Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
bahasa kebanggsaan
1. Tugasan (Markah 20%)
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH (KUISAS)
BAHASA KEBANGSAAN A (MPW 1113)
PANDUAN PENULISAN ESEI (TUGASAN)
Tugasan kerja kursus (tugasan bertulis) merupakan salah satu kompenan penilaian tahap
kemajuan. Setiap pelajar diwajibkan melakukan tugasan bertulis (esei). Tujuan tugasan kerja
kursus adalah untuk menilai pencapaian pelajar sama dapat mengaplikasikan ilmu yang
dipelajari dalam kursus ini dan mengetahui cara perbincangan yang lebih kritikal dalam sesuatu
isu.
TAJUK TUGASAN : PEMBETULAN AYAT DALAM FILEM MELAYU MALAYSIA.
Pelajar-pelajar diminta membetulkan ayat yang diutarakan oleh watak-watak berdasarkan filem
yang dipilih. Huraian perlulah berdasarkan kefahaman terhadap laras bahasa, perkataan yang
digunakan.
ARAHAN
Pelajar perlu mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan seperti dibawah :
1. Tajuk filem perlulah dipilih oleh pelajar dan mengandungi dialog bahasa kasar, kesat.
(Kecuali Filem KL Gangster II)
2. Setiap kumpulan perlu dianggotai oleh 5 orang ahli.
3. Pelajar perlu menaip semula dialog yang diucapkan oleh watak dalam filem tersebut.
Sepuluh (10) minit setiap seorang.
4. Pembetulan pada dialog perlu dilakukan jika yang mempunyai kesalahan bahasa.
5. Penulisan (kesimpulan). Boleh memberikan pendapat terutama kesimpulan kepada jenis
dan laras bahasa yang digunakan, atau menghuraikan jenis perkataan yang sesuai
digunakan dalam bahasa formal. Berikan pendapat yang kritikal selepas merujuk kepada
sumber yang berkaitan. Kajian perpustakaan boleh dilakukan.
6. Rujukan mesti disertakan dan dipetik dari sumber yang sahih dan berbentuk akademik.
Rujukan boleh diperolehi menerusi buku , jurnal, media massa (suratkhabar) dan internet.
7. Pelajar diwajibkan menggunakan sekurang-kurangya LIMA (5) rujukan daripada buku.
2. 8. Sila ambil perhatian bahawa tarikh penghantaran tugasan adalah sepertimana yang telah
ditetapkan oleh tenaga pengajar. Kelewatan penghantaran tugasan akan ditolak
sebanyak SATU (1) markah setiap hari daripada tarikh penghantaran.
9. Tarikh akhir penghantaran tugasan ialah pada MINGGU ke 6 (01 JULAI 2014).
10. Plagiat (peniruan) daripada kertas kursus pelajar lain dan disabitkan kesalahan akan
dikira KOSONG (0) markah.
11. Penghantaran tugasan ini adalah tanggungjawab pelajar sendiri dan perlu dihantar
ke bilik pensyarah di Makmal Kejuruteraan 3, Bilik No. 06.
ISU KANDUNGAN (APA YANG PERLU DALAM TUGASAN INI)
a) Muka Hadapan
-(seperti mana yang diambil daripada tenaga pengajar.)
- Muka hadapan menggunakan kertas berwarna putih dan di tapekan.
b) Jadual Isi Kandungan
c) Pengenalan
d) Isi perbincangan
e) Kesimpulan
f) Rujukan (sila rujuk contoh di bawah)
Buku Rujukan/ Bibliografi
1. Abdul Rahman Md Aroff. 2004. Teori, Etika & Amalan Moral. Selangor: Universiti
Pertanian Malaysia. (Rujukan buku)
2. Rohana Mohd Nawi, ‘Seks bebas kalangan pelajar membimbangkan, Utusan Malaysia,
19 Julai 2009. (Rujukan akhbar/suratkhabar)
3. Mohamed Azam Mohamed Adil, (2003) Hak Tukar Agama Dalam Perlembagaan
Malaysia: Konflik Antara Kebebasan Beragama dan Hukum Islam. Jurnal Syariah, 11
(1). http://myais.fsktm.um.edu.my (Rujukan dalam talian/online)
3. FORMAT PENULISAN
1. Penulisan haruslah bertaip dengan menggunakan huruf TIMES NEW
ROMAN font12 dan selang setiap baris ialah 2.0.
2. Pelajar wajib mengikuti arahan dan format yang ditetapkan oleh pensyarah.
3. Penulisan mestilah kemas dan mempunyai perenggan yang jelas.
4. Setiap halaman haruslah diseimbangkan (justify)
5. Penulisan yang tidak mengikut format yang telah ditetapkan dan tidak kemas akan ditolak
sebanyak LIMA(5) markah.
6. Penulisan harus dihantar pada sebelum (01 JULAI 2014) atau pada tarikh yang telah
ditetapkan (SELASA, 01 JULAI 2014) sebelum jam LIMA (5) petang.