SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

                                           ANTARA

                          KELAB BADMINTON SMK AMBROSE

                                              DAN

                       PERAK BADMINTON ASSOCIATION (PBA)


Memorandum Persefahaman ini telah dibuat pada 21 Mei 2012.

Di antara

KELAB BADMINTON SMK AMBROSE sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah Akta
Perlembagaan Badan Sukan (selepas ini dirujuk sebagai “KELAB BADMINTON”) dan
mempunyai alamat berdaftarnya di AYER TAWAR,PERAK di satu pihak,

Dan
PERAK BADMINTON ASSOCIATION (selepas ini dirujuk sebagai “PBA”) dan
mempunyai alamat di No. 69, Lorong Wing Onn, Taman Wing Onn, 30010 Ipoh,Perak di
satu pihak yang lain.

KELAB BADMINTON dan PBA selepas ini akan dirujuk sebagai “Pihak” secara berasingan
dan “Pihak-pihak” secara kolektif.


BAHAWASANYA :

(A)    PBA akan memperkenalkan, melatih, serta membantu memantapkan pasukan
       badminton di bawah Program Pembangunan Sukan SMK AMBROSE dengan tujuan
       untuk memastikan sukan ini terus berkembang dan meningkat di samping menjadi
       ciri utama PBA berusaha memberi latihan yang sistematik untuk tempoh jangka
       panjang.

(B)    PBA mempunyai perancangan serta berhasrat sukan ini dapat menarik minat pelajar
       SMK AMBROSE untuk menceburinya dengan seluas mungkin dan berkembang
       serta dapat melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi bersesuaian dengan hasrat
       kerajaan meningkatkan mutu sukan negara sekaligus menjadikan Malaysia sebagai
       negara maju dalam bidang sukan.

(C)    Sehubungan itu, PBA melihat secara jangka panjang kerjasama dengan KELAB
       BADMINTON dapat meningkat, membantu serta merancang pembangunan atlit
       dengan lebih teratur termasuk memberi peluang kepada pemain badminton yang
       berkelayakan dan berpotensi mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.


(D)    Kerjasama antara pihak-pihak secara tidak langsung dapat memberi dimensi baru
       untuk sukan ini lebih berdaya maju.




MoU antara Kelab Badminton SMK Ambrose dan Perak Badminton Association               1
(E)    Pihak-pihak dengan ini akan pada setiap masa untuk kepentingan bersama berusaha
       untuk memastikan kejayaan Memorandum Persefahaman ini.

(F)    Pihak-pihak yang memasuki Memorandum Persefahaman ini hendaklah
       mengesahkan niat masing-masing bagi mewujudkan asas kerjasama dan usahasama
       antara pihak-pihak berdasarkan kepada terma yang terkandung di dalam
       Memorandum Persefahaman ini.


ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJU SEPERTI YANG BERIKUT :-

Tertakluk kepada Undang-Undang Malaysia dan polisi-polisi, dan berdasarkan kepada
prinsip ekuiti dan persalingan, dan dalam usaha untuk menggalakkan usahasama, pihak-
pihak dengan ini bersetuju bahawa Memorandum Persefahaman ini akan bertindak sebagai
rangka kerja am bagi usahasama di dalam bidang sukan Badminton.


                                          ARTIKEL 1
                                        PERANAN PBA

1.1    PBA bertanggungjawab dan mempunyai peranan seperti berikut:

       (a)     Bekerjasama dengan KELAB BADMINTON bagi merangka program untuk
               mengesan bakat pelajar daripada program pembangunan PBA untuk
               diketengahkan bagi meningkatkan mutu sukan ini;

       (b)     Merancang program pengasahan bakat bersama KELAB BADMINTON dan
               pihak-pihak menunaikan tanggungjawab yang dipersetujui tanpa sebarang
               kekangan selaras dengan hasrat menjadikan sukan ini sebagai salah satu
               sukan diminati pada masa hadapan;

       (c)     Membekalkan kepakaran terutama dalam memperkenalkan sukan
               Badminton secara asas serta melatih pemain-pemain yang mempunyai minat
               untuk diasah dengan jayanya dan mencungkil bakat untuk mewakili negara
               pada masa hadapan;

