SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
PERBANDINGAN KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE SELANGOR DAN KELANTAN
SELANGOR: Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008
KELANTAN: Kaedah Peguam Syarie 2000
1-Kelayakan Peguam Syarie
SELANGOR
Kelayakan
Peguam Syarie (KAEDAH 8)
Subkaedah (1)
 Beragama Islam
 Warganegara Malaysia
 Tidak bankrap
 Tiada kesalahan Jenayah Syariah dan Sivil
 Tidak dipecat, tidak digantung-peguambela/cara
 Ada Ijazah Sarjana Muda Syariah ( tertakluk kepada subkaedah 2)
 Peguambela/cara dan ada Dip Lepasan Ijazah Undang-Undang Syariah
dan amalan dan ada latihan dalam kamar selama tidak kurang 3 bulan.
 Lulus ujian bertulis atau temuduga atau kedua-duanya.
Subkaedah (2)
 I.S.M Syariah (exc:UIA) mesti ada:
i. Dip. Undang-Undang Pentadbiran Kehakiman dari UIA atau
ii. Dip. Lepasan Ijazah dan
iii. Telah tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan
 I.S.M Undang-Undang dan I.S.M. Undang-Undang (Syariah) UIA-
tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan. *Jawantankuasa dengan
budibicara boleh memendekkan atau mengecualikan apabila
permohonan dibuat dengan disokong oleh keterangan yang memuaskan.
Subkaedah (3)
 Latihan dalam kamar mestilah diselia oleh Peguam Syarie yang sedang
aktif bagi tempoh tidak kurang dari 7 tahun.
Subkaedah (4)
 Penasihat Undang-Undang Negeri dan Peguam Persekutuan yang
dilantik bawah Akta Bantuan Guaman 1971 dianggap telah dilantik
sebagai peguam syarie bawah kaedah ini dan kaedah 9 dikecualikan.
KELANTAN
Kelayakan
Peguam Syarie (KAEDAH 9)
 Beragama Islam:
i. Berkelayakan yang ditetapkan bawah s18(2) EPMS 1982
ii. Menjadi anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
Persekutuan.
iii. Dilantik di bawah S3 Akta Bantuan Guaman 1971
iv. Menjadi peguambela/cara yang didaftarkan dibawah Akta Profesional
Undang-Undang 1976
 Warganegara Malaysia
 Berumur 21 tahun ke atas
 Lulus Sijil Peguam Syarie bagi peguambela/cara.
 Tidak bankrap
 Tiada kesalahan Jenayah Syariah dan Sivil
2-Proses Permohonan Perlantikan Peguam Syarie
SELANGOR
Kaedah 9
 Isi borang yang ditetapkan di Jadual 1 dan kemukakan kepada
Pengerusi Jawatankuasa.
 Hendaklah disokong oleh 2 orang:
i. Peguam Syarie
ii. Peguambela/cara yang berdaftar Akta Profesional Undang-
Undang 1976
iii. Ahli DUN
iv. Peg. Kerajaan dalam kump. A
 Selepas diakuterima oleh Pegerusi Jawatankuasa, salinan hendaklah
ditampal di setiap Mahkamah Syariah di Selangor selama sebulan.
Fi Pemprosesan Tiada
Pemohon yang telah lulus temuduga perlu memfailkan permohonan penerimaan
masuk sebagai Peguam Syarie Negeri Selangor dengan fi sebanyak RM159.00
Fi Sijil Amalan Tahunan RM100.00
Tempoh Kesahan Sijil
Amalan Peguam Syarie
Satu tahun daripada tarikh dikeluarkan
KELANTAN
Kaedah 10
 Isi borang yang ditetapkan di Jadual
 Dialamatkan kepada Ketua Hakim Syarie dilampirkan dokumen-
dokumen yang perlu dan hendaklah disertakan dengan fee permohonan.
 Tampal salinan permohonan di setiap Mahkamah Syariah Negeri
Kelantan selama 14 hari selepas permohonan di hantar ke Ketua Hakim
Syarie.
Fi Pemprosesan RM20.00
Fi Sijil Amalan Tahunan RM250.00
Tempoh Kesahan Sijil
Amalan Peguam Syarie
Satu tahun
3-Proses Pembaharuan
SELANGOR
Garis Panduan
Pembaharuan (KAEDAH 24)
Tiap-tiap permohonan untuk memperbaharui Sijil Peguam Syarie hendaklah
dibuat kepada Majlis tidak lewat daripada dua bulan sebelum tamat tempoh sijil
dengan mengemukakan Borang 1 kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam
Syarie.
Fi bagi setiap Sijil Peguam Syarie yang diperbaharui adalah seperti berikut :-
1. Jika permohonan pembaharuan dibuat tidak lewat daripada dua bulan
sebelum tamat tempoh sijil RM100.00
2. Jika permohonan pembaharuan dibuat dalam tempoh kurang daripada
dua bulan RM200.00
3. Jika permohonan dibuat dalam tempoh satu bulan selepas tamat tempoh
sijil RM300.00
4. Jika permohonan dibuat dalam tempoh dua bulan selepas tamat tempoh
sijil RM400.00
5. Jika permohonan dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh
sijil RM500.00
Sekiranya lesen masih gagal diperbaharui selepas tiga bulan tamat tempoh sijil,
pemohon tidak dibenar untuk memperbaharui lesen dan namanya dianggap
sebagai telah dikeluarkan daripada Daftar Peguam Syarie dan sekiranya
pemohon berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia boleh
memfailkan permohonan semula dengan disokong dengan afidavit yang
menerangkan mengapa pemohon hendaklah dilantik semula. Fi bagi Sijil
Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah kaedah ini adalah sebanyak
RM700.00
KELANTAN
Garis Panduan
Pembaharuan (KAEDAH 23)
Isi Borang C dalam Jadual dan dikembarkan bersama salinan sijil amalan
tahunan. Diperbaharui apabila Ketua Hakim Syarie berpuashati dengan bayaran
fee sebanyak RM250.00
4-Proses Rayuan Oleh Peguam Syarie
SELANGOR
Proses
Rayuan
Tiada dinyatakan di dalam kaedah
KELANTAN
Proses
Rayuan (KAEDAH 19)
Memohon terus kepada mahkamah rayuan Syariah dengan mengemukakan
alasan, dasar, sebab-sebab penolakan menjadi peguam syarie atau sebab-sebab
tindakan tatatertib dikenakan keatas peguam syarie dengan di pengerusikan oleh
selain dari Ketua Hakim Syarie
5-Tatatertib Peguam Syarie
SELANGOR
Tatatertib
Peguam Syarie (KAEDAH 17)
Majlis apabila menerima laporan dan perakuan Jawatankuasa mengenai
keputusan terhadap prosiding tatatertib hendaklah :
(a) membuat perintah supaya nama Peguam Syarie
digugurkan daripada Daftar Peguam Syarie;
(b) membuat perintah menggantung Peguam Syarie itu
daripada menjalankan amalan bagi suatu tempoh yang
difikirkan adil dan munasabah;
(c) memberi amaran kepada Peguam Syarie itu ;
(d) membuat apa-apa perintah lain yang difikirkan adil dan
munasabah
KELANTAN
Tatatertib
Peguam Syarie (KAEDAH 18)
Mengantung, Tidak benarkan masuk ke Mahkamah, Tidak dibenarkan beramal
sebagaimana hukum yang dikehendaki keatas membuangkan dari pendaftaran
RAJAH RINGKAS:
Kelayakan dan Syarat Peguam Syarie di Kelantan dan Selangor
KELAYAKAN & SYARAT PEGUAM SYARIE KELANTAN SELANGOR
Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang / /
Pegawai Undang-Undang Kerajaan Negeri /
Persekutuan
/ /
Pengamal Undang-Undang dibawah Akta 1976 / /
Latihan profesional yang diiktiraf Majlis dalam
bidang kehakiman Islam/ hukum Syarak
/
Pengalaman sebagai Kadhi /
Agama Islam / /
Umur 21 tahun /
Tidak disabit kesalahan jenayah di Mahkamah / /
Tidak bankrap dibawah Akta Kebankrapan 1967 / /
Warganegara / pemastautin tetap Malaysia / /
Lulus peperiksaan Peguam Syarie / /
PENGALAMAN SEORANG BLOGER DITEMUDUGA SEBAGAI PEGUAM SYARIE KELANTAN
http://kartikel.com/news/3066/mahu-jadi-peguam-syarie
PENGALAMAN SEORANG PEGUAM SYARIE YANG BERAMAL BAWAH KAEDAH PEGUAM SYARIE
SELANGOR
Nama: Muhammad Firdaus Alhadi Bin Abdullah
Jawatan: Peguam Syarie
Firma: Tetuan Zaidi Zain & Associates
Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Siasah di Akademik Pengajian Islam Universiti
Malaya. Beliau telah mengambil DAIJ di UIA dan berlatih dalam kamar selama 9 bulan sebelum menjalani
temuduga sebagai peguam syarie di Selangor.
Dalam temubual, beliau menyatakan bahawa adalah wajib mengambil DAIJ dan tamat latihan dalam kamar selama
9 bulan sebelum layak untuk hadir temuduga. Sebelum beliau menghadiri temuduga, beliau difahamkan bahawa
temuduga dijalankan oleh keenam-enam ahli Jawatankuasa terhadap seorang calon. Akan tetapi, semasa sesi
temuduga beliau, hanya 2 orang daripada ahli Jawatankuasa sahaja menemuduga beliau, ini mungkin disebabkan
calon untuk temuduga ramai ketika itu.
