Kekuatan struktur dipengaruhi oleh tiga faktor utama: jenis bahan, saiz struktur, dan bentuknya. Bahan yang lebih kuat seperti besi dan konkrit mampu menampung beban lebih berat daripada kayu. Struktur juga harus sesuai saiz untuk beban yang ditanggung. Bentuk melengkung lebih kuat daripada yang rata.
2. 1.
2.
Kekuatan sesebuah struktur adalah
keupayaan objek tersebut untuk kekal
kukuh walaupun dilanda bencana.
Kekuatan sesuatu objek perlulah mampu
untuk menampung berat beban dan tidak
mudah retak, pecah, merekah,runtuh atau
tumbang.
3. 3.
Faktor – faktor yang mempengaruhi kekuatan
sesuatu objek adalah seperti berikut:
a) Jenis bahan yang digunakan
Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang
berbeza. Sebagai contoh: besi dan konkrit lebih
kuat daripada kayu. Maka, bangunan yang
diperbuat daripada konkrit lebih kuat dari
bangunan yang diperbuat daripada kayu.
4. b)
Saiz sesebuah struktur atau objek.
Saiz objek atau struktur perlu sesuai atau
sepadan dengan berat beban.
5. c)
Bentuk struktur atau bagaimana ia ditempatkan.
Sebagai contoh: bentuk struktur yang melengkung lebih
kuat berbanding struktur yang rata.
7. Rajah di bawah menunjukkan pelbagai jenis objek.
Namakan objek yang mempunyai bentuk berikut?.
a) Sfera : ___________
b) Hemisfera : ______________
c) Silinder : ______________
d) Kon : ____________
e) Kiub : ______________
f) Kuboid : _______________