       (d)     Memastikan pemain yang berpotensi dan berkelayakan diasuh bakat mereka
               serta dipastikan bergiat aktif dalam sukan sehingga ke peringkat lebih tinggi;

       (e)     Membekalkan jurulatih berkelayakan kepada KELAB BADMINTON untuk
               membantu pencapaian pasukan bádminton SMK AMBROSE;

       (f)     Bersedia untuk bersama-sama KELAB BADMINTON bagi menjadikan
               sukan Badminton sebagai salah satu sukan yang diberi penekanan untuk
               diperkembangkan dengan lebih mantap pada masa hadapan.




MoU antara Kelab Badminton SMK Ambrose dan Perak Badminton Association                     2
ARTIKEL 2
                             PERANAN KELAB BADMINTON

2.1    KELAB BADMINTON bertanggungjawab dan mempunyai peranan seperti berikut:

       (a)     Menjadikan sukan Badminton sebagai sukan yang diberi penekanan untuk
               dimajukan pada masa hadapan;

       (b)     Memberikan penekanan untuk mengorak langkah bersama PBA bagi
               mencapai kecemerlangan sukan Badminton hingga ke peringkat kebangsaan;

       (c)     Sebagai pusat kecemerlangan sukan Badminton, KELAB BADMINTON
               akan menyediakan kemudahan latihan untuk dijadikan tumpuan dan juga
               penganjuran sukan ini di peringkat negeri mahupun kebangsaan ;

       (d)     Bekerjasama dengan PBA bagi memantapkan pasukan Badminton SMK
               AMBROSE yang dijangka akan menjadi pasukan yang disegani di peringkat
               negeri dan kebangsaan ;

       (e)     Memberi peluang kepada jurulatih atau pegawai PBA untuk mengikuti
               program bersesuaian di SMK AMBROSE yang akan dipersetujui oleh
               pihak-pihak untuk sama-sama mendapat manfaat daripada pemeteraian
               Memorandum Persefahaman ini;

       (f)     Menganjurkan klinik latihan serta pengenalan sukan Badminton dengan
               kerjasama PBA terutama semasa cuti sekolah;

       (g)     Menjalankan apa jua kerjasama dengan PBA setelah dipersetujui secara
               bersama mengikut kemampuan serta keupayaan pihak-pihak;



                                       ARTIKEL 3
                                   DANA BAGI AKTIVITI

Bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut, setiap Pihak hendaklah menanggung sendiri
segala kos dan perbelanjaan. Sehubungan dengan ini, Pihak-pihak boleh menggunakan
sumber yang sedia ada di Institusi masing-masing, seperti skim sangkutan pelajar, program
pembangunan sukan, program pembiayaan lawatan dan/atau memperolehi bantuan
kewangan daripada agensi-agensi penderma.


                                         ARTIKEL 4
                                        KERAHSIAAN

4.1    Pihak-pihak hendaklah berakujanji untuk menjaga kerahsiaan dokumen, maklumat
       dan lain-lain data yang diterima atau disalurkan kepada pihak lain sepanjang
       tempoh masa berkuatkuasanya Memorandum Persefahaman ini atau lain-lain
       perjanjian yang dibuat menurut Memorandum Persefahaman ini.




MoU antara Kelab Badminton SMK Ambrose dan Perak Badminton Association                 3
4.2    Pihak-pihak bersetuju agar peruntukan artikel ini hendaklah mengikat sepanjang
       tempoh masa yang telah dipersetujui antara pihak-pihak meskipun Memorandum
       Persefahaman ini ditamatkan.


                                          ARTIKEL 5
                                           NOTIS

Sebarang notis dan bentuk komunikasi yang hendak diserahkan atau dikomunikasikan
kepada pihak-pihak hendaklah dihantar kepada pihak berkenaan ke alamat yang
dinyatakan di bawah ini sama ada secara pos, faks atau melalui tangan dan notis tersebut
hendaklah disifatkan telah diterima oleh penerima setelah notis tersebut diakuterima oleh
pihak-pihak.

