Kaedah Perolehan & Penilaian Perunding (mindef).pdf
9 17 kontrak_1607931865
1. 1
IKLAN JAWATAN KOSONG
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian
Pertanian Dan Industri Makanan mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak
kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi
untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:-
1.1 NAMA JAWATAN : PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
GRED N19
(a) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
(b) Skim Perkhidmatan : Pembantu Setiausaha Pejabat
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
(d) Jadual Dan Gred Gaji N19 : Gaji Minimum RM 1352.00
Gaji Maksimum RM 4003.00
(e) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100.00
1.2 SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan .
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N19:RM1352.00 ; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19:RM1408.40) ; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19:RM1464.80).
LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU
KEMUBU AGRICULTURAL DEVELOPMENT AUTHORITY
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN
MINISTRY OF AGRICULTURAL AND FOOD INDUSTRIES
PS 127 Jalan Dato’ Lundang
15710 Kota Bharu
KELANTAN
MALAYSIA
Tel : 609-744 7088/745 5388
Faks : 609-744 1053/743 7088
Portal Rasmi : http://www.kada.gov.my
2. 2
1.3 SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
1.4 KEKOSONGAN (1 Jawatan)
1.5 TARAF JAWATAN
Jawatan di atas adalah bertaraf kontrak .
1.6 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DAN ELAUN
Anggota yang dilantik layak menerima berbagai kemudahan yang sedang
berkuatkuasa di dalam perkhidmatan Lembaga seperti berikut:-
i) Pinjaman Perumahan
ii) Pinjaman Komputer
iii) Pinjaman Kenderaan
iv) Rawatan percuma di hospital/klinik kerajaan/Doktor Panel
v) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) –RM115.00
vi) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM300.00
vii) Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300.00/RM200.00
1.7 PANGGILAN TEMUDUGA
i) Hanya calon-calon yang layak selepas asas penapisan sahaja akan dipanggil
untuk temuduga;
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan
daripada tarikh iklan ini hendaklah menganggap yang permohonannya tidak
berjaya.