Ds bhs malaysia thn 2 sk

  • 4,200 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
4,200
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
67
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DUA 2011
  • 2. DOKUMEN STANDARDKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DUA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • 3. Cetakan Pertama 2011© Kementerian Pelajaran MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalamapa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelummendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 4. KANDUNGAN Muka SuratRUKUN NEGARA vFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viPENDAHULUAN 1TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 2MATLAMAT 3OBJEKTIF 3FOKUS 4SUSUNAN KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA 4 Standard Kurikulum 4 Kemahiran Bahasa 4 Aspek Seni Bahasa 5 Aspek Tatabahasa 5 Sistem Bahasa 5 Pengisian Kurikulum 7 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 9 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur 13 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca 17 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis 21 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Seni Bahasa 25 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa 27
  • 5. RUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi- tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai- bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akanmenumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untukmencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
  • 6. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individusecara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. vi vi
  • 7. PENDAHULUAN membolehkan murid memperkembangkan keupayaan danDunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangat dinamik penguasaan kemahiran bahasa, serta berkomunikasi menggunakandalam arus globalisasi. Perkembangan ini juga menuntut perubahan bahasa Melayu secara berkesan dan bertatasusila dalam semuadalam kurikulum. Seiringan dengan itu, Kementerian Pelajaran urusan.Malaysia mengambil inisiatif menyemak dan melakukanpenambahbaikan dalam kurikulum. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan mengambil kira pendekatan pengajaran bahasa Malaysia sebagaiSelaras dengan perubahan tersebut, kurikulum Bahasa Malaysia bahasa pertama. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran, minatturut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid turut diberipenggubalannya hingga terhasil Standard Kurikulum Bahasa penekanan. Selain itu, aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah turutMalaysia. Standard yang diketengahkan ini mengandungi Standard dijadikan landasan bagi membina keyakinan diri, mengetengahkanKandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kurikulum ini bakat, memupuk sifat kepemimpinan, dan ketokohan murid dalammerupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran pelbagai bidang. Aktiviti kokurikulum juga berupaya memantapkandan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di penguasaan berbahasa murid serta menyokong pelaksanaansekolah kebangsaan. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia.Penggubalan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia berpaksikanRukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan FalsafahPendidikan Kebangsaan. Standard ini menjujung peranan bahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasaperpaduan negara, bahasa ilmu dan bahasa pengantar di sekolah.Standard ini turut menitikberatkan penggabungjalinan kemahiranbahasa, penyerapan ilmu dan nilai murni. Standard KurikulumBahasa Malaysia boleh dijadikan pemangkin untuk memahami akalbudi, pemikiran dan sosiobudaya penuturnya ke arah melahirkansemangat cinta akan bahasa dan tanah air yang dikongsi bersamadalam satu wawasan demi memartabatkan bahasa Melayu.Pada asasnya, pembinaan kerangka standard ini berdasarkanprinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Standard inimengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaransecara didik hibur bagi mencungkil potensi murid untuk menerokapelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya, 1
  • 8. TUNJANG KURIKULUM STANDARDSEKOLAH RENDAHStandard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yangtunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan seperti yangKemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; terdapat dalam Rajah 1.dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domainutama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukandengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Rajah 1: Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang 2
  • 9. MATLAMAT viii membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripadauntuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas danboleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh intonasi yang betul;pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta x. membaca dan memahami maklumat yang tersurat danhubungan sosial dalam kehidupan harian. tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul; xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumatOBJEKTIF yang terdapat dalam pelbagai bahan; xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkayaMurid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk: xiii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul; xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas; xv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengani. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah betul; bunyi persekitaran dengan teliti dan betul; xvi. menulis imlak dengan tepat;ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu xvii. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul; tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yangiii. mendengar, memahami dan memberikan respons santun; berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul; xviii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genreiv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang dengan betul; sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan; betul secara bertatasusila; xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperolehv. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara daripada pelbagai sumber; yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi xxi. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam yang betul; pertuturan, pembacaan dan penulisan; danvi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu xxii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui bertatasusila; aktiviti berbahasa.vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila; 3
