 Wan Nurul Hafizah
 Nur Azreen
 Mohd Kamil Arif ‘fizo omar’
Bil. Tajuk Slide
2.1 Instisusi Pemerintahan
2.1.1 Raja / Maharaja (China & Rusia)
2.1.1.1 Menghuraikan kedudukan & peranan Maharaja
China
2.1.1.2 Menghuraikan kedudukan & peranan Raja Russia
• Di negara China, kewujudan sistem maharaja dikatakan
bermula sejak zaman Dinasti Hsia yang dianggap sebagai
dinasti pertama dan berkekalan sehingga tahun 1911. Antara
dinasti yang wujud lanjutan daripada Dinasti Hsia ialah Dinasti
Shang (1750 SM), Dinasti Chin, Dinasti Sung, Dinasti Sui, Dinasti
Tang, Dinasti Ming dan Dinasti Ching (Manchu).
• Pemerintahan bercorak maharaja di negara China berakhir
dengan berlakunya Revolusi pada tahun 1911. Sehubungan
itu, walau sekerap mana sekalipun penggantian dinasti
berlaku namun kedudukan maharaja sebagai pemerintah
tertinggi tetap terpelihara. Maharaja kekal kedudukannya
sebagai tonggak terpenting dalam kerajaan selagi berupaya
mengekalkan mandat dari syurga. Maharaja China
menjalankan pelbagai peranan dalam memperkukuhkan
kedudukannya sebagai pemerintah di negara China sehingga
kejatuhan Dinasti Manchu pada 1911.
• Sistem pemerintah Rusia telah mengamalkan Sistem Pemerintahan
Beraja bermula tahun 1547 sehingga tahun 1917.
• Sistem pemerintahan Rusia adalah diwarisi daripada sistem
pemerintahan empayar Byzantine selepas berlakunya perkahwinan
Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang terakhir iaitu Sophia
pada tahun 1469.
• Sistem pemerintahan di Rusia menggunakan konsep caesaropapism
iaitu konsep gabungan unsur keagamaan dan politik yang
mengkehendaki rakyat taat setia kepada pemeriantah Rusia.
• Gelaran raja/maharaja Rusia dikenali sebagai Tsar sempena gelaran
Caesar yang diguna pakai oleh pemerintah empayar Byzantine.
• Ivan IV merupakan raja pertama yang menggunakan gelaran Tsar
dan penggunaannya berakhir dengan Dinasti Ramanov pada tahun
1917.
• Pada abad ke 16 hingga abad ke-20, pemerintahan beraja di Rusia di
bawah Dinasti Romanov iaitu bermula dengan Michael Ramanov
(1613-1645), Peter The Great (1682-1725), Catherine I (1725-1727), Tzar
Alexander I (1801-1825), Tzar Nicholas I (1825-1855), Tzar Alexander II
(1855-1881), dan Tzar Nicholas II (1894-1917).
• Dalam susun lapis masyarakat, maharaja berada pada kedudukan
tertinggi .
• Maharaja membahagikan negara China kepada dua bahagian,
iaitu kerajaan pusat dan kerajaan wilayah.
• Bagi membantu maharaja di peringkat pusat, golongan sarjana
yang berpendidikan dan lulus peperiksaan awam dalam ajaran
Confucius bertanggungjawab membantu dalam menggubal dasar-
dasar awam kepada peringkat bawahan.
• Di peringkat wilayah pula, pentadbiran lam
dipertanggungjawabkan kepada golongan warlord atau
hulubalang.
• Golongan ini membentuk pentadbiran sendiri di peringkat wilayah.
• Jarak yang jauh di antara peringkat pusat dan wilayah,
memudahkan mereka membentuk sistem pencukaian, tentera dan
pentadbiran sendiri.
• Ajaran Confucius membentuk satu aliran falsafah yang utama di
China dan seterusnya menjadi asas kepada kebudayaan
masyarakat tempatan di negara berkenaan sehingga kedatangan
orang-orang Barat.
