Kertas ini menganalisis kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi menggunakan data dari 90 negara antara tahun 1993 hingga 2011. Kajian menunjukkan bahawa negara dengan indeks rasuah rendah mempunyai hubungan positif dengan pertumbuhan ekonomi, manakala negara dengan indeks tinggi mengalami kesan negatif. Oleh itu, usaha untuk membanteras rasuah perlu diteruskan bagi meningkatkan kemajuan ekonomi negara.