MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN GURU SEDARJAH TAHUN 5 2018 kali ke 12.docx
Minit mesyuarat panitia sains 2 skj
1. MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS
BIL 2/2013
SK JERANGAU, BUKIT BESI, DUNGUN.
TARIKH : 18 JULAI 2013
HARI : KHAMIS
MASA : 1.15 PTG - 2.00 PTG
KEHADIRAN :
1. PN. NORAINI AB. HAMID
2. PN. FAUZLINA SALLEH
3. EN. RAZIHAWARI CHE WAN
4. PN. MARIAH BT MAHADI
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran GPK Pentadbiran dan semua guru
panitia.
2.0 Ucapan GPK Pentadbiran
2.1 Pn. Noraini mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir kerana dapat
mengadakan mesyuarat panitia kali ke-2 untuk membincangkan prestasi mata pelajaran
Sains dalam Ujian Pertengahan Tahun.
3.0 Analisa Ujian Pertengahan Tahun
3.1 Berdasarkan peratus menguasaimengikut tahun, rumusan yang boleh dibuat adalah seperti
berikut:
i. Tahun 4 – 25% murid tidak menguasai kerana terdapat beberapa orang murid yang
lemah tahap membaca ditambah lagi dengan format kertas Sains tahap 2 yang berbeza
dengan tahap 1 yang menyukarkan murid yang lemah untuk menjawab dengan baik.
ii. Tahun 5 – 27.27 % murid tidak menguasai kerana kelemahan murid dalam mengingati
fakta bagi soalan bahagian A. Manakala, ramai murid yang amat lemah dalam menjawab
soalan bahagian B kerana tidak faham kehendak soalan (tidak menggariskan kata kunci).
iii. Tahun 6 – 2.86 % murid tidak menguasai kerana murid kurang cekap menjawab soalan
bagi silibus tahun 4 & 5 bagi bahagian A dan B.
3.2 Pn. Noraini menyarankan murid diberikan bahan latihan yang berbeza mengikut tahap
2. murid.
3.2 En. Razihawari menyatakan guru Sains tahap 2 patut menekankan mengenai teknik
menjawab soalan bahagian B serta membanyakkan latihan bahagian B. Bagi beberapa
orang murid lagi yang belum menguasai kemahiran membaca diberikan latihan yang
berbeza dan lebih mudah perlu diberikan kepada mereka. Guru tahun 6 pula perlu
mengulang semula topik tahun 4 & 5 bersama murid-murid.
Tindakan dan makluman: Semua guru
4.0 KSSR dan PBS
4.1 Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPBS) boleh mula diisi secara atas talian dan
segala eviden murid perlu dimasukkan dalam fail perkembangan murid.
4.2 Fail Showcase perlu diwujudkan untuk setiap kelas murid tahun 1 & 2 memandangkan
tahap keupayaan murid yang berbeza dan untuk memudahkan kerja penyimpanan bahan.
4.3 Bagi eviden yang hanya memerlukan sebutan, tindakan atau sebarang perlakuan murid
yang tiada eviden secara bertulis boleh dibuat senarai semak sebagai bahan bukti.
Tindakan dan makluman : Guru-guru DST tahun 1 dan 2
5.0 Ucapan Penangguhan
6.1 Pn. Noraini menasihatkan agar semua guru bertindak bersama-sama dalam menyelesaikan
dan meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains dalam ujian dan peperiksaan akan datang.
6.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua ahli
panitia selama ini dan terus mengharapkan sikap kerjasama yang baik ini berpanjangan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
……………………….. ………………………
(Fauzlina binti Salleh) (Razihawari bin Che Wan)
Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains
SK Sinar Mutiara SK Jerangau