Buku guru tema 1 hidup rukun kemendikbud kurikulum 2013
pembacaan buku aktiviti bahasa splg.docx
1. Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
Nama Sekolah: SK BATU LINTANG Kod Sekolah:YBB1203
1. Nama Guru
CHRISTINA CHAI
2. Judul
AKTIVITI BAHASA
3. Bidang: PENDIDIKAN
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -
6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Buku ini mengandungi huraian dan contoh cadangan aktiviti yang boleh dijadikan panduan guru
di peringkat sekolah rendah. Buku ini juga dapat membantu guru memahami konsep-konsep
penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga buku ini membantu guru untuk
mengendalikan pengurusan bilik darjah dengan lebih berkesan. Isi kandungan buku ini juga
banyak membantu guru tentang melaksanakan aktiviti bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran serta cara untuk mengendalikan pengurusan bilik darjah dengan lebih berkesan.
Hal ini demikian kerana bagi menghasilkan satu pengajaran yang berkesan, guru bukan sahaja
perlu memilih bahan yang sesuai bahkan juga perlu merancang aktiviti-aktiviti yang relevan
dengan isi dan objektif pembelajaran. Bukan itu sahaja dalam buku ini juga terkandung beberapa
saranan bagaimana untuk mengendalikan aktiviti bercerita, berdrama dan bermain boneka.
Melalui penglibatan murid-murid dalam aktiviti ini, guru bukan sahaja dapat mencungkil,
mengasah dan memupuk bakat seni malahan secara tidak langsung murid dapat menggunakan
bahasa yang betul dari aspek tatabahasa, pemilihan kosa kata, pembentukan ayat dan juga
intonasi.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Nilai pengetahuan yang saya perolehi daripada buku ini ialah saya dapat menambahkan
pengetahuan saya dari aspek memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi mencapai objektif
pembelajaran. Selain itu, aktiviti bahasa yang terdapat dalam buku ini juga dapat menambahkan
idea saya untuk membuat sesuatu kelainan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
2. 9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Aplikasi yang boleh saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah
aktiviti-aktiviti bahasa yang relevan dengan isi dan objektif pembelajaran.
Disediakan oleh,
........................................................
(CHRISTINA CHAI)