SlideShare a Scribd company logo
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH                                  pengurusan perniagaan



             PENGURUSAN PERNIAGAAN
Perkembangan pesat ekonomi negara membuka peluang yang luas kepada lulusan
universiti termasuk bidang pengurusan perniagaan. Apatah lagi dengan perkembangan
teknologi maklumat di negara ini telah meningkatkan peranan bidang ini khususnya dan
aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi.
  Program pengurusan perniagaan yang ditawarkan di universiti dan institusi pengajian
tinggi bertujuan menghasilkan siswazah-siswazah yang arif tentang amalan perniagaan
dan pentadbiran serta mempunyai pengetahuan mendalam di dalam bidang ini.
  Hasratnya ialah untuk melahirkan tenaga profesional yang cemerlang yang dapat
menterjemahkan teori kepada amalan dan seterusnya berkebolehan mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah-masalah pengurusan dan perniagaan.
  Dengan kata lain, program ini akan melahirkan siswazah-siswazah yang dapat memikul
tngas-tugas sebagai seorang pengrus, perunding, pentadbir atau usahawan yang
berkaliber serta profesional yang berkesan, cekap dan berhemah tinggi.
  Sebenarnya bidang ini merangkumi skop yang luas atau banyak pengkhususan untuk
pelajar membuat pilihan. Di antara kursus-kursus yang popular ditawarkan oleh universiti
dan IPT tempatan ialah pengurusan, pemasaran, kewangan, perakaunan, pentadbiran
perniagaan, insurans dan perdagangan antarabangsa. Pelajar boleh mengkhusus dalam
salah satu bidang tersebut.
  Semasa pengajian pelajar akan mengikuti kursus-kursus termasuk pengurusan,
perakaunan, kewangan, kuantitatif, pemasaran, insurans, ekonomi, ekonomi Islam,
undang-undang perniagaan serta kursus lain yang berkaitan.
Lulusan di bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang banyak sama ada di sektor awam
atau swasta termasuk bank, institusi kewangan, industri, perkilangan, perkhidmatan,
pengangkutan dan pelancongan, atau memulakan perniagaan tersendiri.
  Kerjaya yang sesuai termasuk eksekutif perjawatan, eksekutif sumber manusia,
pemasaran, pelaburan, pentadbiran, pengurusan, perniagaan antarabangsa, kewangan,
tenaga pengajar, pensyarah dan usahawan.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
   (i)    Meminati bidang ini
   (ii)   Mempunyai pengetahuan di bidang pengurusan dan perniagaan
   (iii)  Mempunyai pengetahuan di bidang ekonomi
   (iv)   Sentiasa mengikuti perkembangan dunia perniagaan dan ekonomi
   (v)    Menguasai ilmu matematik
   (vi)   Mahir mengendalikan komputer

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Boleh dikatakan hampir semua universiti tempatan menawarkan kursus ini termasnk
UKM, UUM, UM, USM, UPM, UIA, UNIMAS, UMS dan UiTM. Kursus di peringkat
sarjana muda ini mengambil masa tiga tahun.
  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menghantar pelajar lepasan SPM untuk
mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di bawah program pengajian ijazah universiti


Manmohan Singh /03/08/2010                                                  muka surat 1/2
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH                                  pengurusan perniagaan


luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

  Selain itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), politeknik-politeknik Kementerian
Pendidikan (KP), Kolej Sultan Zainal Abidin (Kusza) juga menawarkan kursus ini di
peringkat diploma yang mengambil masa tiga tahun.
  Kolej-kolej swasta pula menawarkan di peringkat diploma sementara di peringkat
ijazah mereka mengadakan kerjasama dengan universiti/IPT mar negara.
  Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Tun Abdul Razak iaitu
universiti-universiti swasta tempatan juga menawarkan program ini di peringkat
pra-universiti dan ijazah pertama.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Syarat untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma ialah pelajar perlu lulus
SPM/SPMV serta mendapat kepujian bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan matematik
serta beberapa mata pelajaran lain yang berkaitan seperti perdagangan, prinsip akaun dan
ekonomi asas.
Di peringkat sarjana muda, terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian:

Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan baik peringkat SPM/SPMV serta
mendapat kepujian bahasa Melayu dan matematik untuk dipilih masuk ke program
matrikulasi/asasi. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ini, pelajar akan
ditawarkan ke peringkat sarjana muda

Cara kedua: Calon perlu lulus SPM atau setaraf dan kelulusan STPM yang baik serta
mendapat prinsipal dalam mata pelajaran ekonomi atau perakaunan. Selain itu, perlu
mendapat kepujian mata pelajanan bahasa Melayu, matematik serta lulus bahasa Inggeris
di peringkat SPM/SPMV.

Cara ketiga: Mereka yang memiliki sijil atau diploma pentadbiran perniagaan atau
kelulusan lain yang berkaitan dari universiti, UiTM, Kusza dan politeknik KP juga
berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama.

