SlideShare a Scribd company logo
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
PROGRAM
MATRIKULASI
SATU TAHUN
SESI 2010 / 2011
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Diterbitkan Oleh
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Segala butiran cetakan adalah tertakluk kepada pindaan
BMKPM dari semasa ke semasa
i
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pelajar yang berjaya ditawarkan
tempat untuk mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) bagi sesi 2010/2011. Saudara adalah pelajar yang bertuah kerana terpilih
daripada puluhan ribu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak untuk
mengikuti program matrikulasi bagi sesi kali ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan saudara sebagai
pelajar cemerlang program matrikulasi KPM. Sepanjang kehidupan saudara di sini
tuntutlah ilmu sebanyak mungkin bagi menjadi pelajar yang berperibadi unggul selaras
dengan aspirasi negara.
Program Matrikulasi yang dikendalikan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran
Malaysia (BMKPM) sejak tahun 1998 adalah program yang bertujuan untuk melahirkan
modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga berhasrat
untuk melahirkan pelajar bumiputera yang berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam
bidang sains dan teknologi menjelang 2015. Hasrat ini selaras dengan usaha murni
kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Matlamat Program
Matrikulasi ini merupakan salah satu daripada NKRA yang dihasratkan oleh pihak kerajaan
iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti. Program ini menekankan
kecemerlangan pelajar secara menyeluruh yang merangkumi kecemerlangan akademik
dan sahsiah bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang diperlukan oleh
negara. Pelajar yang dilahirkan ini sudah pasti menjadi rebutan institusi pengajian tinggi di
dalam dan di luar negara terutamanya dalam bidang-bidang yang kritikal.
Akhir kata, saya berharap saudara dapat menikmati pendidikan berkualiti semasa berada
di Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran ini dan seterusnya berpeluang melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang tertinggi.
Sekian, terima kasih.
Dr. Sariah Binti Abd Jalil
Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
KATA-KATA ALUAN
PENGARAH
BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ii
MUKASURAT
Pendahuluan 1
Jawapan Kepada Tawaran 1
Yuran Pelajar 2
Pendaftaran Pelajar Program Matrikulasi 2
Penampilan Diri Semasa Pendaftaran 3
Keperluan Peribadi Pelajar 3
Peraturan Pakaian Ke Kuliah / Tutoran / Amali 3
Minggu Pengurusan Pelajar Baru 4
Peraturan Pelajar Program Matrikulasi 4
Bantuan Kewangan 4
Urusan Pengangkutan Semasa Pendaftaran 4
Penutup 4
Lampiran
K A N D U N G A N
1
1.0 PENDAHULUAN
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah atas
kejayaan saudara kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2010/2011.
1.1 Semua maklumat yang terkandung dalam Buku Panduan Pendaftaran Pelajar ini bertujuan
untuk membantu saudara membuat persediaan sebelum mendaftar.
1.2 Sila baca dengan teliti kandungannya dan ikut arahan yang diberikan.
2.0 JAWAPAN KEPADA TAWARAN
Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk:
2.1 Menolak Tawaran
Saudara perlu mengambil tindakan berikut :
a. Abaikan surat tawaran yang diterima.
b. Tidak mendaftar semasa hari pendaftaran pelajar baru.
2.2 Menerima Tawaran
Saudara perlu mengambil tindakan berikut,
a. Melengkapkan Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar, Program
Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (PPM/BM-1/99-Pin-2).
Rujuk panduan di lampiran 1.
b. Menyediakan yuran pendaftaran (pengajian) seperti yang ditetapkan dengan
membayar kepada Pengarah Kolej Matrikulasi saudara ditempatkan iaitu:
i) Pengarah Kolej Matrikulasi Melaka
ii) Pengarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
iii) Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
iv) Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis
v) Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan
vi) Pengarah Kolej Matrikulasi Johor
vii) Pengarah Kolej Matrikulasi Perak
viii) Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah
ix) Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang
x) Pengarah Kolej Matrikulasi Selangor
xi) Pengarah Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
xii) Pengarah Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
xiii) Pengarah Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Rujuk lampiran 2.
c. Membuka akaun GIRO dan membuat Kad ATM Bank Simpanan Nasional (untuk tujuan
pembayaran elaun wang saku) jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut:
i) Kolej Matrikulasi Melaka
ii) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
iii) Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
iv) Kolej Matrikulasi Perlis
v) Kolej Matrikulasi Johor
vi) Kolej Matrikulasi Perak
vii) Kolej Matrikulasi Selangor
viii) Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
ix) Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
x) Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Sekiranya saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan akaun masih aktif dan
hanya ada satu penama sahaja.
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SESI 2010 / 2011
2
d. Membuka akaun dan membuat Kad ATM Bank Rakyat (untuk tujuan pembayaran elaun
wang saku) jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut:
ii) Kolej Matrikulasi Kedah
ii) Kolej Matrikulasi Labuan
iii) Kolej Matrikulasi Pahang
Sekiranya saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan akaun masih aktif dan
hanya ada satu penama sahaja.
e. Menyediakan keperluan peribadi pelajar.
Rujuk lampiran 3.
f. Menyediakan semua dokumen dan melengkapkan Buku Dokumen Pendaftaran Pelajar.
i) Gambar ukuran pasport (4 keping)
ii) Fotostat bahagian depan buku akaun GIRO BSN / Bank Rakyat yang tertera nombor
akaun.
iii) Salinan sijil lahir pelajar.
iv) Salinan kad pengenalan pelajar.
v) Salinan slip keputusan SPM.
vi) Salinan sijil berhenti sekolah.
vii) Salinan kad pengenalan ibu dan bapa.
viii) Salinan sijil lahir ibu dan bapa.
ix) Salinan Surat Tawaran Kursus dari Bahagian Matrikulasi KPM.
Semua salinan dokumen di atas hendaklah disahkan.
g. Mendaftar diri pada 10 Mei 2010 (Isnin) di kolej yang ditetapkan.
3.0 YURAN PELAJAR
3.1 Jumlah yuran pendaftaran (pengajian) yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian
ialah,
Jurusan Jumlah
Sains/Teknikal RM 350.00
Perakaunan RM 302.00
3.2 Pembayaran hendaklah dibuat secara 'Bank In' di mana-mana cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN) dengan menggunakan slip yuran pendaftaran* BSN yang dilampirkan bersama
surat tawaran.
Perhatian:
a. Salinan slip yuran pendaftaran* BSN kedua (slip warna biru) hendaklah diserahkan semasa
pendaftaran sebagai bukti pembayaran.
b. Salinan yuran pendaftaran* BSN ketiga (slip warna merah jambu) hendaklah disimpan oleh
pelajar sebagai bukti pembayaran.
c. Sekiranya slip yuran pendaftaran* tidak diterima/ hilang/ rosak, sila dapatkan slip yang baru
dari kolej matrikulasi saudara ditempatkan.