1. Kedudukan Tertinggi
• Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia,
Tsar mempunyai kedudukan tertinggi dalam
struktur masyarakat. Rakyat perlu taat dan
memandang mulia kepada Tsar. Tsar
merupakan ketua dalam setiap bidang
pemerintahan di Rusia. Tsar berkuasa
membuat segala keputusan yang akan
dilaksanakan di Rusia dan segala perintah Tsar
rakyat tidak boleh membantah.
2.Berkuasa mutlak
• Sebelum Revolusi Rusia 1917, Rusia mempratikkan
pemerintahan bercorak autokratik. Pada tahun 1547,
Ivan IV yang lebih dikenali sebagai ”Ivan yang ganas”
telah memerintah Rusia dengan menggunakan kuasa
mutlak. Beliau telah bertindak mengisytiharkan kanun
undang-undang baharu pada tahun 1550, menubuhkan
badan perwakilan feudal (Zemskii Sabor) pertama di
Rusia dan berjaya melemahkan kedudukan orang Tartar
di Rusia dengan menguasai Kazan (1552) dan Astrakhan
(1556). Begitu juga dengan pemerintahan Tsar IV Nikolai
II (1894-1917) mempunyai kuasa mutlak dalam
menentukan keputusan pentadbiran serta hal-ehwal
kerajaan.
3. Hak Istimewa
• Maharaja Rusia seperti maharaja lain di dunia
mempunyai hak istimewa dalam masyarakat seperti
kekebalan dari segi undang-undang dan diberi
pelbagai kemudahan istimewa. Segala kata Tsar
akan dirujuk dan dianggap sebagai undang-
undang.
1. Politik
• Dalam sistem pemerintahan Maharaja merupakan ketua
pemerintah tertinggi negara yang berkuasa mutlak.
• berkuasa penuh dalam semua aspek yang merangkumi
politik, ekonomi dan sosial.
• Segala perintah maharaja rakyat tidak boleh engkar dan
jika engkar rakyat boleh dijatuhkan hukuman yang berat.
• Maharaja China juga sebagai ketua perundangan,
eksekutif, & kehakiman.
• Untuk melicinkan pentadbiran Maharaja dibantu oleh
Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi.
• Terdapat 6 orang pembesar kanan.
• Maharaja juga menubuhkan jabatan khas iaitu Jabatan
Penapis sebagai mata dan telinga dan maharaja.
• Maharaja China mempunyai peranan yang sangat besar
dalam urusan melantik golongan pembesar sama ada di
peringkat pusat atau wilayah.
• Golongan pembesar yang akan dilantik oleh maharaja ini
perlu lulus dalam peperiksaan awam China yang
diadakan diperingkat pusat, wilayah dan kampung.
• Maharaja perlu melantik golongan pembesar yang
benar-benar boleh menjalankan tugas mereka kerana
kuat atau lemah seseorang maharaja itu bergantung
kepada mereka.
• Golongan pembesar ini dianggap sebagai tulang
belakang atau tiang kerajaan untuk menunjukkan betapa
pentingnya golongan ini.
• Mereka akan membantu maharaja dalam pemerintahan
sama ada diperingkat pusat atau wilayah.
• Maharaja China juga berperanan dalam
pengubalan undang-undang yang akan digunakan
di negara China.
• Setiap arahan atau kata maharaja akan menjadi
undang-undang. Kedudukan maharaja adalah
mengatasi undang-undang.
• Sistem perundangan yang digubal akan memastikan
kedudukan maharaja terjamin sebagai pemerintah
berkuasa mutlak dan untuk memastikan negara
sentiasa aman dan selamat.
• Maharaja juga menjatuhkan hukuman termasuk
hukuman bunuh.
• Maharaja adalah sebagai ketua tentera dan
bertanggungjawab menjaga keamanan dan
ketenteraman negara serta rakyat.
• Baginda akan dibantu oleh golongan pembesar
yang bertanggungjawab dalam bidang
keselamatan terutama golongan bangsawan
perang dan anggota tentera.
2. Ekonomi
• Maharaja perlu memastikan ekonomi negara China
sentiasa berkembang dan mampu memenuhi
keperluan dalam negara iaitu sesuai dengan
pengamalan dasar tutup pintunya.
