, amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada
  • 8. segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati diri yang cemerlang. 2. Matlamat Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. 3. Objektif i. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka. ii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. iii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan. iv. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga. v. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. vi. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil. vii. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat. viii. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di kalangan warga sekolah. ix. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah. 4. Rasional i. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan. ii. Warga sekolahdewasa ini terdedah dengan isu-isukeselamatanfizikal, sosial, emosi dan teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan. iii. Kurang mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan. iv. Keupayaansekolahdalam menangani isu-isukeselamatanamat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti. 5. Definisi Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak samaada dari dalam mahupun dari luar.
  • 9. 6. ElemenPerancangan Sekolah Selamat Apabila sesuatu perancangan hendak dibuat mengenai pelaksanaan Sekolah Selamat elemen-elemen seperti di bawah harus diambil kira dan diteliti terlebih dahulu.Pengubahsuaian elemen-elemen yang dicadangkan mengikut keadaan setempat akan menjamin pelaksanaan konsep Sekolah Selamat ini dengan lebih berkesan. i. Kesedaran awam atau komuniti. ii. Penekanan kepada penghayatan nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan kokurikulum. iii. Peraturan sekolah. iv. Pengurusan bencana alam dan kecemasan. v. Kehadiran warga sekolah. vi. Membasmi ponteng. vii. Pencegahan dadah, rokok dan arak. viii. Perkongsian bijak dengan agensi luar. ix. Kesedaran sosial dan budaya. x. Kepimpinan murid. xi. Penglibatan keluarga dan komuniti. xii. Program khas bersama komuniti. xiii. Pencegahan jenayah melalui pelan reka bentuk bangunan sekolah yang selamat. xiv. Aktiviti kokurikulum dan rekreasi. xv. Perkongsian bijak dengan pihak berkuasa tempatan. xvi. Mengenal pasti latar belakang warga sekolah. xvii. Pembangunan staf. xviii. Kawalan keselamatan sekolah. xix. Khidmat kemasyarakatan. xx. Perkongsian bijak bersama korporat. xxi. Perkongsian bijak dengan media. xxii. Perkhidmatan kesihatan sekolah. xxiii. Pengangkutan. xxiv. Perundangan. xxv. Penilaian dan pemantauan. 7. Perancangan Perancangan bagi mewujudkan Sekolah Selamat akan memberi peluang dan ruang kepada sekolah dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca strategi untuk mengatasi isu keselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang
  • 10. keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. 7.1 Cadangan Keahlian Jawatankuasa Pengerusi : Pengetua/Guru Besar Naib Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha : KaunselorSekolah/Guru Bimbingan Ahli-ahli : Wakil ibu bapa Wakil guru Wakil murid Polis JKKK/Rukun Tetangga Jabatan Kebajikan Masyarakat Majlis Juvana Wakil Persatuan Belia Wakil Pejabat Kesihatan Daerah/ Klinik Kesihatan Bomba Penghulu/Ketua Kampung Majlis Perbandaran/Daerah NGO yang releven Individu yang boleh menyumbang 7.2 Fungsi Jawatankuasa Sekolah Selamat  Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah  Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain (Komuniti, Keluarga)  Mempromosi secara aktif kod dan etika kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat  Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur keselamatan yang ada  Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak akan isu Sekolah Selamat  Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari semasa ke semasa 7.3 Peranan Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat. Contoh peranan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut :- 7.3.1 Peranan Sekolah: i. Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat. ii. Menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada semua warga sekolah dan ibu bapa/penjaga. iii. Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas.