Soalan yang diutarakan adalah mengenai:
1. Hukum syarak.
2. Enakman-enakmen undang-undang islam Negeri Selangor.
3. Kitab-kitab yang menjadi rujukan dalam kes syariah.
Beliau berjaya dalam temuduga dan menjadi peguam syarie yang beramal dibawah Kaedah Peguam Syarie (Negeri
Selangor) 2008.
KETIDAKSERAGAMAN KAEDAH PEGUAM SYARIE NEGERI-NEGERI
Akibat daripada ketidakseragaman ini menyebabkan wujudnya perbezaan dalam pelbagai aspek. Perbezaan ini
mengundang beberapa kelemahan dan masalah yang jelaskan dalam memohon sebagai peguam syarie serta kepada
peguam syarie yang sudah dilantik. Masalah-masalah yang dikenal pasti adalah seperti berikut:-
i) Pengantungan Kelayakan Akademik.
Di beberapa negeri, sesiapa yang ada Ijazah Syariah semata-mata tidak melayakkan seseorang itu menjadi Peguam
Syarie di mana mereka masih memerlukan memiliki Diploma di dalam bidang-bidang Amalan Guaman Syarie.
Manakala di beberapa negeri lain, Diploma ini tidak diperlukan. Mereka boleh melayakkan diri diterima masuk
sahaja sebagai Peguam Syarie. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dan
Undang-Undang belum tentu boleh menjadi peguam syarie, dan seseorang yang tidak memiliki Ijazah Sarjana Muda
Syariah dan Undang-Undang belum tentu tidak boleh menjadi peguam syarie.
Seperti yang diperlihatkan di Negeri Selangor yang mewajibkan DAIJ manakala Kelantan tidak memperuntukkan
perkara tersebut.
ii) Perbezaan Dalam Tatacara Penerimaan Masuk Di Setiap Negeri.
Hal ini ditentukan oleh undang-undang sesebuah negeri dan proses penerimaan masuk sesebuah negeri tersebut.
Sesetengah negeri tidak mempunyai kaedah peguam syarie yang khusus. Oleh itu, undang-undang yang terpakai
adalah sesebuah bahagian, berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri sebagai contoh, negeri
Sabah dan Negeri Sembilan.
iii) Proses Permohonan dan Penerimaan Masuk.
Terdapat perbezaan di antara negeri-negeri dalam proses penerimaan masuk. Terdapat negeri-negeri yang
menetapkan proses penerimaan masuk ini dibuat ke Majlis Agama Islam Negeri, seperti apa yang berlaku di
Terenggganu, Pahang dan Pulau Pinang. Manakala negeri-negeri lain meletakkan proses penerimaan masuk ini
dibuat di mahkamah syariah negeri-negeri. Berbeza di negeri Johor, setiap permohonan penerima masuk dibuat
kepada Setiausaha Bahagian undang-undang Jabatan Agama Negeri Johor.
iv) Peruntukan dan Prosedur Tatatertib
Terdapat negeri-negeri yang mempunyai peruntukan berhubung tindakan tatatertib terhadap peguam syarie yang
terdapat di dalam kaedah-kaedah peguam syarie. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai kaedah-kaedah Peguam
Syarie, tiada sebarang peruntukan terhadap tindakan tatatertib ini.
v) Bayaran Penerimaan Masuk
Dari segi pembayaran masuk sebagai peguam syarie, wujudnya perbezaan dari segi jumlah bayaran serta di mana
bayaran itu dilakukan. Sesetengah negeri meletakkan bayaran terima masuk peguam syarie di bawah Majlis Negeri-
Negeri dan ada juga bayaran dibuat terus kepada Mahkamah Syariah Negeri. Terdapat juga ngeri-negeri yang
menetapkan bayaran-bayaran peguam syarie dibuat kepada pengarah Jabatan Agama Islam Negeri seperti yang
berlaku di negeri Johor di mana bayaran terima masuk ditetapkan kepada pengarah Jabatan Agama Negeri Johor.
vi) Tiada Kod Etika Yang Teratur
Ketidakseragaman kaedah yang mengawal terutama sekali dari sudut tingkah laku dan etika peguam, seringkali
menimbulkan tohmahan terhadap tindakan dan tingkah laku mereka. Ini juga boleh menimbulkan keadaan di mana
keangkuhan seseorang peguam syarie yang telah diambil tindakan di sesebuah negeri akibat daripada pelanggaran
etika untuk moral, masih boleh melepaskan diri dengan berperoleh dan beramal di negeri lain serta memungkinkan
orang tersebut megulangi kesalahan yang sama.

