SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
BIDANG KEPEGAWAIAN
Dalam aspek bidang kepegawaian, tugas seseorang guru adalah lebih tertumpu
kepada perancangan dan pengurusan sesuatu aktiviti kejohanan, temasya atau
perkhemahan. Contohnya dalam aktiviti kejohanan sukan atau temasya permainan
setiap guru dalam konteks kepegawaian perlulah memahami serta menyusun atur
penglibatan setiap guru dalam jawatankuasa yang dibentuk supaya segala aktiviti yang
dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Pada dasarnya setiap guru yang bertindak
sebagai pegawai dalam sesuatu aktiviti perlulah membuat perancangan serta
menguruskan aktiviti yang dirancang dengan baik dan tersusun. Pada kebiasaannya,
terdapat dua bentuk jawatankuasa dalam mengendalikan sesuatu kejohanan atau pun
aktiviti. Yang pertama ialah jawatankuasa induk dan kedua ialah jawatankuasa
pengelola. Jawatankuasa induk ialah jawatankuasa utama dan penting untuk mengatur
serta menentukan perbelanjaan kewangan serta kelicinan sesuatu kejohanan atau
aktiviti. Manakala, jawatankuasa pengelola pula adalah jawatankuasa yang secara
langsung terlibat dalam pelaksanaan setiap kejohanan atau pun aktiviti. Pada
umumnya terdapat beberapa jawatankuasa yang diwujudkan dalam melaksanakan
sesuatu kejonan ataupun aktiviti, iaitu:
 Pengarah projek;
 Timbalan pengarah projek;
 Pengelola projek (pengerusi jawatankuasa pengelola);
 Setiausaha;
 Penolong setiausaha;
 Bendahari;
 Urus setia;
i. Jawatankuasa kewangan;
ii. Jawatankuasa teknikal alatan;
iii. Jawatankuasa teknik pertandingan;
iv. Jawatankuasa teknik kepegawaian;
v. Jawatankuasa buku program;
vi. Jawatankuasa atur cara;
vii. Jawatankuasa protokol;
viii. Jawatankuasa jemputan;
ix. Jawatankuasa sambutan;
x. Jawatankuasa perbarisan;
xi. Jawatankuasa pengacaraan;
xii. Jawatankuasa promosi / publisiti;
xiii. Jawatankuasa hiasan;
xiv. Jawatankuasa khemah peserta;
xv. Jawatankuasa audio dan visual;
xvi. Jawatankuasa keceriaan / persiapan;
xvii. Jawatankuasa kebersihan;
xviii. Jawatankuasa disiplin dan keselamatan;
xix. Jawatankuasa pendaftaran peserta;
xx. Jawatankuasa bantu mula (first aids);
xxi. Jawatankuasa hadiah dan cenderamata;
xxii. Jawatankuasa jamuan/makanan;
xxiii. Jawatankuasa pengangkutan;
xxiv. Jawatankuasa fotografi;
xxv. Jawatankuasa alatan;
xxvi. Jawatankuasa persembahan;
xxvii. Jawatankuasa tugas-tugas khas;
xxviii. Jawatankuasa penginapan; dan
xxix. Lain-lain jawatankuasa yang sesuai mengikut keperluan.
DENDA / HUKUMAN PERMAINAN
(a) Amaran / Kad Kuning
-kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan
-perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan
(b) Hukuman / Gantung Dua Minit
-tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan
-penggantian pemain yang tidak sah
-perlanggaran peraturan permainan
-kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan
(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain
-melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan
-telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga
-tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya
-mengugut pemain di luar gelanggang pemain
-kekasaran hingga mencederakan pihak lawan
-kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh
-dibatalkan penyertaan
Rajah 1: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil
Rajah 2: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil
Rajah 3: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan)
ISYARAT TANGAN PENGADIL
Rajah 1: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah lantun atau
salah kawal bola
Rajah 2: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan membuang masa lebih tiga
saat
Rajah 3: Memukul pemain dan menangkap pemain
Rajah 4: Salah laku penyerang
menolak dan jaringan gol
merempuh ke arah lawan
Rajah 5: Balingan masuk dan balingan gol
Rajah 6: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan pengad dan jarakkan diri
sejauh tiga meter
Gambaran lebih jelas tetang isyarat tangan pengadil
Balingan ke Dalam Balingan Percuma Lihat Arah
Balingan Gol Balingan Pengadil Lebih 3 Langkah atau
Memegang Bola Lebih
daripada 3 Saat
Menolong, Berlari Buang Masa Gol!
atau Melompat ke Dalam
Memasuki Kawasan Gol Memukul/ Tidak Tepat
Menepis/Tangkis Menangkap/Menahan
Tidak Dibenarkan
Memegang Jarak 3 Meter Amaran (Kad Kuning)
Singkir (Kad Merah)
Berhentikan
Permainan Gantung 2Minit Buang Padang/Batal
UNDANG-UNDANG PERMAINAN
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 10
BALINGAN PERMULAAN
10.1 Untuk memulakan permainan, balingan permulaan akan dilakukan:
1. Oleh pasukan yang memenangi lambungan syiling atau undian dan memilih
untuk memulakan permainan.
2. Pihak lawan berhak untuk memilih gelanggang
 Melainkan jika pasukan yang menang lambungan syiling memilih gelanggang
(maka pihak lawan mengambil balingan permulaan)
 Pasukan akan bertukar tempat pada separuh masa kedua. Balingan permulaan
dibuat oleh pasukan yang tidak mengambil balingan permulaan pada masa
pertama.
 Lambungan syiling dilakukan pada setiap masa tambahan.
10.2 Selepas jaringan dilakukan: Balingan permulaan akan dilakukan oleh pasukan
yang kena gol.
10.3 Balingan permulaan diambil dari tengah gelanggang (1.5 meter dari tengah)
kawasan permainan dengan sebelah kaki di atas garisan tengah dan balingan
dilakukan ke mana-mana arah dikehendaki.
1. Balingan permulaan dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil
membunyikan wisel.
2. Pemain yang mengambil balingan permulaan mesti memijak garisan tengah
dengan sebelah kaki sehingga bola dilepaskan.
 Rakan pasukan pembaling tidak boleh melepasi garisan tengah sebelum wisel
berbunyi.
10.4 Untuk membuat balingan permulaan pada setiap separuh masa (termasuk masa
tambahan) semua pemain mesti berada di kawasan masing-masing.
 Walau bagaimanapun, balingan permulaan selepas jaringan gol dilakukan,
pihak lawan (pihak yang menjaring) dibenarkan berada di kedua-dua belah
gelanggang. (Selepas satu jaringan, pasukan bertahan boleh berada di kedua-
dua kawasan).
 Dalam kedua-dua keadaan, pihak lawan mesti berada sekurang-kurangnya 3
meter dari pemain yang membuat balingan permulaan.
Nota:
Balingan permulaan dilakukan apabila:
1. Memulakan permainan / perlawanan.
2. Selepas jaringan gol.
3. Selepas separuh masa ke dua bermula.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 11
11. BALINGAN KE DALAM
(Apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi di atas tanah atau di udara atau
garisan gol setelah disentuhi oleh pemain yang bertahan kecuali penjaga gol)
11.1 Balingan ke dalam diberikan apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi atau
bila pemain gelanggang yang bertahan adalah orang terakhir menyentuh sehingga bola
melepasi garisan gol.
11.2 Balingan ke dalam diambil tanpa menunggu tiupan wisel referi atau
pengadil oleh pasukan lawan yang menyentuh bola sebelum bola melepasi garisan.
11.3 Balingan ke dalam hendaklah dibuat di tempat bola itu keluar dari garisan tepi.
 Jika melepasi garisan gol, balingan ke dalam di sudut dibuat di sebelah
mana bola keluar.
11.4 Pembaling mesti memijak garisan tepi gelanggang sehingga bola dilepaskan.
Pembaling TIDAK DIBENARKAN meletakan bola di atas gelanggang dan
mengambilnya semula atau melantun atau menangkap semula.
11.5 Semasa balingan ke dalam, jarak pemain pasukan lawan mesti berada tidak
kurang 3 meter daripada pemain yang membuat balingan. tetapi pemain lawan
dibenarkan berada di luar kawasan garisan gol kurang 3 meter ketika balingan ke
dalam berada dalam kawasan 9 meter.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 12
12. BALINGAN GOL
12.1 Balingan gol diberikan bila penjaga gol mengawal bola dalam kawasannya atau
bila keseluruhan bola melepasi garisan gol selepas disentuh kali terakhir oleh penjaga
gol atau pemain lawan.
 Ini bermakna, dalam kedua-dua situasi ini, bola dianggap sebagai di luar
permainan. (Peraturan 13:3 boleh digunakan jika terdapat kesalahan di
pihak pasukan penjaga gol selepas balingan gol diberikan dan sebelum
ianya dilakukan)
12.2 Balingan gol diambil oleh penjaga gol, tanpa menunggu tiupan wisel referi atau
pengadil dari kawasannya selepas melepasi garisan kawasan gol sendiri.
 Balingan gol dianggap telah diambil bila bola yang dibaling telah melepasi
garisan gol (garisan 6 meter).
 Pemain dari pasukan lawan dibenarkan berada di luar garisan gol (garisan 6
