1. 1
ALAT MUZIK TRADISIONAL
CANANG
Canang sejenis alat daripada keluarga gong yang berukuran
kecil.Berperanan sebagai alat penanda masa dalam ensemble paluan tradisional
yang terdapat di Kelantan.
Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisional
ianya disertakan secara berpasangan iaitu Canang ; 'ibu' dan 'anak'.Manakala
dalam ensemble bagi mengiringi tarian istana seperti Asyik, mengikut amalan
semasa Canang digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem
diatonic yang mempunyai pic suara yang tepat.
Lazimnya dalam ensemble paluan Asyik, Canang yang bernada seperti C,D,E
dan G mengikut skala Major, digunakan untuk memainkan mode rithme yang
bersifat minimalism iaitu secara berulang-ulang. Kini terdapat dua jenis Canang
yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada 'besi' dan 'gangsa'. Gambar yang
dipamerkan ini ialah Canang Asyik yang diperbuat daripada gangsa dan Canang
Ibu dan Anak yang diperbuat daripada besi, mempunyai tombol yang kecil serta
dinding yang rendah.
2. 2
GONG / TETAWAK IBU
Gong /Tetawak Ibu mendukung peranan sebagai alat kolotomik yang utama
dalam budaya muzik masyarakat Melayu tradisi di Malaysia. Ianya sering
digunakan secara berpasangan dengan Tetawak anak khususnya dalam ensemble
bagi mengiringi teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit Kelantan,
Menora dan Main Petri serta tarian klasik istana dan tarian-tarian rakyat.
Tetawak ibu, secara dikotomi, mempunyai pic suara yang lebih rendah dan
bentuk fizikal yang lebih besar dari Tetawak Anak. Dalam konteks persembahan,
pada prinsipnya Tetawak Ibu dan Anak digantungkan pada tiang yang diukir khas
dan Tetawak Ibu hendaklah berada di sebelah kiri pemain gong.
3. 3
ANGKLUNG
Alat idiofon yang digoyang. Ianya diperbuat daripada pipa atau pun tabung
buluh yang terpilih. Sebuah Angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat
tabung yang diikat pada 'rumahnya' yang dikenali sebagai 'ancak'.
Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di
antara satu sama lain. Permainan muzik Angklung sering dipersembahkan secara
berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang'
dan 'Barungan' yang mula berkembang di Johor.
Dalam persembahan Kuda Kepang, lazimnya tiga ataupun empat buah
Angklung digunakan untuk mode rithme sebagai pelengkap kepada fizikal
lagunya yang disertai bersama alat-alat dari disiplin Gamelan.
Tradisi kesenian muzik Angklung yang berkembang di Malaysia sekarang ini
adalah berasal dari Tanah Jawa, Indonesia. Proses penalaan Angklung dilakukan
dengan melaras bibir alat dan ketukkan pada kakinya ataupun ditiup pada
bibirnya.
4. 4
REBANA
Sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu.Ianya sering
digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di kalangan
masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget Inang, Masri,
Zapin, Cinta Sayang Melayu Asli dan Ayam Didik.
Dalam konteks persembahan, Rebana akan diletak di atas riba pemain dan
dipalu dengan tangan.Ianya dapat menghasilkan pic suara asas seperti mnemonik
'tak' dari bahagian tepi alat berkenaan. Peranannya dalam ensemble adalah
sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat diketegorikan
sebagai irama asas(basic) penambahan(additive) dan menyilang iaitu cross
rythme.
5. 5
KOMPANG
Mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat kayu jenis keras. Lazimnya
daripada spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpusheterophyllus. Belulang
dariapada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada
permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan-bahan pelekat kemudian ditindih
dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan
rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara yang baik.
Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan
'bersila', 'berdiri', ataupun 'berarak' mengikut keperluannya. Dalam teknik
penghasilan bunyi, pemain akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya
dan menggunakan sebelah tangan lagi untuk memegangnya.