Cara keempat: Beberapa universiti tempatan seperti UKM menawarkan program
pendidikan jarak jauh yang memerlukan salah satu daripada syarat yang disebutkan di
dalam dan ketiga-tiga cara di atas.

Cara kelima: UKM turut menawarkan program Sarjana Muda Pentabiran Perniagaan
Eksekutif yang memerlukan satu daripada syarat yang disebutkan di dalam ketiga-tiga
cara di atas di samping mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman kerja di
bidang berkaitan.

Cara keenam: Di bawah program tajaan JPA ke luar negara perlu lulus SPM pangkat satu
serta perlu mendapat kepujian bahasa Melayu, bahasa Inggenis, matematik, prinsip akaun
atau perdagangan.




Manmohan Singh /03/08/2010                                                  muka surat 2/2

More Related Content

Similar to Pengurusan perniagaan

Diploma eksekutif pengurusan perniagaan
Diploma eksekutif pengurusan perniagaanDiploma eksekutif pengurusan perniagaan
Diploma eksekutif pengurusan perniagaanMary Mala
 
Gkmp teknik vokasinal
Gkmp teknik vokasinalGkmp teknik vokasinal
Gkmp teknik vokasinal
SURAYA MUHSIN
 
Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas
Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atasPentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas
Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atasNur Ashikin Ismahun
 
Kursus profesionalisme gbk sek men daerah kluang
Kursus profesionalisme gbk sek men daerah kluangKursus profesionalisme gbk sek men daerah kluang
Kursus profesionalisme gbk sek men daerah kluangMgkk Kluang Johor
 
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
doojoonis
 
SUKATAN PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdf
SUKATAN PELAJARAN  PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdfSUKATAN PELAJARAN  PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdf
SUKATAN PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdf
kartiniambomai
 
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
JoeyRevell
 
Surat jemputan
Surat jemputanSurat jemputan
Surat jemputan
Ummi Amira
 
Proposal for event
Proposal for eventProposal for event
Proposal for event
Zalina Kemat
 
Report Latihan Industri JKE PSAS
Report Latihan Industri JKE PSASReport Latihan Industri JKE PSAS
Report Latihan Industri JKE PSAS
Muhammad Hamizan
 
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Azmi Yusoff
 
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
ciklaili. com
 
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014intansyahira_IS
 
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Raihan Najihah
 

Similar to Pengurusan perniagaan (20)

Rujukan selepas spm
Rujukan selepas spmRujukan selepas spm
Rujukan selepas spm
 
Diploma eksekutif pengurusan perniagaan
Diploma eksekutif pengurusan perniagaanDiploma eksekutif pengurusan perniagaan
Diploma eksekutif pengurusan perniagaan
 
Gkmp teknik vokasinal
Gkmp teknik vokasinalGkmp teknik vokasinal
Gkmp teknik vokasinal
 
Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas
Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atasPentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas
Pentafsiran hsp prinsip akaun tingkatan 6 atas
 
Kursus profesionalisme gbk sek men daerah kluang
Kursus profesionalisme gbk sek men daerah kluangKursus profesionalisme gbk sek men daerah kluang
Kursus profesionalisme gbk sek men daerah kluang
 
SEGi Diploma Booklet
SEGi Diploma BookletSEGi Diploma Booklet
SEGi Diploma Booklet
 
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
946 sp pengajian perniagaan (30.3.12)portal mpm
 
SUKATAN PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdf
SUKATAN PELAJARAN  PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdfSUKATAN PELAJARAN  PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdf
SUKATAN PELAJARAN PENGAJIAN PERNIAGAAN.pdf
 
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
946 sp pengajian_perniagaan_30312portal_mpm (1)
 
Surat jemputan
Surat jemputanSurat jemputan
Surat jemputan
 
Proposal for event
Proposal for eventProposal for event
Proposal for event
 
Report Latihan Industri JKE PSAS
Report Latihan Industri JKE PSASReport Latihan Industri JKE PSAS
Report Latihan Industri JKE PSAS
 
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
Panduan bagi pekilang-pekilang malaysia, Buku 8
 
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
Iklan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM 2015
 
Surat Kelulusan JPPel
Surat Kelulusan JPPelSurat Kelulusan JPPel
Surat Kelulusan JPPel
 
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
 
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
 
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalamanSertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
Sertifikasi profesi dosen berkongsi pengalaman
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
02
0202
02
 