meter) tetapi tidak boleh menyentuh bola sehingga bola melepasi garisan
penjaga gol.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 13
13. BALINGAN PERCUMA
13.1 Referi atau pengadil akan memberhentikan permainan atas kesalahan yang
dilakukan oleh:
1. Pasukan yang memegang boal (Peraturan 4:23)
2. Pasukan bertahan.
13.2 Referi atau pengadil boleh meneruskan permainan tanpa memberikan balingan
percuma:
1. Peraturan 13:1(1) - Pasukan bertahan mengawal bola selepas berlaku
kesalahan.
2. Peraturan 13:1(2) - Referi atau pengadil tidak akan memberhentikan perlawanan
sehingga pasukan menyerang hilang kawalan bola atau seandainya tidak dapat
meneruskan serangan disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh
pihakbertahan. (keuntungan / Advantange rule)
Hukuman Individu
Referi atau pengadil akan memberikan hukuman kepada pemain yang melakukan
kesalahan selepas satu kelebihan diberikan kepada pasukan menyerang. peraturan
13:2 tidak diguna pakai jika berlaku peraturan 4:2-3 atau 4:5-6 (Kesalahan pegawai dan
pertukaran pemain).
13.3 Kesalahan 13.1 (1-2) berlaku semasa bola diluar permainan, pemainan akan
dimulakan dengan keadaan yang sepatutnya.
13.4 Balingan percuma akan diberikan walaupun tanpa berlaku kesalahan undang-
undang:
1. Pasukan yang sedang mengawal bola akan membuat balingan percuma.
2. Jika kedua-dua tidak mengawal bola, pasukan akhir yang mengawal bola akan
memdapat balinga percuma.
3. Jika perlawanan di dalam dewan, bola terkena siling atau lain-lain, pasukan
lawan akan membuat balingan percuma.
4. Peraturan 13.2 tidak diguna pakai dalam situasi 13.4
13.5 Jika kesalahan berlaku pemain hendaklah meletakkan bola serta merta selepas
wisel referi dibunyikan.
13.6 Balingan percuma boleh diambil tanpa tiupan wisel referi kecuali peraturan 15.3
(Balingan 7 meter / permulaan)
1. Peraturan 13.4 (1, 2 dan 3) balingan percuma hendaklah dibuat selepas tiupan
wisel.
2. Jika terdapat gangguan dari pegawai teknikal atau penjaga masa disebabkan
kesalahan yang dilakukan oleh pegawai atau pemain pasukan bertahan,
balingan percuma akan diambil oleh pihak lawan di tempat di mana berlakuknya
kesalahan selepas tiupan wisel oleh referi. Kesalahan 4.2.3, 4.5.6 dan 7.10
boleh diguna pakai peraturan di atas.
3. Semua balingan percuma tidak boleh diambil di dalam kawasan gol atau
kawasan 9 meter pasukan lawan (mesti dibawa keluar garisan 9 meter).
Semasa balingan percuma diambil, pihak lawan hendaklah berada pada jarak
tidak kurang dari 3 meter.
13.7 Pemain yang akan membuat balingan percuma tidak boleh meletakkan dan
mengambil semula bola atau melantun bola.
13.8 Pemain penyerang tidak boleh menyentuh atau memasuki kawasan balingan
percuma (kawasan 9 meter) sebelum balingan percuma diambil atau dilakukan.
1. Referi atau pengadil hendaklah membetulkan kedudukan pemain yang berada di
kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter).
2. Balingan ini hendaklah dimulakan selepas tiupan wisel. Jika kesalahan yang
sama dilakukan sebelum bola dilepaskan, balingan percuma akan diberikan
kepada pihak lawan.
13.9 Pemian bertahan mestilah berada pada jarak 3 meter semasa balingan percuma
dilakukan oleh pihak penyerang.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 14
14. BALINGAN 7 METER
14.1 Balingan 7 meter akan diberi apabila:
1. Peluang menjaringkan gol dimusnahkan oleh pemain atau pegawai pihak lawan.
2. Gangguan wisel daripada luar semasa penyerang hendak menjaringkan gol.
3. Gangguan daripada luar (penonton masuk gelanggang)
14.2 Jika pemain penyerang dapat mengawal bola dengan badan walaupun berlaku
kesalahan, balingan 7 meter tidak perlu diberikan.
14.3 Semasa balingan 7 meter hendak dilakukan, permainan hendaklah diberhentikan
(isyarat 'Time Out' diberikan)
14.4 Balingan 7 meter hendaklah dibaling ke arah gol selepas 3 saat wisel
dibunyikan.
14.5 Pemain yang membuat balingan 7 meter tidak boleh memijak atau melintasi
garisan 1 meter (garisan had balingan 7 meter) sebelum balingan dilakukan.
14.6 Setelah bola dibaling, bola tersebut TIDAK DIBENARKAN disentuh oleh mana-
mana pemain sehingga ianya disentuh oleh penjaga gol atau terkena bahagian gol.
14.7 Semua pemain TIDAK DIBENARKAN berada di dalam kawasan balingan
percuma (kawasan 9 meter) semasa balingan 7 meter dilakukan kecuali pembaling 7
meter.
1. Jika pihak penyerang melintasi garisan balingan percuma (garisan 9 meter)
sebelum bola dilepaskan dari tangan pembaling 7 meter, balingan percuma akan
diberikan kepada pihak bertahan.
14.8 Jika pemain pertahanan memasuki kawasan balingan percuma (garisan 9 meter)
semasa balingan 7 meter dibuat, balingan akan diulang semula jika tidak gol dan jika
gol, jaringan akan terus disahkan sebagai gol.
14.9 Jika penjaga gol melintasi garisan sempadan 4 meter sebelum bola dilepaskan
pembaling 7 meter, balingan 7 meter akan diulang semula jika tidak gol dan dikirakan
jaringan jika masuk gol.
14.10 Pertukaran penjaga gol TIDAK DIBENARKAN setelah pembaling sedia
membuat balingan 7 meter. Sebarang percubaan untuk membuat pertukaran akan
diberikan hukuman 16.1(4) dan 16.3(3).
Situasi balingan 7 meter dilakukan
Aksi pembaling melakukan balingan 7 meter
Penjaga gol mengawal gawangnya ketika balingan 7 meter
Kedudukan pemain-pemain ketika balingan 7 meter dilakukan
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 15
15. BALINGAN-BALINGAN
15.1 Bola hendaklah berada pada tangan si pembaling sebelum balingan dilakukan.
15.2 Semasa melakukan balingan permulaan, balingan ke dalam, balingan percuma
atau balingan 7 meter, si pembaling hendaklah memastikan sebelah kaki hendaklah
memijak lantai atau gelanggang dan sebelah kaki lagi boleh diangkat dan
diletakkannya beriulang-ulang.
15.3 Referi dimestikan meniup wisel untuk memulakan:
1. Balingan permulaan dan balingan 7 meter.
2. Balingan ke dalam, balingan gol atau balingan percuma:
- selepas 'Time Out'
- memulakan balingan percuma peraturan 13.4
- selepas membetulkan kedudukan pemain.
- selepas amaran / hukuman diberi.
Nota:
Selepas tiupan wisel, balingan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat.
15.4 Balingan dikira selepas bola melepas tangan si pembaling.
1. TIDAK DIBENARKAN menyerah bola kepada pemain sepasukan semasa
balingan hendak dibuat (serahan darin tangan ke tangan)
15.5 Pembaling tidak boleh menyentuh bola sebelum disentuh oleh pemain lain atau
bahagian gol.
15.6 Jaringan gol boleh dibuat dari mana-mana arah kecuali (Peraturan 12.2)
jaringan sendiri oleh penjaga gol.
15.7 Kedudukan pemain pertahanan yang salah semasa balingan permulaan,
balingan ke dalam atau balingan percuma tidak perlu diperbetulkan oleh referi atau
pengadil. Jika pemain penyerang berada dalam kedudukan yang akan menguntungkan
maka kedudukan tersebut perlu diperbetulkan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 16
16. HUKUMAN-HUKUMAN
16.1 AMARAN
BOLEH diberikan kepada perkara-perkara yang melibatkan kekasaran terhadap pihak
lawan, tidak termasuk kepada kategori hukuman berturutan, perkara 8.3
MESTI diberikan apabila:
melakukan kekasaran yang agresif
kekasaran semasa melakukan halangan.
tidak mempunyai semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai.
3. Seorang pemain TIDAK BOLEH diberikan lebih daripada 1 (satu) KAD KUNING.
4. Pemain yang telah diberikan 2 minit penggantungan TIDAK BOLEH diberikan
KAD KUNING berikutnya.
5. Seorang pegawai hanya diberi sekali sahaja KAD KUNING.
16.2 Referi atau pengadil akan menunjukkan KAD KUNING kepada pemain atau
pegawai dan penjaga masa atau pencatat untuk dibuat catatan. (Ukuran kad 9 cm x
12 cm)
16.3 PENGGANTUNGAN
Penggantungan MESTI diberikan:
Kesalahan pertukaran pemain (Peraturan 4.5 - 4.6)
Melakukan kesalahan yang berulang (Peraturan 8.3)
Melakukan sikap tidak bersemangat kesukanan oleh pemain di dalam atau di luar
gelanggang. (Peraturan 8.4)
Kesalahan kali kedua oleh pegawai (Peraturan 16.1.4 dan 8.4)
Tidak meletakkan bola dengan serta merta apabila berlaku kesalahan (Peraturan 13.5)
Mengganggu pihak lawan semasa balingan dilakukan (Peraturan 15.7).
Kesalahan oleh pemain atau pegawai yang tidak layak menyertai permainan -
Tambahan 2 minit lagi (Peraturan 16.3)
Tiada semangat kesukanan oleh pemain (Peraturan 16.12)
16.4 Menunjukkan tanda penggantungan selepas memberhentikan masa permainan
(Isyarat No. 14)
16.5 Masa penggantungan adalah 2 minit.
Penggantungan kali ketiga pada pemain yang sama, hukumannya disingkir (KAD
MERAH).