  • 10. kemahiran dan nilai murni.FOKUS Standard PembelajaranPada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah, muriddapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkan pemahaman Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikanberbahasa dan menguasai bahasa serta berkomunikasi secara kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiapberkesan bagi menyampaikan pendapat, idea dan maklumat dalam standard kandungan.pelbagai situasi pembelajaran, hubungan sosial dan kehidupanharian. Kemahiran BahasaSUSUNAN KANDUNGAN STANDARD Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. KemahiranKURIKULUM BAHASA MALAYSIA bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.Standard Kurikulum Kemahiran MendengarStandard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengardengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkaraStandard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, sertaoleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini dapat memberikan respons.berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokongoleh elemen Pengisian Kurikulum. Kemahiran BertuturStandard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasidan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat,kebangsaan. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis denganyang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi sebutan dan intonasi yang betul secara sopan danelemen pengetahuan, kemahiran serta nilai murni yang perlu bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaandikuasai oleh murid. tatabahasa yang betul. Standard Kandungan Kemahiran Membaca Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan 4
  • 11. penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan menggunakan pelbagai teknik membaca. Di samping itu, secara terancang. murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca. Kemahiran Menulis Sistem Bahasa Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca Melayu baku. Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan di dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. bawah. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan Tatabahasa imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. puisi dan grafik. MorfologiAspek Seni Bahasa Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaranAspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami, atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa sama ada bentuk tunggalpembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan danmemperoleh bahasa yang indah secara didik hibur daripada teknik penggandaan. Golongan kata pula ialah proses menjeniskannyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Seni bahasa juga perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi denganmenampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan ayat anggota yang lain dalam golongan yang sama.yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan danpersonifikasi yang terdapat dalam puisi dan prosa kreatif. Idea yangkreatif dapat dilahirkan oleh murid melalui lisan dan penulisan. a. Struktur kata merujuk pola suku kata bagi: i. kata asli bahasa Melayu ii. kata pinjaman bahasa MelayuAspek Tatabahasa b. Bentuk kata terdiri daripada: i. kata tunggalAspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan ii. kata terbitan 5
  • 12. iii. kata ganda iv. kata majmuk d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsangc. Proses pembentukan kata meliputi: e. Binaan ayat; i. pengimbuhan i. ayat dasar ii. penggandaan ii. ayat tunggal iii. pemajmukan iii. ayat terbitan atau ayat majmukAntara ketiga-tiga proses pembentukan kata ini, yang amat f. Proses ayat terbitan:kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah i. proses penggantiandiberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi ii. proses pengguguranbentuk dan makna termasuk aspek baharu dalam proses iii. proses penyusunan semulapengimbuhan. iv. proses peluasan.d. Golongan kata terdiri daripada: Tanda Baca i. kata nama ii. kata kerja Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk iii. kata adjektif memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Misalnya, iv. kata tugas koma dan tanda noktah mewakili hentian dalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang betul dapat mewakili intonasi dalamSintaksis bacaan dan penulisan.Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,dan binaan ayat. Hal ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian Sistem Ejaantentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedahpenggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok Perkara yang diberikan penekanan ialah;perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan i. Pola keselarasan huruf vokaltumpuan adalah seperti yang berikut: ii. Ejaan kata pinjaman iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitana. Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat. Sebutan dan Intonasib. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda.c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan 6
  • 13. membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supayamurid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. Nota: Buku Tatabahasa Dewan edisi terkini ialah buku tatabahasa yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.a. SebutanSebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata Buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini ialah buku panduan ejaandengan betul. Sebutan bahasa Malaysia yang diajarkan di sekolah yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.hendaklah menggunakan sebutan bahasa Melayu baku.b. Intonasi Pengisian Kurikulum Intonasi ayat bahasa Melayu yang betul hendaklah diajarkan Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni, mengikut pola yang berikut: kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai i. ayat penyata tambah. Penerangan ringkas bagi setiap elemen seperti yang ii. ayat tanya berikut: iii. ayat perintah iv. ayat seruan Ilmu v. ayat terbalik atau songsang vi. ayat aktif Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu vii. ayat pasif dalam bidang sains, dan geografi dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkanKosa kata oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa Nilai Murnikata perlu dipertingkat dan diperkembangkan agar murid dapatmengungkapkan maklumat dan buah fikiran selaras dengan Penyerapan nilai murni dalam kurikulum Bahasa Malaysia bertujuanpenambahan ilmu dalam mata-mata pelajaran yang dipelajari di melahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yangperingkat sekolah rendah. mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur.Peribahasa Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsungPeribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, selaras dengan nilai-nilai sejagat.bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat perlu diajarkan dalammata pelajaran Bahasa Malaysia. Pemilihan peribahasa hendaklah Kewarganegaraanmengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakatMalaysia yang berbilang kaum. Penyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan bahasa Malaysia mengutamakan pemupukan semangat 7
