SlideShare a Scribd company logo
PENGURUSAN PERSEKITARAN BANDAR
BINA KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU BANDAR SEBAGAI SATU HABITAT
TEMPAT TINGGAL MANUSIA MEMERLUKAN RANGKA PENGURUSAN YANG HOLISTIK
AGAR DAPAT MENJAMIN KEMAMPANAN PEMBANGUNANNYA.
NAMA: MAZLAN BIN MANSOR – NO. MATRIK: P89060
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
Kerangka Teoritikal Isu Kemampanan Pembangunan Bandar.
4. PENGURUSAN
KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR
1. HABITAT 2. SUMBER 3. TEKANAN
PEMBANGUNAN
Tabiat – Cross
culture behavior
Theory
Pertumbuhan
bilangan penduduk
Perluasan kawasan
(Akibat daripada
permintaan guna
tanah)
Contoh: Perumahan,
Institutsi,
kemudahan awam
dll.
Penghijrahan
penduduk
melibatkan dari desa
ke Bandar dan
penghijrahan di
peringkat
antarabangsa sama
ada secara sah
ataupun sebagai
pendatang haram
Sumber sedia ada
adalah terhad dan
terbatas. Contonya
Sumber tenaga
(pakar/mahir//buruh),
masa, kewangan,
kesihatan,
kemudahan asas
(akibat daripada
pencemaran)
Akibatnya berlaku
susut nilai,
pengaigihan tidak
seimbang,
kemalangan,
kerosakan,
kecacatan,
kemusnahan dan
kerugian.
Pertumbuhan yang drastik di
bandar
Kesan yang negatif dripada
pertumbuhan penduduk
persekitaran
Kadar pertumbuhan dan
keupayaan bandar
mengakibatkan kesesakan
lalulintas, bilangan kenderaan
meningkat, peningkatan kos
sara hidup, pencemaran alam
sekitar.
Pecemaran alam sekitar –
Contohnya, pencemaran bunyi,
udara dan air. Masalah
buangan sampah / sisa toksik,
masalah pembentungan,
saliran peparitan, masalah
lanskap, kawasan lapang,
rekreasi,dan zon
pemampanan.
Masalah sosial meningkat
mengakibatkan berlaku gejala
lepak, peningkatan kes
penceraian, keganasan
rumahtangga, sumbang
mahram dsb.
Isu pengurusan – Persekitaran
sosial budaya,persekitaran
ekonomi, persekitaran fizikal,
persekitaran pengangkutan dan
perhubungan
a. Persekitaran sosial budaya –
Melibatkan kehidupan dan
tingkah laku manusia sebagai
kumpulan sasar contohnya,
perumahan, kedudukan dan
penduduk.
b. Persekitaran ekonomi – Akibat
daripada pertambahan dan
kegiatan aktiviti ekonomi
contohnya, kegitan pertanian,
perdagangan dan industri.
c. Persekitaran fizikal –
melibatkan objek-objek
kebendaan yang dilihat dengan
mata kasar contohnya,
pembahagian guna tanah
untuk kepentingan orang
awam.
d. Persekitaran pengangkutan
dan perhubungan – melibatkan
aspek pengurusan peningkatan
pengangkutan, pengurusan
lalulintas, pengurusan
infrastruktur, utiliti dan alam
sekitar.
PENGURUSAN HOLISTIK
 Kawalan perancangan pembangunan - perundangan /
penguatkuasaan, organisasi pentadbiran dan mekanisme.
 Kawalan dan perancangan persekitaran bandar – memenuhi
kehendak masyarakat segi keselesaan dan keselamatan
 Strategi pembangunan – pelan induk perancangan guna
tanah.
 Sistem penyampaian / komunikasi yang efektif
KEMAMPANAN
EKONOMI
KEMAMPANAN
PERSEKITARAN
KEMAMPANAN
KOMUNITI
KEMAMPANAN
GUNA TANAH /
SUMBER ASLI
KEMAMPANAN
INFRASTRUKTUR DAN
PENGANGKUTAN
KEMAMPANAN
URUS TADBIR
Tindakbalas
Antara definisi ‘bandar’ yang berdasarkan kriteria-kriteria tertentu dikemukakan seperti
berikut:
(i) Berdasarkan saiz penduduk, umpamanya Malaysia dengan jumlah minimum
penduduknya 10,000 orang (Malaysia: Banci Penduduk dan Perumahan: 1970),
Amerika Syarikat sejumlah 2,500 orang (Knowles & Wareing: 1976), Peranchis
2,000 orang, India 5,000 orang, Denmark 250 orang, Netherlands 20,000 orang
dan Jepun 30,000 orang.
(ii) Berdasarkan kepadatan penduduk minimum, umpamanya India menganggap
sesebuah kawasan itu sebagai bandar, jika bilangan penduduk melebihi 5,000
orang atau kepadatannya melebihi 386 orang bagi setiap kilometer persegi
(Knowles & Wareing: 1976).
(iii) Berdasarkan penggunaan tanah dan fungsi bandar, umpamanya ruang tanah yang
digunakan untuk aktiviti bukan pertanian di samping berfungsi sebagai pusat
pentadbiran, perdagangan, perniagaan, pendidikan dan kebudayaan (Gerald
Breese, 1966).
(iv) Berdasarkan definisi formal seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Perangkaan sesebuah negara termasuk sempadan pentadbiran tertentu
(O’Connor: 1980).