* slip yuran pendaftaran dicetak sebagai yuran pengajian.
3.3 Pembayaran secara tunai atau cek peribadi tidak diterima semasa pendaftaran di kolej.
4.0 PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI
4.1 Saudara dikehendaki melapor diri pada 10 Mei 2010 (Isnin).
Perhatian:
SEKIRANYA SAUDARA TIDAK MELAPOR DIRI PADA TARIKH DAN MASA YANG DITETAPKAN TANPA
KEBENARAN PIHAK KOLEJ BERKENAAN, SAUDARA DIANGGAP MENOLAK TAWARAN INI.
3
4.2 Sila bawa bersama semua perkara berikut pada hari pendaftaran:-
a. Salinan kedua slip yuran pendaftaran (slip warna biru) yang telah dijelaskan di BSN.
b. Buku Dokumen Pendaftaran Pelajar yang lengkap.
c. Borang maklumat Kad Matrik yang lengkap (kolej yang berkenaan sahaja).
d. Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian
Pelajaran Malaysia (PPM/BM-1/99-Pin-2) yang lengkap.
e. Sediakan setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping (RM 10.00 x 2 keping).
f. Keperluan harian peribadi (Rujuk lampiran 3).
4.3 Penginapan Semasa Pengajian
Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia wajib tinggal di kolej
kediaman yang ditetapkan. Sebarang permohonan untuk tinggal di luar kolej kediaman tidak
akan dilayan (Perkara 2.1: Peraturan Pelajar Program Matrikulasi).
5.0 PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN
5.1 Lelaki
a. Berpakaian kemas - baju kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar 'slack' (Baju
T dan jeans tidak dibenarkan sama sekali).
b. Berkasut (kulit/PVC).
c. Rambut tidak melebihi paras kolar, diurus dengan rapi dan kemas, tidak diwarnakan, sesuai
dengan perwatakan seorang pelajar kolej matrikulasi.
5.2 Perempuan
a. Berpakaian kemas dan sopan (Baju T, jeans dan skirt pendek tidak dibenarkan sama sekali).
b. Berkasut (kulit/PVC).
c. Bagi yang tidak bertudung, pastikan rambut diikat rapi dan kemas, sesuai dengan
perwatakan seorang pelajar kolej matrikulasi.
d. Rambut tidak diwarnakan.
Peringatan:
SAUDARA TIDAK DIBENARKAN MENDAFTAR, JIKA SYARAT PENAMPILAN DIRI TIDAK DIPATUHI.
6.0 KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR
Pelajar matrikulasi perlu menyediakan keperluan peribadi secukupnya sepanjang tempoh pengajian.
Keperluan minimum seperti di lampiran 3.
7.0 PERATURAN PAKAIAN KE KULIAH / TUTORAN / AMALI
7.1 Pelajar Lelaki
a. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang
(slack). Tali pinggang tidak melebihi 3 cm lebarnya (kepala tali pinggang yang besar dan
berlambang tidak dibenarkan).
b. Dikehendaki memakai kasut kulit / PVC.
c. Dilarang :
i. berseluar pendek.
ii. berseluar jeans.
ii. berkemeja 'Hawaii'.
iv. berbaju 'T'.
v. berkasut sukan dan sebarang jenis selipar atau sandal.
vi. berpakaian sukan termasuk pakaian trek.
4
7.2 Pelajar Perempuan
a. Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan.
b. Dikehendaki memakai kasut kulit / PVC bertutup.
c. Dilarang :
i. berbaju 'T'.
ii. seluar jeans dan berskirt pendek.
iii. sebarang jenis baju tanpa lengan.
iv. kasut sukan dan sebarang jenis selipar atau sandal.
v. berpakaian sukan termasuk pakaian trek.
vi. sebarang jenis pakaian yang tidak menampakkan bahagian muka.
(Perkara 7: Pakaian dan Penampilan Diri, Buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi KPM)
8.0 MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU
8.1 Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) akan bermula pada hari pendaftaran.
8.2 Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Pihak pengurusan kolej matrikulasi berhak
mengambil tindakan tatatertib sekiranya ada pelajar yang didapati tidak mengikuti aktiviti-
aktiviti atau melanggar Etika dan Peraturan MPPB yang telah ditetapkan.
8.3 Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di kafeteria kolej kediaman. Anggaran kos
makanan bagi setiap pelajar ialah RM 15.00 sehari.
9.0 PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI
9.1 Sebagai pelajar kolej matrikulasi saudara adalah tertakluk kepada:
a. Undang-Undang Malaysia, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 pindaan 1979
(Akta 174).
b. Syarat Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran
Malaysia (PPM/BM-1/99-Pin-2).
c. Syarat dan peraturan akademik Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.
d. Peraturan-peraturan yang termaktub dalam Buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia.
e. Peraturan tambahan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
9.2 Saudara yang telah berkahwin tidak layak untuk mendaftar dan tidak dibenarkan berkahwin
sepanjang mengikuti pengajian program matrikulasi.
9.3 Semua pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang
kenderaan bermotor di dalam kolej.
10.0 BANTUAN KEWANGAN
10.1 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
10.2 Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 akan diberi kepada semua pelajar pada setiap
semester.
11.0 URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN
Saudara perlu menguruskan sendiri kedatangan ke kolej matrikulasi yang ditawarkan. Sebarang
tuntutan perjalanan/ penginapan tidak dilayan.
12.0 PENUTUP
Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk
mengikuti Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.
5
Abai
Mula
Terima Surat Tawaran
Terima
Tolak
Lengkapkan Buku Dokumen Pendaftaran Pelajar
Lengkapkan Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan
Jelaskan yuran
Buka Akaun Bank
Sedia keperluan peribadi
Daftar di kolej
Tamat
CARTA ALIR KEMASUKAN PELAJAR BARU
6
SENARAI SEMAK
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SESI 2010 / 2011
Berikut disenaraikan semua perkara yang perlu diambil tindakan oleh saudara sebelum mendaftar di
kolej-kolej matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila tandakan ( / ) dalam kotak yang disediakan.
1. Membuat pembayaran yuran pendaftaran di BSN dan membawa slip yuran pendaftaran
salinan kedua (berwarna biru) dan salinan ketiga (berwarna merah jambu).
2. Buku Dokumen Pendaftaran Pelajar yang lengkap
3. Borang Maklumat Kad Matrik yang lengkap (kolej yang berkenaan sahaja).
4. Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi yang
lengkap (sekiranya borang perjanjian diterima beserta dengan surat tawaran).
5. Setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping.
6. Gambar ukuran pasport 4 keping.
7. Pakaian ke kuliah / tutoran / amali.
8. Keperluan peribadi.
9. Wang saku yang mencukupi.
LAMPIRAN
9
Lampiran 1
PANDUAN MENGISI
BORANG PERJANJIAN PENGAMBILAN DAN PEMBIAYAAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SILA BACA ARAHAN INI DENGAN TELITI SEBELUM MELENGKAPKAN BORANG PERJANJIAN:
1. Gunakan PEN BERDAKWAT HITAM / BIRU sahaja.
2. Lengkapkan maklumat dengan menggunakan huruf besar.
3. Sekiranya berlaku kesilapan, JANGAN DIPADAMKAN tetapi GARIS PADA PERKATAAN yang salah dan
pelajar serta penjamin perlu MENURUNKAN TANDATANGAN ringkas di bahagian tepi (kiri borang) selari
dengan kesilapan tersebut
4. Urusan melekat dan mematikan setem hasil di borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan
Pelajar Program Matrikulasi (PPM/BM.1/99-Pin-2) hanya akan dilakukan di Kolej Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Bagi perkara 9 dalam surat perjanjian (halaman 6), iaitu no. rujukan surat tawaran, sila gunakan no.
