KERTAS KERJA PROGRAM SUKANEKA TAHAP SATU 2008
1.0 Objektif
Di akhir program ini, peserta-peserta akan dapat ;
1.1 Membina keyakinan dan kemampuan diri.
1.2 Menguatkan ketahanan mental dan fizikal.
1.3 Melahirkan sikap berlumba-lumba dalam mencapai
kejayaan.
1.4 Berdiri dalam melakukan sesuatu aktiviti yang
dijalankan.
1.5 Bekerjasama dengan ahli kumpulan dalam setiap aktiviti.
1.6 Melatih disiplin diri ke arah mencapai matlamat
pasukan.
1.7 Menghormati kejayaan orang lain.
1.8 Menghargai kemahiran yang ada pada diri sendiri.
1.9 Menimbulkan keseronokan dalam melakukan aktiviti.
2.0 Tujuan
2.1 Melatih ahli pasukan meningkatkan kecergasan diri
dalam aktiviti-aktiviti
Sukan seterusnya.
2.2 Meningkatkan motivasi diri dalam menerpa kejayaan yang
mendatang.
2.3 Sentiasa sedar akan tanggungjawab diri dalam setiap
aktiviti yang dijalankan.
2.4 Mempunyai semangat kerjasama yang tinggi apabila
melakukan aktiviti.
2.5 Sentiasa berusaha membawa kejayaan kepada diri sendiri
dan pasuan.
2.6 Tidak cepat mengaku kalah dan berputus asa dalam
memburu kejayaan.
2.7 Mengetahui kepentingan semangat berpasukan dalam
menentukan kejayaan.
3.0 Sasaran
Program Sukaneka Tahap Satu diadakan khusus untuk
murid-murid Tahun 1, 2,
dan 3 serta Pra-Sekolah . Mereka merupakan generasi yang
sangat penting kepada pihak sekolah dalam melahirkan
peserta-peserta yang akan mewakili sekolah dalam pelbagai
acara sukan di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri, dan
kebangsaan. Dengan program ini, mereka secara tak langsung
mengetahui akan kepentingan kekuatan mental dan fizikal
dalam melahirkan individu yang berdaya saing. Justeru,
pihak sekolah tidak lagi ketandusan murid atau peserta
apabila ingin menyertai aktiviti yang bakal mengangkat
martabat sekolah di mata sekolah-sekolah lain seterusnya ke
peringkat yang lebih tinggi.
4.0 Panduan Pelaksanaan Pertandingan
Program Sukaneka akan dijalankan pada pukul 8.00 pagi
dan dijangka berakhir
pada jam 12.00 tengah hari. Program ini akan dijalankan
di tiga tempat yang berbeza. Bagi murid Pra-Sekolah dan
Tahun Satu, aktiviti sukaneka dijalankan di Laman Murni,
Tahun Dua dijalankan di tempat letak letak kereta guru,
manakala Tahun Tiga pula dijalankan di tapak perhimpunan
( Dataran Budi ) . Setiap juruacara akan ditempatkan di
tiga tempat berkenaan bagi memudahkan perjalanan setiap
aktiviti.
Penyampaian hadiah akan diadakan sebaik sahaja
selesai satu atau dua acara. Ini bagi membolehkan murid-
murid yang terlibat menerima hadiah dengan lebih cepat.
Disamping itu, mengelakkan berlakunya pertindihan hadiah
dan pembaziran masa yang boleh melanjutkan masa
berakhirnya acara sukaneka.
Para ibu bapa pula dikehendaki berada dalam jarak 5
meter dari kawasan sukaneka. Oleh itu, kawasan sukaneka
akan ditandakan dengan menggunakan tali jalur yang
berwarna merah putih. Ini bagi mengelakkan bantuan atau
pertolongan daripada ibu bapa yang memungkinkan rasa
tidak puas hati di kalangan ibu bapa yang lain.
Keselamatan murid-murid sentiasa dititikberatkan.