Daripada kriteria-kriteria di atas dapat difahami bahawa konsep `perbandaran’ didefinisikan
dengan berdasarkan bilangan penduduk sesebuah bandar. Kebiasaannya bilangan penduduk
sesebuah bandar akan bertambah dengan lebih pesat jika dibandingkan dengan bilangan
penduduk di kawasan luar bandar. Oleh itu ‘proses perbandaran’ mengikut konteks
perbincangan ini merupakan asas di dalam proses pertambahan dan peningkatan yang bukan
sahaja melibatkan aspek penduduk semata-mata. Tetapi yang sebenarnya melibatkan
aspek-aspek lain yang sehubungannya termasuk ekonomi, rangkaian pengangkutan,
infrastruktur, penggunaan tanah, lanskap budaya dan fizikal serta pembangunan bandar
secara keseluruhannya.
Malaysia mengalami proses perbandaran yang pesat sejak tahun 1970-an lagi dan malah
menjadi negara yang terpesat membangun di Asia Tenggara dalam tahun 1980-an.
Pertumbuhan yang pesat ini disebabkan perkembangan sektor ekonomi bandar di bawah
dasar dan strategi pembangunan negara selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (Malaysia;
1971). Dengan kepesatan proses perbandaran yang sebelum ini berlaku di negara-negara
barat tetapi kini sedang berulang di negara-negara membangun (Leonard Reissman: 1964)
walaupun mengikut tempoh dan tempat yang berbeza, tetapi di Malaysia ternyata kesannya
amat mendadak dalam perolehan kualiti hidup sosial yang seimbang di kalangan masyarakat
bandar, khasnya bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu dan
Georgetown. Tidak mustahil dalam beberapa tahun yang mendatang, isu perbandaran dan
kualiti hidup sosial akan menjalar dan merebak dengan cepatnya di bandar-bandar lain seperti
Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu jika
langkahlangkah pengawalan dan pengurusan kualiti hidup masyarakat bandar tidak dirancang
dengan baik dan bersepadu.
Antara isu-isu perbandaran dan kualiti hidup sosial yang dihadapi di kalangan penduduk
bandar sejak kebelakangan ini diringkasnya sebagaimana berikut:
i) Isu Kesesakan Lalulintas
Bandar-bandar di Malaysia kini sedang mengalami proses perbandaran yang pesat dengan
melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi, pergerakan barangan dan manusia serta jalinan
rangkaian pengangkutan jalan raya yang bertambah kompleks. Tumpuan pembangunan dan
proses perbandaran yang tidak terkawal serta keadaan sistem perbandaran yang tidak
tersusun pada peringkat awalnya telah menyebabkan berlakunya pelbagai permasalahan dan
isu pengangkutan di kebanyakan bandar utama dewasa ini. Pembangunan yang pesat bererti
keluasan kawasan bandar menjadi bertambah ‘sempit’. Ditambah pula dengan sebahagian
daripada kawasan pusat bandar yang kebanyakannya dijadikan kawasan kediaman, terutama
di rumah-rumah kedai dua tingkat yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua dengan
dihubungi oleh lorong-lorong sempit telah menyebabkan laluan kenderaan bertambah sesak
dan padat.
Bagi setengah kawasan yang lain pula terdapat percanggahan penggunaan tanah dengan
ditempatkan kawasan-kawasan industri di kawasan kediaman dan perniagaan di pusat-pusat
bandar. Kedudukan bangunan-bangunan peninggalan sejarah sebelum perang yang
berdekatan dengan laluan loronglorong yang sempit menyebabkan kerja-kerja untuk
melebarkan jalan raya tidak dapat dilaksanakan. Keadaan ini dijangka menjadi bertambah
buruk lagi pada masa akan datang dengan bertambahnya jumlah kenderaan sama ada
persendirian, awam atau pengangkutan barangan dengan melibatkan pelbagai mod
pengangkutan yang akhirnya membawa banyak masalah kesesakan lalulintas bukan saja di
pusat bandar, tetapi juga di jalan-jalan utama yang sudahpun melebihi had isipadunya
terutama pada waktu-waktu kemuncak.
Di samping itu, terdapat juga masalah ketidakcukupan ruang meletak kenderaan dan
ketidakcukupan rangkaian jalan raya disebabkan peningkatan yang pesat dalam pemilikan
kenderaan persendirian. Selain daripada itu, terdapat pelbagai isu pengangkutan yang lain
terutama kemalangan jalan raya, kelewatan, ketidakselesaan perjalanan, jarak perjalanan
yang jauh, konflik dan kekurangan dalam penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam
akibat daripada ketidaksempurnaan perkhidmatannya.
Keperluan terhadap pelbagai perkhidmatan dan pekerjaan telah menarik ramai pekerja dan
orang ramai berulang alik dan berkunjung ke pusat bandar dengan menggunakan pelbagai
jenis kenderaan. Dengan ini secara tidak langsung, masalah kesesakan lalu lintas tidak dapat
dihindarkan di pusat bandar dan di jalan-jalan utama yang menghala ke pusat bandar
terutama pada waktu-waktu kemuncak di samping kesibukan waktu masuk dan pulang dari
sekolah yang pada keseluruhannya tidak memberi keselesaan dan jaminan kualiti
penghidupan yang baik di kalangan penghuni bandar.
ii) Isu Penyediaan Kemudahan Asas
Proses perbandaran yang pesat secara langsungnya membawa kepada peningkatan
bilangan penduduk disebabkan penghijrahan dan pertumbuhan semula jadi (Mc Gee: 1970)
terutama di bandar-bandar utama di Malaysia. Dengan ini permintaan terhadap keperluan
kemudahan asas turut meningkat terutama keperluan kediaman, bekalan air bersih, bekalan
elektrik, sistem pembuangan najis, sampah sarap, perparitan, kemudahan kesihatan, ibadah,
pendidikan, rekreasi dan sebagainya.
Walaupun disediakan peruntukan yang besar, tetapi keperluan masih belum mencukupi.
Dalam banyak kes di kawasan-kawasan yang padat dengan penduduk sering terputus
bekalan elektrik, terputus bekalan air bersih yang kemudiannya terpaksa menggunakan pili
bomba, sering berlaku banjir kilat, tempat air bertakung, sistem perparitan, pembuangan najis
dan sampah sarap yang tidak efisien menyebabkan keadaan persekitaran yang daif, tidak
selesa dan tidak selamat untuk didiami.
(iii) Isu Penghijrahan Penduduk
Masalah dan isu penghijrahan penduduk di negara ini merupakan isu yang berterusan sejak
dahulu hingga sekarang. Penghijrahan penduduk di Malaysia bukan saja melibatkan dari
desa ke bandar tetapi sejak kebelakangan ini melibatkan penghijrahan di peringkat
antarabangsa sama ada secara sah ataupun sebagai pendatang haram. Kehadiran para
penghijrah ke bandar dalam pelbagai bangsa, budaya, adat resam dan status pendidikan
akan menambahkan lagi bebanan dengan kesulitan yang ada di kawasan-kawasan bandar
yang akhirnya terdedah pula kepada pelbagai gejala sosial yang lain. Ini akan menimbulkan
masalah keselamatan dan ketenteraman awam di kalangan penduduk setempat.
(iv) Isu Kemiskinan
Isu kemiskinan masyarakat bandar mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan isu
penyediaan kemudahan asas dan juga isu penghijrahan penduduk. Rata-rata penduduk
miskin berada di kawasan yang kurang selesa dan tidak mendapat kemudahan asas yang
cukup dan kebanyakannya merupakan penghijrah yang datang dari pelbagai destinasi. Isu ini
akan menimbulkan pelbagai gejala lain termasuk penyakit berjangkit, kebakaran, banjir dan
kekotoran yang melampau.
(v) Isu Perumahan
Isu perumahan juga merupakan masalah yang berterusan tanpa penyelesaian yang konkrit di
kawasan-kawasan bandar. Disebabkan faktor kemiskinan, sesetengah penghuni bandar
tidak mampu dan tidak berupaya untuk memiliki rumah walaupun ditawarkan dengan harga
yang termurah. Pilihan terakhir bagi mereka adalah untuk kekal menetap di kawasan
setinggan walaupun terpaksa berpindah berkali-kali disebabkan kawasan yang didiami
mereka diambilalih oleh pihak berkuasa.
(vi) Isu-Isu Lain Yang Berkaitan
Pelbagai isu yang berkaitan timbul dan saling kait mengait di antara satu sama lain yang
melibatkan kualiti hidup penduduk bandar yang terjejas daripada kepesatan proses
perbandaran. Antaranya termasuk isu pengasingan kawasan kediaman mengikut ras dan
status sosio-ekonomi, isu pencemaran alam sekitar, pengangguran, isu keruntuhan akhlak,
isu jenayah dan gangterism serta isu keciciran di kalangan anak-anak penghuni bandar yang
sepatutnya menjadi pengganti kepada generasi akan datang.
Daripada kesemua isu yang telah dikenalpasti di atas pastinya memerlukan tindakan dan
langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengekalkan prestasi dan memperbaiki kelemahan
yang ada untuk tempoh jangka pendek ataupun jangka panjang bagi memenuhi keperluan
kualiti hidup sosial masyarakat bandar dalam arus pembangunan negara di Malaysia.