• Maharaja menguasai semua hasil ekonomi negara,
menentukan dan menguasai semua sistem
pungutan cukai negara, terlibat dalam kegiatan
perdagangan, menaungi perdagangan Asia
Tenggara dalam perdagangan ufti, menentukan
sistem sukatan dan timbangan dan sebagainya.
3. Sosial
• Maharaja China juga merupakan ketua agama
yang diamalkan di negara China seperti Buddha,
Toisme & Confucius.
• Baginda bertanggungjawab memastikan rakyatnya
sentiasa mematuhi pengamalan agama yang
dianuti di China dan memastikan kepercayaan
agama mereka tidak dicemari oleh pengaruh luar
seperti agama Kristian.
• Maharaja juga bertanggungjwab untuk memastikan
setiap adat istiadat diraja dan adat resam dipatuhi
setiap masa seperti adat kow-tow iaitu adat bersujud
dihadapan maharaja sebanyak 9 kali tanpa boleh
melihat wajah maharajanya.
• Adat ini mesti dilakukan oleh rakyat tempatan atau
orang asing yang ingin mengadap maharaja.
• Maharaja juga perlu memastikan alat-alat kebesaran
diraja sentiasa dijaga seperti lambang naga yang
hanya boleh dipakai oleh Maharaja dan kerabat
diraja sahaja
• Maharaja bertanggungjawab untuk menjadikan
istana sebagai pusat perkembangan ilmu.
• Oleh itu istana telah dijadikan sebagai pusat
peperiksaan awam kerajaan China untuk memilih
kakitangan awam bagi menjawat jawatan tertinggi
negara.
1. Ketua Negara
o Maharaja Rusia berperanan sebagai ketua negara
atau ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam
pentadbiran.
o Baginda berkuasa dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial seperti mana zaman pemerintahan Tzar
Nicholas II.
2. Dasar Luar
o Tsar Rusia berkuasa dalam menentukan hubungan
luar negeri/hubungan diplomatik.
o Maharaja Rusia telah menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara-negara Eropah Barat
termasuk Jerman untuk melatih ketenteraan Rusia.
o Tsar Alexander I (1801-1825) telah menandatangani
satu perjanjian dengan Napoleon pada tahun 1807
iaitu Rusia bebas menjalankan dasar menakluki Turki
dan berjaya merampas wilayah Bessarabia pada
tahun 1812.
3. Melantik Menteri
o Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar juga
mempunyai kuasa melantik menteri bagi mengukuhkan
kedudukannya.
o Selain itu baginda juga berkuasa untuk memecat menteri
yang dianggap menentangnya dalam pemerintahan.
o Contohnya semasa pemerintahan Tsar Nicholas II.
o Tsar akan memilih dan melantik menterinya yang benar-
benar boleh dipercayai dan mampu mentadbir kerajaan.
o Menteri diibarat sebagai tulang belakang atau penyokong
kuat kerajaan.
o Kuat atau lemah seseorang Tsar itu bergantung kepada
golongan menteri ini.
4. Bertanggungjawab
menjaga keamanan
o Pemerintahan Rusia bertanggungjawab untuk
memulih, menjaga keamanan dan keselamatan
seluruh negara Rusia daripada ancaman musuh.
o Pemerintah Michael Ramanov telah berjaya
mempertahankan Rusia daripada pencerobohan
asing dengan menjadikan beberapa buah bandar
yang berkubu di selatan untuk menentang Tartar
dan Turki.
