Pekeliling ini menetapkan skim perkhidmatan baru iaitu pembantu pengurusan murid untuk membantu guru di kelas prasekolah dan asrama pendidikan khas. Skim ini terbahagi kepada gred n17 dan n22 dengan syarat kelayakan untuk dilantik adalah sijil pelajaran malaysia (SPM). Para penyelia/pengasuh pelajar yang layak boleh memilih untuk beralih ke skim pembantu pengurusan murid dan perlu membuat pilihan dalam tempoh 30 hari dari surat opsyen dikeluarkan.