  • 11. iv. Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yang memerlukan. v. Membantu mewujudkan jawatankuasa disiplin di kawasan setempat. vi. Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan. vii. Mewujudkan pelan pengurusan krisis. viii. Mengenal amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya. ix. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. x. Memasukkan unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. xi. Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan. xii. Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan. 7.3.2 Peranan Komuniti : i. Melibatkan semua ketua masyarakat dalam proses menjadikan sekolah tempat yang selamat selamat. ii. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah. iii. Memberi sumbangan material, idea dan kepakaran dalam perkhidmatan mengawal keselamatan sekolah. iv. Menerapkan nilai-nilai kerohanian oleh pemimpin agama. v. Menyokong dan menjadi ahli dalam pertubuhan yang membantu meningkatkan keselamatan. vi. Membantu bagaimana mengenal dan menyelesaikan masalah. vii. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sekolah. viii. Menyatakan had-had tingkah laku yang dikehendaki oleh komuniti. ix. Mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah jenayah. x. Merapatkan jurang golongan muda dengan warga tua. 7.3.3 Peranan Keluarga i. Menyokong semua polisi dan peraturan sekolah. ii. Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti sekolah dan komuniti. iii. Memperkukuh nilai-nilai agama/moral kepada anak-anak. iv. Kerap berkomunikasi dengan anak-anak. v. Mengenali rakan anak -anak. vi. Bekerjasama dengan ibu bapa lain. vii. Menjadi ahli dalam pertubuhan yang boleh membantu membanteras isu-isu keselamatan. viii. Mendidik anak-anak bagaimana menjaga keselamatan diri. 8. Harapan dan Tanggungjawab Sekolah Selamat 8.1 Harapan i. Bebas daripada sebarang gangguan sama ada dalam bentuk tutur kata atau fizikal.
  • 12. ii. Keselamatan harta benda terjamin. iii. Orang lain bersikap positif terhadap kebolehannya. iv. Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas. v. Tidak dipandang rendah disebabkan oleh keturunan, agama, latar belakang sosioekonomi dan jantina. vi. Dilayan secara adil dan saksama. vii. Dihormati dan dihargai. viii. Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit. 8.2 Tanggungjawab Di Sekolah Selamat seseorang itu seharusnya i. Bebas daripada sentimen perkauman dan diskriminasi jantina. ii. Bersikap positif terhadap orang lain. iii. Menghargai perbezaan yang wujud. iv. Bersikap dan bertindak adil. v. Memberi kerjasama dan bantu membantu. vi. Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan. vii. Elakkan sebarang kejadian kekerasan, sentimen perkauman dan perbuatan sumbang tanpa dihalang. viii. Datang ke sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas. ix. Jangan mendera fizikal, mental dan emosi. x. Melaporkan setiap kes. 9. Tatacara Pengurusan Polisi Sekolah Selamat Berikut adalah prinsip-prinsip dan tatacara untuk menangani sebarang isu keselamatan 9.1. Prinsip i. Setiap aduan hendaklah diambil perhatian serius. ii. Setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta merta. iii. Perasaan setiap orang yang terlibat harus diambil kira. iv. Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan tidak ada pihak yang teraniaya. v. Sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak belum berdamai dan diterima semula oleh warga sekolah. vi. Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk. vii. Tatacara seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat. 9.2 Tatacara Membuat Aduan Sesiapa yang ingin membuat aduan, dia atau ibu bapa/penjaga atau wakil boleh memilih satu atau beberapa tatacara berikut :- i. Berbincang terus dengan pihak yang terlibat.
  • 13. ii. Dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai contohnya kaunselor. iii. Berjumpa dengan Pengetua/Guru Besar atau wakilnya untuk memastikan aduan itu disiasat. Jika aduan itu terbukti, hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada pengadu. 10. Penutup Apabila jenayah, dadah dan keganasan di luar sekolah mula menular ke dalam sekolah maka tugas menyediakan persekitaran yang selamat untuk pembelajaran menjadi bertambah sukar. Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar semua pihak menyambut baik konsep Sekolah Selamat untuk dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara agar institusi pendidikan di Malaysia dapat berfungsi sebagai tempat mendidik serta menimba ilmu tanpa gangguan fizikal, mental dan emosi. Seterusnya masalah-masalah seperti merasa tidak selamat, takut, bimbang, risau, takut membuat aduan, terancam, dibuli, tertekan, tidak menyeronokkan, tidak selesa, benci, melarikan diri dari alam persekolahan dan sebagainya yang selama ini menghantui perasaan dan pemikiran sebilangan warga sekolah, ibu bapa serta penjaga dan masyarakat seharusnya dapat dicegah dan ditangani. Sekiranya kita tidak merancang dan berusaha untuk membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan, bermakna kita telah mengabaikan tanggungjawab untuk melahirkan iklim sekolah yang tidak kondusif D. PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL - ARAHAN KESELAMATANMURID 1.0. Definisi. Gejala sosial dalam konteks sekolah bermaksud tanda-tanda akan terjadinya sesuatu keburukan segala yang berkaitan tatakelakuan di kalangan murid. Kementerian Pelajaran amat prihatin dengan gejala ini. Di antara isu gejala sosial dalam kalangan murid termasuklah buli dan pelacoan, keharmonian kaum, gangguan seksual dan gangguan emosi . 2.0. Matlamat. Sekolah dapat menangani dan mengurangkan kes -kes gejala sosial serta dapat mendidik tingkahlaku yang baik dalam kalangan warga sekolah. 3.0. Objektif. 1.1 Memastikan sekolah membuat tindakan yang betul dan tepat dalam menangani kes gejala sosial. 1.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam menangani kes gejala sosial yang berlaku dalam kalangan warga sekolah. Murid dapat menyalurkan maklumat mengikut saluran yang betul. Mendidik murid agar menghormati hak orang lain. Memastikan semua tindakan mengikut prinsip keadilan.
