Berikut adalah beberapa faedah senaman kepada tubuh
1. Berikut adalah beberapa faedah senaman kepada tubuh ;
1)Senaman Melancarkan Otak
"tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat". Bagaimanakah senaman
menyumbang kepada akal ? Senaman dalam jangka masa panjang memberi kebaikan
kepada otak dengan melancarkan perjalanan darah ke otak. Peningkatan tekanan darah
akan menyampaikan darah kepada bahagian otak yang kurang mendapat darah,
justeru meningkatkan keperluan oksigen kepada otak. Semestinya kita akan menjadi
lebih segar dan tidak mengantuk.
2)Senaman membakar lemak
Lemak penting untuk badan. Namun, dalam keadaan lemak yang berlebihan, ia amat
berbahaya kepada badan. Antara penyakit yang terkenal disebabkan lemak ialah,
arterosklerosis (enapan lemak di salur darah yang membawa kepada banyak
komplikasi). Kurus tidak bermakna anda sehat. Anda mungkin tidak gemuk, namun
anda mungkin mempunyai banyak kandungan kalori di dalam badan. Senaman
membakar lemak. Bagaimana lemak ini terbakar ? Secara biokimia, tenaga pertama
yang digunakan di dalam badan ialah karbohidrat, diikuti dengan lemak , dan protein.
Kandungan karbohidrat di dalam badan tidak banyak. Dalam keadaan kekurangan
tenaga, karbohidrat akan disimpan untuk kegunaan otak dan jantung,manakala
bahagian lain akan menggunakan lemak untuk mendapatkan tenaga. Bersenam
memerlukan jumlah tenaga yang banyak. Dalam keadaan kekurangan karbohidrat,
lemak akan ditukar menjadi glukosa ( lipolysis ) untuk menampungi keperluan badan
yang inginkan glukosa. Inilah yang dimaksudkan dengan pembakaran lemak. Dengan
ini anda akan terhindar dari penyakit yang disebabkan oleh lemak, seperti
arterosklerosis yang membawa kepada kegagalan jantung berfungsi , strok, obesiti dan
lain lain lagi.
3)Senaman meningkatkan Stamina dan Tenaga
Senaman melancarkan system peredaran darah, menghantar oksigen dan nutrisi
kepada tisu tisu badan dengan berkesan. Apabila anda konsisten dalam bersenam,anda
akan mengalami perubahan fisiologi dalam badan (untuk menyediakan lebih banyak
2. oksigen untuk anda yang perlukan tenaga yang banyak kerana kerap bersenam),
seperti pembesaran jantung dan juga pembesaran otot. Keadaan ini tidak
membahayakan, ia biasa terjadi kepada para atlit yang sentiasa menerima latihan dan
senaman ketat. Apabila jantung, paru paru dan badan anda berkerja dengan
berkesan,anda akan mempunyai tenaga yang lebih dan boleh bertahan lama daripada
keletihan.
Sebenarnya, terdapat banyak lagi faedah yang kita akan perolehi dengan melakukan
aktiviti-aktiviti fizikal. Oleh itu, adalah tanggungjawab semua supaya memberi dorongan
dan didikan kepada orang lain supaya mereka juga dapat menikmati faedah senaman
yang di lakukan.
4) Dengan bersenam kita dapat meningkatkan kelembutan otot dan membina kekuatan otot
kita (dapat mencegah kecederaan)
5) Kita juga dapat menguatkan tulang, otot dan sendi kita.
6) Jantung juga bekerja lebih cepat ketika bersenam dan berehat bermaksud kita dapat
meningkatkan fungsi jantung kita dan seterusnya paru-paru dan peredaran darah.
7) Apabila peredaran darah meningkat, kadar nadi turut meningkat dan mencegah pengerasan
arteri dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan punca utama
darah tinggi dan boleh membawa kepada penyakit strok.
8) Dengan bersenam juga kita dapat meningkatkan keupayaan badan untuk mengawal paras
glukosa.
9) Selain itu, sememangnya dengan bersenam kita dapat mengawal berat badan .Jadi amalkan
gaya hidup yang sihat!