SlideShare a Scribd company logo
NKRA
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS)
merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas PRU12.

NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11
Julai 2009.[1] Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April
2008. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan
Malaysia Ke-10. Ia dilancarkan dalam majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran
dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[2]

Pengerusi Lembaga Pemandu NKRA ialah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ketua Pegawai
Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) NKRA ialah Senator Datuk
Seri Idris Jala. Setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri
pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan.

Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri giat memperkasakan keupayaan
pegawai dan kakitangan untuk memahami konsep, mengenal pasti dan melaksanakan
keperluan penyediaan NKRA dan KPI di peringkat masing-masing. Kerajaan terbuka kepada
semua maklum balas yang diterima dan bersedia untuk merealisasikan kesemua pelan .[3]

Sekarang lebih ramai menteri menanggalkan jaket dan menyinsing lengan untuk melihat
sendiri masalah rakyat agar mereka dapat menyelesaikannya. Rakyat bertembung dengan
menteri di rumah-rumah pangsa yang sesak, pasar dan stesen bas, di lebuh raya yang sibuk,
sekolah, hospital, malahan di kawasan sering dilanda banjir. Era menteri disediakan
permaidani merah dan menerima cendera hati selepas menyampaikan ucapan sudah berlalu.
Menteri perlu mendengar denyutan nadi rakyat.Kabinet Najib dibentuk pada 9 April 2009
melibatkan barisan jemaah menteri yang lebih kecil, terdiri daripada 28 menteri dan 25
kementerian, berbanding 32 menteri dan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah.


Isi kandungan
[sorok]
   •      1 Peringkat NKRA
   •      2 6 teras NKRA

   •      3 Gagasan 1Malaysia

   •      4 Indeks Prestasi Utama

   •      5 Pelan Transformasi Kerajaan

   •      6 Kadar Jenayah

   •      7 Rasuah
•   8 Luar bandar

   •   9 Pengangkutan awam

   •   10 Kemiskinan tegar

   •   11 Program Perumahan

   •   12 Makmal bumiputera

   •   13 NKRA Pendidikan

   •   14 Rujukan



[sunting] Peringkat NKRA
NKRA pada peringkat negara dilaksanakan bermula September 2009. NKRA peringkat
kementerian yang dikenali sebagai KRA akan dilaksanakan mulai Januari 2010 NKRA
dibahagikan kepada dua fasa melibatkan peringkat negara dan kementerian yang berkuatkuasa
pada tempoh berlainan.

[sunting] 6 teras NKRA
Enam bidang tumpuan NKRA ialah :

   1. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam
      Negeri)
   2. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana
      Menteri)
   3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin
      Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
   4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Datuk Seri Shahrizat
      Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
   5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri
       Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
   6. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri
      Pengangkutan)

[sunting] Gagasan 1Malaysia
       Rencana utama: 1Malaysia

Konsep 1Malaysia menekankan penerapan teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi
termasuk budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan,
kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi.
Ini bukan slogan dan bukan retorik politik. Ia merupakan ramuan yang boleh jadi penawar
semua kaum dan etnik. Sebagai satu keluarga, kita akan menjadi negara yang kuat dengan
etnik lain, tetapi hati tetap taat dan setia kepada negara.[4]

[sunting] Indeks Prestasi Utama
Indeks Prestasi Utama atau KPI (Key Performence Index) dirangka bagi memastikan elemen
kebertanggungjawaban yang serius dapat disemai di kalangan anggota pentadbiran dan
perkhidmatan awam negeri.[5]

Perdana Menteri membuat penilaiannya ke atas 28 menteri dan 40 timbalan menteri
menjelang November 2009.[6] Najib memperkenalkan KPI pada 9 April 2009. Melalui KPI,
Najib akan menilai prestasi anggota pasukannya -- menteri dan timbalan menteri -- dalam
mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

KPI tidak setakat slogan retorik di kalangan mereka dalam lengkongan kerajaan. Ia kini
merupakan pendekatan sistematik bagi mengukur prestasi, memfokus bukan saja kepada
aspek kuantitif dan kualitatif tetapi juga kepuasan rakyat sebagai ukuran kemuncak. Rakyat
akan mengundi -- bukan menerusi SMS seperti dalam program realiti TV tetapi menerusi peti
undi -- tentang prestasi kerajaan bila tiba PRU13 nanti. Talian hayat yang mereka ada ialah
rakyat.

[sunting] Pelan Transformasi Kerajaan
Pada 17-19 disember 2009, pameran terbuka Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dipamerkan
selama dua hari di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid,Petaling Jaya,Selangor. Orang ramai
berpeluang menilai pencapaian kerajaan melalui lapan makmal GTP dan NKRA. Setiausaha
Sulit Kanan kepada Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Idris Jala, Muhammad
Shaahidullah Shayaa menyatakan bahawa respon daripada orang ramai diperlukan.[7]

Lebih 7,000 aktiviti di seluruh negara bersama lebih 2,000 projek dan 100 program
dipamerkan.[8] Lebih 1,000 komen bertulis mengenai inisiatif NKRA itu, dan 70 %
pengunjung bersetuju dengan cadangan dalam keenam-enam NKRA.[9]