5. Mengetuai
ketenteraan
o Dasar perluasan wilayah juga mendorong pemerintah Rusia
mengawal ketenteraan.
o Oleh sebab Rusia sering terancam telah menyebabkan
pemerintah Rusia memperkuatkan tenteranya seperti mana
yang dilakukan oleh Peter The Great.
o Peter teleh menambah peruntukan ketenteraan sebanyak
2.3 juta rouble pada tahun 1701 kepada 32 juta rouble pada
tahun 1710.
o Peter juga memastikan peruntukkan perbelanjaan pusat
memberi keutamaan kepada pertahanan negara Rusia.
o Begitu juga dengan pemerintah Yekaterina Agung (1762-
1796) yang meluaskan kuasanya ke Poland-Lithuana dan di
selatan memerangi wilayah empayar Uthmaniyyah.
o Alexander II (1855-1881) yang telah memodenkan tentera
Rusia berjaya membebaskan Bulgaria daripada
pemerintahan Uthmaniyyah dalam Perang Rusia-Turki (1877-
1898).
6. Mengetuai bidang
ekonomi
o Pemerintah Rusia juga bertanggungjawab memajukan ekonomi
supaya negara bertambah kukuh dan stabil.
o Kesungguhan pemerintah Rusia dalam memajukan ekonomi dapat
dilihat semasa pemerintahan Peter The Great, Tzar Alexander II dan
Tzar Nicholas II.
o Semasa Peter The Great, beliau telah menggalakkan
pembangunan industri perkilangan membuat senjata, peralatan
tentera, pembuatan makanan, sektor pembuatan seperti tekstil,
kertas, kaca dan barangan kulit. Industri besi dan keluli juga
dimajukan di Ural sehingga Rusia boleh muncul sebagai pembekal
besi utama untuk pasaran Eropah pada abad ke-18.
• Tzar Alexander II pula membangunkan sistem pengangkutan kereta
api bagi memajukan lagi sektor industri di Rusia.
• Begitu juga pemerintah Tzar Nicholas II turut memberi tumpuan
kepada kemajuan pengangkutan kereta api kerana ia menjadi
kunci kepada pembangunan ekonomi Rusia.
7. Sebagai ketua
agama Kristian
o Pemerintah Rusia juga berperanan sebagai ketua agama
dan bertanggungjawab memperkukuhkan serta
menyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks.
o Pemerintah Rusia perlu memastikan rakyatnya sentiasa
mematuhi pengamalan agama.
o Sebagai contoh pemerintah Peter The Great telah
memberikan tawaran kemewahan dan kebendaan serta
ada yang diugut yang mana tanah mereka akan dirampas
jika tidak menukar agama.
o Bagi menjayakan hasratnya juga, beliau telah mengarahkan
mubaligh Kristian mempelajari bahasa masyarakat tempatan,
menterjemahkan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan dan
menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang
menjadi sasaran pemerintah.
Institusi pemerintahan

Institusi pemerintahan

  • 1.
     Wan NurulHafizah  Nur Azreen  Mohd Kamil Arif ‘fizo omar’
  • 2.
    Bil. Tajuk Slide 2.1Instisusi Pemerintahan 2.1.1 Raja / Maharaja (China & Rusia) 2.1.1.1 Menghuraikan kedudukan & peranan Maharaja China 2.1.1.2 Menghuraikan kedudukan & peranan Raja Russia
  • 3.
    • Di negaraChina, kewujudan sistem maharaja dikatakan bermula sejak zaman Dinasti Hsia yang dianggap sebagai dinasti pertama dan berkekalan sehingga tahun 1911. Antara dinasti yang wujud lanjutan daripada Dinasti Hsia ialah Dinasti Shang (1750 SM), Dinasti Chin, Dinasti Sung, Dinasti Sui, Dinasti Tang, Dinasti Ming dan Dinasti Ching (Manchu). • Pemerintahan bercorak maharaja di negara China berakhir dengan berlakunya Revolusi pada tahun 1911. Sehubungan itu, walau sekerap mana sekalipun penggantian dinasti berlaku namun kedudukan maharaja sebagai pemerintah tertinggi tetap terpelihara. Maharaja kekal kedudukannya sebagai tonggak terpenting dalam kerajaan selagi berupaya mengekalkan mandat dari syurga. Maharaja China menjalankan pelbagai peranan dalam memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemerintah di negara China sehingga kejatuhan Dinasti Manchu pada 1911.
  • 4.
