Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Rantai Makanan Haiwan. Tabiat pemakanan haiwan.
1. (A) Rantai Makanan
Rantai makanan ialah hubungan makanan antara hidupan.
Anak panah -> bermaksud “dimakan oleh”.
Contoh: Buah kelapa sawit -> tikus -> helang.
(B) Matahari, Pengeluar, dan Pengguna
Matahari merupakan sumber tenaga utama kerana membekalkan cahaya matahari kepada tumbuhan.
Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, kerana tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri melalui proses
fotosintesis.
Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali pengguna, kerana mereka mendapatkan sumber
tenaga daripada pihak lain.
Berdasarkan jenis makanan yang dimakan, haiwan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan:
Herbivor – Haiwan yang memakan tumbuhan.
Karnivor – Haiwan yang memakan haiwan lain.
Omnivor – Haiwan yang memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan lain.
2.
3.
4. • (C) Kesan dan Akibat
• Perubahan populasi dalam rantai/ siratan makanan mempunyai kesan ke atas hidupan yang lain.
• Sekiranya berlaku perubahan populasi seperti kematian dalam siratan makanan, pengguna akan
mencari makanan di habitat lain, atau berpindah untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
• Jika bilangan (populasi) sesuatu haiwan berubah, maka bilangan (populasi) haiwan yang lain juga
akan berubah (bertambah/ berkurang).