[sunting] Kadar Jenayah
Isu jenayah melibatkan pejabat Peguam Negara, mahkamah, penjara dan Agensi Anti Dadah
Kebangsaan.[10]

Kementerian Dalam Negeri sedang berusaha mengurangkan jenayah jalanan.3,000 anggota
dari Pasukan Gerakan Am, pasukan para militari Polis Diraja Malaysia, 1,720 dari Rela dan
485 dari Jabatan Pertahanan Awam akan ditempatkan di lokasi panas. Polis tambahan dalam
syarikat berkaitan kerajaan akan dipinjamkan untuk rondaan jalanan "di kawasan-kawasan
panas". Bilangan Polis Simpanan Sukarelawan akan ditambah menerusi latihan sambil kerja.
Latihan kadet Tingkatan 4 dan 5 Jabatan Pertahanan Awam akan terus diserapkan selepas
tamat sekolah. Semangat kesukarelawan di kalangan rakyat Malaysia dapat membantu
mengurangkan jenayah kerana ia "bukan tugas polis sahaja".[11] Terdapat 157 kawasan panas
di seluruh negara yang membabitkan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.[12]
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi alamat emelnya (musa@rmp.gov.my)
untuk hubungan langsung. Rakyat boleh bekerja sama dengan polis bagi menangani jenayah
secara lebih berkesan. "Big League Tables" membolehkan rakyat menentukan kedudukan
setiap balai sama ada mencapai sasaran atau tidak.Pegawai Kementerian Dalam Negeri,
Badan Bukan Kerajaan (NGO), badan antarabangsa dan juga orang ramai akan dilantik untuk
memastikan polis mencapai standard antarabangsa dan tanda aras yang ditetapkan.

Indeks jenayah kekerasan disasarkan turun sebanyak lima %. 20 % jenayah jalanan
diturunkan. Program komuniti polis ditingkatkan 5 %.[13] Jenayah jalanan di 50 "kawasan
panas" di seluruh negara akan diatasi. 50 kawasan panas jenayah jalanan dikenal pasti
terutama sekitar Balai Polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur, Balai Polis Sentral Johor, Balai
Polis Tampoi Johor, Balai Polis Cheras dan Balai Polis Klang.[14]

Masalah pekerja asing tanpa izin dan pelajar asing yang menyalahgunakan pas pelajar turut
ditekankan. Pelawat menyalahgunakan program visa sebaik ketibaan, yang bermatlamat untuk
menarik lebih ramai pelancong asing. Pelajar asing yang ditaja oleh kerajaan masing-masing
untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tidak menimbulkan masalah. Pelajar asing
ditangkap kerana menjual dadah , menipu orang ramai dan memalsukan mata wang.Masalah
pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk
majikan. Sabah menjadi destinasi kegemaran ramai pelancong dalam dan luar negara.

Pada 13 disember 2009, 172 anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tamat
menjalani latihan tujuh minggu sebagai anggota polis sukarela ditempatkan di kawasan panas
di Lmbah Klang. 490 anggota JPAM dan Rela telah dilatih sebagai anggota polis sukarela di
Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA), Bangi. Namun mereka tidak
dibekalkan dengan senjata api, hanya 't-baton' sahaja.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan sasaran KPI telah disiapkan. Antaranya
ialah permohonan tertunggak untuk mendapatkan kewarganegaraan, permit masuk dan sijil
kelahiran yang lewat didaftar. Permohonan tertunggak untuk kewarganegaraan adalah 32,927,
permit masuk (16,812) dan sijil kelahiran yang didaftarkan lewat ialah 93,360 permohonan.

Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri

[sunting] Rasuah
Ketua Makmal Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi rasuah ialah Datuk
Hisham Nordin.[15]

Akta Pendedah Salah Laku akan digubal untuk memerangi rasuah.Menerusinya pemberi
maklumat 'kebal' daripada dikenakan tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang
dilakukan.

14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes
Rasuah akan ditubuhkan. Kini hanya ada dua buah mahkamah khas tersebut di Kuala Lumpur
dan dua lagi di Shah Alam.
Imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditingkatkan melalui pelbagai cara.
Antaranya ialah persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran
melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat.

Indeks Persepsi Rasuah antarabangsa akan diperbaiki.[16] Transparency International Malaysia
(TI-M) boleh bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) bagi menghapuskan rasuah. SPRM hendaklah diletakkan pada landasan sebagai
sebuah badan bebas tetapi juga mematuhi prinsip dan prosedur Konvensyen mengenai Rasuah
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC).[17]

[sunting] Luar bandar
Sasaran utama ialah pembinaan jalan raya luar bandar, penyediaan bekalan elektrik, bekalan
air serta perumahan rakyat luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.[18]

50,000 buah rumah perumahan rakyat termiskin (PPRT) akan siap pada 2012. Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. menyatakan bahawa
M12 bilion disediakan bagi perumahan, jalan raya, bekalan elektrik dan air di kawasan luar
bandar.Rumah PPRT bernilai RM33,000 bagi setiap unit di Semenanjung Malaysia dan
RM44,000 di Sabah dan Sarawak, akan diberikan secara percuma tanpa ada sewa atau
bayaran apa-apa. Tanah yang sesuai dikenal pasti untuk membina rumah PPRT.