rujukan yang terdapat pada surat tawaran yang dikirimkan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
6. Penjamin
6.1 Saudara hendaklah mendapatkan seorang penjamin yang mesti menandatangani dan
melengkapkan butiran diri di ruang berkenaan (halaman 7) pada semua borang Perjanjian
Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi (PPM/BM.1/99-Pin-2) dan Butiran
Penjamin Dan Saksi. Penjamin boleh terdiri daripada BAPA atau IBU atau PENJAGA tanpa
mengira umur atau kedudukan kewangan.
6.2 Sekiranya penjamin BUKAN terdiri daripada bapa atau ibu atau penjaga, penjamin tersebut
mestilah mempunyai purata pendapatannya tidak kurang daripada RM500.00 sebulan dan
berumur tidak lebih daripada 45 tahun.
6.3 Penjamin yang telah bersetuju menandatangani perjanjian TIDAK boleh menarik diri daripada
menjadi penjamin kecuali jika hilang kelayakan seperti yang diperuntukkan dalam surat
perjanjian.
6.4 Penjamin dan pelajar hendaklah menurunkan tandatangan ringkas pada setiap muka surat
perjanjian iaitu di sebelah kanan bawah.
7. Saksi
7.1 Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani borang perjanjian pada halaman 6 dan 7 di
hadapan saksi.
7.2 Seorang saksi boleh menjadi saksi kepada pelajar dan penjamin.
7.3 Saksi hendaklah melengkapkan butiran dirinya di ruang berkenaan pada halaman 6 dan 7.
7.4 Syarat-syarat untuk menjadi saksi ialah :
a. Warganegara Malaysia.
b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh menandatangani borang
berkenaan.
c. Mempunyai taraf atau memegang mana-mana satu jawatan berikut :
i) Ahli Dewan Negara.
ii) Ahli Dewan Rakyat.
iii) Ahli Dewan Undangan Negeri.
iv) Jaksa Pendamai.
v) Penghulu atau Penggawa.
vi) Ketua Kampung.
vii) Pegawai dan kakitangan kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional.
viii) Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, Guru Besar/Pengetua Sekolah Bantuan
Penuh, Guru Kanan Sekolah Kerajaan, Pegawai Perubatan Kerajaan, Hakim, Majistret,
Yang Dipertua Mahkamah, Pendaftar Mahkamah, Pegawai Kerajaan dan kakitangan
kerajaan yang mempunyai cap rasmi nama Jawatan dan Jabatan.
d. Setiap saksi hendaklah menggunakan cap rasmi jawatan dan jabatannya. Penggunaan
cap bagi pihak seperti b.p. Ketua Setiausaha, b.p. Ketua Pengarah, b.p. Pengetua dan
sebagainya adalah dilarang.
8. Kosongkan ruangan tarikh pada halaman 1.
Contoh Borang:
PERJANJIAN ini dibuat pada ______________________haribulan _________________ tahun
____________________________________________________ (______________) ANTARA
______________________________________ No.K/P: ______________________________
9. Kosongkan ruangan akhir perjanjian halaman 7 yang bermula dengan ayat …….:
Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA oleh:
(Semua ruangan ini dan seterusnya untuk diisi oleh Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia /
Bahagian Matrikulasi sahaja).
Lampiran 2
YURAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SESI 2010 / 2011
Bil Perkara Jurusan Sains / Teknikal Jurusan Perakaunan
(RM) (RM)
Yuran Pendaftaran
1. Kad Matrik 10.00 10.00
2. Suai Kenal / Orientasi 90.00 90.00
3. Cadar dan Sarung Bantal (1 set) 25.00 25.00
4. Kokurikulum 40.00 40.00
5. Kot Makmal 40.00 -
6. Insuran 15.00 15.00
7. Buku Jadual Statistik 2.00 2.00
8. Buku Panduan Amali Sains 8.00 -
9. Bahan Pembelajaran 50.00 50.00
10. Buku Panduan Program Matrikulasi KPM 10.00 10.00
11. Yuran MUET 60.00 60.00
JUMLAH 350.00 302.00
* MUET : Malaysian University English Test
10
(Tulis Nama Pelajar Huruf Besar) (Tulis No. K/P Pelajar)
(Kosongkan) (Kosongkan)
(Kosongkan)(Kosongkan)
11
Lampiran 3
KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM)
Pelajar Lelaki
1. Kemeja berlengan panjang 3 helai
2. Seluar panjang ( slack) berwarna gelap 3 helai
3. Tali leher 1 helai
4. Baju Melayu (Pelajar Islam) 1 pasang
5. Songkok (Hitam Sahaja - Pelajar Islam) 1 buah
6. Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam) 2 pasang
7. Baju T berkolar 3 helai
8. Selimut 1 helai
9. Kasut kulit/ PVC 1 pasang
10. Kasut sukan 1 pasang
11. Sarung kaki 3 pasang
12. Seluar trek 2 helai
13. Keperluan peribadi yang lain
14. Sarung bantal dan cadar tambahan
Pelajar Perempuan
1. Pakaian (sopan dan kemas). 3 pasang
2. Pakaian sembahyang (Pelajar Islam) 2 pasang
3. Baju T berkolar dan berlengan panjang
serta item (8 - 14) seperti untuk pelajar lelaki 2 helai
12
SENARAI KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pelajaran Malaysia
78300 Masjid Tanah
MELAKA
Kod Kolej - 11
No. Tel : 06-3847778
No. Faks : 06-3847190
Website: www.kmm.matrik.edu.my
2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pelajaran Malaysia
72000 Kuala Pilah
NEGERI SEMBILAN
Kod Kolej - 12
No. Tel : 06-4841825
No. Faks : 06-4841821
Website: www.kmns.matrik.edu.my
3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jalan Pongsu Seribu
13200 Kepala Batas
Seberang Perai Utara
PULAU PINANG
Kod Kolej - 13
No. Tel : 04-5756090
No. Faks : 04-5757389
Website: www.kmpp.matrik.edu.my
4. Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pelajaran Malaysia
02600 Arau
PERLIS
Kod Kolej - 14
No. Tel : 04-9868613 / 614 / 615 / 616
No. Faks : 04-9868542
Website: www.kmp.matrik.edu.my
5. Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jln OKK Daud, Merinding
Peti Surat 81735
87027 W. P. LABUAN
Kod Kolej - 15
No. Tel : 087-465311
No. Faks : 087-465715
Website: www.kml.matrik.edu.my
6. Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jalan Payamas,
84900 Tangkak
JOHOR
Kod Kolej - 16
No. Tel : 06-9781613
No. Faks : 06-9781595
Website: www.kmjh.matrik.edu.my
7. Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pelajaran Malaysia
31600 Gopeng
PERAK
Kod Kolej - 17
No. Tel : 05-3511384 / 05-3594949
No. Faks : 05-3594413
Website: www.kmpk.matrik.edu.my
8. Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pelajaran Malaysia
06000 Changlun
KEDAH
Kod Kolej - 18
No. Tel : 04-9286100 / 9241915
No. Faks : 04-9242186
Website: www.kmk.matrik.edu.my
9. Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pelajaran Malaysia
26300 Gambang
Kuantan
PAHANG
Kod Kolej - 19
No. Tel : 09-5495000
No. Faks : 09-5498612
Website: www.kmph.matrik.edu.my
10. Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kathong, Mukim Jugra
42700 Banting
SELANGOR
Kod Kolej - 23
No. Tel :
No. Faks :
Website:
11. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pokok Tai
06720 Kedah
KEDAH
Kod Kolej - 20
No. Tel : 04-4682508
No. Faks : 04-4682281
Website:
12. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
Kementerian Pelajaran Malaysia
26400 Bandar Tun Abdul Razak
Jengka
PAHANG
Kod Kolej - 21
No. Tel : 09-4661106
No. Faks : 09-4661148
Website:
13. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Kementerian Pelajaran Malaysia
Mukim Rimba Terjun
82000 Pontian
JOHOR
Kod Kolej - 22
No. Tel : 07-6881630
No. Faks : 07-6881631
Website:
14. Kolej MARA Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang
KEDAH
KMKN - 55
No. Tel : 04-7867250
No. Faks : 04-7867254
Website: www.kmkn.edu.my
15. Kolej MARA Kulim
09000 Kulim
KEDAH
KMKulim - 56
No. Tel : 04-4906422
No. Faks : 04-4906426
Website: www.kmkulim.edu.my