  • 14. Arahan Keselamatan Menangani Gejala Sosial. 2.1 Sekolah hendaklah sentiasa memberi peringatan dan maklumat berkaitan perlakuan gejala sosial dalam kalangan murid serta tindakan yang dikenakan kepada pihak terlibat. 2.2 Sekolah hendaklah sentiasa menasihatkan semua murid agar sentiasa bergerak dalam kumpulan di mana -mana lokasi di dalam dan di luar sekolah. 2.3 Sekolah hendaklah memastikan tiada unsur-unsur buli dan gengsterisme berlaku dalam kalangan murid. 2.4 Sekolah hendaklah memastikan setiap lokasi di sekolah berada dalam kawalan dan tidak menjadi tempatberpontensi berlakunya gejala sosial. 2.5 Sekolah hendaklah memastikan warganya sentiasa peka dan prihatin terhadap perlakuan gejala sosial dalam kalangan murid. 2.6 Sekolah hendaklah mengenal pasti bentuk gangguan emosi yang dihadapi murid berkenaan dan memberikan segala khidmat bantuan yang diperlukan. 2.7 Sekolah hendaklah memastikan murid yang berisiko dikenal pasti untuk diambil tindakan. 2.8 Sekolah hendaklah memastikan setiap warganya diberi ruang dan peluang untuk membuat aduan dan mendapatkan pengadilan. 2.9 Sekolah hendaklah sentiasa peka dengan sebarang maklumat gejala sosial yang melibatkan murid. Sekolah hendaklah menyediakan peti aduan di sekolah. 2.11 Sekolah hendaklah menjalankan program pencegahan gejala sosial kepada murid. 2.12 Sekolah hendaklah menjalankan program intervensi dan pemulihan kepada murid-murid yang terlibat. 2.13 Sekolah hendaklah menjalankan pemantauan secara berkala terhadap perlakuan gejala sosial dalam kalangan murid. 2.14 Sekolah hendaklah merekodkan salahlaku murid secara sistematik menerusi Sistem Salahlaku Disiplin Murid ( SSDM atau e-Disiplin ). Arahan Keselamatan Keharmonian Kaum Di Sekolah 3.1 Sekolah hendaklah memastikan tidak wujud unsur-unsur yang boleh menimbulkan rasa salah faham antara kaum dalam kalangan murid dan warga sekolah. 3.2 Sekolah hendaklah mengadakan program kefahaman silang budaya dalam kalangan murid dan warga sekolah ( Program RIMUP). 3.3 Sekolah hendaklah sentiasa mengkaji dan menilai program-program yang berbentuk perpaduan kaum dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. 3.4 Sekolah hendaklah membuattindakan serta merta dalam menyelesaikan perselisihan antara kaum dalam kalangan murid dan warga sekolah. 3.5 Sekolah hendaklah memastikan program-program dan aktiviti yang dilaksana di sekolah mematuhi garis panduan dan prinsip-prinsip integrasi dan perpaduan nasional. 3.6 Sebarang pertikaian atau permasalahan yang boleh mencetuskan hubungan antara kaum dalam kalangan warga sekolah perlu ditangani secara bijaksana, adil dan profesional serta boleh melibatkan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan termasuk PIBG. C. PENGURUSANKESELAMATAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH -ARAHAN KESELAMATANMURID Definisi Infrastruktur sekolah boleh menjadi ancaman keselamatan sekiranya tidak diurus dengan baik.Pengurusan aspek ini memerlukan pemantauan dan pemeriksaan rapi secara berterusan agar kawasan sekolah menjadi tempat yang selamatdengan suasana persekitaran yang kondusifuntuk menjamin keselamatan warganya.Aspek ini termasuklah pemantauan dan penyelenggaraan fizikal bangunan sekolah,pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip - paip gas, perparitan dan sistem pembentungan, lanskap sekolah, tandas, bilik darjah, bilik-bilik khas, asrama, gelanggang permainan dan persekitaran dalam kawasan sekolah. 2.0. Matlamat Memastikan semua prasarana yang terdapat di sekolah selamat digunakan oleh warganya.