Sepanjang masa penggantungan, tiada pemain lain boleh menggantikannya.
Memulakan masa penggantungan dengan wisel.
Penggantungan 2 minit akan dibawa ke seperauh masa kedua. jika masa masa
penggantungan belum tamat.
Penggantungan 4 minit (2 minit, 2 minit). Keadaan ini boleh dikenakan kepada pemain
apabila seseorang pemain melakukan kesalahanberulang kali selepas dikenakan
gantungan 2 minit / melakukan keselahan selepas tamat masa gantungan 2 minit
seperti salah masuk, maka pemain ini digantung 2 minit lagi (Peraturan 16.12)
16.6 PENYINGKIRAN (KAD MERAH)
BOLEH diberikan kepada:
Pemain yang tidak didaftarkan dalam pemainan itu.
Kesalahan kali ketiga oleh pegawai yang melakukan kesalahan tiada semangat
kesukanan atau selepas pegawai lain telah menerima hukuman penggantungan 2
minit.
Membahayakan pihak lawan.
Menunjukkan tiada semangat kesukanan yang serius oleh pemain atau pegawai
pasukan sama ada di dalam atau diluar gelanggang.
Menyerang di luar masa bermain, sebelum bermain atau semasa pertukaran
gelanggang (Peraturan 8.7, 16.13.2 dan 16.13.4)
Kerana penggantungan kali ketiga (Peraturan 16.5.1)
Menyerang oleh pegawai pasukan (Peraturan 8.7)
Mengulangi sikap tiada semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai pasukan
semasa pertukran gelanggang.
16.7 Referi atau pengadil menunjukkan KAD MERAH selepas memberhentikan
permainan. Dihalakan kepada penjaga masa dan pencatat.
16.8 Pemain atau pegawai pasukan yang telah disingkirkan, pasukannya MESTI
berkurangan seorang pemain (mengeluarkan seorang pemain) sehingga masa
penggantungan selama 2 minit tamat. Selepas tamat masa penggantungan, bolehlah
menambah kembali jumlah pemain. Masa penggantungan boleh ditambah 2 minit lagi
sekiranya pegawai atau pemain melakukan kesalahan tiad semangat kesukanan.
16.9 PEMBATALAN
BOLEH diberikan:
Pemain melakukan kesalahan yang berat semasa permainan.
16.10 Referi atau pengadil akan menunjukkan isyarat No. 15 selepas
memeberhentikan masa permainan.
16.11 Pemain yang dibatalkan hendaklah beredar dari kawasan gelanggang dan
tempat pemain gantian dan TIDAK DAFTARKAN terus bersama pasukannya untuk
keseluruhan kejohanan.
HANTARAN LOMPAT•Hantaran ini lebih merupakan ke arah gol•Pemain perlu
melompat untuk membuat jarigan dengan pergerakan segera.HANTARAN
LEPAS•Dilakukan apabila pemain bergerak ke garisan 9 meter bagi melakukan
jaringangol, tetapi berubah fikiran kerana mendapati rakannya berada di kedudukan
yanglebih baik untuk membuat jaringan•Pemain tersebut akan melepaskan bola ke
tanah jauh darinya untuk diambiloleh rakannya HANTARAN BELAKANG•Dibuat dari
belakang badan pemain•Menggunakan sebelah tangan sahaja•Banyak dilakukan
semasa membuat seranganHANTARAN HADAPAN•Salah satu hantarn yang kerap
digunakan•Pemain mempunyai pilihan yang banyak untuk mengahantar
bolaHANTARAN JAUH•Dilakukan oleh penjaga gol•Dilakukan dengan
pantasKESALAHAN UMUM SEMASA MENANGKAP BOLA•Pemain menggunakan
jejari untuk menangkap bola dan tidak tapak tangan•Pemain menghulurkan tangannya
ke hadapan yang terlalu rendah•Pemain tidak menggunakan pergelangan tangan untuk
mengawal bola•Rakan menghantar bola terlalu tinggi•Pemain tidak dapat mengawal
langkah dan pergerakan keseluruhan badannya
SENAMAN UNTUK KECERGASANTerdapat beberapa jenis aktiviti senaman untuk
memanaskan badan1)Senaman menggunakan otot leher dan kepala2)Senaman untuk
menguatkan kaki, lutut dan peha3)Senaman untuk menguatkan anggota tubuh badan
dan pinggang4)Senaman untuk menguatkan otot belakang5)Senaman untuk
menguatkan betis, kaki, pinggang dan pergelangan kaki6)Senaman untuk
mengimbangi badan, jari kaki, tangan dan bahagian lengan
7)senaman untuk menguatkan dada dan tulang belakang8)senaman untk menguatkan
anggota badan serta otot dibahagian siku danpergerakan bada
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 17
17. PENGADIL
17.1 Dua orang referi atau pengadil yang mempunyai kuasa yang sama harus
bertugas untuk setiap pertandingan. Mereka dibantu oleh penjaga masa dan
pencatat.
17.2 Referi atau pengadil mengawasi tingkah laku pemain dari mula masuk
gelanggang sehingga meninggalkan gelanggang.
17.3 Referi atau pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang permainan,
tiang gol dan bola sebelum permainan dimulakan. Keputusan penggunaan bola
bergantung kepada undang-undang 1 dan 3.1.
1. Referi atau pengadil juga memastikan kedua-dua pasukan memakai pakaian
seragam.
2. Memeriksa kertas pencatat dan peralatan pemain.
3. Mereka mempastikan jumlah pemain dan pegawai pada tempat bangku pemain
gantian.
4. Mereka hendaklah memaklumkan kehadiran pegawai pasukan.
5. Segala kesilapan mestilah diperbetulkan (Peraturan 4.1 - 4.2 dan 4.7 - 4.9)
17.4 Lambungan syiling dilakukan oleh salah seorang referi atau pengadil dengan
kehadiran seorang lagi referi dan kedua-dua ketua pasukan.
17.5 Semasa permulaan permainan seorang referi akan mengambil tempat sebagai
pengadil gelanggang di belakang pasukan yang membuat balingan permulaan.
1. Pengadil gelanggang akan memulakan permainan dengan isyarat wisel untuk
balingan permulaan. (Peraturan 10.3)
2. Bila berlaku serangan balas, referi gelanggang akan menjadi referi gol dan
berada di belakang garisan gol.
3. Referi yang seorang lagi, yang sebelumnya menjadi referi gol gol akan menjadi
referi gelanggang.
4. Referi atau pengadil mestilah menukar kedudukan dari semasa ke semasa di
dalam permainan.
17.6 Pada dasarnya keseluruhan permainan harus diadili oleh referi atau pengadil
yang sama.
1. Adalah menjadi tanggungjawab untuk mempastikan pertandingan berjalan
mengikut undang-undang. Hukuman harus diberi pada mana-mana kesalahan.
(Rujuk peraturan 13.2 dan 14.2)
2. Sekiranya seorang referi atau pengadil tidak dapat meneruskan pengadilan,
pasangannya akan meneruskan pengadilan seorang diri. (Untuk IHF dan
kejihanan tempatan, keadaan ini diuruskan bergantung peruntukan undang-
undang)
17.7 Sekiranya referi atau pengadil meniup wisel untuk sesuatu kesalahan
serentak tetapi mempunyai hukuman berbeza, maka hukuman yang lebih berat
harus digunakan daripada hukuman yang diberi.
17.8 Sekiranya pengadil meniup wisel pada waktu yang sama atau bola keluar
gelanggang, referi atau pengadil mempunyai pandangan berbeza pasukan mana yang
akan mengambil bola, maka perbincangan boleh dilakukan. Sekiranya perbincangan
tidak dapat keputusan muktamad, referi atau pengadil gelanggang akan
menentukan keputusan.
17.9 Kedua-dua referi atau pengadil bertanggungjawab menyimpan keputusan
jaringan. Mereka juga membuat catatan berkaitan amaran, penggantungan,
penyingkiran dan pembatalan.
17.10 Kedua-dua pengadil bertanggungjawab mengawal masa permainan. Sekiranya
ada pertikaian ketepatan masa oleh penjaga masa, referi atau pengadil akan membuat
perbincangan. (Peraturan 2.3)
17.11 Referi atau pengadil bertanggungjawab untuk memastikan pencatat mengisi
borang pencatat dengan betul.
1. Pembatalan (Peraturan 16.11) dan Penyingkiran seperti undang-undang 16.8
perenggan 4 mestilah dilaporkan dalam laporan pengadil.
17.12 Keputusan yang dibuat oleh referi atau pengadil berpandukan pemerhatian
kepada fakta atau keputusan referi atau pengadil adalah muktamad.
1. Rayuan boleh dikemukakan hanya kepada keputusan yang tidak termaktub
dalam undang-undang.
2. Semasa permainan hanya pegawai pasukan bertanggungjawab berhak untuk
memanggil pengadil.
17.13 Referi atau pengadil mempunyai hak untuk menggantung permainan sementara
atau tetap.
1. Referi atau pengadil harus berusaha untuk menyambung kembali perlawanan
sebelum memberhentikan permainan secara tetap.
17.14 Pakaian seragam hitam adalah keutamaan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 18
18. PENJAGA MASA DAN PENCATAT
18.1 Penjaga Masa bertanggungjawab terhadap masa permainan, masa hentian
'Time Out' dan penggantungan pemain.
1. Pencatat bertanggungjawab kepada senarai nama pendaftran pasukan, borang
keputusan markah, pertukaran pemain dan kemasukan pemain.
2. Sekiranya berlaku gangguan masa bermain, penjaga masa bertanggungjawab
memberitahu pegawai pasukan tentang lama masa berlangsung dari jumlah
masa yang tinggal.
3. Penjaga masa memberitahu pemain yang digantung tentang masa
penggantungan telah tamat.
4. Penjaga masa sahaja yang boleh memberhentikan permainan sekiranya perlu.
18.2 Sekiranya tiada jama dari 'scoreboard' secara automatik, penjaga masa
bertanggungjawab memberi isyarat menandakan tama separuh masa dan tamat
permainan.

