Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Surat Permohonan Meneruskan PdPR di Rumah 2.pdf
1. Azra Nasywa Binti Azmy
Lot 219 Belakang Kada,
Kampung Padang Pak Amat,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.
Puan Hajah Nor Asilah Binti Osman
Pengarah,
IPG Kampus Bahasa Melayu,
59990 Lembah Pantai.
Kuala Lumpur. 7 Oktober 2021
Puan,
MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENERUSKAN PDPR DI RUMAH
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Saya Azra Nasywa Binti Azmy, pelajar PISMP Semester 7 Ambilan Jun 2018 ingin
memohon kebenaran daripada pihak puan untuk meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR) secara dalam talian di rumah semasa IPG Kampus Bahasa Melayu mula
beroperasi pada 8 November 2021.
3. Saya ingin meneruskan PdPR di rumah atas sebab saya mempunyai capaian Internet
yang baik dan mampu menyertai kelas-kelas secara dalam talian dengan baik tanpa gangguan
Internet. Selain itu, hal ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian dan mengumpul data di
Sekolah Kebangsaan Gaal, Kelantan bagi tujuan penyelidikan saya.
4. Saya berharap agar pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini agar saya dapat
meneruskan PdPP di rumah dan mengumpul data untuk tujuan penyelidikan saya. Segala
kerjasama daripada pihak puan amat saya hargai.
Sekian.
Yang benar,
(AZRA NASYWA BINTI AZMY)
Pelajar PISMP Ambilan Jun 2018
01112842813