1,500 kilometer jalan raya di Sabah dan Sarawak akan dibina.Selama ini penduduk Sabah dan
Sarawak amat bergantung kepada bot untuk membawa hasil pengeluaran atau menghantar
anak ke sekolah.Penurapan jalan yang terletak lima kilometer daripada jalan bertar di
Semenanjung Malaysia dijangka siap pada 2012.

Set generator atau kuasa solar akan disediakan di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak
untuk bekalan elektrik.[19]

[sunting] Pengangkutan awam
NKRA mensasarkan 600,000 orang akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di
Lembah Klang menjelang akhir 2012. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat
menyatakan bahawa 240,000 dari jumlah populasi Lembah Klang ( 10 -12 %) mengunakan
pengangkutan awam . Kerajaan berharap 2.5 % (atau 600,000) penduduk Lembah Klang
menggunakan pengangkutsn awam.

Usaha ke arah itu termasuklah :

   1. Meningkatkan kapasiti pengangkutan awam
   2. Merangsang permintaan menerusi "pendekatan tarikan"
   3. Mengurangkan kesesakan kenderaan berat di kawasan pusat pernigaan (CBD)
   4. Menstruktur semula peraturan untuk kelangsungan yang berpanjangan
   5. Mengadakan pengurusan permintaan masa depan melalui "pendekatan tolakan.
•   Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan diwujudkan pada 2010. Ia sebagai
       kapten industri tunggal untuk menyelaras usaha kepada keseluruhan sistem
       pengangkutan awam. Kelemahan wujud kerana 12 kementerian terlibat dalam hala
       tuju pengangkutan awam.

Pengangkutan awam Lembah Klang kini telah tepu terutama bagi perkhidmatan rel (KTM
Komuter, RapidKL, LRT dan Monorel. 360,000 pengguna kenderaan persendirian hendaklah
beralih kepada pengangkutan awam. Bancian melaporkan bahawa 58 % atau 207,000 orang
ini akan menggunakan perkhidmatan rel .42 % atau 153,000 orang akan menggunakan bas.
Komuter KTM menyumbang 95,000 penumpang. Laluan LRT Kelana Jaya seramai 62,000.
Laluan LRT Ampang LRT seramai 33,000 penumpang.

   •   Masa menunggu selama 3 minit di stesen komuter akan dikurangkan kepada 2.5 minit
       sahaja. KTM Berhad telah membeli lima set tren elektrik (ETS) untuk perkhidmatan
       antara Ipoh-KL-Seremban menjelang April 2010.

   •   Perkhidmatan Bas Transit Lebuhraya (BET) di empat koridor di Lembah Klang
       dilancarkan pada 2010.Laluan khas untuk bas yang meliputi 12 koridor utama di
       Lembah Klang diperkenalkan.
   •   Bas RapidKL akan ditingkatkan kepada 850 buah bas. 52 laluan baru diperkenakan
       bagi memudahkan orang ramai ke Lembah Klang.
   •   Sistem tiket bersepadu dan struktur tambang di bawah konsep "1Ticket, 1Seamless
       Journey" meliputi kesemua 16 operator di Lembah Klang.
   •   6,800 tempat baru meletak kenderaan di 14 stesen rel di luar kawasan bandar raya
       akan ditambah. Perkhidmatan feeder ke stesen rel diperbaiki serta meningkatkan
       stesen dan terminal bas yang sesak.
   •   Terminal bas di Bandar Tasik Selatan (selatan), Gombak (timur) and Sungai Buloh
       (utara) akan diwujudkan. Terminal di Bandar Tasik Selatan sedang dibina. Terminal
       Gombak siap 2010. Terminal Sungai Buloh akan menampung bas ekspres ke utara
       selepas 2012. 750 bas dari selatan dan pantai timur Semenanjung akan dialihkan dari
       pusat bandar.
   •   Hab terminal antara bandar raya di Pasarama Kota, Plaza Rakyat dan Pudu untuk
       menampung laluan trafik dari pinggir ke dalam bandar raya. 14 Hentian Akhir Bandar
       turut disediakan.[20]

[sunting] Kemiskinan tegar
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil
mengumumkan duit Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diberi pada setiap 1 hari bulan
bermula pada Januari 2010. Terdapat 117,545 penerima yang dibayar setiap bulan oleh JKM.
Ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak menerusi sistem e-Kasih dan Projek Cari.[21]




[sunting] Program Perumahan
Program Bantuan Rumah (PBR) dilancarkan oleh kerajaan Persekutuan Malaysia agar rakyat
marhain mendapat rumah mampu milik bagi membasmi kemiskinan.