More Related Content

What's hot

Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMmond niel
 
Nota Futsal Part 3
Nota Futsal Part 3Nota Futsal Part 3
Nota Futsal Part 3Mohd Manshor
 
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan BadmintonPeraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan BadmintonAndi Rahman
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaFazri Usidi
 
Pengelolaan pertandingan
Pengelolaan pertandinganPengelolaan pertandingan
Pengelolaan pertandinganzikriamri86
 
6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjahEswary Raju
 
02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola balingfurzan
 
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & PadangMPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & PadangAfifah Yusoff
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tamparAfzan Razali
 
Lari berpagar
Lari berpagarLari berpagar
Lari berpagardila teen
 
Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal Rubini Rubi
 
Larian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiLarian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiAbsolute221
 
cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...Nurfaten Ismail
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 

What's hot (20)

Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
 
Nota Futsal Part 3
Nota Futsal Part 3Nota Futsal Part 3
Nota Futsal Part 3
 
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola JaringTopik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
 
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan BadmintonPeraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
 
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasaBidang tugas setiap ahli jawatankuasa
Bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
 
Pengelolaan pertandingan
Pengelolaan pertandinganPengelolaan pertandingan
Pengelolaan pertandingan
 
6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah
 
Senarai semak
Senarai semakSenarai semak
Senarai semak
 
02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola baling
 
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola TamparChegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
Chegu abbas - Undang-undang dan peraturan Bola Tampar
 
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & PadangMPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
MPU3071 Alatan Acara Balapan & Padang
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
Bola keranjang
Bola keranjangBola keranjang
Bola keranjang
 
Lari berpagar
Lari berpagarLari berpagar
Lari berpagar
 
Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal
 
Larian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiLarian Berganti-ganti
Larian Berganti-ganti
 
cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...
 
Pengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelabPengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelab
 
Prosedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuanProsedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuan
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 

Similar to Bidang kepegawaian

Peraturan permainan futsal fifa
Peraturan permainan futsal fifaPeraturan permainan futsal fifa
Peraturan permainan futsal fifaLanggeng BM
 
Tata cara pertandinga futsal (10 file)
Tata cara pertandinga futsal (10 file)Tata cara pertandinga futsal (10 file)
Tata cara pertandinga futsal (10 file)wachid rizky
 
Law of the game of football
Law of the game of footballLaw of the game of football
Law of the game of footballsampurna egha
 
Nota Futsal part 2
Nota Futsal part 2Nota Futsal part 2
Nota Futsal part 2Mohd Manshor
 
Presestasi PJOK Kelompok 4.pptx
Presestasi PJOK Kelompok 4.pptxPresestasi PJOK Kelompok 4.pptx
Presestasi PJOK Kelompok 4.pptxDenyArjuna
 
4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola balingAdrine Sapari
 
Kelas2 semester1
Kelas2 semester1Kelas2 semester1
Kelas2 semester1arman11111
 
Bola baling
Bola baling Bola baling
Bola baling Lisa Wong
 
Peraturan bola voli dan sepak bola
Peraturan bola voli dan sepak bolaPeraturan bola voli dan sepak bola
Peraturan bola voli dan sepak bolaRohman Efendi
 
Permainan bola basket
Permainan bola basketPermainan bola basket
Permainan bola basketlatifaharums
 
Teknik dasar permainan sepak bola
Teknik dasar permainan sepak bolaTeknik dasar permainan sepak bola
Teknik dasar permainan sepak bolaZulfie Sotheycallme
 
Penyelenggaraan pertandingan bola voli
Penyelenggaraan pertandingan bola voliPenyelenggaraan pertandingan bola voli
Penyelenggaraan pertandingan bola volialoysiuspr
 

Similar to Bidang kepegawaian (20)

Peraturan permainan futsal fifa
Peraturan permainan futsal fifaPeraturan permainan futsal fifa
Peraturan permainan futsal fifa
 
Tata cara pertandinga futsal (10 file)
Tata cara pertandinga futsal (10 file)Tata cara pertandinga futsal (10 file)
Tata cara pertandinga futsal (10 file)
 
Law of the game of football
Law of the game of footballLaw of the game of football
Law of the game of football
 
Nota Futsal part 2
Nota Futsal part 2Nota Futsal part 2
Nota Futsal part 2
 
Presestasi PJOK Kelompok 4.pptx
Presestasi PJOK Kelompok 4.pptxPresestasi PJOK Kelompok 4.pptx
Presestasi PJOK Kelompok 4.pptx
 