Alamat KELAB BADMINTON

Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SMK Ambrose,
Jalan Besar,
32400 Ayer Tawar,
Perak.


Untuk perhatian: Pengerusi Kelab Badminton
                 SMK Ambrose


Alamat PBA
No. 69, Lorong Wing Onn,
Taman Wing Onn,
30010 Ipoh,
Perak.

                                          ARTIKEL 6
                                          PINDAAN

6.1    Pihak-pihak dibenarkan untuk memohon secara bertulis untuk mengadakan
       semakan semula, pindaan atau ubah suaian kandungan Memorandum
       Persefahaman ini.

6.2    Sebarang semakan semula, pindaan atau ubah suaian dan hendaklah dipersetujui
       bersama oleh pihak-pihak dan persetujuan tersebut hendaklah dibuat dalam bentuk
       bertulis dan selepas dari ini akan menjadi sebahagian daripada Memorandum
       Persefahaman ini.

6.3    Setiap semakan semula, pindaan atau ubah suaian hendaklah berkuatkuasa dari
       tarikh yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat.

6.4    Sebarang semakan semula, pindaan atau ubah suaian hendaklah tidak
       memprejudiskan hak-hak dan obligasi-obligasi yang wujud daripada atau



MoU antara Kelab Badminton SMK Ambrose dan Perak Badminton Association                 4
berdasarkan kepada Memorandum Persefahaman ini sebelum atau pada tarikh
       semakan semula, pindaan atau ubah suaian dibuat.


                                       ARTIKEL 7
                                    PENGGANTUNGAN

Pihak-pihak adalah berhak atas dasar keselamatan negara, kepentingan nasional, pihak
awam atau kesihatan awam untuk menggantung sementara, sama ada semua atau
sebahagian pelaksanaan kepada Memorandum Persefahaman ini yang mana
penggantungan tersebut hendaklah berkuat kuasa secara serta merta setelah pihak yang lagi
satu menerima notis bertulis berhubung perkara di atas.


                                      ARTIKEL 8
                               PENYELESAIAN PERTIKAIAN

Sebarang perbezaan atau pertikaian di antara pihak-pihak yang wujud akibat daripada
interpretasi atau pelaksanaan atau pemakaian mana-mana peruntukan Memorandum
Persefahaman ini hendaklah diselesaikan secara baik melalui penasihat atau perbincangan
di antara pihak-pihak tanpa perlu merujuk kepada pihak ketiga.


                                         ARTIKEL 9
                                       TEMPOH MASA

Memorandum Persefahaman ini akan berkuat kuasa selama LIMA (5) tahun dari tarikh
perjanjian ini ditandatangani. Semua akujanji yang diberikan adalah sah sepanjang tempoh
LIMA (5) tahun tertakluk kepada kajian semula dan ubahsuaian seperti yang telah di
persetujui bersama.


                                         ARTIKEL 10
                                        PEMBATALAN

Salah satu pihak kepada Memorandum Persefahaman ini dibenarkan untuk menamatkan
Memorandum Persefahaman ini dengan memberi TIGA (3) bulan notis kepada pihak yang
lagi satu sebelum penamatan dibuat. Tiada sebarang penalti yang akan dikenakan sekiranya
berlaku penamatan.




                         (RUANGAN INI DIBIARKAN KOSONG)




MoU antara Kelab Badminton SMK Ambrose dan Perak Badminton Association                 5
Bagi menyaksikan Memorandum Persefahaman ini pihak-pihak dengan ini melalui wakil-
wakil yang dibenarkan menurunkan tandatangan pada Memorandum Persefahaman ini.