More Related Content

Similar to KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR

Modul penuh transformasi
Modul penuh transformasiModul penuh transformasi
Modul penuh transformasi
Asmawi Abdullah
 
Urbanisasi.ppt
Urbanisasi.pptUrbanisasi.ppt
Urbanisasi.ppt
mohamadnorzamree1
 
Presentation mpw
Presentation mpw Presentation mpw
Presentation mpw
iskandar shah
 
Kesan pembandaran.ppt
Kesan pembandaran.pptKesan pembandaran.ppt
Kesan pembandaran.ppt
mohamadnorzamree1
 
Perancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapanPerancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapan
jijiismail
 
Transformasi Desa
Transformasi DesaTransformasi Desa
Transformasi Desa
cikgu_rashid
 
projek akhir LMCP1552 pembangunan mapan dalam islam
projek akhir LMCP1552 pembangunan mapan dalam islamprojek akhir LMCP1552 pembangunan mapan dalam islam
projek akhir LMCP1552 pembangunan mapan dalam islam
NURSYAZWANABINTIABUB
 
SITI NORSAHLIZA WAGIAH
SITI NORSAHLIZA WAGIAHSITI NORSAHLIZA WAGIAH
SITI NORSAHLIZA WAGIAHUkhti Liza
 
Pembangunan wilayah
Pembangunan wilayahPembangunan wilayah
Pembangunan wilayah
Sahrom Md Amin
 
Bab14 pembandaran
Bab14 pembandaranBab14 pembandaran
Bab14 pembandaranilahmamat
 
Bab 13 pembandaran
Bab 13 pembandaranBab 13 pembandaran
Bab 13 pembandaranshimanain
 
A165815
A165815A165815
Perancangan Bandar Mapan
Perancangan Bandar MapanPerancangan Bandar Mapan
Perancangan Bandar Mapan
Universiti Kebangsaan Malaysia
 
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek AkhirLMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
Nur Hafizah Mohd Abas
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Awatif Atif
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Asmawi Abdullah
 
Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21
Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21
Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21
Amiraqilah97
 
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
NURSYAMIMI SHARIFF
 
Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...
Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...
Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...
ILKKM SG BULOH
 
Similar to KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR (20)

Modul penuh transformasi
Modul penuh transformasiModul penuh transformasi
Modul penuh transformasi
 
Urbanisasi.ppt
Urbanisasi.pptUrbanisasi.ppt
Urbanisasi.ppt
 
Presentation mpw
Presentation mpw Presentation mpw
Presentation mpw
 
Kesan pembandaran.ppt
Kesan pembandaran.pptKesan pembandaran.ppt
Kesan pembandaran.ppt
 
Perancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapanPerancangan bandar mapan
Perancangan bandar mapan
 
Transformasi Desa
Transformasi DesaTransformasi Desa
Transformasi Desa
 
Transformasi Desa
Transformasi DesaTransformasi Desa
Transformasi Desa
 
projek akhir LMCP1552 pembangunan mapan dalam islam
projek akhir LMCP1552 pembangunan mapan dalam islamprojek akhir LMCP1552 pembangunan mapan dalam islam
projek akhir LMCP1552 pembangunan mapan dalam islam
 
SITI NORSAHLIZA WAGIAH
SITI NORSAHLIZA WAGIAHSITI NORSAHLIZA WAGIAH
SITI NORSAHLIZA WAGIAH
 
Pembangunan wilayah
Pembangunan wilayahPembangunan wilayah
Pembangunan wilayah
 
Bab14 pembandaran
Bab14 pembandaranBab14 pembandaran
Bab14 pembandaran
 
Bab 13 pembandaran
Bab 13 pembandaranBab 13 pembandaran
Bab 13 pembandaran
 
A165815
A165815A165815
A165815
 
Perancangan Bandar Mapan
Perancangan Bandar MapanPerancangan Bandar Mapan
Perancangan Bandar Mapan
 
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek AkhirLMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
 
Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21
Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21
Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21
 
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
 
Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...
Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...
Adaptasi masyarakat bandar terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar alam sek...
 