    • Sistem pemerintahRusia telah mengamalkan Sistem Pemerintahan Beraja bermula tahun 1547 sehingga tahun 1917. • Sistem pemerintahan Rusia adalah diwarisi daripada sistem pemerintahan empayar Byzantine selepas berlakunya perkahwinan Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang terakhir iaitu Sophia pada tahun 1469. • Sistem pemerintahan di Rusia menggunakan konsep caesaropapism iaitu konsep gabungan unsur keagamaan dan politik yang mengkehendaki rakyat taat setia kepada pemeriantah Rusia. • Gelaran raja/maharaja Rusia dikenali sebagai Tsar sempena gelaran Caesar yang diguna pakai oleh pemerintah empayar Byzantine. • Ivan IV merupakan raja pertama yang menggunakan gelaran Tsar dan penggunaannya berakhir dengan Dinasti Ramanov pada tahun 1917. • Pada abad ke 16 hingga abad ke-20, pemerintahan beraja di Rusia di bawah Dinasti Romanov iaitu bermula dengan Michael Ramanov (1613-1645), Peter The Great (1682-1725), Catherine I (1725-1727), Tzar Alexander I (1801-1825), Tzar Nicholas I (1825-1855), Tzar Alexander II (1855-1881), dan Tzar Nicholas II (1894-1917).
  • 5.
    • Dalam susunlapis masyarakat, maharaja berada pada kedudukan tertinggi . • Maharaja membahagikan negara China kepada dua bahagian, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan wilayah. • Bagi membantu maharaja di peringkat pusat, golongan sarjana yang berpendidikan dan lulus peperiksaan awam dalam ajaran Confucius bertanggungjawab membantu dalam menggubal dasar- dasar awam kepada peringkat bawahan. • Di peringkat wilayah pula, pentadbiran lam dipertanggungjawabkan kepada golongan warlord atau hulubalang. • Golongan ini membentuk pentadbiran sendiri di peringkat wilayah. • Jarak yang jauh di antara peringkat pusat dan wilayah, memudahkan mereka membentuk sistem pencukaian, tentera dan pentadbiran sendiri. • Ajaran Confucius membentuk satu aliran falsafah yang utama di China dan seterusnya menjadi asas kepada kebudayaan masyarakat tempatan di negara berkenaan sehingga kedatangan orang-orang Barat.
  • 6.
    1. Kedudukan Tertinggi •Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur masyarakat. Rakyat perlu taat dan memandang mulia kepada Tsar. Tsar merupakan ketua dalam setiap bidang pemerintahan di Rusia. Tsar berkuasa membuat segala keputusan yang akan dilaksanakan di Rusia dan segala perintah Tsar rakyat tidak boleh membantah.
  • 7.
    2.Berkuasa mutlak • SebelumRevolusi Rusia 1917, Rusia mempratikkan pemerintahan bercorak autokratik. Pada tahun 1547, Ivan IV yang lebih dikenali sebagai ”Ivan yang ganas” telah memerintah Rusia dengan menggunakan kuasa mutlak. Beliau telah bertindak mengisytiharkan kanun undang-undang baharu pada tahun 1550, menubuhkan badan perwakilan feudal (Zemskii Sabor) pertama di Rusia dan berjaya melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia dengan menguasai Kazan (1552) dan Astrakhan (1556). Begitu juga dengan pemerintahan Tsar IV Nikolai II (1894-1917) mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan keputusan pentadbiran serta hal-ehwal kerajaan.
  • 8.
    3. Hak Istimewa •Maharaja Rusia seperti maharaja lain di dunia mempunyai hak istimewa dalam masyarakat seperti kekebalan dari segi undang-undang dan diberi pelbagai kemudahan istimewa. Segala kata Tsar akan dirujuk dan dianggap sebagai undang- undang.
  • 9.
  • 10.
