Dokumen ini memberikan arahan untuk ujian take-home dalam mata pelajaran Undang-Undang Kontrak II. Ujian ini mengandungi dua soalan yang salah satunya membincangkan kes-kes mengenai ketidaksahan kontrak berdasarkan polisi awam. Soalan kedua membincangkan kes pembelian loket mutiara oleh Jack dan Jill dari peniaga tidak berlesen serta undang-undang yang terpakai.
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN PUSAKA, WASIAT DAN WAKAF
Undang-Undang Kontrak - Ujian
1. 1
FAKULTI UNDANG-UNDANG
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
UUUK1083
UNDANG-UNDANG KONTRAK II
SEMESTER 2 SESI 2017/2018
UJIAN
Arahan:
1. Ujian ini adalah ujian ‘take-home’.
2. Kertas ini mengandungi 2 soalan.
3. Jawab SATU (1) soalan sahaja.
4. Calon boleh menjawab sama ada dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris.
5. Markah penuh bagi ujian ini ialah 20%.
6. Jawapan hendaklah bertulis tangan dan diserahkan kepada pensyarah pada jam
10.00 pagi 22 Mac 2018 (Khamis) sebelum kuliah bermula.
7. Sila pastikan Nama dan No. matrik ditulis pada setiap helaian jawapan anda.
2. 2
Soalan:
1. Berlatarbelakangkan kes-kes yang telah diputuskan mengenai ketidaksahan kontrak
berdasarkan polisi awam, bincangkan secara kritis pandangan yang dikemukakan oleh
Abdul Hamid Mohamad J dalam Banque Nasionale De Paris v Wuan Swee May & Anor
[2000] 3 MLJ 587, 595-597.
(20 markah)
2. Jack dan Jill ingin membeli sebuah loket mutiara. Mereka telah mengunjungi beberapa
peniaga mutiara berlesen tetapi mendapati bahawa harga yang ditawarkan adalah terlalu
mahal. Mereka kemudiannya terjumpa sebuah kedai, Pearl Jewellery and Repair Shop, di
KayEll. Jack dan Jill mendapati harga yang ditawarkan adalah lebih munasabah. Tuan
punya kedai telah menunjukkan kepada mereka beberapa buah loket dan rantai yang sesuai.
Setelah melihat beberapa loket dan rantai, Jack dan Jill memilih loket dan rantai yang
mereka inginkan. Mereka bersetuju untuk membelinya dengan harga yang sesuai. Jill lebih
gemarkan rantai perak yang lebih pendek berbanding rantai emas panjang yang dipadankan
dengan loket tersebut. Mereka seterusnya menjelaskan bayaran bagi loket dan rantai perak
yang lebih pendek dan akan mengambil loket dan rantai tersebut pada keesokan harinya
setelah tuan punya kedai menukar rantai seperti yang diminta.
Pembantu kedai telah memberikan mereka resit pembayaran dan docket pembaikan bagi
pengubahsuaian rantai tersebut. Di docket pembaikan tertera: “Satu loket mutiara dengan
rantai perak.” Keesokan harinya, Jack dan Jill telah pergi ke kedai untuk mengambil loket
dan rantai mereka. Malangnya, mereka dimaklumkan oleh tuan punya kedai bahawa beliau
tidak ingat langsung tentang pembelian tersebut. Tuan punya kedai merupakan seorang
bekas pelajar undang-undang. Apabila diugut oleh Jack dan Jill untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap kedai tersebut, tuan punya kedai mengingatkan mereka supaya
berhati-hati apabila berurusan dengan seorang peniaga mutiara yang tidak berdaftar.
Semasa membeli loket dan rantai, Jack dan Jill mengetahui bahawa tuan punya kedai
tersebut bukanlah peniaga yang berdaftar. Mereka juga mengetahui tentang undang-
undang yang terpakai. Namun, oleh kerana teruja untuk mendapatkan loket dan rantai pada
harga yang mereka mampu, mereka tetap meneruskan transaksi tersebut.
Undang-undang terpakai, Akta Pembelian Mutiara 1999 memperuntukkan bahawa:
Adalah menjadi suatu kesalahan untuk membeli mutiara atau sebarang produk
mengandungi mutiara daripada peniaga yang tidak berdaftar. Kesalahan ini
membawa penalti sebanyak RM20,000 bagi setiap pembelian.
Nasihatkan Jack dan Jill.
(20 markah)
SELAMAT MAJU JAYA !