Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Powerpoint sejarah
1. TAJUK ESEI : PENGLIBATAN DAN
SUMBANGAN SARJAN NAULANAK NGABA
DALAMANGKATAN TENTERADARAT
MALAYSIADARI TAHUN 1963-1984
NAMA PELAJAR: BARBARA ANAK STEPHEN SAMBAU
NO. KAD PENGENALAN: 960516-13-6688
ANGKA GILIRAN: SS7101/1017
NAMA SEKOLAH: SMK KAPIT
NO PUSAT: 7101
2. PENGENALAN
Sarjan Naul Anak Ngaba dilahirkan pada 5 Ogos 1940 di Kapit,
Sarawak.
Beliau merupakan ahli Rejimen Renjer dan Unit Pengesan Anjing yang
berkhidmat untuk angkatan Tentera Darat Malaysia.
Rejimen Renjer DiRaja (singkatan RRD) adalah salah satu pasukan
tempur infantri di dalam Tentera Darat Malaysia. Pasukan ini terkenal
dengan cogan kata "Agi Idup Agi Ngelaban" yang berasal daripada
Bahasa Iban yang bermaksud "Selagi Ada Hayat, Selagi Itulah
Berjuang".
Rejimen Renjer Diraja adalah rejimen yang kedua terbesar dalam
Tentera Darat. Rejimen ini merupakan satu rejimen yang amat unik di
mana dianggotai oleh pelbagai kaum dan agama.
3. Unit Anjing Pengesan pula ditubuhkan pada tahun 1972
di Pulada, Ulu Tiram, Johor.
Penubuhan cawangan ini memainkan peranan yang
penting dalam membantu angkatan Tentera Darat di
medan perang.
Sarjan Naul Anak Ngaba merupakan ketua yang
mempunyai dedikasi yang tinggi dalam memimpin
anggotanya iaitu 1Ranger dan ‘ Team Commander C’
4. ISI-ISI
Sarjan Naul Anak Ngaba direkrut menjadi anggota Rejimen Ranger
pada bulan 10 1963. Beliau merupakan ahli anggota 1Ranger dan
mengetuai pasukannya yang dikenali sebagai ‘Company C’.
Setelah menjalani latihan tentera, mereka dihantar untuk berjuang
menentang musuh negara. Pasukan beliau dihantar bertugas di Batu
Lintang yang berdekatan dengan sempadan Indonesia-Sarawak pada
tahun 1965.
Mereka akan melakukan rondaan di sekitar sempadan dan menembak
bom meriam ke arah sempadan tersebut agar pihak musuh tidak dapat
menghampiri kawasan yang dijaga oleh mereka.
Pasukan beliau dihantar bertugas ke Lundu selama 4 bulan.
Keberanian dan kebijaksanaan Sarjan Naul Anak Ngaba memimpin
pasukannya bersama Tuan Nyaring Anak Angking berjaya
menumpaskan pihak komunis di bukit Gunung Gading walaupun
bilangan pihak musuh lebih ramai dari mereka.
5. Pada tahun 1969, mereka ditugaskan untuk melakukan
rondaan Jambatan Durin. Sewaktu bertugas pada waktu
malam, beliau bersama pasukannya dan Encik Billy Anak
Panyau diserang oleh pihak komunis menggunakan bom
buatan tangan. Namun, mereka tetap menjalankan tugas.
Mereka menjejaki musuh tersebut keesokan hari tetapi
tidak dapat dijumpai.
Pada tahun 1970,Sarjan Naul Anak Ngaba dan pasukannya
bersama Tuan Nyaring bertempur dengan pihak komunis
ketika bertugas di Sarikei. Kebijaksanaan beliau
mengarahkan pasukannya untuk mengepung kem musuh
membawa kejayaan kepada mereka walaupun seorang
daripada anggotanya tercedera.
6. Beliau diserapkan ke dalam Unit Pengesan Anjing pada tahun 1972.
Kecemerlangan beliau dalam menjalani kursus yang dijalankan
menyebabkan beliau dilantik sebagai ketua di dalam pasukan beliau
yang digelar ‘Team Commander 3’.
Beliau bersama pasukannya dihantar bertugas di Sibu. Kecekapan
anjing pengesan beliau berjaya menemui kubu musuh di sebuah bukit
terpencil. Kecekapan dan kegigihan Sarjan Naul Anak Ngaba dalam
memimpin pasukannya bersama 4Ranger membuatkan mereka berjaya
menawan kubu musuh walaupun kekurangan bilangan anggota.
Pada tahun 1982, beliau menjadi jurulatih untuk melatih Rejimen 510
Askar Wataniah di Kem Sri Rejang, Sibu selama 2 tahun.
Pada bulan 10 1984, beliau bersara daripada perkhidmatan sebagai
anggota Tentera Darat Malaysia dan pulang ke pangkuan keluarga di
Kapit.
7. KESIMPULAN
Penglibatan dan sumbangan Sarjan Naul Anak Ngaba
sebagai anggota Tentera Darat Malaysia dari tahun 1963-
1984 amatlah dihargai.
Oleh kerana rasa cinta akan negara, beliau sanggup untuk
mengadaikan nyawa bersama rakan seperjuangannya demi
menjaga keamanan negara.
Penulis berharap agar jasa dan sumbangan yang
dicurahkan oleh pejuang negara akan sentiasa dikenang
dan dicontohi.
Sebagai generasi pelapis, kita hendaklah memupuk
semangat cinta akan negara dalam diri.