  • 15. 3.0 Objektif 3.1 Menjadikan kawasan sekolah selamat untuk diduduki oleh semua warga sekolah. 3.2 Memastikan semua prasarana dan peralatan di sekolah berada dalam keadaan selamat untuk diguna. 4.0 Arahan Keselamatan Fizikal Dan Bangunan Sekolah 4.1 Sekolah hendaklah membuatpemantauan secara berkala fizikal sekolah termasuklah pendawaian/peralatan elektrik dan struktur bangunan mengikut piawaian JKR. 4.2 Sekolah hendaklah merekod segala tindakan pemantauan, penyelenggaraan dan laporan termasuklah berkaitan struktur fizikal bangunan sekolah, pendawaian dan peralatan elektrik, retikulasi air, paip -paip gas, sistem pembentungan dan sistem perparitan. 4.3 Sekolah hendaklah mengenalpasti dan membuat laporan tentang sebarang kerosakan termasuklah pada struktur fizikal bangunan sekolah,pendawaian dan peralatan elektrik,retikulasi air,paip-paip gas,sistem pembentungan dan sistem perparitan yang berlaku kepada PPD/JPN. 4.4 Sekolah hendaklah meletakkan tanda larangan di tempat-tempat merbahaya dan tidak selamat. 4.5 Sekolah hendaklah memastikan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. 4.6 Sekolah hendaklah memastikan arahan-arahan penggunaan prasarana di sekolah dipatuhi oleh warga sekolah. 4.7 Sekolah hendaklah memastikan Pelan Laluan Kecemasan dipamerkan di semua bilik dan tempat yang mudah dilihat. 4.8 Sekolah hendaklah memastikan sistem pencahayaan mencukupi dalam kawasan sekolah. 5.0 Arahan Keselamatan Berkaitan Penggunaan Tandas 5.1. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan yang dipamerkan menerusi papan tanda yang ada di tandas. 5.2. Sekolah hendaklah memastikan murid tidak memasuki tandas jika terdapat orang luar yang mencurigakan/ tidak dikenali di dalam atau di luar tandas. 5.3. Sekolah hendaklah memastikan murid perempuan berteman,manakala murid lelaki berteman jika situasi memerlukan ketika hendak ke tandas. 5.4 Semua murid hendaklah diperingatkan dari semasa ke semasa tentang sebarang peraturan dan kebersihan penggunaan tandas di sekolah. 6.0. Arahan KeselamatanPenggunaan Kantin 6.1. Sekolah hendaklah memastikan murid tidak berada di kantin semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. 6.2 Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah semasa berada di kantin. 6.3 Sekolah hendaklah menjadualkan guru dan pengawas bertugas ketika waktu rehat di kantin. 7.0. Arahan Keselamatan Penggunaan Makmal, Bengkel, Padang, Setor Sukan Dan Gelanggang 7.1 Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan keluar masuk serta penggunaan makmal, bengkel, padang, setor sukan dan gelanggang sebagaimana yang telah ditetapkan. 7.2. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan cara menggunakan perkakasan/peralatan/bahan kimia di makmal dan bengkel. 7.3. Sekolah hendaklah memastikan guru sentiasa berada bersama murid semasa mereka berada di makmal/bengkel/padang/setor sukan serta gelanggang permainan. 7.4. Sekolah hendaklah memastikan murid menggunakan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti di makmal / bengkel/ padang serta gelanggang. 7.5. Sekolah hendaklah memastikan sekiranya berlaku kecemasan / kecederaan – perlu memaklumkan segera kepada PPD/JPN. 8.0. Arahan Keselamatan Penggunaan Gymnisium/Kolam Renang 8.1. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan keluar masuk serta penggunaan gymnisium dan kolam renang sebagaimana yang telah ditetapkan. 8.2. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi arahan-arahan cara menggunakan perkakasan/peralatan di gymnisium dan kolam renang. 8.3. Sekolah hendaklah memastikan guru sentiasa berada bersama murid semasa mereka menjalani latihan di gymnisium dan kolam renang. 8.4. Sekolah hendaklah memastikan murid menggunakan pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti di gymnisium dan kolam renang. 8.5. Sekolah hendaklah mengambil tindakan segera sekiranya berlaku kecemasan dan kecederaan.