Bagi KELAB BADMINTON:-



TN. HJ. YUSOF BIN HAMID                                                  ] …….………………….
Pengetua                                                                 ]
SMK Ambrose                                                              ]


Di hadapan:-


HAZWANI NOOR BINTI MOHD YAHYA                                            ]……..………….............
Pengerusi                                                                ]
Kelab Badminton SMK Ambrose                                              ]




Bagi PERAK BADMINTON ASSOCIATION (PBA):-



YB. DATUK Ir. (Dr) HAJI MOHAMED AL-AMIN ABDUL MAJID ].......................................
Presiden                                            ]
Perak Badminton Association                         ]


Di hadapan:


EN. ABDUL JAMIL BIN SHAARI                                               ] …………………..........
Setiausaha Kehormat                                                      ]
Perak Badminton Association                                              ]




MoU antara Kelab Badminton SMK Ambrose dan Perak Badminton Association                       6

More Related Content

What's hot

Elemen elemen kontrak
Elemen elemen kontrak Elemen elemen kontrak
Elemen elemen kontrak Siti Nordiana
 
1.2 borang penghakiman bercerita
1.2 borang penghakiman bercerita1.2 borang penghakiman bercerita
1.2 borang penghakiman berceritalatif123456
 
Perjanjian jual beli kenderaan
Perjanjian jual beli kenderaanPerjanjian jual beli kenderaan
Perjanjian jual beli kenderaanAzril Amdan
 
Kertas kerja-keceriaan-sekolah
Kertas kerja-keceriaan-sekolahKertas kerja-keceriaan-sekolah
Kertas kerja-keceriaan-sekolahPensil Dan Pemadam
 
335390195 kertas-kerja-jogathon
335390195 kertas-kerja-jogathon335390195 kertas-kerja-jogathon
335390195 kertas-kerja-jogathonskstpaul
 
Contoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgContoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgWAN ROZITA
 
Panduan penubuhan kadet bomba jbpm
Panduan penubuhan kadet bomba jbpmPanduan penubuhan kadet bomba jbpm
Panduan penubuhan kadet bomba jbpmKamarul Arifin
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKaren Kayny
 
Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)
Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)
Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)sofyan fatimi
 
Kit latihan 0 04 pentadbiran kontrak
Kit latihan 0 04  pentadbiran kontrakKit latihan 0 04  pentadbiran kontrak
Kit latihan 0 04 pentadbiran kontrakParidz Abdullah
 
Kertas kerja team building staf sokongan 2019
Kertas kerja team building staf sokongan 2019Kertas kerja team building staf sokongan 2019
Kertas kerja team building staf sokongan 2019cegujue
 
Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906Zam Scar
 
Borang maklum balas pelajar
Borang maklum balas pelajarBorang maklum balas pelajar
Borang maklum balas pelajarIntan Zahedi
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Abu Hasyim
 
Kertas kerja hari keluarga dan sukaneka
Kertas kerja hari keluarga dan sukanekaKertas kerja hari keluarga dan sukaneka
Kertas kerja hari keluarga dan sukanekarohana jantan
 

What's hot (20)

Elemen elemen kontrak
Elemen elemen kontrak Elemen elemen kontrak
Elemen elemen kontrak
 
1.2 borang penghakiman bercerita
1.2 borang penghakiman bercerita1.2 borang penghakiman bercerita
1.2 borang penghakiman bercerita
 
Perjanjian jual beli kenderaan
Perjanjian jual beli kenderaanPerjanjian jual beli kenderaan
Perjanjian jual beli kenderaan
 
Kertas kerja-keceriaan-sekolah
Kertas kerja-keceriaan-sekolahKertas kerja-keceriaan-sekolah
Kertas kerja-keceriaan-sekolah
 
335390195 kertas-kerja-jogathon
335390195 kertas-kerja-jogathon335390195 kertas-kerja-jogathon
335390195 kertas-kerja-jogathon
 
KK 1 RESIT
KK 1 RESITKK 1 RESIT
KK 1 RESIT
 
Carta gantt
Carta ganttCarta gantt
Carta gantt
 
Contoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibgContoh surat lantikan ajk pibg
Contoh surat lantikan ajk pibg
 
Panduan penubuhan kadet bomba jbpm
Panduan penubuhan kadet bomba jbpmPanduan penubuhan kadet bomba jbpm
Panduan penubuhan kadet bomba jbpm
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepak
 
Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)
Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)
Kadar denda dan gantirugi ditetapkan (LAD)
 
Kit latihan 0 04 pentadbiran kontrak
Kit latihan 0 04  pentadbiran kontrakKit latihan 0 04  pentadbiran kontrak
Kit latihan 0 04 pentadbiran kontrak
 