Anggota Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan bahawa skim
perumahan di rumah panjang Sabah dan Sarawak perlu diubahsuai. Golongan miskin
penghuni rumah panjang boleh memohon pinjaman RM10,000 untuk membaiki kediaman
mereka. Kota Marudu terdapat 1,495 penduduk miskin tegar yang layak mendapatkan bantuan
Program E-Kasih tetapi pada setiap tahun, peruntukan sedia ada hanya dapat membaiki kira-
kira 60 buah rumah di setiap kawasan parlimen. Contohnya rumah panjang Marimbau Darat
dan Rita di Matunggong. 70 % rumah panjang dari 30 rumah panjang di Matunggong didapati
sangat usang , tidak selamat diduduki dan perlu pembaikan besar. Rumah panjang ini dibina
semasa kerajaan Berjaya. Bantuan dalam bentuk atap zink dan dinding papan lapis masih
tidak cukup.[22]

Geran pembaikan antara RM10,000 dan RM15,000 boleh diberi kepada setiap rumah. Kos
antara RM40,000 hingga RM50,000 bagi setiap unit perlu disediakan bagi membina rumah
baru PBR.

Cadangan pembaikan:

   1. Bantuan membaiki rumah bagi kediaman yang masih boleh didiami
   2. Model PBR bagi rumah percuma golongan miskin yang disediakan Kementerian
      Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
   3. Pinjaman tanpa faedah bagi jenis rumah .

[sunting] Makmal bumiputera
Pada 21 Januari 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai
Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) Senator Datuk Seri Idris
Jala menyatakan bahawa makmal bumiputera akan ditubuhkan. Ia melibatkan bumiputera di
Sabah dan Sarawak.Sabah dan Sarawak akan mempunyai model pembangunan tersendiri
dengan penubuhan sebuah makmal khusus untuk membuat pengubahsuaian dan dilaksanakan
dengan berkesan.[23]

Ia mendapat kerjasama penuh daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Ketua
Menteri Sarawak juga memberi dokongan penuh.

[sunting] NKRA Pendidikan
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sub NKRA
terbahagi kepada 4 iaitu :

   1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah
   2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS).
   3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi
   4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.[24]
Kanak-kanak seawal umur empat tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat membina
keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Standard
antarabangsa menetapkan tempoh 12 tahun bagi setiap murid. 315 buah kelas prasekolah
disediakan dengan bilangan guru prasekolah seramai 7,511 orang pada 2010. Semua
prasekolah, kerajaan mahupun swasta akan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK).

Kelas Prasekolah akan dibina di rumah-rumah panjang di Sarawak. Bangunan khusus akan
dibina atau dibina dalam rumah panjang. Banyak rumah panjang di Sarawak kini
menggunakan batu-bata dan simen, tidak lagi menggunakan kayu. Contohnya rumah panjang
di Batang Ai. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud berharap penghuni
rumah panjang akan menyokong program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.[25]

LINUS ditumpukan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kadar
literasi murid sekolah rendah adalah 87 %. 2010 disasarkan 90 %. Guru-guru terbaik akan
mengajar Tahun 1. Guru Pemulihan ditambah kepada nisbah 1:15 murid. 20 % murid
menyertai kelas prasekolah pada akhir 2012 . Semua murid normal boleh menguasai asas
kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Semua
sekolah dipastikan mendapat bekalan elektrik 24 jam. Prasekolah berpusat terutama di
kawasan pedalaman akan diperkenalkan.[26]

20 buah sekolah disasarkan untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010.
Tahun 2012 dijangka 100 buah sekolah.69 buah Sekolah Menengah Teknik distruktur semula
untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional.Sekolah aliran vokasional dan kemahiran
menjadi satu daripada bidang aliran perdana dalam sistem pendidikan.[27]

'New Deal' atau Bai'ah Baru diperkenalkan kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk
meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah.

UNESCO dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan
Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara. Malaysia di kalangan 56 negara yang
berada di kedudukan aras tinggi pada Indeks Pembangunan Untuk Semua.

More Related Content

Similar to Nkra

Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTan Fen
 
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptxNATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
MuhamadFaredZulkafli
 
Newsletter_Edisi172015
Newsletter_Edisi172015Newsletter_Edisi172015
Newsletter_Edisi172015Nafis Nazri
 
pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysiapengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
khaihay
 
BADAN PENTADBIR/ PELAKSANA (EKSEKUTIF)
BADAN PENTADBIR/ PELAKSANA (EKSEKUTIF)BADAN PENTADBIR/ PELAKSANA (EKSEKUTIF)
BADAN PENTADBIR/ PELAKSANA (EKSEKUTIF)
DORAEMONLINA
 
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Mis Sem
 
Projek pembangunan kereta api
Projek pembangunan kereta api Projek pembangunan kereta api
Projek pembangunan kereta api
FadliHadinur
 
Tadbir urus negara copy
Tadbir urus negara   copyTadbir urus negara   copy
Tadbir urus negara copyqashah09
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integritiJacq95
 
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...
sangsemut88
 
WACANA NEGERI BAHAGIA NEGERI SEMBILAN OGHANG KITO
WACANA NEGERI BAHAGIA  NEGERI SEMBILAN OGHANG KITOWACANA NEGERI BAHAGIA  NEGERI SEMBILAN OGHANG KITO
WACANA NEGERI BAHAGIA NEGERI SEMBILAN OGHANG KITO
Amrun Kagum Jauhari
 
Tadbir Urus Negara-1.pdf
Tadbir Urus Negara-1.pdfTadbir Urus Negara-1.pdf
Tadbir Urus Negara-1.pdf
ElvinaWong4
 