More Related Content

What's hot

Pliding utk proses penguatkuasaan perintah
Pliding utk proses penguatkuasaan perintahPliding utk proses penguatkuasaan perintah
Pliding utk proses penguatkuasaan perintahmusa_awang
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSShafizuddinhussin
 
Non fatal offences - criminal force
Non fatal offences - criminal forceNon fatal offences - criminal force
Non fatal offences - criminal forceAzrin Hafiz
 
Malaysian legal system i
Malaysian legal system iMalaysian legal system i
Malaysian legal system iAinnabila Rosdi
 
Bail under CPC Malaysia (2017/2018)
Bail under CPC Malaysia (2017/2018)Bail under CPC Malaysia (2017/2018)
Bail under CPC Malaysia (2017/2018)Intan Muhammad
 
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHKEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHsurrenderyourthrone
 
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – islamic law
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – islamic lawMALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – islamic law
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – islamic lawxareejx
 
Case Review: Mohd Hanafi Ramly vs Public Prosecutor
Case Review: Mohd Hanafi Ramly vs Public ProsecutorCase Review: Mohd Hanafi Ramly vs Public Prosecutor
Case Review: Mohd Hanafi Ramly vs Public ProsecutorASMAH CHE WAN
 
Peranan pendakwaan dan pertuduhan
Peranan pendakwaan dan pertuduhanPeranan pendakwaan dan pertuduhan
Peranan pendakwaan dan pertuduhanFarule Razee
 
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdfKONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdfSyahirahJohar1
 
Perkahwinan luar negara dan isu semasa
Perkahwinan luar negara dan isu semasaPerkahwinan luar negara dan isu semasa
Perkahwinan luar negara dan isu semasashokri226368
 
Bahagian xvii (rayuan)
Bahagian xvii (rayuan)Bahagian xvii (rayuan)
Bahagian xvii (rayuan)Snj SNj
 
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...surrenderyourthrone
 
Sources of law - customary law part 2
Sources of law  - customary law part 2Sources of law  - customary law part 2
Sources of law - customary law part 2xareejx
 
Undue influence assignment
Undue influence assignmentUndue influence assignment
Undue influence assignmentSnj SNj
 

What's hot (20)

Pliding utk proses penguatkuasaan perintah
Pliding utk proses penguatkuasaan perintahPliding utk proses penguatkuasaan perintah
Pliding utk proses penguatkuasaan perintah
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
 
Non fatal offences - criminal force
Non fatal offences - criminal forceNon fatal offences - criminal force
Non fatal offences - criminal force
 
Malaysian legal system i
Malaysian legal system iMalaysian legal system i
Malaysian legal system i
 
Bail under CPC Malaysia (2017/2018)
Bail under CPC Malaysia (2017/2018)Bail under CPC Malaysia (2017/2018)
Bail under CPC Malaysia (2017/2018)
 
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAHKEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
KEPERLUAN SAKSI DALAM PERMOHONAN PENGESAHAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH
 
Penyampaian ganti & kendiri
Penyampaian ganti & kendiri Penyampaian ganti & kendiri
Penyampaian ganti & kendiri
 