Satu Jawatannkuasa Kecemasan dan Bantuan akan dibentuk
bagi memberi sebarang bentuk bantuan kecemasan sekiranya
berlaku kejadiaan yang tidak diingini.
5.0 Belanjawan
Anggaran belanjawan bagi program ini adalah seperti
berikut :
5.1 Pra-Sekolah
Pingat - 46 x RM3.50 = RM161
Tahun 1
Pingat – 220 X RM3.50 = RM770
Tahun 2
Pingat – 270 X RM3.50 = RM945
Tahun 3
Pingat – 203 X RM3.50 = RM710.50
JUMLAH KESELURUHAN = RM 2586.50
6.0 Tarikh
Program Sukaneka Tahap Satu Peringkat Sekolah akan diadakan
pada 6 Mac 2008 bersamaan hari Jumaat.
7.0 Masa
Pertandingan ini dijadualkan pada pukul 8.00 pagi dan
dijangka berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
8.0 Jawatankuasa Pelaksana Program Sukaneka Tahap Satu
• Sila lihat lampiran yang disediakan.
9.0 Atucara Program Sukaneka Tahap Satu
• Sila lihat lampiran yang disediakan.
Aturcara Program Sukaneka Tahap Satu
7.30 pagi:Murid-murid berkumpul dan guru-guru kelas mengambil
kedatangan.
7.40 pagi :Penyelaras menyampaikan taklimat ringkas kepada
semua guru dan murid.
7.50 pagi :Semua guru dan murid bergerak ke tapak pertandingan
yang telah ditetapkan.
8.00 pagi :Pertandingan Sukaneka Tahap Satu dijalankan secara
serentak.(Pra-Sekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3)
8.30 pagi :Penyampaian hadiah murid Pra-Sekolah
9.30 pagi :Penyampaian hadiah murid Tahun 1,2,dan3 (Azam dan
Budi)
10.30 pagi:Penyampaian hadiah murid Tahun 1,2,dan3(Cekap dan
Damai)
11.30 pagi:Penyampaian hadiah murid Tahun 1,2,dan3(Peserta Kelas
Elok,Fasih dan Gigih ).
12.00tgh hari :Bersurai.

Kertas kerja program sukaneka tahap satu 2008

  • 1.
    KERTAS KERJA PROGRAMSUKANEKA TAHAP SATU 2008 1.0 Objektif Di akhir program ini, peserta-peserta akan dapat ; 1.1 Membina keyakinan dan kemampuan diri. 1.2 Menguatkan ketahanan mental dan fizikal. 1.3 Melahirkan sikap berlumba-lumba dalam mencapai kejayaan. 1.4 Berdiri dalam melakukan sesuatu aktiviti yang dijalankan. 1.5 Bekerjasama dengan ahli kumpulan dalam setiap aktiviti. 1.6 Melatih disiplin diri ke arah mencapai matlamat pasukan. 1.7 Menghormati kejayaan orang lain. 1.8 Menghargai kemahiran yang ada pada diri sendiri. 1.9 Menimbulkan keseronokan dalam melakukan aktiviti. 2.0 Tujuan 2.1 Melatih ahli pasukan meningkatkan kecergasan diri dalam aktiviti-aktiviti Sukan seterusnya. 2.2 Meningkatkan motivasi diri dalam menerpa kejayaan yang mendatang. 2.3 Sentiasa sedar akan tanggungjawab diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 2.4 Mempunyai semangat kerjasama yang tinggi apabila melakukan aktiviti. 2.5 Sentiasa berusaha membawa kejayaan kepada diri sendiri dan pasuan. 2.6 Tidak cepat mengaku kalah dan berputus asa dalam memburu kejayaan. 2.7 Mengetahui kepentingan semangat berpasukan dalam menentukan kejayaan. 3.0 Sasaran
  • 2.