Timebase
TimebaseTimebase
Timebase
 
Kertas kerja team building staf sokongan 2019
Kertas kerja team building staf sokongan 2019Kertas kerja team building staf sokongan 2019
Kertas kerja team building staf sokongan 2019
 
Hari keluarga
Hari keluargaHari keluarga
Hari keluarga
 
Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906
 
surat memohon kebenaran
surat memohon kebenaransurat memohon kebenaran
surat memohon kebenaran
 
Borang maklum balas pelajar
Borang maklum balas pelajarBorang maklum balas pelajar
Borang maklum balas pelajar
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
 
Kertas kerja hari keluarga dan sukaneka
Kertas kerja hari keluarga dan sukanekaKertas kerja hari keluarga dan sukaneka
Kertas kerja hari keluarga dan sukaneka
 

Viewers also liked

Mou sekolah-industri
Mou sekolah-industriMou sekolah-industri
Mou sekolah-industriFitri Ana
 
76221591 mou-smk-du-di-oto
76221591 mou-smk-du-di-oto76221591 mou-smk-du-di-oto
76221591 mou-smk-du-di-otoOji Daroji
 
Contoh Surat Perjanjian Kerjasama
Contoh Surat Perjanjian KerjasamaContoh Surat Perjanjian Kerjasama
Contoh Surat Perjanjian KerjasamaJohn Manullang
 
Borang penyataan hasrat
Borang penyataan hasratBorang penyataan hasrat
Borang penyataan hasratHannes Chan
 
Memorandum of understanding
Memorandum of understandingMemorandum of understanding
Memorandum of understandinggreatnisu
 
Draft mou pvb
Draft mou pvbDraft mou pvb
Draft mou pvbPVB Jatim
 
Memorandum of Understanding (MOU)
Memorandum of Understanding (MOU)Memorandum of Understanding (MOU)
Memorandum of Understanding (MOU)Max Lee
 
Tata Volkswagen MoU - Press Release
Tata Volkswagen MoU - Press ReleaseTata Volkswagen MoU - Press Release
Tata Volkswagen MoU - Press ReleaseRushLane
 
Contoh perjanjian kontrak kerja
Contoh perjanjian kontrak kerjaContoh perjanjian kontrak kerja
Contoh perjanjian kontrak kerjaAmelia Fitri
 
Perjanjian Usaha Bersama
Perjanjian Usaha BersamaPerjanjian Usaha Bersama
Perjanjian Usaha BersamaLegal Akses
 
Visual Design with Data
Visual Design with DataVisual Design with Data
Visual Design with DataSeth Familian
 

Viewers also liked (15)

Mou sekolah-industri
Mou sekolah-industriMou sekolah-industri
Mou sekolah-industri
 
76221591 mou-smk-du-di-oto
76221591 mou-smk-du-di-oto76221591 mou-smk-du-di-oto
76221591 mou-smk-du-di-oto
 
Contoh Surat Perjanjian Kerjasama
Contoh Surat Perjanjian KerjasamaContoh Surat Perjanjian Kerjasama
Contoh Surat Perjanjian Kerjasama
 
Borang penyataan hasrat
Borang penyataan hasratBorang penyataan hasrat
Borang penyataan hasrat
 
Akta syarikat 1965
Akta syarikat 1965Akta syarikat 1965
Akta syarikat 1965
 
Memorandum of understanding
Memorandum of understandingMemorandum of understanding
Memorandum of understanding
 
Draft mou pvb
Draft mou pvbDraft mou pvb
Draft mou pvb
 
Memorandum of Understanding (MOU)
Memorandum of Understanding (MOU)Memorandum of Understanding (MOU)
Memorandum of Understanding (MOU)
 
Tata Volkswagen MoU - Press Release
Tata Volkswagen MoU - Press ReleaseTata Volkswagen MoU - Press Release
Tata Volkswagen MoU - Press Release
 
Format surat kerjasama
Format surat kerjasamaFormat surat kerjasama
Format surat kerjasama
 
Surat perjanjian kerjasama
Surat perjanjian kerjasamaSurat perjanjian kerjasama
Surat perjanjian kerjasama
 