Dasar transformasi nasional
Dasar transformasi nasionalDasar transformasi nasional
Dasar transformasi nasionalMis Sem
 
UKM Pembangunan Bandar Mapan Tugasan 7
UKM Pembangunan Bandar Mapan Tugasan 7UKM Pembangunan Bandar Mapan Tugasan 7
UKM Pembangunan Bandar Mapan Tugasan 7
Hannani Raihan
 
Dasar Dasar Negara
Dasar Dasar NegaraDasar Dasar Negara
Dasar Dasar NegaraMuhamad Yogi
 
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.docx
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.docxJabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.docx
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.docx
THEYAGARAJANGOTHANDA
 
Utc final (1)
Utc final (1)Utc final (1)
Jabatan perdana menteri ( jpm)
Jabatan perdana menteri ( jpm)Jabatan perdana menteri ( jpm)
Jabatan perdana menteri ( jpm)Faizah Yahya
 

Similar to Nkra (20)

Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnik
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Rmk10
Rmk10Rmk10
Rmk10
 
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptxNATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
 
Newsletter_Edisi172015
Newsletter_Edisi172015Newsletter_Edisi172015
Newsletter_Edisi172015
 
pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysiapengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
 
BADAN PENTADBIR/ PELAKSANA (EKSEKUTIF)
BADAN PENTADBIR/ PELAKSANA (EKSEKUTIF)BADAN PENTADBIR/ PELAKSANA (EKSEKUTIF)
BADAN PENTADBIR/ PELAKSANA (EKSEKUTIF)
 
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan
 
Projek pembangunan kereta api
Projek pembangunan kereta api Projek pembangunan kereta api
Projek pembangunan kereta api
 
Tadbir urus negara copy
Tadbir urus negara   copyTadbir urus negara   copy
Tadbir urus negara copy
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integriti
 
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...
 
WACANA NEGERI BAHAGIA NEGERI SEMBILAN OGHANG KITO
WACANA NEGERI BAHAGIA  NEGERI SEMBILAN OGHANG KITOWACANA NEGERI BAHAGIA  NEGERI SEMBILAN OGHANG KITO
WACANA NEGERI BAHAGIA NEGERI SEMBILAN OGHANG KITO
 
Tadbir Urus Negara-1.pdf
Tadbir Urus Negara-1.pdfTadbir Urus Negara-1.pdf
Tadbir Urus Negara-1.pdf
 
Dasar transformasi nasional
Dasar transformasi nasionalDasar transformasi nasional
Dasar transformasi nasional
 
UKM Pembangunan Bandar Mapan Tugasan 7
UKM Pembangunan Bandar Mapan Tugasan 7UKM Pembangunan Bandar Mapan Tugasan 7
UKM Pembangunan Bandar Mapan Tugasan 7
 
Dasar Dasar Negara
Dasar Dasar NegaraDasar Dasar Negara
Dasar Dasar Negara
 
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.docx
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.docxJabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.docx
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.docx
 
Utc final (1)
Utc final (1)Utc final (1)
Utc final (1)
 
Jabatan perdana menteri ( jpm)
Jabatan perdana menteri ( jpm)Jabatan perdana menteri ( jpm)
Jabatan perdana menteri ( jpm)
 

Recently uploaded

FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PamelaEstherAPPaulDe
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
g28423557
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
g32420007
 

Recently uploaded (10)

FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
 

Nkra

  • 1. NKRA Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas PRU12. NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009.[1] Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2008. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. Ia dilancarkan dalam majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[2] Pengerusi Lembaga Pemandu NKRA ialah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) NKRA ialah Senator Datuk Seri Idris Jala. Setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan. Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri giat memperkasakan keupayaan pegawai dan kakitangan untuk memahami konsep, mengenal pasti dan melaksanakan keperluan penyediaan NKRA dan KPI di peringkat masing-masing. Kerajaan terbuka kepada semua maklum balas yang diterima dan bersedia untuk merealisasikan kesemua pelan .[3] Sekarang lebih ramai menteri menanggalkan jaket dan menyinsing lengan untuk melihat sendiri masalah rakyat agar mereka dapat menyelesaikannya. Rakyat bertembung dengan menteri di rumah-rumah pangsa yang sesak, pasar dan stesen bas, di lebuh raya yang sibuk, sekolah, hospital, malahan di kawasan sering dilanda banjir. Era menteri disediakan permaidani merah dan menerima cendera hati selepas menyampaikan ucapan sudah berlalu. Menteri perlu mendengar denyutan nadi rakyat.Kabinet Najib dibentuk pada 9 April 2009 melibatkan barisan jemaah menteri yang lebih kecil, terdiri daripada 28 menteri dan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah. Isi kandungan [sorok] • 1 Peringkat NKRA • 2 6 teras NKRA • 3 Gagasan 1Malaysia • 4 Indeks Prestasi Utama • 5 Pelan Transformasi Kerajaan • 6 Kadar Jenayah • 7 Rasuah
  • 2. 8 Luar bandar • 9 Pengangkutan awam • 10 Kemiskinan tegar • 11 Program Perumahan • 12 Makmal bumiputera • 13 NKRA Pendidikan • 14 Rujukan [sunting] Peringkat NKRA NKRA pada peringkat negara dilaksanakan bermula September 2009. NKRA peringkat kementerian yang dikenali sebagai KRA akan dilaksanakan mulai Januari 2010 NKRA dibahagikan kepada dua fasa melibatkan peringkat negara dan kementerian yang berkuatkuasa pada tempoh berlainan. [sunting] 6 teras NKRA Enam bidang tumpuan NKRA ialah : 1. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) 2. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) 3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran) 4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) 5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) 6. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan) [sunting] Gagasan 1Malaysia Rencana utama: 1Malaysia Konsep 1Malaysia menekankan penerapan teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi termasuk budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi.
  • 3. Ini bukan slogan dan bukan retorik politik. Ia merupakan ramuan yang boleh jadi penawar semua kaum dan etnik. Sebagai satu keluarga, kita akan menjadi negara yang kuat dengan etnik lain, tetapi hati tetap taat dan setia kepada negara.[4] [sunting] Indeks Prestasi Utama Indeks Prestasi Utama atau KPI (Key Performence Index) dirangka bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius dapat disemai di kalangan anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam negeri.[5] Perdana Menteri membuat penilaiannya ke atas 28 menteri dan 40 timbalan menteri menjelang November 2009.[6] Najib memperkenalkan KPI pada 9 April 2009. Melalui KPI, Najib akan menilai prestasi anggota pasukannya -- menteri dan timbalan menteri -- dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". KPI tidak setakat slogan retorik di kalangan mereka dalam lengkongan kerajaan. Ia kini merupakan pendekatan sistematik bagi mengukur prestasi, memfokus bukan saja kepada aspek kuantitif dan kualitatif tetapi juga kepuasan rakyat sebagai ukuran kemuncak. Rakyat akan mengundi -- bukan menerusi SMS seperti dalam program realiti TV tetapi menerusi peti undi -- tentang prestasi kerajaan bila tiba PRU13 nanti. Talian hayat yang mereka ada ialah rakyat. [sunting] Pelan Transformasi Kerajaan Pada 17-19 disember 2009, pameran terbuka Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dipamerkan selama dua hari di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid,Petaling Jaya,Selangor. Orang ramai berpeluang menilai pencapaian kerajaan melalui lapan makmal GTP dan NKRA. Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Idris Jala, Muhammad Shaahidullah Shayaa menyatakan bahawa respon daripada orang ramai diperlukan.[7] Lebih 7,000 aktiviti di seluruh negara bersama lebih 2,000 projek dan 100 program dipamerkan.[8] Lebih 1,000 komen bertulis mengenai inisiatif NKRA itu, dan 70 % pengunjung bersetuju dengan cadangan dalam keenam-enam NKRA.[9] [sunting] Kadar Jenayah Isu jenayah melibatkan pejabat Peguam Negara, mahkamah, penjara dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.[10] Kementerian Dalam Negeri sedang berusaha mengurangkan jenayah jalanan.3,000 anggota dari Pasukan Gerakan Am, pasukan para militari Polis Diraja Malaysia, 1,720 dari Rela dan 485 dari Jabatan Pertahanan Awam akan ditempatkan di lokasi panas. Polis tambahan dalam syarikat berkaitan kerajaan akan dipinjamkan untuk rondaan jalanan "di kawasan-kawasan panas". Bilangan Polis Simpanan Sukarelawan akan ditambah menerusi latihan sambil kerja. Latihan kadet Tingkatan 4 dan 5 Jabatan Pertahanan Awam akan terus diserapkan selepas tamat sekolah. Semangat kesukarelawan di kalangan rakyat Malaysia dapat membantu mengurangkan jenayah kerana ia "bukan tugas polis sahaja".[11] Terdapat 157 kawasan panas di seluruh negara yang membabitkan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.[12]