  • 14. cinta dan taat akan negara. Di samping itu, pemupukan unsur inibertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri,cinta akan bahasa dan bangsa serta meningkatkan komitmen Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasiindividu terhadap negara. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkanPeraturan Sosiobudaya kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti mengaplikasikan perisian,Peraturan sosiobudaya dalam kurikulum Bahasa Malaysia menghantar dan menerima e-mel, mengakses, memproses,merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang menyebar dan berkongsi maklumat serta berinteraksi sosialdiamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peraturan melalui Internet untuk meluaskan penerokaan ilmusosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian pengetahuan dalam urusan kehidupan.masyarakat Malaysia. Kemahiran Belajar Cara BelajarKemahiran Bernilai TambahKemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan di dalam Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada muridbilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian murid. supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yangKemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah Kemahiran berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan muridBerfikir, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untukKemahiran Belajar Cara Belajar, Kajian Masa Depan, Kecerdasan menghadapi dunia yang sering berubah, dan berkeupayaanPelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme, Pembelajaran Kontekstual, mengamalkan pembelajaran seumur hidup.dan Kreativiti dan Inovasi, dan Keusahawanan. Peneranganringkas tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan seperti yang Kajian Masa Depanberikut: Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara Kemahiran Berfikir atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Hal ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai menjangka akibat, serta menangani perubahan supaya mereka aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam mendapat manfaat yang maksimum. kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, Kecerdasan Pelbagai menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa Kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi hadapan. kecerdasan, minat dan kecenderungan murid kerana setiap 8
  • 15. individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. amalan dan budaya dalam kehidupan warga negara MalaysiaKecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal linguistik, pada masa hadapan.logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal, Keusahawananintrapersonal dan naturalis. Penyerapan elemen keusahawanan dalam kurikulum standardPembelajaran Konstruktivisme sekolah rendah bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalanganPembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran.melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina Penyerapan elemen ini bukan sahaja merupakan pendekatanpemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri membudayakan keusahawanan, malah melibatkan prosesberdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini pembentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawan sepertimenjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok belajar pemikiran keusahawanan, kemahiran pengurusan perniagaan,sepanjang hayat mereka. aplikasi vokasional dan teknologi serta amalan nilai moral dan etika keusahawanan.Pembelajaran KontekstualPembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang Strategi Pengajaran dan Pembelajaranmengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu,masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila Pendekatan Berpusatkan Muridmurid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharusecara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajarandalam kehidupan mereka. Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melaluiKreativiti dan Inovasi pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.Kreativiti merujuk kepada kebolehan atau kemampuan individuuntuk mencipta, menyelesaikan masalah, menggunakan daya Kepelbagaian Teknikimaginasi, idea kreatif untuk menghasilkan idea yang tulen, aslidan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif. Inovasi Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasapula merujuk kepada proses menjana idea dan Malaysia sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagaimengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedahdan inovatif saling berkait rapat bagi menghasilkan modal insan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.yang serba boleh dan berketerampilan. Daya kreativiti dan Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung padainovasi murid perlu dibangunkan ke tahap yang optimum pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar, sertasupaya mereka berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murididea dan ciptaan yang berkualiti dan seterusnya menjadi 9
  • 16. berkomunikasi dan berinteraksi serta berfikir secara kritis, kreatif dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsepinovatif. bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut:Kepelbagaian Sumber BahanPenggunaan pusat sumber dan komputer amatlah digalakkan dalam Penggabungjalinanpengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahansumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, Internet, Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalamserta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini,dalam pengajaran dan pembelajaran serta untuk bacaan ekstensif. beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.Penggunaan Sistem Bahasa Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam standard kandungan atau kemahiranPengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia daripada mata pelajaran lain.sekolah rendah menekankan penggunaan sistem bahasa yangtepat mengikut kemampuan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut, Penyerapanguru perlu merancang dan memilih sistem bahasa yang hendakdiajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsurdan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah bolehbilik darjah. diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.Bacaan Luas PenilaianBacaan luas memberikan peluang kepada murid menimbapengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada prosesgaya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas boleh pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatudijalankan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagimenggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera yang dipaparkan menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atausecara kreatif. pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penekanan Konsep 5P Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambilStrategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihanKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep atau pengayaan.penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan 10