Contoh perjanjian kontrak kerja
Contoh perjanjian kontrak kerjaContoh perjanjian kontrak kerja
Contoh perjanjian kontrak kerja
 
Perjanjian Usaha Bersama
Perjanjian Usaha BersamaPerjanjian Usaha Bersama
Perjanjian Usaha Bersama
 
Visual Design with Data
Visual Design with DataVisual Design with Data
Visual Design with Data
 
Build Features, Not Apps
Build Features, Not AppsBuild Features, Not Apps
Build Features, Not Apps
 

Mou kelab badminton dengan pba

  • 1. MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KELAB BADMINTON SMK AMBROSE DAN PERAK BADMINTON ASSOCIATION (PBA) Memorandum Persefahaman ini telah dibuat pada 21 Mei 2012. Di antara KELAB BADMINTON SMK AMBROSE sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan Badan Sukan (selepas ini dirujuk sebagai “KELAB BADMINTON”) dan mempunyai alamat berdaftarnya di AYER TAWAR,PERAK di satu pihak, Dan PERAK BADMINTON ASSOCIATION (selepas ini dirujuk sebagai “PBA”) dan mempunyai alamat di No. 69, Lorong Wing Onn, Taman Wing Onn, 30010 Ipoh,Perak di satu pihak yang lain. KELAB BADMINTON dan PBA selepas ini akan dirujuk sebagai “Pihak” secara berasingan dan “Pihak-pihak” secara kolektif. BAHAWASANYA : (A) PBA akan memperkenalkan, melatih, serta membantu memantapkan pasukan badminton di bawah Program Pembangunan Sukan SMK AMBROSE dengan tujuan untuk memastikan sukan ini terus berkembang dan meningkat di samping menjadi ciri utama PBA berusaha memberi latihan yang sistematik untuk tempoh jangka panjang. (B) PBA mempunyai perancangan serta berhasrat sukan ini dapat menarik minat pelajar SMK AMBROSE untuk menceburinya dengan seluas mungkin dan berkembang serta dapat melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi bersesuaian dengan hasrat kerajaan meningkatkan mutu sukan negara sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara maju dalam bidang sukan. (C) Sehubungan itu, PBA melihat secara jangka panjang kerjasama dengan KELAB BADMINTON dapat meningkat, membantu serta merancang pembangunan atlit dengan lebih teratur termasuk memberi peluang kepada pemain badminton yang berkelayakan dan berpotensi mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. (D) Kerjasama antara pihak-pihak secara tidak langsung dapat memberi dimensi baru untuk sukan ini lebih berdaya maju. MoU antara Kelab Badminton SMK Ambrose dan Perak Badminton Association 1
  • 2. (E) Pihak-pihak dengan ini akan pada setiap masa untuk kepentingan bersama berusaha untuk memastikan kejayaan Memorandum Persefahaman ini. (F) Pihak-pihak yang memasuki Memorandum Persefahaman ini hendaklah mengesahkan niat masing-masing bagi mewujudkan asas kerjasama dan usahasama antara pihak-pihak berdasarkan kepada terma yang terkandung di dalam Memorandum Persefahaman ini. ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJU SEPERTI YANG BERIKUT :- Tertakluk kepada Undang-Undang Malaysia dan polisi-polisi, dan berdasarkan kepada prinsip ekuiti dan persalingan, dan dalam usaha untuk menggalakkan usahasama, pihak- pihak dengan ini bersetuju bahawa Memorandum Persefahaman ini akan bertindak sebagai rangka kerja am bagi usahasama di dalam bidang sukan Badminton. ARTIKEL 1 PERANAN PBA 1.1 PBA bertanggungjawab dan mempunyai peranan seperti berikut: (a) Bekerjasama dengan KELAB BADMINTON bagi merangka program untuk mengesan bakat pelajar daripada program pembangunan PBA untuk diketengahkan bagi meningkatkan mutu sukan ini; (b) Merancang