  • 16. 8.6. Sekolah hendaklah menyediakan laporan lengkap sebarang kes kecederaan kepada pihak PPD/JPN. 8.7. Sekolah hendaklah meletakkan notis arahan bahawa kawasan gymnisium dan kolam renang sebagai kawasan larangan jika aktiviti yang dijalankan tanpa guru atau jurulatih bertauliah khususnya aktiviti di luar jadual yang ditetapkan. B. PENGURUSAN KESELAMATAN MENGHADAPI KRISIS DAN BENCANA- ARAHAN KESELAMATANMURID 1.0 Definisi Keselamatan murid dalam menghadapi risiko kemalangan akibat daripada bencana memerlukan perhatian serius kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda sekiranya semua pihak tidak peka dan akur kepada peraturan keselamatan. Kesiapsiagaan pihak sekolah adalah menjadi satu kemestian dalam menghadapi sebarang risiko bencana. Dalam arahan ini, Krisis dan Bencana termasuklah kejadian banjir, kebakaran,tanah runtuh, gempa bumi,jerebu,tsunami atau sebarang bahaya serta kecelakaan yang boleh menimpa warga sekolah. 2.0 Matlamat Sekolah sentiasa mempunyai keupayaan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang risiko akibat sesuatu bencana. 3.0 Objektif 3.1 Pihak sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang krisis dan bencana. 3.2 Mengurangkan kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda jika berlaku sebarang bencana. 3.3 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menghadapi bencana dan musibah di kalangan warga sekolah. 4.0. Arahan Keselamatan Berkaitan Kebakaran. 4.1. Sebelum. 4.1.1. Sekolah hendaklah mengadakan ceramah dan latihan kebakaran yang teratur terhadap semua warga sekolah. 4.1.2. Sekolah hendaklah melakukan pemeriksaan berkala terhadap sistem pendawaian elektrik dan alat pemadam api. 4.1.3. Sekolah hendaklah memastikan semua peralatan atau bahan yang menggunakan sumber yang boleh menyebabkan kebakaran diselia, diselenggara dan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. 4.1.4. Sekolah hendaklah menyediakan pelan laluan kecemasan dan pelan kontigensi ketika menghadapi kebakaran. 4.1.5. Sekolah hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat pencegahan kebakaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan seperti bomba. 4.1.6. Sekolah hendaklah memastikan tatacara keselamatan berkaitan kebakaran dipamerkan di tempat-tempat yang strategik. 4.1.7. Sekolah hendaklah mempamerkan nombor talian bantuan kecemasan di papan kenyataan sekolah. 4.2. Semasa. 4.2.1 Sekolah hendaklah memastikan warganya tidak cemas sekiranya ada tanda-tanda kebakaran yang dilaporkan. 4.2.2 Sekolah hendaklah memastikan semua warganya meninggalkan tempat masing-masing apabila penggera seperti loceng kecemasan berbunyi. 4.2.3 Sekolah hendaklah memastikan semua warganya mematuhi laluan-laluan kecemasan dan tempat-tempatberkumpul seperti yang telah ditetapkan. 4.2.4 Sekolah hendaklah memeriksa dan memastikan jumlah warganya mencukupi seperti rekod kehadiran hari tersebut. 4.2.5 Sekolah hendaklah segera menghubungi bomba bagi membantu mengawal kebakaran. 4.2.6 Sekiranya ada sebarang kecederaan, bantuan kecemasan awal hendaklah diberikan segera dengan menghantar mangsa ke hospital/klinik yang berdekatan. 4.3 Selepas 4.3.1 Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah tidak menghampiri kawasan bekas kebakaran bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan kemusnahan barang bukti. 4.3.2 Sekolah hendaklah menguruskan urusan insuran jika berkenaan. 4.3.3 Sekolah hendaklah menghubungi ibu bapa/penjaga murid sekiranya ada murid menjadi mangsa kebakaran.