  • 17. Pengayaan Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang Program pengayaan disediakan untuk memantapkan melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema ini kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid. Murid diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai dan hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan menghormati setiap ahli keluarga. secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh Kemasyarakatan diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam jangka masa yang ditentukan. kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepada Pemulihan murid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormat menghormati, bekerjasama dan Program pemulihan disediakan untuk membantu murid bertanggungjawab. menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri Kesihatan dan Kebersihan daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain- lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal menguasai sesuatu kemahiran. berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat.Pengajaran dan Pembelajaran Bertema KeselamatanPengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysiadiajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diribertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan daripada bahaya ketika berada di pelbagai persekitaran. Tema inipengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaransamping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih agar mengutamakan keselamatan.mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan penentuantema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian Perpaduandan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil dayakreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa. Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yangCakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut: terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan penduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usahaKekeluargaan memupuk semangat perpaduan. 11
  • 18. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika PertanianTema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi Tema pertanian mendedahkan murid perihal asas-asas pertanianelemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untukkaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang pertanian dandiajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat bioteknologi pertanian dalam kehidupan.dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri wargaMalaysia. EkonomiJati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Tema ekonomi mendedahkan murid perihal bidang peniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusanTema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedarankeupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang tentang kepentingan bidang ekonomi dan membudayakan sikapdari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai keusahawanan dalam kehidupan.semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema inisesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakatmadani, yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepadanegara.Sains, Teknologi dan InovasiTema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yangteratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannyadan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuaidiajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berupayamenjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi.Alam Sekitar dan Teknologi HijauTema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan muridmenjaga dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraankehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungankehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agarmurid cinta dan prihatin dan bertanggungjawab dalam menjagaalam sekitar dan teknologi hijau. 12
  • 19. STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRANMENDENGAR DAN BERTUTURObjektif Kemahiran Mendengar dan BertuturObjektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. mendengar, memahami, menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat;ii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat ayat perintah jenis larangan dengan betul;iii. mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan pelbagai soalan bercapah dan pesanan mengikut urutan yang betul;iv. bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi kata panggilan bagi keluarga bukan dalam kalangan keluarga asas dan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;v bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar dengan tepat menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;vi berbicara untuk mendapat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila; danvii. berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 13
  • 20. KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi 1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan dengan betul dan tepat. ayat dengan betul.1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons 1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan atau terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayat didengar dengan betul. perintah jenis larangan dengan betul. 1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah. 1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan dan gerak laku berdasarkan pesanan mengikut urutan dengan betul.1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan 1.4.1 Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber majmuk yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. 1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi keluarga bukan kalangan keluarga asas dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. 1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila. 1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi semula dengan tepat menggunakan sebutan yang yang betul menggunakan ayat majmuk. jelas dan intonasi yang betul. 14
  • 21. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. tepat secara bertatasusila. 1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat dan jelas secara bertatasusila. 1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang mengandungi rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila.1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang 1.7.1 Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara daripada sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara pelbagai sumber secara bertatasusila. bertatasusila. 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 15
  • 22. 16
  • 23. STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRANMEMBACAObjektif Kemahiran MembacaObjektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding , digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul;ii. membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul;iii. membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan betul;iv. membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat dengan betul;danv. membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan. 17
  • 24. KEMAHIRAN MEMBACA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi dua ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung yang betul. dengan sebutan yang betul. 2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul. 2.2.3 Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda. 2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.2.4 Membaca dan memahami maklumat yang 2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan sampingan dalam bahan multimedia dengan tepat. untuk memberi respons dengan betul. 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk menyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul. 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahan multimedia yang sesuai.2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan 2.5.1 Membaca dan memahami bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul. maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. 18