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – islamic law
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – islamic lawMALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – islamic law
MALAYSIAN LEGAL SYSTEM Sources of law – islamic law
 
Case Review: Mohd Hanafi Ramly vs Public Prosecutor
Case Review: Mohd Hanafi Ramly vs Public ProsecutorCase Review: Mohd Hanafi Ramly vs Public Prosecutor
Case Review: Mohd Hanafi Ramly vs Public Prosecutor
 
Peranan pendakwaan dan pertuduhan
Peranan pendakwaan dan pertuduhanPeranan pendakwaan dan pertuduhan
Peranan pendakwaan dan pertuduhan
 
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdfKONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
KONFLIK BIDANG KUASA MAHKAMAH SYAHIRAH JOHAR.pdf
 
Prosedur perbicaraan
Prosedur perbicaraanProsedur perbicaraan
Prosedur perbicaraan
 
CERTIORARY
CERTIORARYCERTIORARY
CERTIORARY
 
Perkahwinan luar negara dan isu semasa
Perkahwinan luar negara dan isu semasaPerkahwinan luar negara dan isu semasa
Perkahwinan luar negara dan isu semasa
 
Bahagian xvii (rayuan)
Bahagian xvii (rayuan)Bahagian xvii (rayuan)
Bahagian xvii (rayuan)
 
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
SYAHADAH DALAM STATUT KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA - ASAS DAN SUMB...
 
Sources of law - customary law part 2
Sources of law  - customary law part 2Sources of law  - customary law part 2
Sources of law - customary law part 2
 
FAMILY LAW - MARRIAGE
FAMILY LAW - MARRIAGEFAMILY LAW - MARRIAGE
FAMILY LAW - MARRIAGE
 
Striking out pleadings
Striking out pleadingsStriking out pleadings
Striking out pleadings
 
Undue influence assignment
Undue influence assignmentUndue influence assignment
Undue influence assignment
 

Viewers also liked

Cross examination
Cross examinationCross examination
Cross examinationmusa_awang
 
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu BerkaitanMitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitanmusa_awang
 
Pengajian am presentation
Pengajian am presentationPengajian am presentation
Pengajian am presentationfazrul
 
Taklimat Kursus DWI 20302 Kepimpinan Islam
Taklimat Kursus DWI 20302 Kepimpinan IslamTaklimat Kursus DWI 20302 Kepimpinan Islam
Taklimat Kursus DWI 20302 Kepimpinan IslamZulkifli Mohd
 
Taklimat dan Arahan Tugasan Individu
Taklimat dan Arahan Tugasan IndividuTaklimat dan Arahan Tugasan Individu
Taklimat dan Arahan Tugasan IndividuZulkifli Mohd
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 World wide
 

Viewers also liked (11)

Cross examination
Cross examinationCross examination
Cross examination
 
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu BerkaitanMitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan
 
Putusnya perkawinan
Putusnya perkawinanPutusnya perkawinan
Putusnya perkawinan
 
ZINA
ZINAZINA
ZINA
 
Jenayah zina
Jenayah zinaJenayah zina
Jenayah zina
 
Jenayah syariah
Jenayah syariahJenayah syariah
Jenayah syariah
 
Pengajian am presentation
Pengajian am presentationPengajian am presentation
Pengajian am presentation
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
Taklimat Kursus DWI 20302 Kepimpinan Islam
Taklimat Kursus DWI 20302 Kepimpinan IslamTaklimat Kursus DWI 20302 Kepimpinan Islam
Taklimat Kursus DWI 20302 Kepimpinan Islam
 
Taklimat dan Arahan Tugasan Individu
Taklimat dan Arahan Tugasan IndividuTaklimat dan Arahan Tugasan Individu
Taklimat dan Arahan Tugasan Individu
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 