    • Dalam sistempemerintahan Maharaja merupakan ketua pemerintah tertinggi negara yang berkuasa mutlak. • berkuasa penuh dalam semua aspek yang merangkumi politik, ekonomi dan sosial. • Segala perintah maharaja rakyat tidak boleh engkar dan jika engkar rakyat boleh dijatuhkan hukuman yang berat. • Maharaja China juga sebagai ketua perundangan, eksekutif, & kehakiman. • Untuk melicinkan pentadbiran Maharaja dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi. • Terdapat 6 orang pembesar kanan. • Maharaja juga menubuhkan jabatan khas iaitu Jabatan Penapis sebagai mata dan telinga dan maharaja.
  • 11.
    • Maharaja Chinamempunyai peranan yang sangat besar dalam urusan melantik golongan pembesar sama ada di peringkat pusat atau wilayah. • Golongan pembesar yang akan dilantik oleh maharaja ini perlu lulus dalam peperiksaan awam China yang diadakan diperingkat pusat, wilayah dan kampung. • Maharaja perlu melantik golongan pembesar yang benar-benar boleh menjalankan tugas mereka kerana kuat atau lemah seseorang maharaja itu bergantung kepada mereka. • Golongan pembesar ini dianggap sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan untuk menunjukkan betapa pentingnya golongan ini. • Mereka akan membantu maharaja dalam pemerintahan sama ada diperingkat pusat atau wilayah.
  • 12.
    • Maharaja Chinajuga berperanan dalam pengubalan undang-undang yang akan digunakan di negara China. • Setiap arahan atau kata maharaja akan menjadi undang-undang. Kedudukan maharaja adalah mengatasi undang-undang. • Sistem perundangan yang digubal akan memastikan kedudukan maharaja terjamin sebagai pemerintah berkuasa mutlak dan untuk memastikan negara sentiasa aman dan selamat. • Maharaja juga menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh.
  • 13.
    • Maharaja adalahsebagai ketua tentera dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman negara serta rakyat. • Baginda akan dibantu oleh golongan pembesar yang bertanggungjawab dalam bidang keselamatan terutama golongan bangsawan perang dan anggota tentera.
  • 14.
  • 15.
    • Maharaja perlumemastikan ekonomi negara China sentiasa berkembang dan mampu memenuhi keperluan dalam negara iaitu sesuai dengan pengamalan dasar tutup pintunya. • Maharaja menguasai semua hasil ekonomi negara, menentukan dan menguasai semua sistem pungutan cukai negara, terlibat dalam kegiatan perdagangan, menaungi perdagangan Asia Tenggara dalam perdagangan ufti, menentukan sistem sukatan dan timbangan dan sebagainya.
  • 16.
  • 17.
    • Maharaja Chinajuga merupakan ketua agama yang diamalkan di negara China seperti Buddha, Toisme & Confucius. • Baginda bertanggungjawab memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama yang dianuti di China dan memastikan kepercayaan agama mereka tidak dicemari oleh pengaruh luar seperti agama Kristian.
  • 18.
    • Maharaja jugabertanggungjwab untuk memastikan setiap adat istiadat diraja dan adat resam dipatuhi setiap masa seperti adat kow-tow iaitu adat bersujud dihadapan maharaja sebanyak 9 kali tanpa boleh melihat wajah maharajanya. • Adat ini mesti dilakukan oleh rakyat tempatan atau orang asing yang ingin mengadap maharaja. • Maharaja juga perlu memastikan alat-alat kebesaran diraja sentiasa dijaga seperti lambang naga yang hanya boleh dipakai oleh Maharaja dan kerabat diraja sahaja
  • 19.
    • Maharaja bertanggungjawabuntuk menjadikan istana sebagai pusat perkembangan ilmu. • Oleh itu istana telah dijadikan sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan China untuk memilih kakitangan awam bagi menjawat jawatan tertinggi negara.
  • 20.
  • 21.
    o Maharaja Rusiaberperanan sebagai ketua negara atau ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pentadbiran. o Baginda berkuasa dalam bidang politik, ekonomi dan sosial seperti mana zaman pemerintahan Tzar Nicholas II.
  • 22.