More Related Content

What's hot

Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016
Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016
Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
Profil smk ar rahmah cianjur
Profil smk ar rahmah cianjurProfil smk ar rahmah cianjur
Profil smk ar rahmah cianjur
dinata77
 
Panduan ppdb 2015 depan
Panduan ppdb 2015 depanPanduan ppdb 2015 depan
Panduan ppdb 2015 depansukur basuki
 
Leaflet s0 uns_2014
Leaflet s0 uns_2014Leaflet s0 uns_2014
Leaflet s0 uns_2014
Annik Qurniawati
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantar
renovinsia12
 
TATA CARA PENDAFTARAN PPDB 2014
TATA CARA PENDAFTARAN PPDB 2014TATA CARA PENDAFTARAN PPDB 2014
TATA CARA PENDAFTARAN PPDB 2014
Vm Maryadi
 
Slide Presentasi Promosi Mahasiswa Baru UII 2014-2015
Slide Presentasi Promosi Mahasiswa Baru UII 2014-2015Slide Presentasi Promosi Mahasiswa Baru UII 2014-2015
Slide Presentasi Promosi Mahasiswa Baru UII 2014-2015
Yuli Andriansyah
 
Permen tahun2013 nomor97 kriteria kelulusan, peserta didik, un
Permen tahun2013 nomor97 kriteria kelulusan, peserta didik, unPermen tahun2013 nomor97 kriteria kelulusan, peserta didik, un
Permen tahun2013 nomor97 kriteria kelulusan, peserta didik, un
Winarto Winartoap
 
Kriteria kelulusan 2020 2021
Kriteria kelulusan 2020 2021Kriteria kelulusan 2020 2021
Kriteria kelulusan 2020 2021
Henis Setyarin
 
Salinan permen nomor 97 th 2013
Salinan permen nomor 97 th 2013Salinan permen nomor 97 th 2013
Salinan permen nomor 97 th 2013
MAN 13 Jakarta
 
Materi sosialisasi snmptn 2013(revisi ketum)
Materi sosialisasi snmptn 2013(revisi ketum)Materi sosialisasi snmptn 2013(revisi ketum)
Materi sosialisasi snmptn 2013(revisi ketum)
Sulis Tyono
 
PPDB SMA NEGERI 1 Pemalang
PPDB SMA NEGERI 1 PemalangPPDB SMA NEGERI 1 Pemalang
PPDB SMA NEGERI 1 Pemalang
Fairuz Ikbar
 
Sosialisasi bidik misi dan unhas
Sosialisasi bidik misi dan unhasSosialisasi bidik misi dan unhas
Sosialisasi bidik misi dan unhasErvantogatorop
 
Program ktys bersama dengan kuim
Program ktys bersama dengan kuimProgram ktys bersama dengan kuim
Program ktys bersama dengan kuim
Azman Kamilah Bintang
 
Buku panduan beasiswa unggulan
Buku panduan beasiswa unggulanBuku panduan beasiswa unggulan
Buku panduan beasiswa unggulan
Konsultasi Syariah
 
HANDBOOK PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH
HANDBOOK PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAHHANDBOOK PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH
HANDBOOK PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH
Kolej Komuniti Kuala Pilah
 
05.paparan ppdb 2015
05.paparan ppdb 201505.paparan ppdb 2015
05.paparan ppdb 2015
sdnpistim13pg
 

What's hot (18)

Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016
Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016
Peraturan dan skema peperiksaan STPM 2016
 
Profil smk ar rahmah cianjur
Profil smk ar rahmah cianjurProfil smk ar rahmah cianjur
Profil smk ar rahmah cianjur
 
Panduan ppdb 2015 depan
Panduan ppdb 2015 depanPanduan ppdb 2015 depan
Panduan ppdb 2015 depan
 
Leaflet s0 uns_2014
Leaflet s0 uns_2014Leaflet s0 uns_2014
Leaflet s0 uns_2014
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantar
 
TATA CARA PENDAFTARAN PPDB 2014
TATA CARA PENDAFTARAN PPDB 2014TATA CARA PENDAFTARAN PPDB 2014
TATA CARA PENDAFTARAN PPDB 2014
 
Slide Presentasi Promosi Mahasiswa Baru UII 2014-2015
Slide Presentasi Promosi Mahasiswa Baru UII 2014-2015Slide Presentasi Promosi Mahasiswa Baru UII 2014-2015
Slide Presentasi Promosi Mahasiswa Baru UII 2014-2015
 
Permen tahun2013 nomor97 kriteria kelulusan, peserta didik, un
Permen tahun2013 nomor97 kriteria kelulusan, peserta didik, unPermen tahun2013 nomor97 kriteria kelulusan, peserta didik, un
Permen tahun2013 nomor97 kriteria kelulusan, peserta didik, un
 
SNMPTN 2013
SNMPTN 2013SNMPTN 2013
SNMPTN 2013
 
Kriteria kelulusan 2020 2021
Kriteria kelulusan 2020 2021Kriteria kelulusan 2020 2021
Kriteria kelulusan 2020 2021
 
Salinan permen nomor 97 th 2013
Salinan permen nomor 97 th 2013Salinan permen nomor 97 th 2013
Salinan permen nomor 97 th 2013
 
Materi sosialisasi snmptn 2013(revisi ketum)
Materi sosialisasi snmptn 2013(revisi ketum)Materi sosialisasi snmptn 2013(revisi ketum)
Materi sosialisasi snmptn 2013(revisi ketum)
 
PPDB SMA NEGERI 1 Pemalang
PPDB SMA NEGERI 1 PemalangPPDB SMA NEGERI 1 Pemalang
PPDB SMA NEGERI 1 Pemalang
 
Sosialisasi bidik misi dan unhas
Sosialisasi bidik misi dan unhasSosialisasi bidik misi dan unhas
Sosialisasi bidik misi dan unhas
 
Program ktys bersama dengan kuim
Program ktys bersama dengan kuimProgram ktys bersama dengan kuim
Program ktys bersama dengan kuim
 
Buku panduan beasiswa unggulan
Buku panduan beasiswa unggulanBuku panduan beasiswa unggulan
Buku panduan beasiswa unggulan
 
HANDBOOK PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH
HANDBOOK PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAHHANDBOOK PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH
HANDBOOK PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH
 
05.paparan ppdb 2015
05.paparan ppdb 201505.paparan ppdb 2015
05.paparan ppdb 2015
 

Similar to Pst saiz baru

Ketentuan umum beberapa sekolah kedinasan ikatan dinas 2014/2015
Ketentuan umum beberapa sekolah kedinasan ikatan dinas 2014/2015Ketentuan umum beberapa sekolah kedinasan ikatan dinas 2014/2015
Ketentuan umum beberapa sekolah kedinasan ikatan dinas 2014/2015
The National Science and Social Olympiads 2013 SMP se-Derajat (SMA Darul 'Ulum 2 BPPT CIS ID 113)
 
06 peminatanpada smk allium
06 peminatanpada smk  allium06 peminatanpada smk  allium
06 peminatanpada smk allium
Fashihul Makmun
 
PPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdf
PPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdfPPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdf
PPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdf
nurwicaksono3
 
Informasi beasiswa ut
Informasi beasiswa utInformasi beasiswa ut
Informasi beasiswa ut
kurniawanpurwokobima
 
Panduan ppdb 2015
Panduan ppdb 2015Panduan ppdb 2015
Panduan ppdb 2015
sukur basuki
 
Pedoman onmipa-pt-2019
Pedoman onmipa-pt-2019Pedoman onmipa-pt-2019
Pedoman onmipa-pt-2019
WerryFebrianti1
 
Standart-Operation-Procedure-Outbound-Mobility-MBKM-ITS.pdf
Standart-Operation-Procedure-Outbound-Mobility-MBKM-ITS.pdfStandart-Operation-Procedure-Outbound-Mobility-MBKM-ITS.pdf
Standart-Operation-Procedure-Outbound-Mobility-MBKM-ITS.pdf
Natalia Djahi
 
Informasi Seleksi Nasional Masuk Perguruan Tinggi Negeri (SNMPTN) Tahun 2012
Informasi Seleksi Nasional Masuk Perguruan Tinggi Negeri (SNMPTN) Tahun 2012Informasi Seleksi Nasional Masuk Perguruan Tinggi Negeri (SNMPTN) Tahun 2012
Informasi Seleksi Nasional Masuk Perguruan Tinggi Negeri (SNMPTN) Tahun 2012
Darminto WS
 
16 bos sm_2013
16 bos sm_201316 bos sm_2013
16 bos sm_2013
smkdasasemesta
 
Petunjuk Teknis bos SMK_2013
Petunjuk Teknis bos SMK_2013Petunjuk Teknis bos SMK_2013
Petunjuk Teknis bos SMK_2013
smkdasasemesta
 
Informasi sbmptn
Informasi sbmptnInformasi sbmptn
Informasi sbmptn
Proxima Çentàuri
 
Buku Panduan Akademik UNSRIT
Buku Panduan Akademik UNSRITBuku Panduan Akademik UNSRIT
Buku Panduan Akademik UNSRIT
UNIVERSITAS SARIPUTRA INDONESIA TOMOHON
 
POS+AN+2022.pdf
POS+AN+2022.pdfPOS+AN+2022.pdf
POS+AN+2022.pdf
abil45
 
POS+AN+2022.pdf
POS+AN+2022.pdfPOS+AN+2022.pdf
POS+AN+2022.pdf
farelplayer
 
10. POS+AN+2022.pdf
10. POS+AN+2022.pdf10. POS+AN+2022.pdf
10. POS+AN+2022.pdf
sdnduakedunggebang
 
POS+AN+2022 (1).pdf
POS+AN+2022 (1).pdfPOS+AN+2022 (1).pdf
POS+AN+2022 (1).pdf
Mawantoro
 
Lembar informasi matematika non teknologi
Lembar informasi matematika non teknologiLembar informasi matematika non teknologi
Lembar informasi matematika non teknologi
Nayantaka Husna Hartono
 
Seleksi nasional masuk perguruan tinggi negeri
Seleksi nasional masuk perguruan tinggi negeriSeleksi nasional masuk perguruan tinggi negeri
Seleksi nasional masuk perguruan tinggi negeriheri baskoro
 
POS+AN+2022+(1).pdf.docx
POS+AN+2022+(1).pdf.docxPOS+AN+2022+(1).pdf.docx
POS+AN+2022+(1).pdf.docx
GalihAriestian
 
Untitled
UntitledUntitled
Untitled
ct masroh
 

Similar to Pst saiz baru (20)

Ketentuan umum beberapa sekolah kedinasan ikatan dinas 2014/2015
Ketentuan umum beberapa sekolah kedinasan ikatan dinas 2014/2015Ketentuan umum beberapa sekolah kedinasan ikatan dinas 2014/2015
Ketentuan umum beberapa sekolah kedinasan ikatan dinas 2014/2015
 
06 peminatanpada smk allium
06 peminatanpada smk  allium06 peminatanpada smk  allium
06 peminatanpada smk allium
 
PPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdf
PPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdfPPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdf
PPT VISIT SEPULUH NOPEMBER SMA INSTITUT SEPULUH NOVEMBER VISIT PROGRAM.pdf
 
Informasi beasiswa ut
Informasi beasiswa utInformasi beasiswa ut
Informasi beasiswa ut
 
Panduan ppdb 2015
Panduan ppdb 2015Panduan ppdb 2015
Panduan ppdb 2015
 
Pedoman onmipa-pt-2019
Pedoman onmipa-pt-2019Pedoman onmipa-pt-2019
Pedoman onmipa-pt-2019
 
Standart-Operation-Procedure-Outbound-Mobility-MBKM-ITS.pdf
Standart-Operation-Procedure-Outbound-Mobility-MBKM-ITS.pdfStandart-Operation-Procedure-Outbound-Mobility-MBKM-ITS.pdf
Standart-Operation-Procedure-Outbound-Mobility-MBKM-ITS.pdf
 
Informasi Seleksi Nasional Masuk Perguruan Tinggi Negeri (SNMPTN) Tahun 2012
Informasi Seleksi Nasional Masuk Perguruan Tinggi Negeri (SNMPTN) Tahun 2012Informasi Seleksi Nasional Masuk Perguruan Tinggi Negeri (SNMPTN) Tahun 2012
Informasi Seleksi Nasional Masuk Perguruan Tinggi Negeri (SNMPTN) Tahun 2012
 
16 bos sm_2013
16 bos sm_201316 bos sm_2013
16 bos sm_2013
 
Petunjuk Teknis bos SMK_2013
Petunjuk Teknis bos SMK_2013Petunjuk Teknis bos SMK_2013
Petunjuk Teknis bos SMK_2013
 
Informasi sbmptn
Informasi sbmptnInformasi sbmptn
Informasi sbmptn
 
Buku Panduan Akademik UNSRIT
Buku Panduan Akademik UNSRITBuku Panduan Akademik UNSRIT
Buku Panduan Akademik UNSRIT
 
POS+AN+2022.pdf
POS+AN+2022.pdfPOS+AN+2022.pdf
POS+AN+2022.pdf
 
POS+AN+2022.pdf
POS+AN+2022.pdfPOS+AN+2022.pdf
POS+AN+2022.pdf
 
10. POS+AN+2022.pdf
10. POS+AN+2022.pdf10. POS+AN+2022.pdf
10. POS+AN+2022.pdf
 
POS+AN+2022 (1).pdf
POS+AN+2022 (1).pdfPOS+AN+2022 (1).pdf
POS+AN+2022 (1).pdf
 
Lembar informasi matematika non teknologi
Lembar informasi matematika non teknologiLembar informasi matematika non teknologi
Lembar informasi matematika non teknologi
 
Seleksi nasional masuk perguruan tinggi negeri
Seleksi nasional masuk perguruan tinggi negeriSeleksi nasional masuk perguruan tinggi negeri
Seleksi nasional masuk perguruan tinggi negeri
 
POS+AN+2022+(1).pdf.docx
POS+AN+2022+(1).pdf.docxPOS+AN+2022+(1).pdf.docx
POS+AN+2022+(1).pdf.docx
 