6. 6
KEMPUL
Kempul, berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangakaian Gamelan di
Malaysia yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu. Ianya merupakan satu
penambahan baru daripada yang sedia ada. Disiplin asal yang hanya terdiri
daripada alat-alat seperti Bonang/Keromomg, Gambang kayu, Saron Barung,
Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan, tetapi
mampu untuk menghasilkan suatu fisikal muzik yang dinamis bagi memenuhi
keperluan tarinya.
Kempul yang disertakan dalam satu oktaf dan berlaras anhemitonic
pantatonic, berkongsi tiang bersama-sama Gong Agung dan Suwukan dan
dimainkan oleh seorang pemain.
7. 7
BONANG
Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada 'perunggu' merupakan
alat melodi utama dalam ensemble Gamelan Melayu. Mengandungi dua oktaf dan
disusun di atas tapak khas secara mendatar dalam kedudukan yang menyongsang.
Secara fizikal, alat Bonang mempunyai bentuk seperti kendi 'degung'.
Secara dikotomi Bonang yang beroktaf rendah dikenali sebagai wedok
(perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai lanang(lelaki) mengikut bahasa
Jawa.
Dalam permainan Gamelan melayu, melodi pokok diimprovisasikan yang
dapat diterjemahkan sebagai heterofoni. Di kalangan masyarakat di Terengganu
khususnya, secara tradisi, alat Bonang dikenali sebagai Keromong, yakni memakai
sistem nama yang hampir sama dengan alat keluarga Gong yang terdapat di
Sarawak, dikenali sebagai 'engkeromomg' manakala dalam tradisi Gamelan di
Johor, Bonang merupakan alat terpenting dalam ensemble yang menvariasikan
melodi pokok ataupun lebih tepat.
8. 8
SARON
Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun slab-typed yang diperbuat
daripada perunggu. Bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu sebagai ruang
gema. Merupakan alat penambahan baru bagi ensemble Gamelan Melayu.
Berperanan sebagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok.Dalam proses
penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan, lazimnya dari jenis yang lembut.
Dalam tradisi Gamelan yang berkembang di Johor, Saron digunakan sebagai
alat melodi yang membawa melodi pokok dan juga bunga-bunga lagu mengikut
irama-irama tertentu yang lebih bersifat dekoratif. Bilahan bagi alat Saron
tersebut lazimnya diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan
tempa.
9. 9
ALAT-ALAT MUZIK
Alat- alat muzik adalah alat yang dibuat atau dimodifikasi untuk tujuan
menghasilkan muzik. Alat-alat muzik terdiri daripada tiga jenis iaitu;
1) Alat muzik tiup- bunyinya dihasilkan oleh peniupan,
2) Alat muzik bertali- menghasilkan bunyi melalui pemetikan,
3) Alat muzik tekan- menghasilkan bunyi melalui penekanan,
4) Alat muzik perkusi- menghasilkan bunyi melalui pemukulan.
MARACAS
Maracas adalah alat muzik hasil ciptaan orang asli Puerto Rico. Pada
asalnya ia diperbuat daripada buah pokok higuera dan diisikan dengan batu-batu
kecil.
Ia harus dimainkan sepasang, iaitu seorang yang memainkan maracas akan
memegang sebuah maracas dalam setiap sebelah tangan.
Maracas, seperti alat muzik pukul yang lain memainkan peranan penting
untuk membantu rentak gubahan muzik yang sedang dimainkan.
10. 10
ALAT MUZIK PERKUSI (PUKUL)
DHOLAK
Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara
(Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh
pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan
keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya
digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem and sebagainya.
BIOLA
Biola adalah sebuah alat musik gesek berdawai/bertali yang memiliki
empat tali yang diasingkan satu sama lain. Nada yang paling rendah adalah G dan
biola memiliki nada tertinggi di antara keluarga biola, yaitu viola dan cello. Alat
musik gesek berdawai yang lainnya, bas. Kertas musik untuk biola hampir selalu
menggunakan atau ditulis pada kunci G.