Perbandingan kaedah peguam syarie

  • 1. PERBANDINGAN KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE SELANGOR DAN KELANTAN SELANGOR: Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 KELANTAN: Kaedah Peguam Syarie 2000 1-Kelayakan Peguam Syarie SELANGOR Kelayakan Peguam Syarie (KAEDAH 8) Subkaedah (1)  Beragama Islam  Warganegara Malaysia  Tidak bankrap  Tiada kesalahan Jenayah Syariah dan Sivil  Tidak dipecat, tidak digantung-peguambela/cara  Ada Ijazah Sarjana Muda Syariah ( tertakluk kepada subkaedah 2)  Peguambela/cara dan ada Dip Lepasan Ijazah Undang-Undang Syariah dan amalan dan ada latihan dalam kamar selama tidak kurang 3 bulan.  Lulus ujian bertulis atau temuduga atau kedua-duanya. Subkaedah (2)  I.S.M Syariah (exc:UIA) mesti ada: i. Dip. Undang-Undang Pentadbiran Kehakiman dari UIA atau ii. Dip. Lepasan Ijazah dan iii. Telah tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan  I.S.M Undang-Undang dan I.S.M. Undang-Undang (Syariah) UIA- tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan. *Jawantankuasa dengan budibicara boleh memendekkan atau mengecualikan apabila permohonan dibuat dengan disokong oleh keterangan yang memuaskan. Subkaedah (3)  Latihan dalam kamar mestilah diselia oleh Peguam Syarie yang sedang aktif bagi tempoh tidak kurang dari 7 tahun. Subkaedah (4)  Penasihat Undang-Undang Negeri dan Peguam Persekutuan yang dilantik bawah Akta Bantuan Guaman 1971 dianggap telah dilantik sebagai peguam syarie bawah kaedah ini dan kaedah 9 dikecualikan. KELANTAN Kelayakan Peguam Syarie (KAEDAH 9)  Beragama Islam: i. Berkelayakan yang ditetapkan bawah s18(2) EPMS 1982 ii. Menjadi anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan. iii. Dilantik di bawah S3 Akta Bantuan Guaman 1971 iv. Menjadi peguambela/cara yang didaftarkan dibawah Akta Profesional Undang-Undang 1976  Warganegara Malaysia
  • 2.  Berumur 21 tahun ke atas  Lulus Sijil Peguam Syarie bagi peguambela/cara.  Tidak bankrap  Tiada kesalahan Jenayah Syariah dan Sivil 2-Proses Permohonan Perlantikan Peguam Syarie SELANGOR Kaedah 9  Isi borang yang ditetapkan di Jadual 1 dan kemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa.  Hendaklah disokong oleh 2 orang: i. Peguam Syarie ii. Peguambela/cara yang berdaftar Akta Profesional Undang- Undang 1976 iii. Ahli DUN iv. Peg. Kerajaan dalam kump. A  Selepas diakuterima oleh Pegerusi Jawatankuasa, salinan hendaklah ditampal di setiap Mahkamah Syariah di Selangor selama sebulan. Fi Pemprosesan Tiada Pemohon yang telah lulus temuduga perlu memfailkan permohonan penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie Negeri Selangor dengan fi sebanyak RM159.00 Fi Sijil Amalan Tahunan RM100.00 Tempoh Kesahan Sijil Amalan Peguam Syarie Satu tahun daripada tarikh dikeluarkan KELANTAN Kaedah 10  Isi borang yang ditetapkan di Jadual  Dialamatkan kepada Ketua Hakim Syarie dilampirkan dokumen- dokumen yang perlu dan hendaklah disertakan dengan fee permohonan.  Tampal salinan permohonan di setiap Mahkamah Syariah Negeri Kelantan selama 14 hari selepas permohonan di hantar ke Ketua Hakim Syarie. Fi Pemprosesan RM20.00 Fi Sijil Amalan Tahunan RM250.00 Tempoh Kesahan Sijil Amalan Peguam Syarie Satu tahun