Untitled
UntitledUntitled
Untitled
 

Pst saiz baru

  • 1. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN SESI 2010 / 2011 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Diterbitkan Oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Segala butiran cetakan adalah tertakluk kepada pindaan BMKPM dari semasa ke semasa
  • 2. i Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pelajar yang berjaya ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi sesi 2010/2011. Saudara adalah pelajar yang bertuah kerana terpilih daripada puluhan ribu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak untuk mengikuti program matrikulasi bagi sesi kali ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan saudara sebagai pelajar cemerlang program matrikulasi KPM. Sepanjang kehidupan saudara di sini tuntutlah ilmu sebanyak mungkin bagi menjadi pelajar yang berperibadi unggul selaras dengan aspirasi negara. Program Matrikulasi yang dikendalikan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) sejak tahun 1998 adalah program yang bertujuan untuk melahirkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga berhasrat untuk melahirkan pelajar bumiputera yang berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknologi menjelang 2015. Hasrat ini selaras dengan usaha murni kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Matlamat Program Matrikulasi ini merupakan salah satu daripada NKRA yang dihasratkan oleh pihak kerajaan iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti. Program ini menekankan kecemerlangan pelajar secara menyeluruh yang merangkumi kecemerlangan akademik dan sahsiah bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang diperlukan oleh negara. Pelajar yang dilahirkan ini sudah pasti menjadi rebutan institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara terutamanya dalam bidang-bidang yang kritikal. Akhir kata, saya berharap saudara dapat menikmati pendidikan berkualiti semasa berada di Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran ini dan seterusnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi. Sekian, terima kasih. Dr. Sariah Binti Abd Jalil Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 3. ii MUKASURAT Pendahuluan 1 Jawapan Kepada Tawaran 1 Yuran Pelajar 2 Pendaftaran Pelajar Program Matrikulasi 2 Penampilan Diri Semasa Pendaftaran 3 Keperluan Peribadi Pelajar 3 Peraturan Pakaian Ke Kuliah / Tutoran / Amali 3 Minggu Pengurusan Pelajar Baru 4 Peraturan Pelajar Program Matrikulasi 4 Bantuan Kewangan 4 Urusan Pengangkutan Semasa Pendaftaran 4 Penutup 4 Lampiran K A N D U N G A N
  • 4. 1 1.0 PENDAHULUAN Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2010/2011. 1.1 Semua maklumat yang terkandung dalam Buku Panduan Pendaftaran Pelajar ini bertujuan untuk membantu saudara membuat persediaan sebelum mendaftar. 1.2 Sila baca dengan teliti kandungannya dan ikut arahan yang diberikan. 2.0 JAWAPAN KEPADA TAWARAN Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk: 2.1 Menolak Tawaran Saudara perlu mengambil tindakan berikut : a. Abaikan surat tawaran yang diterima. b. Tidak mendaftar semasa hari pendaftaran pelajar baru. 2.2 Menerima Tawaran Saudara perlu mengambil tindakan berikut, a. Melengkapkan Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar, Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (PPM/BM-1/99-Pin-2). Rujuk panduan di lampiran 1. b. Menyediakan yuran pendaftaran (pengajian) seperti yang ditetapkan dengan membayar kepada Pengarah Kolej Matrikulasi saudara ditempatkan iaitu: i) Pengarah Kolej Matrikulasi Melaka ii) Pengarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan iii) Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang iv) Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis v) Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan vi) Pengarah Kolej Matrikulasi Johor vii) Pengarah Kolej Matrikulasi Perak viii) Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah ix) Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang x) Pengarah Kolej Matrikulasi Selangor xi) Pengarah Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah xii) Pengarah Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang xiii) Pengarah Kolej Matrikulasi Teknikal Johor Rujuk lampiran 2. c. Membuka akaun GIRO dan membuat Kad ATM Bank Simpanan Nasional (untuk tujuan pembayaran elaun wang saku) jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut: i) Kolej Matrikulasi Melaka ii) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan iii) Kolej Matrikulasi Pulau Pinang iv) Kolej Matrikulasi Perlis v) Kolej Matrikulasi Johor vi) Kolej Matrikulasi Perak vii) Kolej Matrikulasi Selangor viii) Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah ix) Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang x) Kolej Matrikulasi Teknikal Johor Sekiranya saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan akaun masih aktif dan hanya ada satu penama sahaja. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2010 / 2011
  • 5. 2 d. Membuka akaun dan membuat Kad ATM Bank Rakyat (untuk tujuan pembayaran elaun wang saku) jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut: ii) Kolej Matrikulasi Kedah ii) Kolej Matrikulasi Labuan iii) Kolej Matrikulasi Pahang Sekiranya saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan akaun masih aktif dan hanya ada satu penama sahaja. e. Menyediakan keperluan peribadi pelajar. Rujuk lampiran 3. f. Menyediakan semua dokumen dan melengkapkan Buku Dokumen Pendaftaran Pelajar. i) Gambar ukuran pasport (4 keping) ii) Fotostat bahagian depan buku akaun GIRO BSN / Bank Rakyat yang tertera nombor akaun. iii) Salinan sijil lahir pelajar. iv) Salinan kad pengenalan pelajar. v) Salinan slip keputusan SPM. vi) Salinan sijil berhenti sekolah. vii) Salinan kad pengenalan ibu dan bapa. viii) Salinan sijil lahir ibu dan bapa. ix) Salinan Surat Tawaran Kursus dari Bahagian Matrikulasi KPM. Semua salinan dokumen di atas hendaklah disahkan. g. Mendaftar diri pada 10 Mei 2010 (Isnin) di kolej yang ditetapkan. 3.0 YURAN PELAJAR 3.1 Jumlah yuran pendaftaran (pengajian) yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah, Jurusan Jumlah Sains/Teknikal RM 350.00 Perakaunan RM 302.00 3.2 Pembayaran hendaklah dibuat secara 'Bank In' di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menggunakan slip yuran pendaftaran* BSN yang dilampirkan bersama surat tawaran. Perhatian: a. Salinan slip yuran pendaftaran* BSN kedua (slip warna biru) hendaklah diserahkan semasa pendaftaran sebagai bukti pembayaran. b. Salinan yuran pendaftaran* BSN ketiga (slip warna merah jambu) hendaklah disimpan oleh pelajar sebagai bukti pembayaran. c. Sekiranya slip yuran pendaftaran* tidak diterima/ hilang/ rosak, sila dapatkan slip yang baru dari kolej matrikulasi saudara ditempatkan. * slip yuran pendaftaran dicetak sebagai yuran pengajian. 3.3 Pembayaran secara tunai atau cek peribadi tidak diterima semasa pendaftaran di kolej. 4.0 PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI 4.1 Saudara dikehendaki melapor diri pada 10 Mei 2010 (Isnin). Perhatian: SEKIRANYA SAUDARA TIDAK MELAPOR DIRI PADA TARIKH DAN MASA YANG DITETAPKAN TANPA KEBENARAN PIHAK KOLEJ BERKENAAN, SAUDARA DIANGGAP MENOLAK TAWARAN INI.