  • 4. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi alamat emelnya (musa@rmp.gov.my) untuk hubungan langsung. Rakyat boleh bekerja sama dengan polis bagi menangani jenayah secara lebih berkesan. "Big League Tables" membolehkan rakyat menentukan kedudukan setiap balai sama ada mencapai sasaran atau tidak.Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), badan antarabangsa dan juga orang ramai akan dilantik untuk memastikan polis mencapai standard antarabangsa dan tanda aras yang ditetapkan. Indeks jenayah kekerasan disasarkan turun sebanyak lima %. 20 % jenayah jalanan diturunkan. Program komuniti polis ditingkatkan 5 %.[13] Jenayah jalanan di 50 "kawasan panas" di seluruh negara akan diatasi. 50 kawasan panas jenayah jalanan dikenal pasti terutama sekitar Balai Polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur, Balai Polis Sentral Johor, Balai Polis Tampoi Johor, Balai Polis Cheras dan Balai Polis Klang.[14] Masalah pekerja asing tanpa izin dan pelajar asing yang menyalahgunakan pas pelajar turut ditekankan. Pelawat menyalahgunakan program visa sebaik ketibaan, yang bermatlamat untuk menarik lebih ramai pelancong asing. Pelajar asing yang ditaja oleh kerajaan masing-masing untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tidak menimbulkan masalah. Pelajar asing ditangkap kerana menjual dadah , menipu orang ramai dan memalsukan mata wang.Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk majikan. Sabah menjadi destinasi kegemaran ramai pelancong dalam dan luar negara. Pada 13 disember 2009, 172 anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tamat menjalani latihan tujuh minggu sebagai anggota polis sukarela ditempatkan di kawasan panas di Lmbah Klang. 490 anggota JPAM dan Rela telah dilatih sebagai anggota polis sukarela di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA), Bangi. Namun mereka tidak dibekalkan dengan senjata api, hanya 't-baton' sahaja. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan sasaran KPI telah disiapkan. Antaranya ialah permohonan tertunggak untuk mendapatkan kewarganegaraan, permit masuk dan sijil kelahiran yang lewat didaftar. Permohonan tertunggak untuk kewarganegaraan adalah 32,927, permit masuk (16,812) dan sijil kelahiran yang didaftarkan lewat ialah 93,360 permohonan. Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri [sunting] Rasuah Ketua Makmal Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi rasuah ialah Datuk Hisham Nordin.[15] Akta Pendedah Salah Laku akan digubal untuk memerangi rasuah.Menerusinya pemberi maklumat 'kebal' daripada dikenakan tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan. 14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah akan ditubuhkan. Kini hanya ada dua buah mahkamah khas tersebut di Kuala Lumpur dan dua lagi di Shah Alam.
  • 5. Imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditingkatkan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat. Indeks Persepsi Rasuah antarabangsa akan diperbaiki.[16] Transparency International Malaysia (TI-M) boleh bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghapuskan rasuah. SPRM hendaklah diletakkan pada landasan sebagai sebuah badan bebas tetapi juga mematuhi prinsip dan prosedur Konvensyen mengenai Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC).[17] [sunting] Luar bandar Sasaran utama ialah pembinaan jalan raya luar bandar, penyediaan bekalan elektrik, bekalan air serta perumahan rakyat luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.[18] 50,000 buah rumah perumahan rakyat termiskin (PPRT) akan siap pada 2012. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. menyatakan bahawa M12 bilion disediakan bagi perumahan, jalan raya, bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar.Rumah PPRT bernilai RM33,000 bagi setiap unit di Semenanjung Malaysia dan RM44,000 di Sabah dan Sarawak, akan diberikan secara percuma tanpa ada sewa atau bayaran apa-apa. Tanah yang sesuai dikenal pasti untuk membina rumah PPRT. 1,500 kilometer jalan raya di Sabah dan Sarawak akan dibina.Selama ini penduduk Sabah dan Sarawak amat bergantung kepada bot untuk membawa hasil pengeluaran atau menghantar anak ke sekolah.Penurapan jalan yang terletak lima kilometer daripada jalan bertar di Semenanjung Malaysia dijangka siap pada 2012. Set generator atau kuasa solar akan disediakan di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak untuk bekalan elektrik.[19] [sunting] Pengangkutan awam NKRA mensasarkan 600,000 orang akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang akhir 2012. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat menyatakan bahawa 240,000 dari jumlah populasi Lembah Klang ( 10 -12 %) mengunakan pengangkutan awam . Kerajaan berharap 2.5 % (atau 600,000) penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutsn awam. Usaha ke arah itu termasuklah : 1. Meningkatkan kapasiti pengangkutan awam 2. Merangsang permintaan menerusi "pendekatan tarikan" 3. Mengurangkan kesesakan kenderaan berat di kawasan pusat pernigaan (CBD) 4. Menstruktur semula peraturan untuk kelangsungan yang berpanjangan 5. Mengadakan pengurusan permintaan masa depan melalui "pendekatan tolakan.