4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling
 
BOLA BASKET.ppt
BOLA BASKET.pptBOLA BASKET.ppt
BOLA BASKET.ppt
 
ppt basket
ppt basketppt basket
ppt basket
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Kelas2 semester1
Kelas2 semester1Kelas2 semester1
Kelas2 semester1
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Bola baling
Bola baling Bola baling
Bola baling
 
1 MURID 1 SUKAN
1 MURID 1 SUKAN1 MURID 1 SUKAN
1 MURID 1 SUKAN
 
Rules handball
Rules handballRules handball
Rules handball
 
Peraturan bola voli dan sepak bola
Peraturan bola voli dan sepak bolaPeraturan bola voli dan sepak bola
Peraturan bola voli dan sepak bola
 
Permainan bola basket
Permainan bola basketPermainan bola basket
Permainan bola basket
 
Teknik dasar permainan sepak bola
Teknik dasar permainan sepak bolaTeknik dasar permainan sepak bola
Teknik dasar permainan sepak bola
 
Bola basket
Bola basketBola basket
Bola basket
 
Penyelenggaraan pertandingan bola voli
Penyelenggaraan pertandingan bola voliPenyelenggaraan pertandingan bola voli
Penyelenggaraan pertandingan bola voli
 

Recently uploaded

IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024idmpo grup
 
Popi99 Situs Slot Online Terbaik & Slot Server Thailand Terpercaya 2024
Popi99 Situs Slot Online Terbaik & Slot Server Thailand Terpercaya 2024Popi99 Situs Slot Online Terbaik & Slot Server Thailand Terpercaya 2024
Popi99 Situs Slot Online Terbaik & Slot Server Thailand Terpercaya 2024Popi99
 
Sakai99 Link Slot Gacor Resmi Anti Nawala Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 Link Slot Gacor Resmi Anti Nawala Terpercaya Gampang MaxwinSakai99 Link Slot Gacor Resmi Anti Nawala Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 Link Slot Gacor Resmi Anti Nawala Terpercaya Gampang MaxwinSakai99
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...Neta
 
IDMPO Link Slot Online Terbaru 2024 kamboja
IDMPO Link Slot Online Terbaru 2024 kambojaIDMPO Link Slot Online Terbaru 2024 kamboja
IDMPO Link Slot Online Terbaru 2024 kambojaidmpo grup
 
BAB 2 BARISAN DAN DERET kelas x kurikulum merdeka
BAB 2 BARISAN DAN DERET kelas x kurikulum merdekaBAB 2 BARISAN DAN DERET kelas x kurikulum merdeka
BAB 2 BARISAN DAN DERET kelas x kurikulum merdekachairilhidayat
 
Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024
Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024
Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024Sizi99
 
Babahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
BabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjfBabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
BabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjfDannahadiantyaflah
 
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang JackpotWen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang JackpotWen4D
 
PPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptx
PPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptxPPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptx
PPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptxMegaFebryanika
 
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang MaxwinLim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang MaxwinLim4D
 
KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.doc
KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.docKERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.doc
KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.docEnaNorazlina
 

Recently uploaded (12)

IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
 
Popi99 Situs Slot Online Terbaik & Slot Server Thailand Terpercaya 2024
Popi99 Situs Slot Online Terbaik & Slot Server Thailand Terpercaya 2024Popi99 Situs Slot Online Terbaik & Slot Server Thailand Terpercaya 2024
Popi99 Situs Slot Online Terbaik & Slot Server Thailand Terpercaya 2024
 
Sakai99 Link Slot Gacor Resmi Anti Nawala Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 Link Slot Gacor Resmi Anti Nawala Terpercaya Gampang MaxwinSakai99 Link Slot Gacor Resmi Anti Nawala Terpercaya Gampang Maxwin
Sakai99 Link Slot Gacor Resmi Anti Nawala Terpercaya Gampang Maxwin
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
 
IDMPO Link Slot Online Terbaru 2024 kamboja
IDMPO Link Slot Online Terbaru 2024 kambojaIDMPO Link Slot Online Terbaru 2024 kamboja
IDMPO Link Slot Online Terbaru 2024 kamboja
 
BAB 2 BARISAN DAN DERET kelas x kurikulum merdeka
BAB 2 BARISAN DAN DERET kelas x kurikulum merdekaBAB 2 BARISAN DAN DERET kelas x kurikulum merdeka
BAB 2 BARISAN DAN DERET kelas x kurikulum merdeka
 
Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024
Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024
Sizi99 Rekomendasi Bo Slot Gacor Anti Nawala Gampang Jackpot 2024
 
Babahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
BabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjfBabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
Babahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
 
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang JackpotWen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
 
PPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptx
PPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptxPPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptx
PPT SLIDE Kelompok 2 Pembelajaran Kelas Rangkap (4).pptx
 
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang MaxwinLim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
 
KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.doc
KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.docKERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.doc
KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.doc
 

