2. Sambutan Hari Kebangsaan
Setiap tahun pada 31 Ogos, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan. Salah
satu acara yang diadakan ialah perbarisan yang biasanya diadakan di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur.
Ketika itu pelbagai pasukan unit beruniform, badan bukan kerajaan dan kementerian
menyertainya. Mereka menunjukkan kecekapan berbaris di hadapan Yang Di-Pertuan Agong dan
para menteri.
Orang ramai dan para pelancong tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya. Bagi
para pelancong, mereka sambil menyelam minum airkerana tujuan mereka datang ke Malaysia
adalah untuk membeli-belah dan melawat tempat-tempat menarik di Malaysia.
Selain perbarisan akan diadakan perarakan kereta berhias dan pertunjukan kapal terbang
di angkasa. Peristiwa bersejarah yang bermula seawal jam 7.30 pagi akan disaksikan oleh rakyat
Malaysia menerusi televisyen.
Buah-Buahan Tempatan
Negara kita kaya dengan hasil buah-buahan.Buah-buahan tempatan ialah buah
yang berasal dari negara kita.Contoh buah-buahan tempatan yang banyak terdapat
seperti durian,langsat,rambutan manggis dan lain-lain.
Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih
segar.Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang dan sebagainya.Sudah
tentu khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam
buah-buahan tersebut masih terpelihara.
Di samping itu kita patut makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan
ini mudah didapati dan dibeli terutama pada musim buah-buahan.
Selain itu , buah-buahan tempatan juga harganya jauh lebih murah jika
dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport.Tahukah kita harga buah-buahan
import harganya dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan
tempatan.Oleh itu kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian.
IDEA UTAMA IDEA SAMPINGAN
IDEA UTAMA IDEA SAMPINGAN