Buku panduan ini memberikan panduan bagi pelaksanaan Modul Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Modul TMK dilaksanakan secara merentas kurikulum melalui pengintegrasian dalam pelbagai mata pelajaran. Buku ini menjelaskan komponen modul, pelaksanaan modul, dan contoh aktiviti pengintegrasian modul dalam mata pelajaran.