    Program Sukaneka TahapSatu diadakan khusus untuk murid-murid Tahun 1, 2, dan 3 serta Pra-Sekolah . Mereka merupakan generasi yang sangat penting kepada pihak sekolah dalam melahirkan peserta-peserta yang akan mewakili sekolah dalam pelbagai acara sukan di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri, dan kebangsaan. Dengan program ini, mereka secara tak langsung mengetahui akan kepentingan kekuatan mental dan fizikal dalam melahirkan individu yang berdaya saing. Justeru, pihak sekolah tidak lagi ketandusan murid atau peserta apabila ingin menyertai aktiviti yang bakal mengangkat martabat sekolah di mata sekolah-sekolah lain seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. 4.0 Panduan Pelaksanaan Pertandingan Program Sukaneka akan dijalankan pada pukul 8.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Program ini akan dijalankan di tiga tempat yang berbeza. Bagi murid Pra-Sekolah dan Tahun Satu, aktiviti sukaneka dijalankan di Laman Murni, Tahun Dua dijalankan di tempat letak letak kereta guru, manakala Tahun Tiga pula dijalankan di tapak perhimpunan ( Dataran Budi ) . Setiap juruacara akan ditempatkan di tiga tempat berkenaan bagi memudahkan perjalanan setiap aktiviti. Penyampaian hadiah akan diadakan sebaik sahaja selesai satu atau dua acara. Ini bagi membolehkan murid- murid yang terlibat menerima hadiah dengan lebih cepat. Disamping itu, mengelakkan berlakunya pertindihan hadiah dan pembaziran masa yang boleh melanjutkan masa berakhirnya acara sukaneka. Para ibu bapa pula dikehendaki berada dalam jarak 5 meter dari kawasan sukaneka. Oleh itu, kawasan sukaneka akan ditandakan dengan menggunakan tali jalur yang berwarna merah putih. Ini bagi mengelakkan bantuan atau pertolongan daripada ibu bapa yang memungkinkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa yang lain. Keselamatan murid-murid sentiasa dititikberatkan. Satu Jawatannkuasa Kecemasan dan Bantuan akan dibentuk bagi memberi sebarang bentuk bantuan kecemasan sekiranya berlaku kejadiaan yang tidak diingini. 5.0 Belanjawan
  • 3.
    Anggaran belanjawan bagiprogram ini adalah seperti berikut : 5.1 Pra-Sekolah Pingat - 46 x RM3.50 = RM161 Tahun 1 Pingat – 220 X RM3.50 = RM770 Tahun 2 Pingat – 270 X RM3.50 = RM945 Tahun 3 Pingat – 203 X RM3.50 = RM710.50 JUMLAH KESELURUHAN = RM 2586.50 6.0 Tarikh Program Sukaneka Tahap Satu Peringkat Sekolah akan diadakan pada 6 Mac 2008 bersamaan hari Jumaat. 7.0 Masa Pertandingan ini dijadualkan pada pukul 8.00 pagi dan dijangka berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. 8.0 Jawatankuasa Pelaksana Program Sukaneka Tahap Satu • Sila lihat lampiran yang disediakan. 9.0 Atucara Program Sukaneka Tahap Satu • Sila lihat lampiran yang disediakan. Aturcara Program Sukaneka Tahap Satu
  • 4.
    7.30 pagi:Murid-murid berkumpuldan guru-guru kelas mengambil kedatangan. 7.40 pagi :Penyelaras menyampaikan taklimat ringkas kepada semua guru dan murid. 7.50 pagi :Semua guru dan murid bergerak ke tapak pertandingan yang telah ditetapkan. 8.00 pagi :Pertandingan Sukaneka Tahap Satu dijalankan secara serentak.(Pra-Sekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) 8.30 pagi :Penyampaian hadiah murid Pra-Sekolah 9.30 pagi :Penyampaian hadiah murid Tahun 1,2,dan3 (Azam dan Budi) 10.30 pagi:Penyampaian hadiah murid Tahun 1,2,dan3(Cekap dan Damai) 11.30 pagi:Penyampaian hadiah murid Tahun 1,2,dan3(Peserta Kelas Elok,Fasih dan Gigih ). 12.00tgh hari :Bersurai.