Bidang kepegawaian

  • 1. BIDANG KEPEGAWAIAN Dalam aspek bidang kepegawaian, tugas seseorang guru adalah lebih tertumpu kepada perancangan dan pengurusan sesuatu aktiviti kejohanan, temasya atau perkhemahan. Contohnya dalam aktiviti kejohanan sukan atau temasya permainan setiap guru dalam konteks kepegawaian perlulah memahami serta menyusun atur penglibatan setiap guru dalam jawatankuasa yang dibentuk supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Pada dasarnya setiap guru yang bertindak sebagai pegawai dalam sesuatu aktiviti perlulah membuat perancangan serta menguruskan aktiviti yang dirancang dengan baik dan tersusun. Pada kebiasaannya, terdapat dua bentuk jawatankuasa dalam mengendalikan sesuatu kejohanan atau pun aktiviti. Yang pertama ialah jawatankuasa induk dan kedua ialah jawatankuasa pengelola. Jawatankuasa induk ialah jawatankuasa utama dan penting untuk mengatur serta menentukan perbelanjaan kewangan serta kelicinan sesuatu kejohanan atau aktiviti. Manakala, jawatankuasa pengelola pula adalah jawatankuasa yang secara langsung terlibat dalam pelaksanaan setiap kejohanan atau pun aktiviti. Pada umumnya terdapat beberapa jawatankuasa yang diwujudkan dalam melaksanakan sesuatu kejonan ataupun aktiviti, iaitu:  Pengarah projek;  Timbalan pengarah projek;  Pengelola projek (pengerusi jawatankuasa pengelola);  Setiausaha;  Penolong setiausaha;  Bendahari;  Urus setia; i. Jawatankuasa kewangan; ii. Jawatankuasa teknikal alatan; iii. Jawatankuasa teknik pertandingan; iv. Jawatankuasa teknik kepegawaian; v. Jawatankuasa buku program; vi. Jawatankuasa atur cara; vii. Jawatankuasa protokol;
  • 2. viii. Jawatankuasa jemputan; ix. Jawatankuasa sambutan; x. Jawatankuasa perbarisan; xi. Jawatankuasa pengacaraan; xii. Jawatankuasa promosi / publisiti; xiii. Jawatankuasa hiasan; xiv. Jawatankuasa khemah peserta; xv. Jawatankuasa audio dan visual; xvi. Jawatankuasa keceriaan / persiapan; xvii. Jawatankuasa kebersihan; xviii. Jawatankuasa disiplin dan keselamatan; xix. Jawatankuasa pendaftaran peserta; xx. Jawatankuasa bantu mula (first aids); xxi. Jawatankuasa hadiah dan cenderamata; xxii. Jawatankuasa jamuan/makanan; xxiii. Jawatankuasa pengangkutan; xxiv. Jawatankuasa fotografi; xxv. Jawatankuasa alatan; xxvi. Jawatankuasa persembahan; xxvii. Jawatankuasa tugas-tugas khas; xxviii. Jawatankuasa penginapan; dan xxix. Lain-lain jawatankuasa yang sesuai mengikut keperluan. DENDA / HUKUMAN PERMAINAN (a) Amaran / Kad Kuning -kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan -perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan (b) Hukuman / Gantung Dua Minit -tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan
  • 3. -penggantian pemain yang tidak sah -perlanggaran peraturan permainan -kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan (c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain -melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan -telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga -tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya -mengugut pemain di luar gelanggang pemain -kekasaran hingga mencederakan pihak lawan -kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh -dibatalkan penyertaan Rajah 1: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil Rajah 2: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil
  • 4. Rajah 3: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan) ISYARAT TANGAN PENGADIL Rajah 1: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah lantun atau salah kawal bola Rajah 2: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan membuang masa lebih tiga saat
  • 5. Rajah 3: Memukul pemain dan menangkap pemain Rajah 4: Salah laku penyerang menolak dan jaringan gol merempuh ke arah lawan Rajah 5: Balingan masuk dan balingan gol Rajah 6: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan pengad dan jarakkan diri sejauh tiga meter
  • 6. Gambaran lebih jelas tetang isyarat tangan pengadil Balingan ke Dalam Balingan Percuma Lihat Arah Balingan Gol Balingan Pengadil Lebih 3 Langkah atau Memegang Bola Lebih daripada 3 Saat
  • 7. Menolong, Berlari Buang Masa Gol! atau Melompat ke Dalam Memasuki Kawasan Gol Memukul/ Tidak Tepat Menepis/Tangkis Menangkap/Menahan Tidak Dibenarkan Memegang Jarak 3 Meter Amaran (Kad Kuning) Singkir (Kad Merah)
  • 9. UNDANG-UNDANG PERMAINAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 10 BALINGAN PERMULAAN 10.1 Untuk memulakan permainan, balingan permulaan akan dilakukan: 1. Oleh pasukan yang memenangi lambungan syiling atau undian dan memilih untuk memulakan permainan. 2. Pihak lawan berhak untuk memilih gelanggang  Melainkan jika pasukan yang menang lambungan syiling memilih gelanggang (maka pihak lawan mengambil balingan permulaan)  Pasukan akan bertukar tempat pada separuh masa kedua. Balingan permulaan dibuat oleh pasukan yang tidak mengambil balingan permulaan pada masa pertama.  Lambungan syiling dilakukan pada setiap masa tambahan. 10.2 Selepas jaringan dilakukan: Balingan permulaan akan dilakukan oleh pasukan yang kena gol. 10.3 Balingan permulaan diambil dari tengah gelanggang (1.5 meter dari tengah) kawasan permainan dengan sebelah kaki di atas garisan tengah dan balingan dilakukan ke mana-mana arah dikehendaki. 1. Balingan permulaan dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil membunyikan wisel. 2. Pemain yang mengambil balingan permulaan mesti memijak garisan tengah dengan sebelah kaki sehingga bola dilepaskan.  Rakan pasukan pembaling tidak boleh melepasi garisan tengah sebelum wisel berbunyi.
  • 10. 10.4 Untuk membuat balingan permulaan pada setiap separuh masa (termasuk masa tambahan) semua pemain mesti berada di kawasan masing-masing.  Walau bagaimanapun, balingan permulaan selepas jaringan gol dilakukan, pihak lawan (pihak yang menjaring) dibenarkan berada di kedua-dua belah gelanggang. (Selepas satu jaringan, pasukan bertahan boleh berada di kedua- dua kawasan).  Dalam kedua-dua keadaan, pihak lawan mesti berada sekurang-kurangnya 3 meter dari pemain yang membuat balingan permulaan. Nota: Balingan permulaan dilakukan apabila: 1. Memulakan permainan / perlawanan. 2. Selepas jaringan gol. 3. Selepas separuh masa ke dua bermula. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 11 11. BALINGAN KE DALAM (Apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi di atas tanah atau di udara atau garisan gol setelah disentuhi oleh pemain yang bertahan kecuali penjaga gol) 11.1 Balingan ke dalam diberikan apabila keseluruhan bola melepasi garisan tepi atau bila pemain gelanggang yang bertahan adalah orang terakhir menyentuh sehingga bola melepasi garisan gol. 11.2 Balingan ke dalam diambil tanpa menunggu tiupan wisel referi atau pengadil oleh pasukan lawan yang menyentuh bola sebelum bola melepasi garisan. 11.3 Balingan ke dalam hendaklah dibuat di tempat bola itu keluar dari garisan tepi.
  • 11.  Jika melepasi garisan gol, balingan ke dalam di sudut dibuat di sebelah mana bola keluar. 11.4 Pembaling mesti memijak garisan tepi gelanggang sehingga bola dilepaskan. Pembaling TIDAK DIBENARKAN meletakan bola di atas gelanggang dan mengambilnya semula atau melantun atau menangkap semula. 11.5 Semasa balingan ke dalam, jarak pemain pasukan lawan mesti berada tidak kurang 3 meter daripada pemain yang membuat balingan. tetapi pemain lawan dibenarkan berada di luar kawasan garisan gol kurang 3 meter ketika balingan ke dalam berada dalam kawasan 9 meter. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 12 12. BALINGAN GOL 12.1 Balingan gol diberikan bila penjaga gol mengawal bola dalam kawasannya atau bila keseluruhan bola melepasi garisan gol selepas disentuh kali terakhir oleh penjaga gol atau pemain lawan.  Ini bermakna, dalam kedua-dua situasi ini, bola dianggap sebagai di luar permainan. (Peraturan 13:3 boleh digunakan jika terdapat kesalahan di pihak pasukan penjaga gol selepas balingan gol diberikan dan sebelum ianya dilakukan) 12.2 Balingan gol diambil oleh penjaga gol, tanpa menunggu tiupan wisel referi atau pengadil dari kawasannya selepas melepasi garisan kawasan gol sendiri.  Balingan gol dianggap telah diambil bila bola yang dibaling telah melepasi garisan gol (garisan 6 meter).  Pemain dari pasukan lawan dibenarkan berada di luar garisan gol (garisan 6 meter) tetapi tidak boleh menyentuh bola sehingga bola melepasi garisan penjaga gol.