More from ILKKM SG BULOH

PKA_Topik_3_Penstoran Sisa Pepejal.ppt
PKA_Topik_3_Penstoran Sisa Pepejal.pptPKA_Topik_3_Penstoran Sisa Pepejal.ppt
PKA_Topik_3_Penstoran Sisa Pepejal.ppt
ILKKM SG BULOH
 
PKA_Topik_2_ Sisa Klinikal & sisa Merbahaya.ppt
PKA_Topik_2_ Sisa Klinikal & sisa Merbahaya.pptPKA_Topik_2_ Sisa Klinikal & sisa Merbahaya.ppt
PKA_Topik_2_ Sisa Klinikal & sisa Merbahaya.ppt
ILKKM SG BULOH
 
PKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
PKA_Topik_1_Pengenalan.pptPKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
PKA_Topik_1_Pengenalan.ppt
ILKKM SG BULOH
 
Topik 8 Undang Berkaitan Kes Persekitaran.pptx
Topik 8 Undang Berkaitan Kes Persekitaran.pptxTopik 8 Undang Berkaitan Kes Persekitaran.pptx
Topik 8 Undang Berkaitan Kes Persekitaran.pptx
ILKKM SG BULOH
 
Topik 7 Bidang Program Kesihatan Awam.pptx
Topik 7 Bidang Program Kesihatan Awam.pptxTopik 7 Bidang Program Kesihatan Awam.pptx
Topik 7 Bidang Program Kesihatan Awam.pptx
ILKKM SG BULOH
 
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptxTopik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
Topik 6 Bidang Program Kesihatan Persekitaran.pptx
ILKKM SG BULOH
 
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptxSKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
SKPK 1112 Bidang di Bawah KesIihatan Persekitaran.pptx
ILKKM SG BULOH
 
Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4  Struktur Organisasi KKM.pptxTopik 4  Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptx
ILKKM SG BULOH
 
Ozone forming potential of reformulated gasoline
Ozone forming potential of reformulated gasoline Ozone forming potential of reformulated gasoline
Ozone forming potential of reformulated gasoline
ILKKM SG BULOH
 
Penggunaan Teknologi dalam Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemara...
Penggunaan Teknologi dalam Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemara...Penggunaan Teknologi dalam Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemara...
Penggunaan Teknologi dalam Pembersihan Kawasan Sungai Melaka Akibat Pencemara...
ILKKM SG BULOH
 
Tugasan CBA ekopelancongan penternakan rusa.
Tugasan CBA ekopelancongan penternakan rusa.Tugasan CBA ekopelancongan penternakan rusa.
Tugasan CBA ekopelancongan penternakan rusa.
ILKKM SG BULOH
 
Borang KAP Etika Alam Sekitar BMA pdf.
Borang KAP Etika Alam Sekitar BMA pdf.Borang KAP Etika Alam Sekitar BMA pdf.
Borang KAP Etika Alam Sekitar BMA pdf.
ILKKM SG BULOH
 
Borang kap etika as bma pdf.
Borang kap etika as bma pdf.Borang kap etika as bma pdf.
Borang kap etika as bma pdf.ILKKM SG BULOH
 
Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dalam kalangan Pelatih Kolej Sains ...
Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dalam kalangan Pelatih Kolej Sains ...Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dalam kalangan Pelatih Kolej Sains ...
Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam (BMA) dalam kalangan Pelatih Kolej Sains ...
ILKKM SG BULOH
 
Pengurusan Bencana dan Risiko Persekitaran (SKPS6163)
Pengurusan Bencana dan Risiko Persekitaran (SKPS6163)Pengurusan Bencana dan Risiko Persekitaran (SKPS6163)
Pengurusan Bencana dan Risiko Persekitaran (SKPS6163)
ILKKM SG BULOH
 
Ulasan Graf Penilaian Bencana Banjir
Ulasan Graf  Penilaian Bencana BanjirUlasan Graf  Penilaian Bencana Banjir
Ulasan Graf Penilaian Bencana Banjir
ILKKM SG BULOH
 
Malaria 2020
Malaria 2020Malaria 2020
Malaria 2020
ILKKM SG BULOH
 
KPKP 2214 Keracunan Makanan
KPKP 2214 Keracunan Makanan KPKP 2214 Keracunan Makanan
KPKP 2214 Keracunan Makanan
ILKKM SG BULOH
 
Typhoid dan Cholera 2020
Typhoid dan Cholera 2020Typhoid dan Cholera 2020
Typhoid dan Cholera 2020
ILKKM SG BULOH
 
Taklimat kokurikulum ilkkm sg buloh 2020
Taklimat kokurikulum ilkkm sg buloh 2020Taklimat kokurikulum ilkkm sg buloh 2020
Taklimat kokurikulum ilkkm sg buloh 2020
ILKKM SG BULOH
 
More from ILKKM SG BULOH (20)

Recently uploaded

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptxOBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
SLBPGRIPUNCU
 
