Lmcp 2502 pengangkutan bandar tugasan audit keselamatan jalan raya
1. LMCP 2502 : PENGANGKUTAN
BANDAR
NAMA : INTAN ZURAINI BINTI ZULKIFLI
NO MATRIK : A168042
TUGASAN : AUDIT KESELAMATAN JALAN RAYA
PENSYARAH : PROF. DATO IR. DR RIZA ATIQ
ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
2. TUGASAN
Anda dikehendaki memilih titik hitam (kawasan jalan raya
yang banyak berlaku kemalangan). Berikan cadangan
ringkas untuk mengurangkan kemalaangan. Sertakan
laporan anda dengan gambar-gambar dan lakaran.
Laporan hendaklah dalam bentuk slide. Muat naik slide
anda ke SlideShare.net dan berikan pautannnya dalam
ruang yang disediakan.
3. RAJAH 1 : JALAN JOHOR - MERSING
Berikut adalah kawasan kemalangan yang sering berlaku di Kawasan
Jalan Johor – Mersing. Kebanyakan kemalangan yang berlaku di
kawasan itu telah meragut banyak nyawa serta terdapat ramai mangsa
yang tercedera.
4. Rajah 1 menunjukan selekoh di kawasan yang sempit dan
jalan raya tersebut sering dilalui oleh kenderaan berat, kereta
serta motosikal. Kenderaan yang dipandu melebihi had laju
boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya dan berbahaya
kepada penunggang motosikal.
Langkah keselamatan perlu diambil bagi menambahbaik
kawasan jalan tersebut seperti meletakkan papan tanda
kurangkan kelajuan, papan tanda jalan licin, dan sebagainya.
Selain itu, pemasangan lampu di sepanjang jalan raya juga
perlulah dilaksanakan bagi memudahkan pemandu untuk
memandu dengan lebih baik pada waktu malam. Malah,
baikpulih jalan raya juga mestilah dititik beratkan agar tiada
jalan yang berlubang kerana kenderaa berat seperi lori bas
sering lalu jalan tersebut. Jalan raya yang berlubang juga
boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.