  • 6. 3 4.2 Sila bawa bersama semua perkara berikut pada hari pendaftaran:- a. Salinan kedua slip yuran pendaftaran (slip warna biru) yang telah dijelaskan di BSN. b. Buku Dokumen Pendaftaran Pelajar yang lengkap. c. Borang maklumat Kad Matrik yang lengkap (kolej yang berkenaan sahaja). d. Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (PPM/BM-1/99-Pin-2) yang lengkap. e. Sediakan setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping (RM 10.00 x 2 keping). f. Keperluan harian peribadi (Rujuk lampiran 3). 4.3 Penginapan Semasa Pengajian Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia wajib tinggal di kolej kediaman yang ditetapkan. Sebarang permohonan untuk tinggal di luar kolej kediaman tidak akan dilayan (Perkara 2.1: Peraturan Pelajar Program Matrikulasi). 5.0 PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN 5.1 Lelaki a. Berpakaian kemas - baju kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar 'slack' (Baju T dan jeans tidak dibenarkan sama sekali). b. Berkasut (kulit/PVC). c. Rambut tidak melebihi paras kolar, diurus dengan rapi dan kemas, tidak diwarnakan, sesuai dengan perwatakan seorang pelajar kolej matrikulasi. 5.2 Perempuan a. Berpakaian kemas dan sopan (Baju T, jeans dan skirt pendek tidak dibenarkan sama sekali). b. Berkasut (kulit/PVC). c. Bagi yang tidak bertudung, pastikan rambut diikat rapi dan kemas, sesuai dengan perwatakan seorang pelajar kolej matrikulasi. d. Rambut tidak diwarnakan. Peringatan: SAUDARA TIDAK DIBENARKAN MENDAFTAR, JIKA SYARAT PENAMPILAN DIRI TIDAK DIPATUHI. 6.0 KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR Pelajar matrikulasi perlu menyediakan keperluan peribadi secukupnya sepanjang tempoh pengajian. Keperluan minimum seperti di lampiran 3. 7.0 PERATURAN PAKAIAN KE KULIAH / TUTORAN / AMALI 7.1 Pelajar Lelaki a. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang (slack). Tali pinggang tidak melebihi 3 cm lebarnya (kepala tali pinggang yang besar dan berlambang tidak dibenarkan). b. Dikehendaki memakai kasut kulit / PVC. c. Dilarang : i. berseluar pendek. ii. berseluar jeans. ii. berkemeja 'Hawaii'. iv. berbaju 'T'. v. berkasut sukan dan sebarang jenis selipar atau sandal. vi. berpakaian sukan termasuk pakaian trek.
  • 7. 4 7.2 Pelajar Perempuan a. Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan. b. Dikehendaki memakai kasut kulit / PVC bertutup. c. Dilarang : i. berbaju 'T'. ii. seluar jeans dan berskirt pendek. iii. sebarang jenis baju tanpa lengan. iv. kasut sukan dan sebarang jenis selipar atau sandal. v. berpakaian sukan termasuk pakaian trek. vi. sebarang jenis pakaian yang tidak menampakkan bahagian muka. (Perkara 7: Pakaian dan Penampilan Diri, Buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi KPM) 8.0 MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU 8.1 Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) akan bermula pada hari pendaftaran. 8.2 Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Pihak pengurusan kolej matrikulasi berhak mengambil tindakan tatatertib sekiranya ada pelajar yang didapati tidak mengikuti aktiviti- aktiviti atau melanggar Etika dan Peraturan MPPB yang telah ditetapkan. 8.3 Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di kafeteria kolej kediaman. Anggaran kos makanan bagi setiap pelajar ialah RM 15.00 sehari. 9.0 PERATURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI 9.1 Sebagai pelajar kolej matrikulasi saudara adalah tertakluk kepada: a. Undang-Undang Malaysia, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 pindaan 1979 (Akta 174). b. Syarat Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (PPM/BM-1/99-Pin-2). c. Syarat dan peraturan akademik Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. d. Peraturan-peraturan yang termaktub dalam Buku Peraturan Pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. e. Peraturan tambahan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. 9.2 Saudara yang telah berkahwin tidak layak untuk mendaftar dan tidak dibenarkan berkahwin sepanjang mengikuti pengajian program matrikulasi. 9.3 Semua pelajar kolej matrikulasi tidak dibenarkan memiliki atau menggunakan sebarang kenderaan bermotor di dalam kolej. 10.0 BANTUAN KEWANGAN 10.1 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 10.2 Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 akan diberi kepada semua pelajar pada setiap semester. 11.0 URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN Saudara perlu menguruskan sendiri kedatangan ke kolej matrikulasi yang ditawarkan. Sebarang tuntutan perjalanan/ penginapan tidak dilayan. 12.0 PENUTUP Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk mengikuti Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 8. 5 Abai Mula Terima Surat Tawaran Terima Tolak Lengkapkan Buku Dokumen Pendaftaran Pelajar Lengkapkan Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Jelaskan yuran Buka Akaun Bank Sedia keperluan peribadi Daftar di kolej Tamat CARTA ALIR KEMASUKAN PELAJAR BARU
  • 9. 6 SENARAI SEMAK PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2010 / 2011 Berikut disenaraikan semua perkara yang perlu diambil tindakan oleh saudara sebelum mendaftar di kolej-kolej matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila tandakan ( / ) dalam kotak yang disediakan. 1. Membuat pembayaran yuran pendaftaran di BSN dan membawa slip yuran pendaftaran salinan kedua (berwarna biru) dan salinan ketiga (berwarna merah jambu). 2. Buku Dokumen Pendaftaran Pelajar yang lengkap 3. Borang Maklumat Kad Matrik yang lengkap (kolej yang berkenaan sahaja). 4. Borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi yang lengkap (sekiranya borang perjanjian diterima beserta dengan surat tawaran). 5. Setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping. 6. Gambar ukuran pasport 4 keping. 7. Pakaian ke kuliah / tutoran / amali. 8. Keperluan peribadi. 9. Wang saku yang mencukupi.