  • 12. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 13 13. BALINGAN PERCUMA 13.1 Referi atau pengadil akan memberhentikan permainan atas kesalahan yang dilakukan oleh: 1. Pasukan yang memegang boal (Peraturan 4:23) 2. Pasukan bertahan. 13.2 Referi atau pengadil boleh meneruskan permainan tanpa memberikan balingan percuma: 1. Peraturan 13:1(1) - Pasukan bertahan mengawal bola selepas berlaku kesalahan. 2. Peraturan 13:1(2) - Referi atau pengadil tidak akan memberhentikan perlawanan sehingga pasukan menyerang hilang kawalan bola atau seandainya tidak dapat meneruskan serangan disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pihakbertahan. (keuntungan / Advantange rule) Hukuman Individu Referi atau pengadil akan memberikan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan selepas satu kelebihan diberikan kepada pasukan menyerang. peraturan 13:2 tidak diguna pakai jika berlaku peraturan 4:2-3 atau 4:5-6 (Kesalahan pegawai dan pertukaran pemain). 13.3 Kesalahan 13.1 (1-2) berlaku semasa bola diluar permainan, pemainan akan dimulakan dengan keadaan yang sepatutnya. 13.4 Balingan percuma akan diberikan walaupun tanpa berlaku kesalahan undang- undang: 1. Pasukan yang sedang mengawal bola akan membuat balingan percuma. 2. Jika kedua-dua tidak mengawal bola, pasukan akhir yang mengawal bola akan memdapat balinga percuma.
  • 13. 3. Jika perlawanan di dalam dewan, bola terkena siling atau lain-lain, pasukan lawan akan membuat balingan percuma. 4. Peraturan 13.2 tidak diguna pakai dalam situasi 13.4 13.5 Jika kesalahan berlaku pemain hendaklah meletakkan bola serta merta selepas wisel referi dibunyikan. 13.6 Balingan percuma boleh diambil tanpa tiupan wisel referi kecuali peraturan 15.3 (Balingan 7 meter / permulaan) 1. Peraturan 13.4 (1, 2 dan 3) balingan percuma hendaklah dibuat selepas tiupan wisel. 2. Jika terdapat gangguan dari pegawai teknikal atau penjaga masa disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai atau pemain pasukan bertahan, balingan percuma akan diambil oleh pihak lawan di tempat di mana berlakuknya kesalahan selepas tiupan wisel oleh referi. Kesalahan 4.2.3, 4.5.6 dan 7.10 boleh diguna pakai peraturan di atas. 3. Semua balingan percuma tidak boleh diambil di dalam kawasan gol atau kawasan 9 meter pasukan lawan (mesti dibawa keluar garisan 9 meter). Semasa balingan percuma diambil, pihak lawan hendaklah berada pada jarak tidak kurang dari 3 meter. 13.7 Pemain yang akan membuat balingan percuma tidak boleh meletakkan dan mengambil semula bola atau melantun bola. 13.8 Pemain penyerang tidak boleh menyentuh atau memasuki kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter) sebelum balingan percuma diambil atau dilakukan. 1. Referi atau pengadil hendaklah membetulkan kedudukan pemain yang berada di kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter). 2. Balingan ini hendaklah dimulakan selepas tiupan wisel. Jika kesalahan yang sama dilakukan sebelum bola dilepaskan, balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
  • 14. 13.9 Pemian bertahan mestilah berada pada jarak 3 meter semasa balingan percuma dilakukan oleh pihak penyerang. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 14 14. BALINGAN 7 METER 14.1 Balingan 7 meter akan diberi apabila: 1. Peluang menjaringkan gol dimusnahkan oleh pemain atau pegawai pihak lawan. 2. Gangguan wisel daripada luar semasa penyerang hendak menjaringkan gol. 3. Gangguan daripada luar (penonton masuk gelanggang) 14.2 Jika pemain penyerang dapat mengawal bola dengan badan walaupun berlaku kesalahan, balingan 7 meter tidak perlu diberikan. 14.3 Semasa balingan 7 meter hendak dilakukan, permainan hendaklah diberhentikan (isyarat 'Time Out' diberikan) 14.4 Balingan 7 meter hendaklah dibaling ke arah gol selepas 3 saat wisel dibunyikan. 14.5 Pemain yang membuat balingan 7 meter tidak boleh memijak atau melintasi garisan 1 meter (garisan had balingan 7 meter) sebelum balingan dilakukan. 14.6 Setelah bola dibaling, bola tersebut TIDAK DIBENARKAN disentuh oleh mana- mana pemain sehingga ianya disentuh oleh penjaga gol atau terkena bahagian gol. 14.7 Semua pemain TIDAK DIBENARKAN berada di dalam kawasan balingan percuma (kawasan 9 meter) semasa balingan 7 meter dilakukan kecuali pembaling 7 meter. 1. Jika pihak penyerang melintasi garisan balingan percuma (garisan 9 meter) sebelum bola dilepaskan dari tangan pembaling 7 meter, balingan percuma akan diberikan kepada pihak bertahan.
  • 15. 14.8 Jika pemain pertahanan memasuki kawasan balingan percuma (garisan 9 meter) semasa balingan 7 meter dibuat, balingan akan diulang semula jika tidak gol dan jika gol, jaringan akan terus disahkan sebagai gol. 14.9 Jika penjaga gol melintasi garisan sempadan 4 meter sebelum bola dilepaskan pembaling 7 meter, balingan 7 meter akan diulang semula jika tidak gol dan dikirakan jaringan jika masuk gol. 14.10 Pertukaran penjaga gol TIDAK DIBENARKAN setelah pembaling sedia membuat balingan 7 meter. Sebarang percubaan untuk membuat pertukaran akan diberikan hukuman 16.1(4) dan 16.3(3). Situasi balingan 7 meter dilakukan Aksi pembaling melakukan balingan 7 meter Penjaga gol mengawal gawangnya ketika balingan 7 meter
  • 16. Kedudukan pemain-pemain ketika balingan 7 meter dilakukan UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 15 15. BALINGAN-BALINGAN 15.1 Bola hendaklah berada pada tangan si pembaling sebelum balingan dilakukan. 15.2 Semasa melakukan balingan permulaan, balingan ke dalam, balingan percuma atau balingan 7 meter, si pembaling hendaklah memastikan sebelah kaki hendaklah memijak lantai atau gelanggang dan sebelah kaki lagi boleh diangkat dan diletakkannya beriulang-ulang. 15.3 Referi dimestikan meniup wisel untuk memulakan: 1. Balingan permulaan dan balingan 7 meter. 2. Balingan ke dalam, balingan gol atau balingan percuma: - selepas 'Time Out' - memulakan balingan percuma peraturan 13.4 - selepas membetulkan kedudukan pemain. - selepas amaran / hukuman diberi. Nota: Selepas tiupan wisel, balingan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat. 15.4 Balingan dikira selepas bola melepas tangan si pembaling.
  • 17. 1. TIDAK DIBENARKAN menyerah bola kepada pemain sepasukan semasa balingan hendak dibuat (serahan darin tangan ke tangan) 15.5 Pembaling tidak boleh menyentuh bola sebelum disentuh oleh pemain lain atau bahagian gol. 15.6 Jaringan gol boleh dibuat dari mana-mana arah kecuali (Peraturan 12.2) jaringan sendiri oleh penjaga gol. 15.7 Kedudukan pemain pertahanan yang salah semasa balingan permulaan, balingan ke dalam atau balingan percuma tidak perlu diperbetulkan oleh referi atau pengadil. Jika pemain penyerang berada dalam kedudukan yang akan menguntungkan maka kedudukan tersebut perlu diperbetulkan. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 16 16. HUKUMAN-HUKUMAN 16.1 AMARAN BOLEH diberikan kepada perkara-perkara yang melibatkan kekasaran terhadap pihak lawan, tidak termasuk kepada kategori hukuman berturutan, perkara 8.3 MESTI diberikan apabila: melakukan kekasaran yang agresif kekasaran semasa melakukan halangan. tidak mempunyai semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai. 3. Seorang pemain TIDAK BOLEH diberikan lebih daripada 1 (satu) KAD KUNING. 4. Pemain yang telah diberikan 2 minit penggantungan TIDAK BOLEH diberikan KAD KUNING berikutnya. 5. Seorang pegawai hanya diberi sekali sahaja KAD KUNING. 16.2 Referi atau pengadil akan menunjukkan KAD KUNING kepada pemain atau
  • 18. pegawai dan penjaga masa atau pencatat untuk dibuat catatan. (Ukuran kad 9 cm x 12 cm) 16.3 PENGGANTUNGAN Penggantungan MESTI diberikan: Kesalahan pertukaran pemain (Peraturan 4.5 - 4.6) Melakukan kesalahan yang berulang (Peraturan 8.3) Melakukan sikap tidak bersemangat kesukanan oleh pemain di dalam atau di luar gelanggang. (Peraturan 8.4) Kesalahan kali kedua oleh pegawai (Peraturan 16.1.4 dan 8.4) Tidak meletakkan bola dengan serta merta apabila berlaku kesalahan (Peraturan 13.5) Mengganggu pihak lawan semasa balingan dilakukan (Peraturan 15.7). Kesalahan oleh pemain atau pegawai yang tidak layak menyertai permainan - Tambahan 2 minit lagi (Peraturan 16.3) Tiada semangat kesukanan oleh pemain (Peraturan 16.12) 16.4 Menunjukkan tanda penggantungan selepas memberhentikan masa permainan (Isyarat No. 14) 16.5 Masa penggantungan adalah 2 minit. Penggantungan kali ketiga pada pemain yang sama, hukumannya disingkir (KAD MERAH). Sepanjang masa penggantungan, tiada pemain lain boleh menggantikannya. Memulakan masa penggantungan dengan wisel. Penggantungan 2 minit akan dibawa ke seperauh masa kedua. jika masa masa penggantungan belum tamat. Penggantungan 4 minit (2 minit, 2 minit). Keadaan ini boleh dikenakan kepada pemain apabila seseorang pemain melakukan kesalahanberulang kali selepas dikenakan