  • 3. 3-Proses Pembaharuan SELANGOR Garis Panduan Pembaharuan (KAEDAH 24) Tiap-tiap permohonan untuk memperbaharui Sijil Peguam Syarie hendaklah dibuat kepada Majlis tidak lewat daripada dua bulan sebelum tamat tempoh sijil dengan mengemukakan Borang 1 kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie. Fi bagi setiap Sijil Peguam Syarie yang diperbaharui adalah seperti berikut :- 1. Jika permohonan pembaharuan dibuat tidak lewat daripada dua bulan sebelum tamat tempoh sijil RM100.00 2. Jika permohonan pembaharuan dibuat dalam tempoh kurang daripada dua bulan RM200.00 3. Jika permohonan dibuat dalam tempoh satu bulan selepas tamat tempoh sijil RM300.00 4. Jika permohonan dibuat dalam tempoh dua bulan selepas tamat tempoh sijil RM400.00 5. Jika permohonan dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh sijil RM500.00 Sekiranya lesen masih gagal diperbaharui selepas tiga bulan tamat tempoh sijil, pemohon tidak dibenar untuk memperbaharui lesen dan namanya dianggap sebagai telah dikeluarkan daripada Daftar Peguam Syarie dan sekiranya pemohon berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia boleh memfailkan permohonan semula dengan disokong dengan afidavit yang menerangkan mengapa pemohon hendaklah dilantik semula. Fi bagi Sijil Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah kaedah ini adalah sebanyak RM700.00 KELANTAN Garis Panduan Pembaharuan (KAEDAH 23) Isi Borang C dalam Jadual dan dikembarkan bersama salinan sijil amalan tahunan. Diperbaharui apabila Ketua Hakim Syarie berpuashati dengan bayaran fee sebanyak RM250.00 4-Proses Rayuan Oleh Peguam Syarie SELANGOR Proses Rayuan Tiada dinyatakan di dalam kaedah
  • 4. KELANTAN Proses Rayuan (KAEDAH 19) Memohon terus kepada mahkamah rayuan Syariah dengan mengemukakan alasan, dasar, sebab-sebab penolakan menjadi peguam syarie atau sebab-sebab tindakan tatatertib dikenakan keatas peguam syarie dengan di pengerusikan oleh selain dari Ketua Hakim Syarie 5-Tatatertib Peguam Syarie SELANGOR Tatatertib Peguam Syarie (KAEDAH 17) Majlis apabila menerima laporan dan perakuan Jawatankuasa mengenai keputusan terhadap prosiding tatatertib hendaklah : (a) membuat perintah supaya nama Peguam Syarie digugurkan daripada Daftar Peguam Syarie; (b) membuat perintah menggantung Peguam Syarie itu daripada menjalankan amalan bagi suatu tempoh yang difikirkan adil dan munasabah; (c) memberi amaran kepada Peguam Syarie itu ; (d) membuat apa-apa perintah lain yang difikirkan adil dan munasabah KELANTAN Tatatertib Peguam Syarie (KAEDAH 18) Mengantung, Tidak benarkan masuk ke Mahkamah, Tidak dibenarkan beramal sebagaimana hukum yang dikehendaki keatas membuangkan dari pendaftaran RAJAH RINGKAS: Kelayakan dan Syarat Peguam Syarie di Kelantan dan Selangor KELAYAKAN & SYARAT PEGUAM SYARIE KELANTAN SELANGOR Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang / / Pegawai Undang-Undang Kerajaan Negeri / Persekutuan / / Pengamal Undang-Undang dibawah Akta 1976 / / Latihan profesional yang diiktiraf Majlis dalam bidang kehakiman Islam/ hukum Syarak / Pengalaman sebagai Kadhi / Agama Islam / /
  • 5. Umur 21 tahun / Tidak disabit kesalahan jenayah di Mahkamah / / Tidak bankrap dibawah Akta Kebankrapan 1967 / / Warganegara / pemastautin tetap Malaysia / / Lulus peperiksaan Peguam Syarie / / PENGALAMAN SEORANG BLOGER DITEMUDUGA SEBAGAI PEGUAM SYARIE KELANTAN http://kartikel.com/news/3066/mahu-jadi-peguam-syarie
  • 6. PENGALAMAN SEORANG PEGUAM SYARIE YANG BERAMAL BAWAH KAEDAH PEGUAM SYARIE SELANGOR Nama: Muhammad Firdaus Alhadi Bin Abdullah Jawatan: Peguam Syarie Firma: Tetuan Zaidi Zain & Associates Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Siasah di Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau telah mengambil DAIJ di UIA dan berlatih dalam kamar selama 9 bulan sebelum menjalani temuduga sebagai peguam syarie di Selangor. Dalam temubual, beliau menyatakan bahawa adalah wajib mengambil DAIJ dan tamat latihan dalam kamar selama 9 bulan sebelum layak untuk hadir temuduga. Sebelum beliau menghadiri temuduga, beliau difahamkan bahawa temuduga dijalankan oleh keenam-enam ahli Jawatankuasa terhadap seorang calon. Akan tetapi, semasa sesi temuduga beliau, hanya 2 orang daripada ahli Jawatankuasa sahaja menemuduga beliau, ini mungkin disebabkan calon untuk temuduga ramai ketika itu. Soalan yang diutarakan adalah mengenai: 1. Hukum syarak. 