  • 17. 4.3.4 Sekolah hendaklah segera membuat laporan polis tentang kebakaran yang berlaku. 4.3.5 Sekolah hendaklah membuat laporan awal berkaitan kejadian dan dihantar kepada PPD/JPN. 4.3.6 Sekolah hendaklah mendapatkan laporan pihak berkaitan punca-punca kebakaran dan menyediakan laporan secara keseluruhan untuk dihantar kepada PPD/JPN. 4.3.7 Sekolah hendaklah memastikan kawasan kebakaran dibersihkan setelah siasatan selesai. 5.0. Arahan Keselamatan Berkaitan Banjir. 5.1. Sebelum. 5.1.1. Sekolah hendaklah mendapatkan maklumat berkaitan keadaan cuaca semasa dan memaklumkan kepada warga sekolah yang tinggal di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir. 5.1.2. Sekolah hendaklah menyediakan pelan tindakan dan pelan kontigensi menghadapi bencana banjir. 5.1.3. Sekolah hendaklah mengenal pasti laluan alternatif yang selamat ke sekolah ketika berlaku banjir. 5.1.4. Sekolah hendaklah memastikan sistem saliran dan perparitan di sekolah sentiasa dalam keadaan baik. 5.1.5. Sekolah hendaklah menyediakan bantuan dan kemudahan kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan awam. 5.1.6. Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah mengetahui nombor-nombor talian kecemasan untuk dihubungi apabila berlaku banjir. 5.1.7. Sekolah hendaklah mempunyai bekalan jaket keselamatan yang mencukupi. 5.1.8. Sekolah hendaklah memastikan semua dokumen penting disimpan di tempat yang selamat. 5.1.9. Sekolah hendaklah mempunyai peralatan bantuan kecemasan. 5.1.10. Sekolah hendaklah memastikan arahan pihak berkuasa dipatuhi pada setiap masa. 5.2 Semasa 5.2.1 Pihak sekolah hendaklah menasihati murid-murid supaya tidak bermain air ketika banjir. 5.2.2 Sekolah hendaklah memastikan suis utama elektrik dimatikan. 5.2.3 Sekolah hendaklah memastikan warganya berada di tempat yang selamat sehingga mendapat bantuan daripada pihak berwajib. 5.2.4 Sekolah hendaklah melaporkan segera status keadaan banjir kepada PPD/JPN. 5.2.5 Sekolah hendaklah memastikan arahan pihak berkuasa dipatuhi pada setiap masa. 5.2.6 Sekolah hendaklah mendaftar/merekod warga sekolah yang terlibat dengan banjir. 5.3. Selepas 5.3.1. Sekolah hendaklah mendapatkan perkhidmatan kesihatan jika terdapat tanda-tanda penyakit berjangkit semasa musim banjir. 5.3.2. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan. 5.3.3. Sekolah hendaklah memastikan tebing-tebing di persekitaran sekolah yang berkemungkinan runtuh akibat hujan lebat diperbaiki. 5.3.4. Sekolah hendaklah memastikan kerja-kerja pembersihan dilakukan sejurus selepas musim banjir. 5.3.5. Sekolah hendaklah memastikan semua bentuk bantuan persekolahan murid diurus dengan segera. 5.3.6. Sekolah hendaklah melaporkan segala kerosakan yang berlaku ketika banjir kepada PPD/JPN untuk tindakan segera. Arahan Keselamatan Semasa Berlaku Perubahan Cuaca Luar Biasa 6.1. Kemarau / Panas Berpanjangan 6.1.1. Sekolah hendaklah mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa berkaitan ancaman kemarau / panas berpanjangan. 6.1.2. Sekolah hendaklah memastikan murid-murid tidak menjalankan aktiviti di luar bilik darjah setelah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa. 6.1.3. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya meminum air secukupnya. 6.1.4. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya ada tanda-tanda penyakit. 6.1.5. Sekolah hendaklah memaklumkan tentang perubahan cuaca dari masa ke semasa kepada warganya. .2. Jerebu 6.2.1. Sekolah hendaklah mengelakkan aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka. 6.2.2. Sekolah hendaklah memastikan warganya agar tidak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka dalam kawasan sekolah.