  • 25. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan bahan grafik dengan betul. 2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul bahan bukan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk grafik serta ayat dengan betul.2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan sastera yang sesuai bagi memupuk minat meningkatkan kelancaran bacaan. membaca. 2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan berbentuk didik hibur untuk menambahkan ilmu dan kosa kata. 19
  • 26. 20
  • 27. STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRANMENULISObjektif Kemahiran MenulisObjektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;ii. menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas;iii. membina dan menulis, perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;iv. membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan soalan dan bahan grafik dengan betul dan tulisan yang kemas;v. menuliskan imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;vi. mencatat maklumat yang betul untuk membanding beza dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber;vii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang berbentuk puisi menggunakan perkataan, diksi, frasa dan ayat serta menegaskan kesantunan berbahasa.viii. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul; danix. mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca. 21
  • 28. KEMAHIRAN MENULIS STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang 3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau diberi dengan betul dan kemas. lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. 3.2.5 Menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas. 3.2.6 Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas. 3.2.7 Menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul.3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas. dengan betul. 3.3.2 Membina dan menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul. 3.3.3 Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul berdasarkan soalan. 3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.3.4 Menulis imlak dengan tepat. 3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi kata ganda dengan tepat. 3.4.2 Menulis imlak frasa dan ayat yang mengandungi kata ganda dengan ejaan dan tanda baca dengan tepat. 22
  • 29. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu 3.5.1 Mencatat maklumat penting dengan betul daripada pelbagai sumber. perkara daripada pelbagai sumber. 3.5.2 Mencatat maklumat penting yang betul untuk menghubungkaitkan fakta daripada pelbagai sumber.3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang 3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul menggunakan perkataan, sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa diksi, frasa dan ayat dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara yang santun. berpandu. 3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk puisi dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara berpandu.3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul. 3.7.1 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara separa terkawal dengan betul. 3.7.2 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul.3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. 3.8.1 Mengedit perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca. 3.8.2 Mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca. 23
  • 30. 24
  • 31. STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANASPEK SENI BAHASAObjektif Aspek Seni BahasaObjektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: i. menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur; ii. mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur; iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur;dan iv. melafazkan pantun empat kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur. 25
  • 32. ASPEK SENI BAHASA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu 4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur. melalui nyanyian secara didik hibur. 4.1.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan 4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang menggunakan bahasa badan secara kreatif tepat melalui penceritaan secara didik hibur. semasa bercerita secara didik hibur. 4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat serta menggunakan mimik muka yang sesuai melalui penceritaan secara didik hibur.4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan 4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan tepat melalui lakonan spontan secara didik hibur. secara didik hibur. 4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas, diksi yang tepat dan mimik muka yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi 4.4.1 Melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan yang betul dan yang betul menggunakan bahasa yang indah intonasi yang jelas secara didik hibur. secara didik hibur. 4.4.2 Membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur. 26
  • 33. STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANASPEK TATABAHASAObjektif Aspek TatabahasaObjektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:i. memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia, kata nama khas hidup manusia dan kata ganti nama diri dengan betul mengikut konteks;ii. memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks;iii. memahami dan menggunakan kata hubung dan kata tanya dengan betul mengikut konteks;iv. memahami dan menggunakan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dengan betul mengikut konteks;v. memahami dan membina ayat dasar dengan betul mengikut konteks; danvi. memahami dan membina ayat penyata menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks.vii. memahami dan menggunakan kata ganda penuh yang betul mengikut konteks. 27
  • 34. ASPEK TATABAHASA STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut dengan betul mengikut konteks. konteks. 5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas hidup manusia dengan betul mengikut konteks. 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan betul mengikut konteks. 5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dengan betul mengikut konteks. 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks. 5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul mengikut konteks. 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks.5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata 5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan awalan , akhiran dan apitan dengan betul yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul. dalam pelbagai konteks. 5.2.2 Memahami dan menggunakan kata ganda penuh dengan betul dalam pelbagai konteks.5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam 5.3.1 Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN + FN, FN + FK, pelbagai situasi. FN + FA dan FN + FSN dengan betul dalam pelbagai konteks. 5.3.2 Memahami dan membina ayat penyata dengan menggunakan tanda baca yang betul dalam pelbagai konteks. 28
  • 35. 29
  • 36. Terbitan:BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk