4. BAHASA MELAYU TAHUN 2
Pengisian Kurikulum:
i.ilmu- Keusahawanan
ii.KBT-KB ( sikap dan
pemikiran keusahawanan)
Sistem Bahasa:
Kata adjektif
EMK: Keusahawanan/kreatif
dan inovatif
Kosa kata :
tradisional, kembang, garing.
Tema : SENI DAN BUDAYA
Tajuk : Makanan Tradisional
STANDARD PEMBELAJARAN
1.4.1. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang betul
dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
2.2.3 Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang
betul.
Objektif: Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Berbual dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
ii. Membaca dan memahami ayat majmuk daripada petikan dengan sebutan yang betul.
iii. Menjawab 4 daripada 6 soalan kefahaman dengan betul.
Aktiviti:
i. Murid cuba meneka makanan tradisional yang ditunjukkan ( kuih baulu).
ii. Murid membaca petikan dialog , kemudian murid lain diminta mendengarnya dan seterusnya murid
diminta berdialog tanpa menggunakan teks tersebut dengan bimbingan guru.
iii. Murid membaca petikan teks, kemudian murid diminta menulis kata adjektif.
iv. Murid menjawab soalan kefahaman.
Pemulihan: Memadankan nama buah dengan gambar
Pengayaan: Menulis ciri-ciri buah betik kepada manusia secara peta minda
Media: Slaid Powerpoint
7. Lampiran 1
Mei Lin : Apakah nama kuih ini?
Imran : Inilah kuih baulu. Kuih ini makanan tradisional orang Melayu.
Raju : Bilakah kuih ini disediakan ?
Sarah : Pada pendapat saya, kuih baulu ini disediakan pada hari raya dan
hari keramaian.
Mei Lin : Apakah bahan yang digunakan untuk membuat kuih baulu ini?
Sarah : Kuih baulu diperbuat daripada telur, tepung gandum dan gula
pasir.
Raju : Bagaimanakah cara kuih ini dimasak?
Imran : Saya melihat nenek saya memasukkan adunan kuih ini ke dalam
acuan sebelum dibakar.
Raju : Oh ! begitu.
Sarah : Kita perlu mempelajari cara membuat kuih ini agar dikenali
sepanjang zaman.
8. Senarai Kata Adjektif
Lampiran 2
Baca dan senaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan di bawah.
Kuih Baulu
Kuih baulu merupakan sejenis kuih tradisional orang Melayu. Kuih ini
boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang cantik seperti bunga, ikan, kerang
dan hati.
Kuih baulu akan mengeluarkan bau yang wangi apabila dibakar dengan
bara sabut kelapa. Rasanya sungguh manis dan sesuai dijadikan hidangan untuk
minum petang.
Namun begitu, kuih baulu ini juga sungguh enak dimakan begitu sahaja.
Kuih baulu akan menjadi keras jika terlebih tepung. Telur pula perlu dipukul
sehingga kembang jika ingin menghasilkan baulu yang lembut dan bermutu
tinggi.
Kuih baulu ini akan berkulat, jika tidak dibakar sehingga betul-betul
masak dan garing. Kuih baulu juga tidak boleh disimpan lama dan akan
menjadi hapak selepas tamat tempohnya.
9. Kuih Baulu
Kuih baulu merupakan sejenis kuih tradisional orang Melayu. Kuih ini
boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang cantik seperti bunga, ikan, kerang dan
hati.
Kuih baulu akan mengeluarkan bau yang wangi apabila dibakar dengan bara
sabut kelapa. Rasanya sungguh manis dan sesuai dijadikan hidangan untuk minum
petang.
Namun begitu, kuih baulu ini juga sungguh enak dimakan begitu sahaja. Kuih
baulu akan menjadi keras jika terlebih tepung. Telur pula perlu dipukul sehingga
kembang jika ingin menghasilkan baulu yang lembut dan bermutu tinggi.
Kuih baulu ini akan berkulat, jika tidak dibakar sehingga betul-betul masak
dan garing. Kuih baulu juga tidak boleh disimpan lama dan akan menjadi hapak
selepas tamat tempohnya.
12. Lampiran 3
Pentaksiran
Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan yang dibaca.
1. Apakah bentuk kuih baulu ?
2. Bahan apakah yang digunakan untuk membakar kuih baulu itu?
3. Apakah rasa kuih baulu ?
4. Bagaimanakah keadaan kuih baulu jika terlebih tepung?
5. Apakah akan terjadi jika kuih baulu tidak di bakar sehingga betul-betul masak?
6. Bolehkah kuih baulu dimakan jika disimpan lama?
13. Jawapan daripada soalan – soalan
1. Kuih baulu berbentuk seperti bunga, ikan, kerang dan hati.
2. Bahan yang digunakan untuk membakar kuih baulu ialah bara sabut kelapa
.
3. Kuih baulu rasanya manis.
4. Kuih baulu akan menjadi keras jika terlebih tepung
.
5. Kuih baulu akan berkulat, jika tidak dibakar sehingga betul-betul masak.
6. Kuih baulu tidak boleh disimpan lama.
14. Lampiran 4
Pemulihan
Gariskan kata adjektif pancaindera yang betul dalam ayat berikut.
1. Ayah membeli kuih pau yang ( lembut / keras ) itu.
2. Nasi lemak yang dimasak oleh ibu agak ( manis / masin ) kerana
terlebih garam.
3. Biskut kelapa yang tersimpan lama di dalam bekas itu telah berbau
( busuk / hapak ).
4. Bentuk kuih yang ( cantik / kacak ) dan rasanya yang sedap sering
menjadi pilihan pembeli.
5.Kuih akan berbau ( wangi / hapak ) apabila menggunakan daun pandan
sebagai bahan adunan.
15. Lampiran 5
Pengayaan
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
lembut kacak manis
merdu garau cantik
Rakyat Malaysia memang kaya dengan senyuman yang
dan sifat lemah . Kita
nampak dan apabila
berpakaian tradisional seperti baju kurung dan samfu. Rakyat kita
memang sentiasa mengamalkan hidup yang harmonis. Suara kaum
wanita yang lembut semasa bercakap memang
didengar. Bagi kaum lelaki pula, walaupun mempunyai suara yang
sekiranya diungkapkan dengan lembut akan
selesa di dengar.