  • 6. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan diwujudkan pada 2010. Ia sebagai kapten industri tunggal untuk menyelaras usaha kepada keseluruhan sistem pengangkutan awam. Kelemahan wujud kerana 12 kementerian terlibat dalam hala tuju pengangkutan awam. Pengangkutan awam Lembah Klang kini telah tepu terutama bagi perkhidmatan rel (KTM Komuter, RapidKL, LRT dan Monorel. 360,000 pengguna kenderaan persendirian hendaklah beralih kepada pengangkutan awam. Bancian melaporkan bahawa 58 % atau 207,000 orang ini akan menggunakan perkhidmatan rel .42 % atau 153,000 orang akan menggunakan bas. Komuter KTM menyumbang 95,000 penumpang. Laluan LRT Kelana Jaya seramai 62,000. Laluan LRT Ampang LRT seramai 33,000 penumpang. • Masa menunggu selama 3 minit di stesen komuter akan dikurangkan kepada 2.5 minit sahaja. KTM Berhad telah membeli lima set tren elektrik (ETS) untuk perkhidmatan antara Ipoh-KL-Seremban menjelang April 2010. • Perkhidmatan Bas Transit Lebuhraya (BET) di empat koridor di Lembah Klang dilancarkan pada 2010.Laluan khas untuk bas yang meliputi 12 koridor utama di Lembah Klang diperkenalkan. • Bas RapidKL akan ditingkatkan kepada 850 buah bas. 52 laluan baru diperkenakan bagi memudahkan orang ramai ke Lembah Klang. • Sistem tiket bersepadu dan struktur tambang di bawah konsep "1Ticket, 1Seamless Journey" meliputi kesemua 16 operator di Lembah Klang. • 6,800 tempat baru meletak kenderaan di 14 stesen rel di luar kawasan bandar raya akan ditambah. Perkhidmatan feeder ke stesen rel diperbaiki serta meningkatkan stesen dan terminal bas yang sesak. • Terminal bas di Bandar Tasik Selatan (selatan), Gombak (timur) and Sungai Buloh (utara) akan diwujudkan. Terminal di Bandar Tasik Selatan sedang dibina. Terminal Gombak siap 2010. Terminal Sungai Buloh akan menampung bas ekspres ke utara selepas 2012. 750 bas dari selatan dan pantai timur Semenanjung akan dialihkan dari pusat bandar. • Hab terminal antara bandar raya di Pasarama Kota, Plaza Rakyat dan Pudu untuk menampung laluan trafik dari pinggir ke dalam bandar raya. 14 Hentian Akhir Bandar turut disediakan.[20] [sunting] Kemiskinan tegar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mengumumkan duit Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diberi pada setiap 1 hari bulan bermula pada Januari 2010. Terdapat 117,545 penerima yang dibayar setiap bulan oleh JKM. Ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak menerusi sistem e-Kasih dan Projek Cari.[21] [sunting] Program Perumahan
  • 7. Program Bantuan Rumah (PBR) dilancarkan oleh kerajaan Persekutuan Malaysia agar rakyat marhain mendapat rumah mampu milik bagi membasmi kemiskinan. Anggota Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan bahawa skim perumahan di rumah panjang Sabah dan Sarawak perlu diubahsuai. Golongan miskin penghuni rumah panjang boleh memohon pinjaman RM10,000 untuk membaiki kediaman mereka. Kota Marudu terdapat 1,495 penduduk miskin tegar yang layak mendapatkan bantuan Program E-Kasih tetapi pada setiap tahun, peruntukan sedia ada hanya dapat membaiki kira- kira 60 buah rumah di setiap kawasan parlimen. Contohnya rumah panjang Marimbau Darat dan Rita di Matunggong. 70 % rumah panjang dari 30 rumah panjang di Matunggong didapati sangat usang , tidak selamat diduduki dan perlu pembaikan besar. Rumah panjang ini dibina semasa kerajaan Berjaya. Bantuan dalam bentuk atap zink dan dinding papan lapis masih tidak cukup.[22] Geran pembaikan antara RM10,000 dan RM15,000 boleh diberi kepada setiap rumah. Kos antara RM40,000 hingga RM50,000 bagi setiap unit perlu disediakan bagi membina rumah baru PBR. Cadangan pembaikan: 1. Bantuan membaiki rumah bagi kediaman yang masih boleh didiami 2. Model PBR bagi rumah percuma golongan miskin yang disediakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) 3. Pinjaman tanpa faedah bagi jenis rumah . [sunting] Makmal bumiputera Pada 21 Januari 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) Senator Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa makmal bumiputera akan ditubuhkan. Ia melibatkan bumiputera di Sabah dan Sarawak.Sabah dan Sarawak akan mempunyai model pembangunan tersendiri dengan penubuhan sebuah makmal khusus untuk membuat pengubahsuaian dan dilaksanakan dengan berkesan.[23] Ia mendapat kerjasama penuh daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Ketua Menteri Sarawak juga memberi dokongan penuh. [sunting] NKRA Pendidikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sub NKRA terbahagi kepada 4 iaitu : 1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah 2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS). 3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi 4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.[24]
  • 8. Kanak-kanak seawal umur empat tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Standard antarabangsa menetapkan tempoh 12 tahun bagi setiap murid. 315 buah kelas prasekolah disediakan dengan bilangan guru prasekolah seramai 7,511 orang pada 2010. Semua prasekolah, kerajaan mahupun swasta akan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kelas Prasekolah akan dibina di rumah-rumah panjang di Sarawak. Bangunan khusus akan dibina atau dibina dalam rumah panjang. Banyak rumah panjang di Sarawak kini menggunakan batu-bata dan simen, tidak lagi menggunakan kayu. Contohnya rumah panjang di Batang Ai. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud berharap penghuni rumah panjang akan menyokong program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.[25] LINUS ditumpukan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kadar literasi murid sekolah rendah adalah 87 %. 2010 disasarkan 90 %. Guru-guru terbaik akan mengajar Tahun 1. Guru Pemulihan ditambah kepada nisbah 1:15 murid. 20 % murid menyertai kelas prasekolah pada akhir 2012 . Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Semua sekolah dipastikan mendapat bekalan elektrik 24 jam. Prasekolah berpusat terutama di kawasan pedalaman akan diperkenalkan.[26] 20 buah sekolah disasarkan untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Tahun 2012 dijangka 100 buah sekolah.69 buah Sekolah Menengah Teknik distruktur semula untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional.Sekolah aliran vokasional dan kemahiran menjadi satu daripada bidang aliran perdana dalam sistem pendidikan.[27] 'New Deal' atau Bai'ah Baru diperkenalkan kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah. UNESCO dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara. Malaysia di kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi pada Indeks Pembangunan Untuk Semua.