2. Enakman-enakmen undang-undang islam Negeri Selangor. 3. Kitab-kitab yang menjadi rujukan dalam kes syariah. Beliau berjaya dalam temuduga dan menjadi peguam syarie yang beramal dibawah Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008. KETIDAKSERAGAMAN KAEDAH PEGUAM SYARIE NEGERI-NEGERI Akibat daripada ketidakseragaman ini menyebabkan wujudnya perbezaan dalam pelbagai aspek. Perbezaan ini mengundang beberapa kelemahan dan masalah yang jelaskan dalam memohon sebagai peguam syarie serta kepada peguam syarie yang sudah dilantik. Masalah-masalah yang dikenal pasti adalah seperti berikut:- i) Pengantungan Kelayakan Akademik. Di beberapa negeri, sesiapa yang ada Ijazah Syariah semata-mata tidak melayakkan seseorang itu menjadi Peguam Syarie di mana mereka masih memerlukan memiliki Diploma di dalam bidang-bidang Amalan Guaman Syarie. Manakala di beberapa negeri lain, Diploma ini tidak diperlukan. Mereka boleh melayakkan diri diterima masuk sahaja sebagai Peguam Syarie. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang belum tentu boleh menjadi peguam syarie, dan seseorang yang tidak memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang belum tentu tidak boleh menjadi peguam syarie. Seperti yang diperlihatkan di Negeri Selangor yang mewajibkan DAIJ manakala Kelantan tidak memperuntukkan perkara tersebut. ii) Perbezaan Dalam Tatacara Penerimaan Masuk Di Setiap Negeri. Hal ini ditentukan oleh undang-undang sesebuah negeri dan proses penerimaan masuk sesebuah negeri tersebut. Sesetengah negeri tidak mempunyai kaedah peguam syarie yang khusus. Oleh itu, undang-undang yang terpakai adalah sesebuah bahagian, berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri sebagai contoh, negeri Sabah dan Negeri Sembilan.
  • 7. iii) Proses Permohonan dan Penerimaan Masuk. Terdapat perbezaan di antara negeri-negeri dalam proses penerimaan masuk. Terdapat negeri-negeri yang menetapkan proses penerimaan masuk ini dibuat ke Majlis Agama Islam Negeri, seperti apa yang berlaku di Terenggganu, Pahang dan Pulau Pinang. Manakala negeri-negeri lain meletakkan proses penerimaan masuk ini dibuat di mahkamah syariah negeri-negeri. Berbeza di negeri Johor, setiap permohonan penerima masuk dibuat kepada Setiausaha Bahagian undang-undang Jabatan Agama Negeri Johor. iv) Peruntukan dan Prosedur Tatatertib Terdapat negeri-negeri yang mempunyai peruntukan berhubung tindakan tatatertib terhadap peguam syarie yang terdapat di dalam kaedah-kaedah peguam syarie. Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai kaedah-kaedah Peguam Syarie, tiada sebarang peruntukan terhadap tindakan tatatertib ini. v) Bayaran Penerimaan Masuk Dari segi pembayaran masuk sebagai peguam syarie, wujudnya perbezaan dari segi jumlah bayaran serta di mana bayaran itu dilakukan. Sesetengah negeri meletakkan bayaran terima masuk peguam syarie di bawah Majlis Negeri- Negeri dan ada juga bayaran dibuat terus kepada Mahkamah Syariah Negeri. Terdapat juga ngeri-negeri yang menetapkan bayaran-bayaran peguam syarie dibuat kepada pengarah Jabatan Agama Islam Negeri seperti yang berlaku di negeri Johor di mana bayaran terima masuk ditetapkan kepada pengarah Jabatan Agama Negeri Johor. vi) Tiada Kod Etika Yang Teratur Ketidakseragaman kaedah yang mengawal terutama sekali dari sudut tingkah laku dan etika peguam, seringkali menimbulkan tohmahan terhadap tindakan dan tingkah laku mereka. Ini juga boleh menimbulkan keadaan di mana keangkuhan seseorang peguam syarie yang telah diambil tindakan di sesebuah negeri akibat daripada pelanggaran etika untuk moral, masih boleh melepaskan diri dengan berperoleh dan beramal di negeri lain serta memungkinkan orang tersebut megulangi kesalahan yang sama.