program pengasahan bakat bersama KELAB BADMINTON dan pihak-pihak menunaikan tanggungjawab yang dipersetujui tanpa sebarang kekangan selaras dengan hasrat menjadikan sukan ini sebagai salah satu sukan diminati pada masa hadapan; (c) Membekalkan kepakaran terutama dalam memperkenalkan sukan Badminton secara asas serta melatih pemain-pemain yang mempunyai minat untuk diasah dengan jayanya dan mencungkil bakat untuk mewakili negara pada masa hadapan; (d) Memastikan pemain yang berpotensi dan berkelayakan diasuh bakat mereka serta dipastikan bergiat aktif dalam sukan sehingga ke peringkat lebih tinggi; (e) Membekalkan jurulatih berkelayakan kepada KELAB BADMINTON untuk membantu pencapaian pasukan bádminton SMK AMBROSE; (f) Bersedia untuk bersama-sama KELAB BADMINTON bagi menjadikan sukan Badminton sebagai salah satu sukan yang diberi penekanan untuk diperkembangkan dengan lebih mantap pada masa hadapan. MoU antara Kelab Badminton SMK Ambrose dan Perak Badminton Association 2
  • 3. ARTIKEL 2 PERANAN KELAB BADMINTON 2.1 KELAB BADMINTON bertanggungjawab dan mempunyai peranan seperti berikut: (a) Menjadikan sukan Badminton sebagai sukan yang diberi penekanan untuk dimajukan pada masa hadapan; (b) Memberikan penekanan untuk mengorak langkah bersama PBA bagi mencapai kecemerlangan sukan Badminton hingga ke peringkat kebangsaan; (c) Sebagai pusat kecemerlangan sukan Badminton, KELAB BADMINTON akan menyediakan kemudahan latihan untuk dijadikan tumpuan dan juga penganjuran sukan ini di peringkat negeri mahupun kebangsaan ; (d) Bekerjasama dengan PBA bagi memantapkan pasukan Badminton SMK AMBROSE yang dijangka akan menjadi pasukan yang disegani di peringkat negeri dan kebangsaan ; (e) Memberi peluang kepada jurulatih atau pegawai PBA untuk mengikuti program bersesuaian di SMK AMBROSE yang akan dipersetujui oleh pihak-pihak untuk sama-sama mendapat manfaat daripada pemeteraian Memorandum Persefahaman ini; (f) Menganjurkan klinik latihan serta pengenalan sukan Badminton dengan kerjasama PBA terutama semasa cuti sekolah; (g) Menjalankan apa jua kerjasama dengan PBA setelah dipersetujui secara bersama mengikut kemampuan serta keupayaan pihak-pihak; ARTIKEL 3 DANA BAGI AKTIVITI Bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut, setiap Pihak hendaklah menanggung sendiri segala kos dan perbelanjaan. Sehubungan dengan ini, Pihak-pihak boleh menggunakan sumber yang sedia ada di Institusi masing-masing, seperti skim sangkutan pelajar, program pembangunan sukan, program pembiayaan lawatan dan/atau memperolehi bantuan kewangan daripada agensi-agensi penderma. ARTIKEL 4 KERAHSIAAN 4.1 Pihak-pihak hendaklah berakujanji untuk menjaga kerahsiaan dokumen, maklumat dan lain-lain data yang diterima atau disalurkan kepada pihak lain sepanjang tempoh masa berkuatkuasanya Memorandum Persefahaman ini atau lain-lain perjanjian yang dibuat menurut Memorandum Persefahaman ini. MoU antara Kelab Badminton SMK Ambrose dan Perak Badminton Association 3