  • 18. 6.2.3. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya menggunakan topeng pernafasan ketika melakukan aktiviti di luar bilik darjah. 6.2.4. Sekolah hendaklah menasihatkan warganya sentiasa memasang lampu ketika menunggang basikal atau motosikal. 6.2.5. Sekolah hendaklah sentiasa mendapatkan maklumatterkini daripada pihak berkuasa berkenaan ancaman jerebu. 6.2.6. Sekolah hendaklah mengawasi sebarang aktiviti murid ketika berlaku jerebu. 6.2.7. Sekolah hendaklah mempunyai data murid yang mempunyai penyakit akibat ancaman jerebu. 6.3 Kilat dan Ribut Petir 6.3.1 Sekolah dilarang menjalankan aktiviti di tempat lapang/terbuka semasa cuaca buruk dan adanya hujan, kilat atau ribut petir. 6.3.2 Sekolah hendaklah memastikan semua aktiviti dihentikan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan. 6.3.3 Sekolah hendaklah memastikan semua warganya tidak berada berhampiran bahan api,bahan logam, cermin serta tidak berlindung di bawah pokok besar, bangsal terbuka dan kawasan tinggi ketika ribut petir. 6.3.4 Sekolah hendaklah memberikan latihan menghadapi cuaca buruk termasuklah hujan lebat , kilat ata u ribut petir. 6.4 Gempa Bumi dan Tanah Runtuh 6.4.1 Sekolah hendaklah memastikan bangunan diperiksa oleh pihak berkuasa bagi menentukan kestabilan strukturnya. 6.4.2 Sekolah hendaklah memastikan tebing-tebing di persekitaran sekolah yang berkemungkinan runtuh akibathujan lebat diperbaiki dengan segera. 6.4.3 Sekolah hendaklah memastikan warga sekolah diberi latihan menghadapi bencana gempa bumi dan tanah runtuh ( Rujuk Buku Panduan Menghadapi Bencana oleh Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Buku Panduan yang diterbitkan oleh UNICEF ). 6.4.4 Sekolah hendaklah memastikan pihak berwajib dihubungi. 6.4.5 Sekolah hendaklah memastikan bantuan diberikan kepada warga sekolah yang tercedera dengan kadar segera. 6.4.6 Sekolah hendaklah melaporkan kejadian kepada PPD/JPN. A. PENGURUSANKESELAMATAN AKTIVITI MURID -ARAHAN KESELAMATANDIRI MURID 1.0. Definisi Keselamatan terhadap murid di sekolah merupakan aspek yang harus diberi keutamaan.Ini kerana terdapatpelbagai aktiviti melibatkan mereka yang boleh mendatangkan risiko ancaman terhadap keselamatan diri. Fokus arahan keselamatan dalam elemen ini adalah tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah bagi menjamin keselamatan murid merangkumi perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa pengajaran & pembelajaran, aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan, aktiviti lawatan dan perkhemahan serta di asrama. 2.0. Matlamat Menjamin keselamatan murid daripada segala bentuk ancaman keselamatan semasa sesi persekolahan. 3.0. Objektif 3.1 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa murid pergi dan balik dari sekolah. 3.2 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa sesi pengajaran & pembelajaran dan waktu rehat. 3.3 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan. 3.4 Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa aktiviti lawatan dan perkhemahan. 3.5 Mengurangkan kes-kes kemalangan murid di asrama. 3.6 Meningkatkan kefahaman tatacara keselamatan kepada semua warga sekolah. 4.0. Arahan Keselamatan Perjalanan Pergi Dan Balik Dari Sekolah 4.1 Sekolah hendaklah memastikan murid telah diberikan pengetahuan dan pendedahan mengenai undang-undang dan keselamatan jalan raya/keretapi/bot/feri . 4.2 Sekolah hendaklah menasihati murid-murid yang membawa kenderaan ke sekolah supaya mematuhi undang- undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