Pengurusan perniagaan

  • 1. Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH pengurusan perniagaan PENGURUSAN PERNIAGAAN Perkembangan pesat ekonomi negara membuka peluang yang luas kepada lulusan universiti termasuk bidang pengurusan perniagaan. Apatah lagi dengan perkembangan teknologi maklumat di negara ini telah meningkatkan peranan bidang ini khususnya dan aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi. Program pengurusan perniagaan yang ditawarkan di universiti dan institusi pengajian tinggi bertujuan menghasilkan siswazah-siswazah yang arif tentang amalan perniagaan dan pentadbiran serta mempunyai pengetahuan mendalam di dalam bidang ini. Hasratnya ialah untuk melahirkan tenaga profesional yang cemerlang yang dapat menterjemahkan teori kepada amalan dan seterusnya berkebolehan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah-masalah pengurusan dan perniagaan. Dengan kata lain, program ini akan melahirkan siswazah-siswazah yang dapat memikul tngas-tugas sebagai seorang pengrus, perunding, pentadbir atau usahawan yang berkaliber serta profesional yang berkesan, cekap dan berhemah tinggi. Sebenarnya bidang ini merangkumi skop yang luas atau banyak pengkhususan untuk pelajar membuat pilihan. Di antara kursus-kursus yang popular ditawarkan oleh universiti dan IPT tempatan ialah pengurusan, pemasaran, kewangan, perakaunan, pentadbiran perniagaan, insurans dan perdagangan antarabangsa. Pelajar boleh mengkhusus dalam salah satu bidang tersebut. Semasa pengajian pelajar akan mengikuti kursus-kursus termasuk pengurusan, perakaunan, kewangan, kuantitatif, pemasaran, insurans, ekonomi, ekonomi Islam, undang-undang perniagaan serta kursus lain yang berkaitan. Lulusan di bidang ini mempunyai peluang kerjaya yang banyak sama ada di sektor awam atau swasta termasuk bank, institusi kewangan, industri, perkilangan, perkhidmatan, pengangkutan dan pelancongan, atau memulakan perniagaan tersendiri. Kerjaya yang sesuai termasuk eksekutif perjawatan, eksekutif sumber manusia, pemasaran, pelaburan, pentadbiran, pengurusan, perniagaan antarabangsa, kewangan, tenaga pengajar, pensyarah dan usahawan. CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) Meminati bidang ini (ii) Mempunyai pengetahuan di bidang pengurusan dan perniagaan (iii) Mempunyai pengetahuan di bidang ekonomi (iv) Sentiasa mengikuti perkembangan dunia perniagaan dan ekonomi (v) Menguasai ilmu matematik (vi) Mahir mengendalikan komputer TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN Boleh dikatakan hampir semua universiti tempatan menawarkan kursus ini termasnk UKM, UUM, UM, USM, UPM, UIA, UNIMAS, UMS dan UiTM. Kursus di peringkat sarjana muda ini mengambil masa tiga tahun. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menghantar pelajar lepasan SPM untuk mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di bawah program pengajian ijazah universiti Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 1/2
  • 2. Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH pengurusan perniagaan luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Selain itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan (KP), Kolej Sultan Zainal Abidin (Kusza) juga menawarkan kursus ini di peringkat diploma yang mengambil masa tiga tahun. Kolej-kolej swasta pula menawarkan di peringkat diploma sementara di peringkat ijazah mereka mengadakan kerjasama dengan universiti/IPT mar negara. Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Tun Abdul Razak iaitu universiti-universiti swasta tempatan juga menawarkan program ini di peringkat pra-universiti dan ijazah pertama. SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN Syarat untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma ialah pelajar perlu lulus SPM/SPMV serta mendapat kepujian bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan matematik serta beberapa mata pelajaran lain yang berkaitan seperti perdagangan, prinsip akaun dan ekonomi asas. Di peringkat sarjana muda, terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian: Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan baik peringkat SPM/SPMV serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan matematik untuk dipilih masuk ke program matrikulasi/asasi. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat sarjana muda Cara kedua: Calon perlu lulus SPM atau setaraf dan kelulusan STPM yang baik serta mendapat prinsipal dalam mata pelajaran ekonomi atau perakaunan. Selain itu, perlu mendapat kepujian mata pelajanan bahasa Melayu, matematik serta lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM/SPMV. Cara ketiga: Mereka yang memiliki sijil atau diploma pentadbiran perniagaan atau kelulusan lain yang berkaitan dari universiti, UiTM, Kusza dan politeknik KP juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama. Cara keempat: Beberapa universiti tempatan seperti UKM menawarkan program pendidikan jarak jauh yang memerlukan salah satu daripada syarat yang disebutkan di dalam dan ketiga-tiga cara di atas. Cara kelima: UKM turut menawarkan program Sarjana Muda Pentabiran Perniagaan Eksekutif yang memerlukan satu daripada syarat yang disebutkan di dalam ketiga-tiga cara di atas di samping mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman kerja di bidang berkaitan. Cara keenam: Di bawah program tajaan JPA ke luar negara perlu lulus SPM pangkat satu serta perlu mendapat kepujian bahasa Melayu, bahasa Inggenis, matematik, prinsip akaun atau perdagangan. Manmohan Singh /03/08/2010 muka surat 2/2