  • 4. 4.2 Pihak-pihak bersetuju agar peruntukan artikel ini hendaklah mengikat sepanjang tempoh masa yang telah dipersetujui antara pihak-pihak meskipun Memorandum Persefahaman ini ditamatkan. ARTIKEL 5 NOTIS Sebarang notis dan bentuk komunikasi yang hendak diserahkan atau dikomunikasikan kepada pihak-pihak hendaklah dihantar kepada pihak berkenaan ke alamat yang dinyatakan di bawah ini sama ada secara pos, faks atau melalui tangan dan notis tersebut hendaklah disifatkan telah diterima oleh penerima setelah notis tersebut diakuterima oleh pihak-pihak. Alamat KELAB BADMINTON Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Ambrose, Jalan Besar, 32400 Ayer Tawar, Perak. Untuk perhatian: Pengerusi Kelab Badminton SMK Ambrose Alamat PBA No. 69, Lorong Wing Onn, Taman Wing Onn, 30010 Ipoh, Perak. ARTIKEL 6 PINDAAN 6.1 Pihak-pihak dibenarkan untuk memohon secara bertulis untuk mengadakan semakan semula, pindaan atau ubah suaian kandungan Memorandum Persefahaman ini. 6.2 Sebarang semakan semula, pindaan atau ubah suaian dan hendaklah dipersetujui bersama oleh pihak-pihak dan persetujuan tersebut hendaklah dibuat dalam bentuk bertulis dan selepas dari ini akan menjadi sebahagian daripada Memorandum Persefahaman ini. 6.3 Setiap semakan semula, pindaan atau ubah suaian hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat. 6.4 Sebarang semakan semula, pindaan atau ubah suaian hendaklah tidak memprejudiskan hak-hak dan obligasi-obligasi yang wujud daripada atau MoU antara Kelab Badminton SMK Ambrose dan Perak Badminton Association 4
  • 5. berdasarkan kepada Memorandum Persefahaman ini sebelum atau pada tarikh semakan semula, pindaan atau ubah suaian dibuat. ARTIKEL 7 PENGGANTUNGAN Pihak-pihak adalah berhak atas dasar keselamatan negara, kepentingan nasional, pihak awam atau kesihatan awam untuk menggantung sementara, sama ada semua atau sebahagian pelaksanaan kepada Memorandum Persefahaman ini yang mana penggantungan tersebut hendaklah berkuat kuasa secara serta merta setelah pihak yang lagi satu menerima notis bertulis berhubung perkara di atas. ARTIKEL 8 PENYELESAIAN PERTIKAIAN Sebarang perbezaan atau pertikaian di antara pihak-pihak yang wujud akibat daripada interpretasi atau pelaksanaan atau pemakaian mana-mana peruntukan Memorandum Persefahaman ini hendaklah diselesaikan secara baik melalui penasihat atau perbincangan di antara pihak-pihak tanpa perlu merujuk kepada pihak ketiga. ARTIKEL 9 TEMPOH MASA Memorandum Persefahaman ini akan berkuat kuasa selama LIMA (5) tahun dari tarikh perjanjian ini ditandatangani. Semua akujanji yang diberikan adalah sah sepanjang tempoh LIMA (5) tahun tertakluk kepada kajian semula dan ubahsuaian seperti yang telah di persetujui bersama. ARTIKEL 10 PEMBATALAN Salah satu pihak kepada Memorandum Persefahaman ini dibenarkan untuk menamatkan Memorandum Persefahaman ini dengan memberi TIGA (3) bulan notis kepada pihak yang lagi satu sebelum penamatan dibuat. Tiada sebarang penalti yang akan dikenakan sekiranya berlaku penamatan. (RUANGAN INI DIBIARKAN KOSONG) MoU antara Kelab Badminton SMK Ambrose dan Perak Badminton Association 5
  • 6. Bagi menyaksikan Memorandum Persefahaman ini pihak-pihak dengan ini melalui wakil- wakil yang dibenarkan menurunkan tandatangan pada Memorandum Persefahaman ini. Bagi KELAB BADMINTON:- TN. HJ. YUSOF BIN HAMID ] …….…………………. Pengetua ] SMK Ambrose ] Di hadapan:- HAZWANI NOOR BINTI MOHD YAHYA ]……..…………............. Pengerusi ] Kelab Badminton SMK Ambrose ] Bagi PERAK BADMINTON ASSOCIATION (PBA):- YB. DATUK Ir. (Dr) HAJI MOHAMED AL-AMIN ABDUL MAJID ]....................................... Presiden ] Perak Badminton Association ] Di hadapan: EN. ABDUL JAMIL BIN SHAARI ] ………………….......... Setiausaha Kehormat ] Perak Badminton Association ] MoU antara Kelab Badminton SMK Ambrose dan Perak Badminton Association 6