  • 19. 4.3 Sekolah hendaklah menasihati murid menggunakan jaket pantul cahaya ketika menunggang basikal/motosikal dan memakai jaket keselamatan sewaktu berada di dalam bot/feri. 4.4 Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi peraturan jalan raya / keretapi/bot/feri. 4.5 Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi tatacara keselamatan sewaktu menunggu di stesen bas/keretapi dan semasa di dalam bas/keretapi. 4.6 Sekolah hendaklah menasihati murid mematuhi tatacara keselamatan sewaktu menunggu di jeti bot/feri dan semasa di dalam bot/feri. 4.7 Sekolah hendaklah menyediakan tempat yang selamat untuk menurun dan mengambil murid . 4.8 Sekolah hendaklah menyimpan rekod data cara murid ke sekolah. 4.9 Sekolah hendaklah memastikan papan tanda keselamatan jalan raya ada dipamerkan. 4.10 Sekolah hendaklah melaporkan sebarang kejadian kemalangan yang melibatkan murid kepada pihak yang berkenaan dengan segera. 4.11 Sekolah hendaklah memastikan nombor talian kecemasan dipamerkan dalam kawasan sekolah. 4.12 Sekolah hendaklah menyedia dan mempamerkan tatacara keselamatan pergi dan balik ke sekolah. 4.13 Sekolah hendaklah melakukan pemeriksaan berkala ke atas kenderaan yang digunakan oleh murid ke sekolah. 4.14 Sekolah hendaklah menetapkan laluan pejalan kaki, laluan kenderaan dan parkir kenderaan yang digunakan oleh murid. 4.15 Sekolah hendaklah melakukan kawal selia sewaktu murid datang dan balik dari sekolah. 5.0. Arahan Keselamatan Murid Semasa Pengajaran & Pembelajaran Dan Waktu Rehat. 5.1 Sekolah hendaklah memberi arahan tentang keselamatan murid semasa di bilik darjah, makmal, bengkel dan bilik- bilik khas. 5.2 Sekolah hendaklah mengawasi murid sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti pengajaran & pembelajaran dijalankan. 5.3 Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran. 5.4 Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan pengajaran & pembelajaran yang berisiko dipatuhi. 5.5 Sekolah hendaklah memastikan peraturan pakaian dipatuhi oleh murid semasa aktiviti pengajaran & pembelaja ran di bengkel. 5.6 Sekolah hendaklah menyimpan rekod keluar masuk murid dari kawasan sekolah semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran dijalankan. 5.7 Sekolah hendaklah memastikan murid tidak berada di kawasan larangan semasa rehat. 6.0 Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Kokurikulum, Sukan Dan Permainan. 6.1 Sekolah hendaklah menyediakan arahan berkaitan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan. 6.2 Sekolah hendaklah membuat pengawasan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan. Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid. 6.4 Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan dipatuhi. 6.5 Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi peraturan berpakaian semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan. 6.6 Sekolah hendaklah merekodkan pergerakan keluar murid yang menghadiri aktiviti kokurikulum,sukan dan permainan. 7.0 Arahan Keselamatan Murid Semasa Aktiviti Lawatan Dan Perkhemahan. 7.1 Sekolah hendaklah menyediakan peraturan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan dilaksanakan. 7.2 Sekolah hendaklah mengadakan pengawasan keselamatan murid sebelum,semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan dilaksanakan. 7.3 Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti lawatan dan perkhemahan dilaksanakan. 7.4 Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan untuk aktiviti lawatan dan perkhemahan dipatuhi oleh murid. 7.5 Sekolah hendaklah memastikan prosedur dan peraturan berkaitan lawatan dan perkhemahan dipatuhi. 7.6 Sekolah hendaklah memastikan kenderaan yang digunakan untuk aktiviti lawatan dan perkhemahan berada dalam keadaan selamat. Arahan Keselamatan Murid Di Asrama. 8.1. Sekolah hendaklah mempunyai data dan rekod keluar masuk murid di asrama.
  • 20. 8.2. Sekolah hendaklah menyedia dan mempamerkan tatacara keselamatan semasa pergi dan balik asrama. 8.3. Sekolah hendaklah membuat pemeriksaan berkala dan pemeriksaan mengejut ke atas semua penghuni asrama. 8.4. Sekolah hendaklah menetapkan kawasan-kawasan larangan di asrama. 8.5. Sekolah hendaklah menyediakan jadual aktiviti harian dan mempamerkannya. 8.6. Sekolah hendaklah mengawal selia semua aktiviti murid di asrama. 8.7. Sekolah hendaklah memastikan pencahayaan mencukupi dalam kawasan asrama. 8.8. Sekolah hendaklah menyediakan peraturan berkaitan dengan larangan-larangan lain di asrama.