  • 23.
    o Tsar Rusiaberkuasa dalam menentukan hubungan luar negeri/hubungan diplomatik. o Maharaja Rusia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Eropah Barat termasuk Jerman untuk melatih ketenteraan Rusia. o Tsar Alexander I (1801-1825) telah menandatangani satu perjanjian dengan Napoleon pada tahun 1807 iaitu Rusia bebas menjalankan dasar menakluki Turki dan berjaya merampas wilayah Bessarabia pada tahun 1812.
  • 24.
  • 25.
    o Dalam sistempemerintahan beraja di Rusia, Tsar juga mempunyai kuasa melantik menteri bagi mengukuhkan kedudukannya. o Selain itu baginda juga berkuasa untuk memecat menteri yang dianggap menentangnya dalam pemerintahan. o Contohnya semasa pemerintahan Tsar Nicholas II. o Tsar akan memilih dan melantik menterinya yang benar- benar boleh dipercayai dan mampu mentadbir kerajaan. o Menteri diibarat sebagai tulang belakang atau penyokong kuat kerajaan. o Kuat atau lemah seseorang Tsar itu bergantung kepada golongan menteri ini.
  • 26.
  • 27.
    o Pemerintahan Rusiabertanggungjawab untuk memulih, menjaga keamanan dan keselamatan seluruh negara Rusia daripada ancaman musuh. o Pemerintah Michael Ramanov telah berjaya mempertahankan Rusia daripada pencerobohan asing dengan menjadikan beberapa buah bandar yang berkubu di selatan untuk menentang Tartar dan Turki.
  • 28.
  • 29.
    o Dasar perluasanwilayah juga mendorong pemerintah Rusia mengawal ketenteraan. o Oleh sebab Rusia sering terancam telah menyebabkan pemerintah Rusia memperkuatkan tenteranya seperti mana yang dilakukan oleh Peter The Great. o Peter teleh menambah peruntukan ketenteraan sebanyak 2.3 juta rouble pada tahun 1701 kepada 32 juta rouble pada tahun 1710. o Peter juga memastikan peruntukkan perbelanjaan pusat memberi keutamaan kepada pertahanan negara Rusia. o Begitu juga dengan pemerintah Yekaterina Agung (1762- 1796) yang meluaskan kuasanya ke Poland-Lithuana dan di selatan memerangi wilayah empayar Uthmaniyyah. o Alexander II (1855-1881) yang telah memodenkan tentera Rusia berjaya membebaskan Bulgaria daripada pemerintahan Uthmaniyyah dalam Perang Rusia-Turki (1877- 1898).
  • 30.
  • 31.
    o Pemerintah Rusiajuga bertanggungjawab memajukan ekonomi supaya negara bertambah kukuh dan stabil. o Kesungguhan pemerintah Rusia dalam memajukan ekonomi dapat dilihat semasa pemerintahan Peter The Great, Tzar Alexander II dan Tzar Nicholas II. o Semasa Peter The Great, beliau telah menggalakkan pembangunan industri perkilangan membuat senjata, peralatan tentera, pembuatan makanan, sektor pembuatan seperti tekstil, kertas, kaca dan barangan kulit. Industri besi dan keluli juga dimajukan di Ural sehingga Rusia boleh muncul sebagai pembekal besi utama untuk pasaran Eropah pada abad ke-18. • Tzar Alexander II pula membangunkan sistem pengangkutan kereta api bagi memajukan lagi sektor industri di Rusia. • Begitu juga pemerintah Tzar Nicholas II turut memberi tumpuan kepada kemajuan pengangkutan kereta api kerana ia menjadi kunci kepada pembangunan ekonomi Rusia.
  • 32.
  • 33.
    o Pemerintah Rusiajuga berperanan sebagai ketua agama dan bertanggungjawab memperkukuhkan serta menyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks. o Pemerintah Rusia perlu memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama. o Sebagai contoh pemerintah Peter The Great telah memberikan tawaran kemewahan dan kebendaan serta ada yang diugut yang mana tanah mereka akan dirampas jika tidak menukar agama. o Bagi menjayakan hasratnya juga, beliau telah mengarahkan mubaligh Kristian mempelajari bahasa masyarakat tempatan, menterjemahkan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan dan menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang menjadi sasaran pemerintah.