Recently uploaded (7)

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptxOBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
 
KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR

  • 1. PENGURUSAN PERSEKITARAN BANDAR BINA KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU BANDAR SEBAGAI SATU HABITAT TEMPAT TINGGAL MANUSIA MEMERLUKAN RANGKA PENGURUSAN YANG HOLISTIK AGAR DAPAT MENJAMIN KEMAMPANAN PEMBANGUNANNYA. NAMA: MAZLAN BIN MANSOR – NO. MATRIK: P89060 KERANGKA TEORITIKAL BERKAITAN ISU KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR Kerangka Teoritikal Isu Kemampanan Pembangunan Bandar. 4. PENGURUSAN KEMAMPANAN PEMBANGUNAN BANDAR 1. HABITAT 2. SUMBER 3. TEKANAN PEMBANGUNAN Tabiat – Cross culture behavior Theory Pertumbuhan bilangan penduduk Perluasan kawasan (Akibat daripada permintaan guna tanah) Contoh: Perumahan, Institutsi, kemudahan awam dll. Penghijrahan penduduk melibatkan dari desa ke Bandar dan penghijrahan di peringkat antarabangsa sama ada secara sah ataupun sebagai pendatang haram Sumber sedia ada adalah terhad dan terbatas. Contonya Sumber tenaga (pakar/mahir//buruh), masa, kewangan, kesihatan, kemudahan asas (akibat daripada pencemaran) Akibatnya berlaku susut nilai, pengaigihan tidak seimbang, kemalangan, kerosakan, kecacatan, kemusnahan dan kerugian. Pertumbuhan yang drastik di bandar Kesan yang negatif dripada pertumbuhan penduduk persekitaran Kadar pertumbuhan dan keupayaan bandar mengakibatkan kesesakan lalulintas, bilangan kenderaan meningkat, peningkatan kos sara hidup, pencemaran alam sekitar. Pecemaran alam sekitar – Contohnya, pencemaran bunyi, udara dan air. Masalah buangan sampah / sisa toksik, masalah pembentungan, saliran peparitan, masalah lanskap, kawasan lapang, rekreasi,dan zon pemampanan. Masalah sosial meningkat mengakibatkan berlaku gejala lepak, peningkatan kes penceraian, keganasan rumahtangga, sumbang mahram dsb. Isu pengurusan – Persekitaran sosial budaya,persekitaran ekonomi, persekitaran fizikal, persekitaran pengangkutan dan perhubungan a. Persekitaran sosial budaya – Melibatkan kehidupan dan tingkah laku manusia sebagai kumpulan sasar contohnya, perumahan, kedudukan dan penduduk. b. Persekitaran ekonomi – Akibat daripada pertambahan dan kegiatan aktiviti ekonomi contohnya, kegitan pertanian, perdagangan dan industri. c. Persekitaran fizikal – melibatkan objek-objek kebendaan yang dilihat dengan mata kasar contohnya, pembahagian guna tanah untuk kepentingan orang awam. d. Persekitaran pengangkutan dan perhubungan – melibatkan aspek pengurusan peningkatan pengangkutan, pengurusan lalulintas, pengurusan infrastruktur, utiliti dan alam sekitar. PENGURUSAN HOLISTIK  Kawalan perancangan pembangunan - perundangan / penguatkuasaan, organisasi pentadbiran dan mekanisme.  Kawalan dan perancangan persekitaran bandar – memenuhi kehendak masyarakat segi keselesaan dan keselamatan  Strategi pembangunan – pelan induk perancangan guna tanah.  Sistem penyampaian / komunikasi yang efektif KEMAMPANAN EKONOMI KEMAMPANAN PERSEKITARAN KEMAMPANAN KOMUNITI KEMAMPANAN GUNA TANAH / SUMBER ASLI KEMAMPANAN INFRASTRUKTUR DAN PENGANGKUTAN KEMAMPANAN URUS TADBIR Tindakbalas
  • 2. Antara definisi ‘bandar’ yang berdasarkan kriteria-kriteria tertentu dikemukakan seperti berikut: (i) Berdasarkan saiz penduduk, umpamanya Malaysia dengan jumlah minimum penduduknya 10,000 orang (Malaysia: Banci Penduduk dan Perumahan: 1970), Amerika Syarikat sejumlah 2,500 orang (Knowles & Wareing: 1976), Peranchis 2,000 orang, India 5,000 orang, Denmark 250 orang, Netherlands 20,000 orang dan Jepun 30,000 orang. (ii) Berdasarkan kepadatan penduduk minimum, umpamanya India menganggap sesebuah kawasan itu sebagai bandar, jika bilangan penduduk melebihi 5,000 orang atau kepadatannya melebihi 386 orang bagi setiap kilometer persegi (Knowles & Wareing: 1976). (iii) Berdasarkan penggunaan tanah dan fungsi bandar, umpamanya ruang tanah yang digunakan untuk aktiviti bukan pertanian di samping berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, perniagaan, pendidikan dan kebudayaan (Gerald Breese, 1966). (iv) Berdasarkan definisi formal seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan sesebuah negara termasuk sempadan pentadbiran tertentu (O’Connor: 1980). Daripada kriteria-kriteria di atas dapat difahami bahawa konsep `perbandaran’ didefinisikan dengan berdasarkan bilangan penduduk sesebuah bandar. Kebiasaannya bilangan penduduk sesebuah bandar akan bertambah dengan lebih pesat jika dibandingkan dengan bilangan penduduk di kawasan luar bandar. Oleh itu ‘proses perbandaran’ mengikut konteks perbincangan ini merupakan asas di dalam proses pertambahan dan peningkatan yang bukan sahaja melibatkan aspek penduduk semata-mata. Tetapi yang sebenarnya melibatkan aspek-aspek lain yang sehubungannya termasuk ekonomi, rangkaian pengangkutan, infrastruktur, penggunaan tanah, lanskap budaya dan fizikal serta pembangunan bandar secara keseluruhannya. Malaysia mengalami proses perbandaran yang pesat sejak tahun 1970-an lagi dan malah menjadi negara yang terpesat membangun di Asia Tenggara dalam tahun 1980-an. Pertumbuhan yang pesat ini disebabkan perkembangan sektor ekonomi bandar di bawah dasar dan strategi pembangunan negara selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (Malaysia; 1971). Dengan kepesatan proses perbandaran yang sebelum ini berlaku di negara-negara barat tetapi kini sedang berulang di negara-negara membangun (Leonard Reissman: 1964) walaupun mengikut tempoh dan tempat yang berbeza, tetapi di Malaysia ternyata kesannya amat mendadak dalam perolehan kualiti hidup sosial yang seimbang di kalangan masyarakat bandar, khasnya bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu dan Georgetown. Tidak mustahil dalam beberapa tahun yang mendatang, isu perbandaran dan kualiti hidup sosial akan menjalar dan merebak dengan cepatnya di bandar-bandar lain seperti Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu jika langkahlangkah pengawalan dan pengurusan kualiti hidup masyarakat bandar tidak dirancang dengan baik dan bersepadu.
  • 3. Antara isu-isu perbandaran dan kualiti hidup sosial yang dihadapi di kalangan penduduk bandar sejak kebelakangan ini diringkasnya sebagaimana berikut: i) Isu Kesesakan Lalulintas Bandar-bandar di Malaysia kini sedang mengalami proses perbandaran yang pesat dengan melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi, pergerakan barangan dan manusia serta jalinan rangkaian pengangkutan jalan raya yang bertambah kompleks. Tumpuan pembangunan dan proses perbandaran yang tidak terkawal serta keadaan sistem perbandaran yang tidak tersusun pada peringkat awalnya telah menyebabkan berlakunya pelbagai permasalahan dan isu pengangkutan di kebanyakan bandar utama dewasa ini. Pembangunan yang pesat bererti keluasan kawasan bandar menjadi bertambah ‘sempit’. Ditambah pula dengan sebahagian daripada kawasan pusat bandar yang kebanyakannya dijadikan kawasan kediaman, terutama di rumah-rumah kedai dua tingkat yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua dengan dihubungi oleh lorong-lorong sempit telah menyebabkan laluan kenderaan bertambah sesak dan padat. Bagi setengah kawasan yang lain pula terdapat percanggahan penggunaan tanah dengan ditempatkan kawasan-kawasan industri di kawasan kediaman dan perniagaan di pusat-pusat bandar. Kedudukan bangunan-bangunan peninggalan sejarah sebelum perang yang berdekatan dengan laluan loronglorong yang sempit menyebabkan kerja-kerja untuk melebarkan jalan raya tidak dapat dilaksanakan. Keadaan ini dijangka menjadi bertambah buruk lagi pada masa akan datang dengan bertambahnya jumlah kenderaan sama ada persendirian, awam atau pengangkutan barangan dengan melibatkan pelbagai mod pengangkutan yang akhirnya membawa banyak masalah kesesakan lalulintas bukan saja di pusat bandar, tetapi juga di jalan-jalan utama yang sudahpun melebihi had isipadunya terutama pada waktu-waktu kemuncak. Di samping itu, terdapat juga masalah ketidakcukupan ruang meletak kenderaan dan ketidakcukupan rangkaian jalan raya disebabkan peningkatan yang pesat dalam pemilikan kenderaan persendirian. Selain daripada itu, terdapat pelbagai isu pengangkutan yang lain terutama kemalangan jalan raya, kelewatan, ketidakselesaan perjalanan, jarak perjalanan yang jauh, konflik dan kekurangan dalam penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam akibat daripada ketidaksempurnaan perkhidmatannya. Keperluan terhadap pelbagai perkhidmatan dan pekerjaan telah menarik ramai pekerja dan orang ramai berulang alik dan berkunjung ke pusat bandar dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan. Dengan ini secara tidak langsung, masalah kesesakan lalu lintas tidak dapat dihindarkan di pusat bandar dan di jalan-jalan utama yang menghala ke pusat bandar terutama pada waktu-waktu kemuncak di samping kesibukan waktu masuk dan pulang dari sekolah yang pada keseluruhannya tidak memberi keselesaan dan jaminan kualiti penghidupan yang baik di kalangan penghuni bandar. ii) Isu Penyediaan Kemudahan Asas Proses perbandaran yang pesat secara langsungnya membawa kepada peningkatan bilangan penduduk disebabkan penghijrahan dan pertumbuhan semula jadi (Mc Gee: 1970) terutama di bandar-bandar utama di Malaysia. Dengan ini permintaan terhadap keperluan kemudahan asas turut meningkat terutama keperluan kediaman, bekalan air bersih, bekalan elektrik, sistem pembuangan najis, sampah sarap, perparitan, kemudahan kesihatan, ibadah, pendidikan, rekreasi dan sebagainya. Walaupun disediakan peruntukan yang besar, tetapi keperluan masih belum mencukupi. Dalam banyak kes di kawasan-kawasan yang padat dengan penduduk sering terputus bekalan elektrik, terputus bekalan air bersih yang kemudiannya terpaksa menggunakan pili
  • 4. bomba, sering berlaku banjir kilat, tempat air bertakung, sistem perparitan, pembuangan najis dan sampah sarap yang tidak efisien menyebabkan keadaan persekitaran yang daif, tidak selesa dan tidak selamat untuk didiami. (iii) Isu Penghijrahan Penduduk Masalah dan isu penghijrahan penduduk di negara ini merupakan isu yang berterusan sejak dahulu hingga sekarang. Penghijrahan penduduk di Malaysia bukan saja melibatkan dari desa ke bandar tetapi sejak kebelakangan ini melibatkan penghijrahan di peringkat antarabangsa sama ada secara sah ataupun sebagai pendatang haram. Kehadiran para penghijrah ke bandar dalam pelbagai bangsa, budaya, adat resam dan status pendidikan akan menambahkan lagi bebanan dengan kesulitan yang ada di kawasan-kawasan bandar yang akhirnya terdedah pula kepada pelbagai gejala sosial yang lain. Ini akan menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam di kalangan penduduk setempat. (iv) Isu Kemiskinan Isu kemiskinan masyarakat bandar mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan isu penyediaan kemudahan asas dan juga isu penghijrahan penduduk. Rata-rata penduduk miskin berada di kawasan yang kurang selesa dan tidak mendapat kemudahan asas yang cukup dan kebanyakannya merupakan penghijrah yang datang dari pelbagai destinasi. Isu ini akan menimbulkan pelbagai gejala lain termasuk penyakit berjangkit, kebakaran, banjir dan kekotoran yang melampau. (v) Isu Perumahan Isu perumahan juga merupakan masalah yang berterusan tanpa penyelesaian yang konkrit di kawasan-kawasan bandar. Disebabkan faktor kemiskinan, sesetengah penghuni bandar tidak mampu dan tidak berupaya untuk memiliki rumah walaupun ditawarkan dengan harga yang termurah. Pilihan terakhir bagi mereka adalah untuk kekal menetap di kawasan setinggan walaupun terpaksa berpindah berkali-kali disebabkan kawasan yang didiami mereka diambilalih oleh pihak berkuasa. (vi) Isu-Isu Lain Yang Berkaitan Pelbagai isu yang berkaitan timbul dan saling kait mengait di antara satu sama lain yang melibatkan kualiti hidup penduduk bandar yang terjejas daripada kepesatan proses perbandaran. Antaranya termasuk isu pengasingan kawasan kediaman mengikut ras dan status sosio-ekonomi, isu pencemaran alam sekitar, pengangguran, isu keruntuhan akhlak, isu jenayah dan gangterism serta isu keciciran di kalangan anak-anak penghuni bandar yang sepatutnya menjadi pengganti kepada generasi akan datang. Daripada kesemua isu yang telah dikenalpasti di atas pastinya memerlukan tindakan dan langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengekalkan prestasi dan memperbaiki kelemahan yang ada untuk tempoh jangka pendek ataupun jangka panjang bagi memenuhi keperluan kualiti hidup sosial masyarakat bandar dalam arus pembangunan negara di Malaysia.