  • 11. 9 Lampiran 1 PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN PENGAMBILAN DAN PEMBIAYAAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SILA BACA ARAHAN INI DENGAN TELITI SEBELUM MELENGKAPKAN BORANG PERJANJIAN: 1. Gunakan PEN BERDAKWAT HITAM / BIRU sahaja. 2. Lengkapkan maklumat dengan menggunakan huruf besar. 3. Sekiranya berlaku kesilapan, JANGAN DIPADAMKAN tetapi GARIS PADA PERKATAAN yang salah dan pelajar serta penjamin perlu MENURUNKAN TANDATANGAN ringkas di bahagian tepi (kiri borang) selari dengan kesilapan tersebut 4. Urusan melekat dan mematikan setem hasil di borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi (PPM/BM.1/99-Pin-2) hanya akan dilakukan di Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. 5. Bagi perkara 9 dalam surat perjanjian (halaman 6), iaitu no. rujukan surat tawaran, sila gunakan no. rujukan yang terdapat pada surat tawaran yang dikirimkan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. 6. Penjamin 6.1 Saudara hendaklah mendapatkan seorang penjamin yang mesti menandatangani dan melengkapkan butiran diri di ruang berkenaan (halaman 7) pada semua borang Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan Pelajar Program Matrikulasi (PPM/BM.1/99-Pin-2) dan Butiran Penjamin Dan Saksi. Penjamin boleh terdiri daripada BAPA atau IBU atau PENJAGA tanpa mengira umur atau kedudukan kewangan. 6.2 Sekiranya penjamin BUKAN terdiri daripada bapa atau ibu atau penjaga, penjamin tersebut mestilah mempunyai purata pendapatannya tidak kurang daripada RM500.00 sebulan dan berumur tidak lebih daripada 45 tahun. 6.3 Penjamin yang telah bersetuju menandatangani perjanjian TIDAK boleh menarik diri daripada menjadi penjamin kecuali jika hilang kelayakan seperti yang diperuntukkan dalam surat perjanjian. 6.4 Penjamin dan pelajar hendaklah menurunkan tandatangan ringkas pada setiap muka surat perjanjian iaitu di sebelah kanan bawah. 7. Saksi 7.1 Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani borang perjanjian pada halaman 6 dan 7 di hadapan saksi. 7.2 Seorang saksi boleh menjadi saksi kepada pelajar dan penjamin. 7.3 Saksi hendaklah melengkapkan butiran dirinya di ruang berkenaan pada halaman 6 dan 7. 7.4 Syarat-syarat untuk menjadi saksi ialah : a. Warganegara Malaysia. b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh menandatangani borang berkenaan. c. Mempunyai taraf atau memegang mana-mana satu jawatan berikut : i) Ahli Dewan Negara. ii) Ahli Dewan Rakyat.
  • 12. iii) Ahli Dewan Undangan Negeri. iv) Jaksa Pendamai. v) Penghulu atau Penggawa. vi) Ketua Kampung. vii) Pegawai dan kakitangan kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional. viii) Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, Guru Besar/Pengetua Sekolah Bantuan Penuh, Guru Kanan Sekolah Kerajaan, Pegawai Perubatan Kerajaan, Hakim, Majistret, Yang Dipertua Mahkamah, Pendaftar Mahkamah, Pegawai Kerajaan dan kakitangan kerajaan yang mempunyai cap rasmi nama Jawatan dan Jabatan. d. Setiap saksi hendaklah menggunakan cap rasmi jawatan dan jabatannya. Penggunaan cap bagi pihak seperti b.p. Ketua Setiausaha, b.p. Ketua Pengarah, b.p. Pengetua dan sebagainya adalah dilarang. 8. Kosongkan ruangan tarikh pada halaman 1. Contoh Borang: PERJANJIAN ini dibuat pada ______________________haribulan _________________ tahun ____________________________________________________ (______________) ANTARA ______________________________________ No.K/P: ______________________________ 9. Kosongkan ruangan akhir perjanjian halaman 7 yang bermula dengan ayat …….: Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA oleh: (Semua ruangan ini dan seterusnya untuk diisi oleh Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia / Bahagian Matrikulasi sahaja). Lampiran 2 YURAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2010 / 2011 Bil Perkara Jurusan Sains / Teknikal Jurusan Perakaunan (RM) (RM) Yuran Pendaftaran 1. Kad Matrik 10.00 10.00 2. Suai Kenal / Orientasi 90.00 90.00 3. Cadar dan Sarung Bantal (1 set) 25.00 25.00 4. Kokurikulum 40.00 40.00 5. Kot Makmal 40.00 - 6. Insuran 15.00 15.00 7. Buku Jadual Statistik 2.00 2.00 8. Buku Panduan Amali Sains 8.00 - 9. Bahan Pembelajaran 50.00 50.00 10. Buku Panduan Program Matrikulasi KPM 10.00 10.00 11. Yuran MUET 60.00 60.00 JUMLAH 350.00 302.00 * MUET : Malaysian University English Test 10 (Tulis Nama Pelajar Huruf Besar) (Tulis No. K/P Pelajar) (Kosongkan) (Kosongkan) (Kosongkan)(Kosongkan)
  • 13. 11 Lampiran 3 KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM) Pelajar Lelaki 1. Kemeja berlengan panjang 3 helai 2. Seluar panjang ( slack) berwarna gelap 3 helai 3. Tali leher 1 helai 4. Baju Melayu (Pelajar Islam) 1 pasang 5. Songkok (Hitam Sahaja - Pelajar Islam) 1 buah 6. Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam) 2 pasang 7. Baju T berkolar 3 helai 8. Selimut 1 helai 9. Kasut kulit/ PVC 1 pasang 10. Kasut sukan 1 pasang 11. Sarung kaki 3 pasang 12. Seluar trek 2 helai 13. Keperluan peribadi yang lain 14. Sarung bantal dan cadar tambahan Pelajar Perempuan 1. Pakaian (sopan dan kemas). 3 pasang 2. Pakaian sembahyang (Pelajar Islam) 2 pasang 3. Baju T berkolar dan berlengan panjang serta item (8 - 14) seperti untuk pelajar lelaki 2 helai
  • 14. 12 SENARAI KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1. Kolej Matrikulasi Melaka Kementerian Pelajaran Malaysia 78300 Masjid Tanah MELAKA Kod Kolej - 11 No. Tel : 06-3847778 No. Faks : 06-3847190 Website: www.kmm.matrik.edu.my 2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Kementerian Pelajaran Malaysia 72000 Kuala Pilah NEGERI SEMBILAN Kod Kolej - 12 No. Tel : 06-4841825 No. Faks : 06-4841821 Website: www.kmns.matrik.edu.my 3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kementerian Pelajaran Malaysia Jalan Pongsu Seribu 13200 Kepala Batas Seberang Perai Utara PULAU PINANG Kod Kolej - 13 No. Tel : 04-5756090 No. Faks : 04-5757389 Website: www.kmpp.matrik.edu.my 4. Kolej Matrikulasi Perlis Kementerian Pelajaran Malaysia 02600 Arau PERLIS Kod Kolej - 14 No. Tel : 04-9868613 / 614 / 615 / 616 No. Faks : 04-9868542 Website: www.kmp.matrik.edu.my 5. Kolej Matrikulasi Labuan Kementerian Pelajaran Malaysia Jln OKK Daud, Merinding Peti Surat 81735 87027 W. P. LABUAN Kod Kolej - 15 No. Tel : 087-465311 No. Faks : 087-465715 Website: www.kml.matrik.edu.my 6. Kolej Matrikulasi Johor Kementerian Pelajaran Malaysia Jalan Payamas, 84900 Tangkak JOHOR Kod Kolej - 16 No. Tel : 06-9781613 No. Faks : 06-9781595 Website: www.kmjh.matrik.edu.my 7. Kolej Matrikulasi Perak Kementerian Pelajaran Malaysia 31600 Gopeng PERAK Kod Kolej - 17 No. Tel : 05-3511384 / 05-3594949 No. Faks : 05-3594413 Website: www.kmpk.matrik.edu.my 8. Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pelajaran Malaysia 06000 Changlun KEDAH Kod Kolej - 18 No. Tel : 04-9286100 / 9241915 No. Faks : 04-9242186 Website: www.kmk.matrik.edu.my 9. Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pelajaran Malaysia 26300 Gambang Kuantan PAHANG Kod Kolej - 19 No. Tel : 09-5495000 No. Faks : 09-5498612 Website: www.kmph.matrik.edu.my 10. Kolej Matrikulasi Selangor Kementerian Pelajaran Malaysia Kathong, Mukim Jugra 42700 Banting SELANGOR Kod Kolej - 23 No. Tel : No. Faks : Website: 11. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah Kementerian Pelajaran Malaysia Pokok Tai 06720 Kedah KEDAH Kod Kolej - 20 No. Tel : 04-4682508 No. Faks : 04-4682281 Website: 12. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang Kementerian Pelajaran Malaysia 26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka PAHANG Kod Kolej - 21 No. Tel : 09-4661106 No. Faks : 09-4661148 Website: 13. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor Kementerian Pelajaran Malaysia Mukim Rimba Terjun 82000 Pontian JOHOR Kod Kolej - 22 No. Tel : 07-6881630 No. Faks : 07-6881631 Website: 14. Kolej MARA Kuala Nerang 06300 Kuala Nerang KEDAH KMKN - 55 No. Tel : 04-7867250 No. Faks : 04-7867254 Website: www.kmkn.edu.my 15. Kolej MARA Kulim 09000 Kulim KEDAH KMKulim - 56 No. Tel : 04-4906422 No. Faks : 04-4906426 Website: www.kmkulim.edu.my