  • 19. gantungan 2 minit / melakukan keselahan selepas tamat masa gantungan 2 minit seperti salah masuk, maka pemain ini digantung 2 minit lagi (Peraturan 16.12) 16.6 PENYINGKIRAN (KAD MERAH) BOLEH diberikan kepada: Pemain yang tidak didaftarkan dalam pemainan itu. Kesalahan kali ketiga oleh pegawai yang melakukan kesalahan tiada semangat kesukanan atau selepas pegawai lain telah menerima hukuman penggantungan 2 minit. Membahayakan pihak lawan. Menunjukkan tiada semangat kesukanan yang serius oleh pemain atau pegawai pasukan sama ada di dalam atau diluar gelanggang. Menyerang di luar masa bermain, sebelum bermain atau semasa pertukaran gelanggang (Peraturan 8.7, 16.13.2 dan 16.13.4) Kerana penggantungan kali ketiga (Peraturan 16.5.1) Menyerang oleh pegawai pasukan (Peraturan 8.7) Mengulangi sikap tiada semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai pasukan semasa pertukran gelanggang. 16.7 Referi atau pengadil menunjukkan KAD MERAH selepas memberhentikan permainan. Dihalakan kepada penjaga masa dan pencatat. 16.8 Pemain atau pegawai pasukan yang telah disingkirkan, pasukannya MESTI berkurangan seorang pemain (mengeluarkan seorang pemain) sehingga masa penggantungan selama 2 minit tamat. Selepas tamat masa penggantungan, bolehlah menambah kembali jumlah pemain. Masa penggantungan boleh ditambah 2 minit lagi sekiranya pegawai atau pemain melakukan kesalahan tiad semangat kesukanan. 16.9 PEMBATALAN BOLEH diberikan:
  • 20. Pemain melakukan kesalahan yang berat semasa permainan. 16.10 Referi atau pengadil akan menunjukkan isyarat No. 15 selepas memeberhentikan masa permainan. 16.11 Pemain yang dibatalkan hendaklah beredar dari kawasan gelanggang dan tempat pemain gantian dan TIDAK DAFTARKAN terus bersama pasukannya untuk keseluruhan kejohanan. HANTARAN LOMPAT•Hantaran ini lebih merupakan ke arah gol•Pemain perlu melompat untuk membuat jarigan dengan pergerakan segera.HANTARAN LEPAS•Dilakukan apabila pemain bergerak ke garisan 9 meter bagi melakukan jaringangol, tetapi berubah fikiran kerana mendapati rakannya berada di kedudukan yanglebih baik untuk membuat jaringan•Pemain tersebut akan melepaskan bola ke tanah jauh darinya untuk diambiloleh rakannya HANTARAN BELAKANG•Dibuat dari belakang badan pemain•Menggunakan sebelah tangan sahaja•Banyak dilakukan semasa membuat seranganHANTARAN HADAPAN•Salah satu hantarn yang kerap digunakan•Pemain mempunyai pilihan yang banyak untuk mengahantar bolaHANTARAN JAUH•Dilakukan oleh penjaga gol•Dilakukan dengan pantasKESALAHAN UMUM SEMASA MENANGKAP BOLA•Pemain menggunakan jejari untuk menangkap bola dan tidak tapak tangan•Pemain menghulurkan tangannya ke hadapan yang terlalu rendah•Pemain tidak menggunakan pergelangan tangan untuk mengawal bola•Rakan menghantar bola terlalu tinggi•Pemain tidak dapat mengawal langkah dan pergerakan keseluruhan badannya SENAMAN UNTUK KECERGASANTerdapat beberapa jenis aktiviti senaman untuk memanaskan badan1)Senaman menggunakan otot leher dan kepala2)Senaman untuk menguatkan kaki, lutut dan peha3)Senaman untuk menguatkan anggota tubuh badan dan pinggang4)Senaman untuk menguatkan otot belakang5)Senaman untuk
  • 21. menguatkan betis, kaki, pinggang dan pergelangan kaki6)Senaman untuk mengimbangi badan, jari kaki, tangan dan bahagian lengan 7)senaman untuk menguatkan dada dan tulang belakang8)senaman untk menguatkan anggota badan serta otot dibahagian siku danpergerakan bada UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 17 17. PENGADIL 17.1 Dua orang referi atau pengadil yang mempunyai kuasa yang sama harus bertugas untuk setiap pertandingan. Mereka dibantu oleh penjaga masa dan pencatat. 17.2 Referi atau pengadil mengawasi tingkah laku pemain dari mula masuk gelanggang sehingga meninggalkan gelanggang. 17.3 Referi atau pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang permainan, tiang gol dan bola sebelum permainan dimulakan. Keputusan penggunaan bola bergantung kepada undang-undang 1 dan 3.1. 1. Referi atau pengadil juga memastikan kedua-dua pasukan memakai pakaian seragam. 2. Memeriksa kertas pencatat dan peralatan pemain. 3. Mereka mempastikan jumlah pemain dan pegawai pada tempat bangku pemain gantian. 4. Mereka hendaklah memaklumkan kehadiran pegawai pasukan. 5. Segala kesilapan mestilah diperbetulkan (Peraturan 4.1 - 4.2 dan 4.7 - 4.9)
  • 22. 17.4 Lambungan syiling dilakukan oleh salah seorang referi atau pengadil dengan kehadiran seorang lagi referi dan kedua-dua ketua pasukan. 17.5 Semasa permulaan permainan seorang referi akan mengambil tempat sebagai pengadil gelanggang di belakang pasukan yang membuat balingan permulaan. 1. Pengadil gelanggang akan memulakan permainan dengan isyarat wisel untuk balingan permulaan. (Peraturan 10.3) 2. Bila berlaku serangan balas, referi gelanggang akan menjadi referi gol dan berada di belakang garisan gol. 3. Referi yang seorang lagi, yang sebelumnya menjadi referi gol gol akan menjadi referi gelanggang. 4. Referi atau pengadil mestilah menukar kedudukan dari semasa ke semasa di dalam permainan. 17.6 Pada dasarnya keseluruhan permainan harus diadili oleh referi atau pengadil yang sama. 1. Adalah menjadi tanggungjawab untuk mempastikan pertandingan berjalan mengikut undang-undang. Hukuman harus diberi pada mana-mana kesalahan. (Rujuk peraturan 13.2 dan 14.2) 2. Sekiranya seorang referi atau pengadil tidak dapat meneruskan pengadilan, pasangannya akan meneruskan pengadilan seorang diri. (Untuk IHF dan kejihanan tempatan, keadaan ini diuruskan bergantung peruntukan undang- undang) 17.7 Sekiranya referi atau pengadil meniup wisel untuk sesuatu kesalahan serentak tetapi mempunyai hukuman berbeza, maka hukuman yang lebih berat harus digunakan daripada hukuman yang diberi. 17.8 Sekiranya pengadil meniup wisel pada waktu yang sama atau bola keluar gelanggang, referi atau pengadil mempunyai pandangan berbeza pasukan mana yang akan mengambil bola, maka perbincangan boleh dilakukan. Sekiranya perbincangan tidak dapat keputusan muktamad, referi atau pengadil gelanggang akan menentukan keputusan.
  • 23. 17.9 Kedua-dua referi atau pengadil bertanggungjawab menyimpan keputusan jaringan. Mereka juga membuat catatan berkaitan amaran, penggantungan, penyingkiran dan pembatalan. 17.10 Kedua-dua pengadil bertanggungjawab mengawal masa permainan. Sekiranya ada pertikaian ketepatan masa oleh penjaga masa, referi atau pengadil akan membuat perbincangan. (Peraturan 2.3) 17.11 Referi atau pengadil bertanggungjawab untuk memastikan pencatat mengisi borang pencatat dengan betul. 1. Pembatalan (Peraturan 16.11) dan Penyingkiran seperti undang-undang 16.8 perenggan 4 mestilah dilaporkan dalam laporan pengadil. 17.12 Keputusan yang dibuat oleh referi atau pengadil berpandukan pemerhatian kepada fakta atau keputusan referi atau pengadil adalah muktamad. 1. Rayuan boleh dikemukakan hanya kepada keputusan yang tidak termaktub dalam undang-undang. 2. Semasa permainan hanya pegawai pasukan bertanggungjawab berhak untuk memanggil pengadil. 17.13 Referi atau pengadil mempunyai hak untuk menggantung permainan sementara atau tetap. 1. Referi atau pengadil harus berusaha untuk menyambung kembali perlawanan sebelum memberhentikan permainan secara tetap. 17.14 Pakaian seragam hitam adalah keutamaan.
  • 24. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 18 18. PENJAGA MASA DAN PENCATAT 18.1 Penjaga Masa bertanggungjawab terhadap masa permainan, masa hentian 'Time Out' dan penggantungan pemain. 1. Pencatat bertanggungjawab kepada senarai nama pendaftran pasukan, borang keputusan markah, pertukaran pemain dan kemasukan pemain. 2. Sekiranya berlaku gangguan masa bermain, penjaga masa bertanggungjawab memberitahu pegawai pasukan tentang lama masa berlangsung dari jumlah masa yang tinggal. 3. Penjaga masa memberitahu pemain yang digantung tentang masa penggantungan telah tamat. 4. Penjaga masa sahaja yang boleh memberhentikan permainan sekiranya perlu. 18.2 Sekiranya tiada jama dari 'scoreboard' secara automatik, penjaga masa bertanggungjawab memberi isyarat menandakan tama separuh masa dan tamat permainan.