Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
SahabatSejati
1. Setiap orang memerlukan sahabat dalam hidupnya. Insan yang tidak bersahabat ibarat
kera sumbang. Kehidupan mereka sunyi sepi. Malah, mereka tidak mempunyai sesiapa
untuk meminta pertolongan semasa kecemasan.
Sahabat karibku bernama Rejab. Aku berkenalan dengannya sejak di bangku sekolah
lagi. Pada masa itu kami sama-sama menyertai pasukan Pengakap sekolah. Sejak
itulah tali persahabatan kami berkembang menjadi erat ibarat kuku dengan isi. Ramai
kawan lain berasa hairan bagaimana kami boleh berkawan begitu rapat.
Rejab seorang pelajar yang mulia budi pekertinya. Dia seorang yang rajin,
bertanggungjawab dan berkeyakinan. Rejab bukan sahaja cemerlang dalam
pelajarannya, tetapi juga bergiat cergas dalam bidang sukan. Tahun lepas, dia muncul
sebagai jaguh sukan peringkat sekolahnya.
Rejab tidak pernah berlagak sombong. Apa-apa sahaja permintaan rakan-rakannya, dia
tetap akan cuba menolong. Misalnya, ramai rakan sedarjahnya yang meminta dia
menyelesaikan masalah matematik. Dia sentiasa rela menghulurkan pertolongan.
Sepanjang persahabatan kami, terdapat satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan.
Tiga tahun lalu, aku terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Menurut Rejab, dialah
yang menghubungi pihak ambulans ketika aku tidak sedarkan diri di tempat kejadian.
Rejab jugalah orangnya yang membantu memapah aku ke dalam ambulan serta
mengiringiku ke hospital.
Semasa terlantar di hospital, Rejablah yang juga mendermakan darahnya kepada
diriku. Waktu itu, aku amat memerlukan darah untuk dipulihkan. Mujurlah aku
mempunyai seorang sahabat yang benar-benar ikhlas dan jujur.
Alangkah murninya hati seorang sahabat seperti Rejab yang telah menyelamatkan
nyawaku