Hai căn hộ 45m 2chuẩn không cần chỉnh cho vợ chồng trẻ
Tugasan 1 (a) ms word
1. Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
Iskandar Dzulkarnain Bin Ismail,
5586 Jalan Kemudi 3/21,
Taman Setia Merdeka,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. 1 Februari 2012
Tuan/Puan,
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
(FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama Pusat ICT sedang menjalankan kajian
bertajuk “Kajian Pengesanan Graduan (Teknologi Maklumat)” seperti yang tersebut diatas.
2. Sehubungan dengan itu, satu borang soal selidik diedarkan bagi mengenalpasti kesesuaian
Program Pendidikan Teknologi Maklumat dari tahun 1997 hingga kini terhadap tugas-tugas sebagai
guru teknologi maklumat di sekolah. Pihak FSKIK ingin memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk
melengkapkan borang soal selidik yang dilampirkan dan memulangkannya menggunakan sampul surat
yang disediakan sebelum 1 Ogos 2012, supaya analisis statistik dapat dijalankan seterusnya.
3. Jika pihak tuan/puan berminat untuk mengetahui hasil analisis, sila nyatakan di dalam
borang soal-selidik yang dilampirkan. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Puan
Norhazalila Bt. Ahmad Nordin (Telefon: 05-4506519 atau e-mel: ila@upsi.edu.my).
Akhir kata, pihak FSKIK ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama daripada
pihak tuan/puan.
Yang benar,
______________________________
DR. Maizatul Hayati Mohamad Yatim
Dekan
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris.