SlideShare a Scribd company logo
Tanggal 6 Ogos 1922, merupakan tarikh yang membawa
erti kepada sepasang suami isteri , apabila mereka
dikurniakan Allah seorang bayi lelaki, yang kemudiannya
menjadi ulama dan tokoh agama yang berjasa di negeri
tempat dia dilahirkan dan ummah seluruhnya.
Bayi yang dilahirkan di kampung Pulau Bukit,
Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan itu diberi nama Abu
Hassan Bin Haji Sail. Beliau adalah anak kedua daripada
9 orang adik beradik yang terdiri daripada 4 lelaki dan 5
orang perempuan.
Ayahnya bernama Hj Sail B.Hj Mustafa dan ibunya Hajah
Khadijah@Ijah bt Ujang. Kalau dilihat kepada latar belakang
Hj Sail , beliau seorang yang dihormati oleh penduduk
kampung dan menjadi rujukan masyarakat sekeliling
terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan adat perpatih
yang menjadi amalan dan budaya dalam kalangan
masyarakat melayu di Negeri Sembilan.
Haji Sail dan isteri hidup penuh kesederhanaan. Untuk
membesarkan anak-anak, mereka berdua saling bantu
membantu mengerjakan sawah dibendang, di samping
menanam sayur-sayuran secara kecil-kecilan di belakang
rumah . Hasil rezeki yang diusahakan , dapatlah mereka
menampung keperluan hidup dan membesarkan anak-anak
mereka sekeluarga. Dengan kata lain , segala nikmat hidup
seperti keperluan makanan, pakaian, pendidikan dan
sebagainya dapat dirasai sepenuhnya oleh keluarga yang
besar ini.
Walaupun sibuk mencari rezeki , namun tanggungjawab sebagai
ketua keluarga dalam mengawasi tingkah laku dan perangai anak-
anak tidak pernah diabaikan. Mana-mana kelakuan mereka yang
bertentangan dengan adat dan agama akan segera ditegur dan
dinasihati. Beliau sendiri tidak akan teragak-agak untuk merotan
anak-anaknya sekiranya ia memberi kebaikan dan kesedaran
kepada mereka.
Haji Sail juga sentiasa mengikuti perkembangan pelajaran
anak-anaknya. Walaupun agak sibuk dan keletihan
mengerjakan sawah pada siang hari namun di sebelah
malam, beliau tetap meluangkan masa menyemak dan
memeriksa buku-buku anaknya. Memang menjadi hasrat
beliau untuk melihat anak-anaknya membesar dengan
pendidikan yang sempurna serta menjadi insan yang berguna
apabila dewasa kelak.
Telah menjadi tradisi bagi orang-orang melayu
untuk menghantar anak-anak mereka yang
berusia 5-6 tahun mengaji al-quran kepada mana-
mana guru al quran yang dipercayai. Demikianlah
yang dilalui oleh Allahyarham Dato' Hj Abu
Hassan, sewaktu berusia 5 tahun, beliau telah
dihantar oleh ayahnya untuk mengaji al quran
kepada datuk saudara sebelah bapanya iaitu Tuan
Guru Haji Muhammad Taib, seorang guru al quran
yang cukup dihormati ketika itu.
Pada waktu itu, boleh dikatakan semua anak-anak kampung
dari Pulau Mampat , Pulau Bukit, Pulau Hanyut dan Pulau
Besar akan datang ke rumah Tuan Guru Haji Muhammad Taib
untuk mengaji Al Quran. Dalam kalangan mereka ada yang
berjalan kaki sejauh 5 batu untuk ke rumah Tuan Guru ini.Ada
yang datang mengaji sebelah pagi dan ada yang juga yang
datang sebelah malam, mengikut kesesuaian waktu
persekolahan.
Sekiranya kelas pengajian al quran pada sebelah malam habis
lewat, mereka akan menumpang tidur sama ada di rumah tuan
guru , surau ataudi rumah rakan-rakan yang berhampiran. Di
samping belajar al quran .Tuan Guru Haji Muhammad Taib
akan menuyuruh anak-anak muridnya menghafaz ayat-ayat
laqzim atau juzuk AmMa yang biasa dibaca ketika
sembahyang.
Bagi mereka yang mengaji al -quran disebelah pagi , selepas
tamat pengajian , mereka dilatih oleh Tuan Guru Haji Mohd Taib
untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti
menyapu sampah di halaman rumah, mengambil air dari perigi
atau menyiram sayur-sayuran yang ditanam oleh guru di
belakang rumah. Inilah proses yang pernah dilalui oleh
Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan bagi mendidik dirinya
supaya hormat kepadaa orang yang telah menabur budi.Secara
tidak langsung aktiviti-aktiviti seperti ini menjadikan hubungan
antara anak-anak kampung begitu rapat sekali. Pada tahun
1933, Sewaktu usianya meningkat 7 tahun, samalah seperti
kanak-kanak lain yang sebaya usia, Allahyarham Dato' Haji Abu
Hassan telah dihantar oleh ayahnya ke sekolah kebangsaan
Pulau Besar, Rembau, Negeri Sembilan untuk memperoleh
pendidikan formal .
Di sekolah, Allahyarham Dato' Haji Abu Hasssan
merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Kalau
berdasarkan keputusan peperiksaan darjah enam, beliau
sebenarnya layak untuk menyambung pengajian di sekolah
Inggeris, seterusnya berpeluang menjadi guru . Tetapi
peluang ini tidak diberikan oleh ayahnya kerana bimbang
akidah anaknya akan terpesong disebabkan pengaruh dan
diayah agama kristian.
Tambahan pula, persepsi masyarakat melayu ketika itu
memandang serong mana-mana ibu bapa yang
menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah Inggeris.
Mereka akan dianggap sebagai tali barut penjajah
Inggeris. Bagi mereka, sekolah Inggeris hanyalah temkpat
untuk merosakkan akhlak dan budaya orang-orang
melayu.Selain itu, perkara yang paling ditakuti oleh ibu
bapa ialah kebimbangan terhadap anak-anak mereka yang
murtad apabila memasuki sekolah tersebut.
Atas kehendak orang tuanya , selepas tamat pengajian di
sekolah melayu, Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan telah
membantu kedua-dua ibu bapanya di sawah.Beliau juga
melakukan kerja-kerja kampung seperti menanam sayur-
sayuran dan menternak binatang peliharaan seperti ayam,
itik, dan menjaga kerbau di sawah.
Apabila Madrasah As-Sa'idiyah ditubuhkan pada bulan
Rejab tahun 1335 H bersamaan dengan 1935 M, ayahnya
telah menyuruh Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan belajar
di madrasah ini ketika itu Allahyarham berusia 13 tahun..
Madrasah ini adalah madrasah yang pertama di Negeri
Sembilan. Nama asalnya Pondok Rasah dan diasaskan
oleh ulama tempatan yang mahsyur iaitu Allahyarham
Sheikh Haji Ahmad Bin Sheikh Haji Mohd Said Al Linggi.
Pondok ini terletak di Rasah tidak jauh dari bandar
Seremban.
Di Madrasah As' Saidiyah , Allahyarham Dato' Haji Abu
Hassan telah menimba pelbagai ilmu pengetahuan
antaranya ilmu tauhid , fekah, tasawwur, tafsir, hadith,
tajwid, nahu balaghah,saraf,nusyuz,imla' dan bayan. Pelbagi
kitab telah ditelaah dan dijadikan asas pengajian antaranya
ialah kitab Jaquhar Tauhid tulisan Sheikh Ibrahim Al-Laqani
dan lain-lain. Corak pengajian di madrasah Al' Saiidiyah
sama seperti sistem pondok di negeri-negeri lain. Guru
akan membaca kitab (kitab kuning) serta mensyarahkan di
depan pelajar mana kala pelajar tekun mendengar sambil
mencatatkan perkara penting. Bagi menguatkan kefahaman
, para pelajar akan menjalani proses tasmi(ujian), di mana
setiap pelajar akan disuruh mengulang kembali apa yang
telah diajar oleh guru . Para pelajar juga dikehendaki
menghafal ayat-ayat al quran , hadis-hadis serta bahan-
bahan ilmu yang lain.
Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan sangat menghormati dan
menghargai jasa gurunya. Dikatakan setiap kali Allahyarham Sheikh
Haji Ahmad mengajar , beliau akan duduk bersebelahan dan
mengipas gurunya itu. Tujuannya ialah untuk memberi keselesaan
pada gurunya mengajar, di samping mengharapkan keberkatan dan
ganjaran daripada Allah s.w.t.
Selain itu, Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan memiliki kemahiran
menulis jawi dengan cantik dan kemas. Hal ini menyebabkan beliau
sering mendapat pujian daripada Allahyarham Sheikh Haji Ahmad
serta sering ditugaskan sebagai penulis apabila gurunya hendak
mengarang sesebuah kitab. Kehidupan harian Allahyarham Dato'
Haji Abu Hassan ketika belajar di madrasah ini bermula seawal 4.30
pagi. Pada waktu ini semua pelajar akan bangun seterusnya mandi
dan bersiap sedia untuk menunaikan solat suboh berjemaah.
Selepas selesai mengerjakan solat suboh, mereka balik ke pondok
masing-masing untuk bersarapan.
Pada pukul 9.00 pagi, Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan dan rakan-
rakan sepengajian akan datang semula ke surau untuk memulakan
kelas pengajian sehinggalah tamat pada pukul 11.00 pagi.Selepas itu,
mereka semua akan balik semula ke pondok untuk memasak
makanan tengah hari.Apabila masuk waktu zohor pelajar-pelajar akan
datang semula ke surau untuk solat berjemaah dan pulang semula ke
pondok untuk berehat. Pada pukul 3 petang, meeka akan kembali ke
surau untuk menyambung semula pengajian sehinggalah waktu asar.
Selepas Asar para pelajar dibenarkan rehad atau beriadah
sehinggalah masuk waktu maghrib.Selepas waktu Isyak para pelajar
akan mengulang kaji semula ilmu yang telah dipelajari sesama
mereka. Di Madrasah As' Saiidiyah juga Allahyarham Dato' Haji Abu
Hassan dan semua rakan sepengajiannya diwajibkan mematuhi
semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Allahyarham Syikh Hj
Ahmad. Mereka tidak dibenarkan meneruskan pengajian di madrasah
tersebut, sekiranya tidak menunjukkan minat yang mendalam atau
bersungguh-sungguh.
Para pelajar diwajibkan menunaikan solat fardhu
secara berjemaah , sentiasa berambut pendek,
memastikan kebersihan kawasan pondok, wajib
memakai songkak atau ketayap dipersekitan
madrasah, tidak dibenarkan memakai seluar pendek ,
dilatang menghisap rokok, tidak dibenarkan minum di
kedai-kedai makan orang bukan Islam, tidak
dibenrkan ponteng kuliah tanpa sebab, tidak
dibenarkan ke bandar Seremban atau pulang ke
kampung tanpa kebenaran daripada guru madrasah.
PENDIDIKAN ROHANI
Di Madrasah As- Sai'idiyyah, selain menimba ilmu
pengetahu agama, Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan
juga telah diijazahkan dengan amalan Taekat Al-Ahmadiah
oleh gurunya Allahyarham Dato' Sheikh Ahmad.Boleh
dikatakan semua pelajar di madrasah ini telah dilatih
untuk beraamal dengan Tarekat ini. Almarhum Shikh Hj
Ahmad sebgai guru yang mursyid amat menekankan
amalan zikir kepada murid-muridnya.
Sebagai contoh, setiap hari selepas solat manghrib
pelajar-pelajar akan disuruh berzikir beramai-ramai dengan
kuat sehinggalah masuk waktu isyak. Di samping dipimpin
oleh murid-murid yang kanan, kadang-kadang Allahyarham
Sheikh Haji Ahmad sendiri akan mengetuai majlis ini.
Pada setiap kali terdapatnya majlis -majlis zikir atau hol
Tarekad Al Ahmadiah di Ampangan atau di sekitar Seremban,
Allahyarham Syikh Haji Ahmad akan mengarahkan semua
pelajarnya ke sana untuk membantu apa-apa kerja yang pelu
dilakukan. Sekiranya tiada kenderaan, para pelajar termasuk
Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan akan berjalan kaki dari
Rasah ke Ampangan yang jarak jauhnya dalam lingkungan 6
kilometer.
Pada bulan Ramadhan, madarasah As Syaidah mempunyai
program yang tersendiri berbeza dari bulan-bulan yang lain.
Pada bulan ini para pelajar akan digalakkan berzikir. Malahan
kadang-kadang Allahyarham Syeikh Haji Ahmad sendiri
memimpin pelajar-pelajar berzikir bermula dari selepas tengah
malam hinggalah ke waktu suboh. Mereka juga digalakkan
membaca al quran dan diajar cara sembahyang terawih sepuluh
rakaat yang biasanya dilakukan oleh para pengamal yang
mengikut Tarekat Al Ahmadiyah.
Pendidikan rohani yang diterima ini telah memberi kesan
yang mendalam kepada diri Allahyarham Dato' Haji Abu
Hassan. Tarbiyah yang diterima dari gurunya telah
membentuk peribadi beliau yang unggul sebagai
persediaan untuk menempuh pelbagai cabaran di
sepanjang usianya.
Memang menjadi hasrat kepada para pelajar aliran
agama atau pengajian pondok waktu itu untuk
melanjutkan pengajian ke negara-negara timur tengah
seperti Mekah, Mesir, Jordan dan sebagainya. Pada zaman
sebelum merdeka , peluang untuk belajar ke sana
bukanlah mudah, di samping perlu berjauhan dengan
keluarga , mereka juga perlu menyediakan wang yang
cukup untuk tambang dan segala kos kehidupan ketika di
sana.
Pendidikan Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan di Timur Tengah
terbahagi kepada dua, iaitu di Mekah Al Mukarramah dan juga di
negara Mesir. Pendidikan di Mekah bermula apabila ayahnya Hj Sail
hendak berangkat menunaikan fardhu haji pada tahun 1937. Oleh
sebab mahu melihat anaknya berjaya dalam pendidikan agama, Hj
Sail telah meminta izin daripada Allahyarham Sheikh Hj Ahmad untuk
membawa Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan pergi bersama-sama.
Permintaan Haji Sail telah diperkenankan oleh Allahyarham
Syikh Hj Ahmad, memandangkan beliau telah mendidik dan
mengasuh Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan hampir 3 tahun
lamanya. Sudah sampai masanya beliau 'dilepaskan' bagi menimba
ilmu di tempat lain. Lagipun usia Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan
pada waktu itu telahpun meningkat 17 tahun, satu umur yang
dianggap sesuai untuk hidup berdikari dan merantau mencari ilmu
di negara orang.
Peluang untuk ke Mekah memang sentiasa dinanti-nanti oleh
Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan kerana sebelum ini beliau pernah
beberapa kali meluahkan hasratnya kepada rakan-rakan untuk
menimba ilmu pengetahuan di kota kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Cuma hasratnya tidak pernah dinyatakan kepada kedua ibu bapanya,
bimbang mungkin akan membebankan mereka berdua, apatah lagi
untuk menyediakan segala perbelanjaan kewangan. Justeru apabila
bapanya sendiri yang ingin menghantar beliau ke Mekah, sudah tentu
peluang ini diterima dengan sukacita dan gembira ibarat 'orang yang
mengantuk disorongkan bantal'
Apabila tiba musim haji tahun 1937, maka berangkatlah anak
beranak ini ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji. Selepas sahaja
musim haji , Hj Sail pun pulang ke Tanah Air manakala Allahyarham
Dato Hj Abu Hassan terus menetap di Mekah bagi meneruskan cita-
citanya menimba ilmu pengetahuan.
Di Kota Suci ini, Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan , telah
menuntut ilmu selama hampir 8 tahun. Bermula pada awal tahun
1938 , beliau telah mendaftar dan diterima masuk ke sekolah
Darul Ulum Ad- Diniyyah, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh
para ulama keturunan melayu dari Malaysia, Indonesia, Selatan
Thailand dan Singapura.
Ketika belajar di Mekah, Allahyarhan Dato' Haji Abu Hassan
telah berpeluang belajar bersama-sama dengan sekumpulan
pelajar-pelajar yang pintar. Antara pelajar melayu yang sama-
sama belajar dengannya ketika itu ialah Allahyarham Dato' Haji
Abdullah Bin Sijang, bekas Qadhi daerah Port Dickson.Berkat
usaha gigih ketika keputusan Sijil Tinggi Darul Ulum Ad Diniyyah,
Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan muncul sebagai pelajar
terbaik, mengatasi pelajar cemerlang dari negara lain.
Soal bahasa dan komunikasi dengan masyarkat Arab tidak
menjadi masalah kepada beliau,. Hal ini adalah kerana sebelum
berangkat ke kota suci Mekah, hasil usaha yang bersungguh -
sungguh di Madrasah As 'Sai'idiyyah, beliau sememangnya
telah mampu berbahasa Arab walaupun tidak seberapa fasih.
Setelah beberapa bulan berada di Mekah , beliau bukan sahaja
mampu berbahasa Arab , bahkan fasih serta boleh menguasai
dialek tempatan.
Selama 8 tahun berada di kota suci Mekah, merupakan
satu tempoh yang lama dan selam itulah Allahyarham Dato' Haji
Abu Hassan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran
khususnya dari segi kewangan. Tambahan pula , kehidupannya
sebatang kara di negeri orang serta berjauhan daripada
keluarga dan sanak saudara mnyebabkan beliau tidak
berpeluang untuk mengadu sebarang masalah yang
dihadapinya.
Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan tamat pelajaran di sekolah
Darul Ulum Ad Diniyyah pada tahun 1945, sewaktu Jepun
menduduki Tanah Melayu. Biarpun sudah tamat pengajian , tetapi
beliau masih terus menetap di Mekah dengan melakukan pelbagai
kerja untuk menyara kehidupannya. Kerja-Kerja yang pernah
beliau lakukan ialah seperti menjadi tukang masak pada musim-
musim haji, sebagai kerani, menjual alat-alat ganti kereta di
bandar Jeddah, mengambil upah haji dan umrah serta membuat
cincin.
Beliau juga pernah menimba pengalaman mengajar Al quran
selama setahun di Madrasah Al Fakhriyyah, sebuah sekolah
kepunyaan orang-orang India Muslim di Mekah.Di madrasah ini
beliau dibayar gaji sebanyak 50.00 Rial sebulan.
• Pada tahun 1948 (Selepas Perang Dunia Kedua Tamat) Allahyarham
Dato' Hj Abu Hassan pulang semula ke sekolah asal iaitu Darul
Ulum ad-Diniyyah. Di sekolah ini beliau bekerja sebagai guru
pelatih, mendidik pelajar-pelajar yang baru datang dari luar negara
Arab khususnya dari alam Melayu.Beliau berkhidmat di sini secara
sukarela.
• Pada musim haji ramai pembesar datang menunaikan haji
temasuklah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Abdul Malek
bin Yusof 1995. YAB telah bertemu dengan para pelajar Tanah
Melayu khususnya Negeri Sembilan.Kerika sesi pertemuan YAM
telah memberi motivasi dan bertukar pandangan dengan
pelajar.Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan telah mengambil
kesempatan dengan menceritakan masalah kesukaran
mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi contohnya di Universiti Al Azhar.
Berdasarkan kesungguhan dan masalah yang telah
dikemukakan, YAB Menteri Besar bersetuju untuk membantu
dan bersedia membiayai pengajian beliau ke Mesir di bawah
skim Tabung Warisan Rembau, satu tabung yang ditubuhkan
untuk mebantu pelajar-pelajar Melayu yang datang dari keluarga
yang kurang berada.Keutamaan bantuan diberikan kepada
pelajar-pelajar Melayu dari Negeri Sembilan khususnya mereka
yang berasal dari daerah Rembau.
Memandangkan Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan
adalah anak jati Rembau, maka tidak ada masalah bagi
kerajaan negeri untuk membiayai pengajiannya di Mesir atas
pembiayaan Tabung Warisan Rembau.
Setelah lulus ujian kelayakan, pada 24 hb November
1951, Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan mula mendaftar di
universiti Al Azhar untuk memulakan pengajiannya.
Sesungguhnya kejayaan memasuki universiti Al Azhar amat
bermakna buat dirinya kerana beliau telah berjaya memenuhi
cita-citanya untuk melanjutkan pengajian ke sebuah universiti
terulung dan mahsyur serta telah berjaya melahirkan ramai
tokoh cendekiawan dan ilmuwan Islam di seluruh dunia.
Di Universiti ini, Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan telah
mengambil pengkhususan dalam bidang Usuluddin selama 4
tahun. Tidak seperti belajar di Mekah , kali ini beliau tidak lagi
berdepan dengan masalah kewangan kerana setiap bulan
kerajaan negeri akan menghantar wang saku yang cukup
kepadanya. Oleh itu tumpuannya hanya satu iaitu menimba ilmu
pengetahuan sehinggalah beliau berjaya memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Islam pengkhususan dalam bidang
Usulludin pada tahun 1995.
Semangat dan keinginannya untuk terus belajar dan
mendalami ilmu pengetahuan terus membara dan selepas itu
beliau meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dalam
bidang al-Wa'az wal'Irsyad selama 2 tahun dan berjaya
memperoleh ijazah sarjana dari universiti Al Azhar pada tahun
1957.
SUMBANGAN
Semasa di Madrasah As saidiyyah , kesungguhan beliau
dalam menuntut ilmu memang tidak boleh dinafikan .
Masa-masa lapang di rumah akan dihabiskan dengan
membaca kitab atau melayan kerenah anak-anak. Satu
perkara yang menjadi tabiatnya, Allahyarham tidak suka
berjalan-jalan ke bandar tanpa tujuan. Habis sahaja waktu
pejabat beliau akan terus balik ke rumah tanpa singgah di
mana-mana. Beliau kemudiannya akan bersiap-siap untuk
menyampaikan kuliah di mana-mana masjid atau surau
yang menjemputnya.
Orang ramai berpandangan Allahyarham Dato' Hj Abu
Hassan Bin Sail seorang yang cukup menjaga tutur kata dalam
percakapannya, tidak pernah meninggikan suara, sangat
pendiam dan merendah diri. Walaupun beliau seorang yang
pendiam, namun beliau tetap mengambil tahu hal-hal
masyarakat dan jiran sekelilingnya. Sementelahan pula beliau
adalah Imam di Surau Besar Gedung Lalang, Ampangan yang
kebetulannya terletak bersebelahan rumahnya. Selama 24 tahun
memimpin surau ini , beliau berjaya mengimarahkannya dengan
pelbagai aktiviti yang memupuk hubungan muhibbah sesama
masyarakat. Antaranya ialah aktiviti membaca yassin pada
setiap malam jumaat, tahlil arwah, sambutan hari kebesaran
Islam, melaksanakan ibadah korban serta memimpin solat
aidilfitri dan aidiladha.
Pada setiap bulan Ramadhan , selepas solat suboh biasanya
ALLAHYARHAM Dato' Haji Abu Hassan akan menyampaikan
tazkirah ringkas. Beliau mengingatkan jemaah surau agar
meningkatkan amal ibadat di bulan ini. Beliau juga sering
mengedarkan amalan-amalan zikir dan doa-doa tertentu kepada
para jemaah iaitu amalan yang diperoleh daripada gurunya
Sheikh Hj Ahmad semasa menuntut di Madrasah AsSaiidiyyah .
Mengenai aktiviti kuliah maghrib , ramai dalam kalangan ustaz-
ustaz yang dijemput berasa segan untuk hadir ke surau ini.
Mereka berasa rendah diri untuk menyampaikan kuliah di
hadapan seorang ulama yang juga mufti kerajaan negeri yang
mana ilmunya lebih tinggi daripada mereka. Sebab itulah jika
berkelapangan, Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan sendiri akan
menyampaikan kuliah ilmu di surau ini.
Pada waktu-waktu tertentu Allahyarham Dato' Hj Abu
Hassan akan dijemput menjadi khatib dan
mengimamkan solat pada hari tersebut. Semasa
mengimami solat dan membaca doa suaranya nyaring
sedap didengar dan fasih mengikut lidah Arab.
Sekiranya makmum di belakang tidak mengenali
beliau, mereka pasti beranggapan, bahawa seorang
imam dari negara Arab telah dijemput mengimami
solat pada hari itu.
ANUGERAH DAN GELARAN
Pada tahun 1937 beliau berangkat keTimurTengah untuk menyambung
pelajarannya sehingga tahun 1945. Semasa pengajiannya beliau tergolong
bersama pelajar yang pintar dan mempunyai daya ingatan yang kuat.
Tidak hairanlah sekembali beliau ke tanah air Kerajaan Negeri Sembilan
telah melantik beliau memegang beberapa jawatan penting di negeri ini.
Antara jawatan yang pernah beliau sandang ialah :
- Mudir Sekolah Agama MenengahTinggi Seri Menanti, Kuala Pilah (1959 –
1961)
- Kadhi Besar Negeri Sembilan yang Pertama (1961 - 1969)
- Pemangku Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (1963 - 1969)
- Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang kedua (1969 - 1987)
Penghormatan masyarakat sekitar terhadap beliau
terlalu tinggi, beliau dikenali sebagai ulama' yang tidak
pernah membezakan taraf seseorang. Kewibawaan
dan ketokohan beliau dalam perkhidmatan
membuatkan beliau menjawat dalam jawatan ini
selama 18 tahun. Beliau kembali ke rahmatullah pada
10 Zulkaedah 1414H/1993M.

More Related Content

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
Marius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
Expeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Pixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
ThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
marketingartwork
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
Skeleton Technologies
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
SpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Lily Ray
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
Rajiv Jayarajah, MAppComm, ACC
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
Christy Abraham Joy
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
Vit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
MindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

HJ SAIL.pptx

  • 1. Tanggal 6 Ogos 1922, merupakan tarikh yang membawa erti kepada sepasang suami isteri , apabila mereka dikurniakan Allah seorang bayi lelaki, yang kemudiannya menjadi ulama dan tokoh agama yang berjasa di negeri tempat dia dilahirkan dan ummah seluruhnya. Bayi yang dilahirkan di kampung Pulau Bukit, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan itu diberi nama Abu Hassan Bin Haji Sail. Beliau adalah anak kedua daripada 9 orang adik beradik yang terdiri daripada 4 lelaki dan 5 orang perempuan.
  • 2. Ayahnya bernama Hj Sail B.Hj Mustafa dan ibunya Hajah Khadijah@Ijah bt Ujang. Kalau dilihat kepada latar belakang Hj Sail , beliau seorang yang dihormati oleh penduduk kampung dan menjadi rujukan masyarakat sekeliling terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan adat perpatih yang menjadi amalan dan budaya dalam kalangan masyarakat melayu di Negeri Sembilan. Haji Sail dan isteri hidup penuh kesederhanaan. Untuk membesarkan anak-anak, mereka berdua saling bantu membantu mengerjakan sawah dibendang, di samping menanam sayur-sayuran secara kecil-kecilan di belakang rumah . Hasil rezeki yang diusahakan , dapatlah mereka menampung keperluan hidup dan membesarkan anak-anak mereka sekeluarga. Dengan kata lain , segala nikmat hidup seperti keperluan makanan, pakaian, pendidikan dan sebagainya dapat dirasai sepenuhnya oleh keluarga yang besar ini.
  • 3. Walaupun sibuk mencari rezeki , namun tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam mengawasi tingkah laku dan perangai anak- anak tidak pernah diabaikan. Mana-mana kelakuan mereka yang bertentangan dengan adat dan agama akan segera ditegur dan dinasihati. Beliau sendiri tidak akan teragak-agak untuk merotan anak-anaknya sekiranya ia memberi kebaikan dan kesedaran kepada mereka. Haji Sail juga sentiasa mengikuti perkembangan pelajaran anak-anaknya. Walaupun agak sibuk dan keletihan mengerjakan sawah pada siang hari namun di sebelah malam, beliau tetap meluangkan masa menyemak dan memeriksa buku-buku anaknya. Memang menjadi hasrat beliau untuk melihat anak-anaknya membesar dengan pendidikan yang sempurna serta menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
  • 4. Telah menjadi tradisi bagi orang-orang melayu untuk menghantar anak-anak mereka yang berusia 5-6 tahun mengaji al-quran kepada mana- mana guru al quran yang dipercayai. Demikianlah yang dilalui oleh Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan, sewaktu berusia 5 tahun, beliau telah dihantar oleh ayahnya untuk mengaji al quran kepada datuk saudara sebelah bapanya iaitu Tuan Guru Haji Muhammad Taib, seorang guru al quran yang cukup dihormati ketika itu.
  • 5. Pada waktu itu, boleh dikatakan semua anak-anak kampung dari Pulau Mampat , Pulau Bukit, Pulau Hanyut dan Pulau Besar akan datang ke rumah Tuan Guru Haji Muhammad Taib untuk mengaji Al Quran. Dalam kalangan mereka ada yang berjalan kaki sejauh 5 batu untuk ke rumah Tuan Guru ini.Ada yang datang mengaji sebelah pagi dan ada yang juga yang datang sebelah malam, mengikut kesesuaian waktu persekolahan. Sekiranya kelas pengajian al quran pada sebelah malam habis lewat, mereka akan menumpang tidur sama ada di rumah tuan guru , surau ataudi rumah rakan-rakan yang berhampiran. Di samping belajar al quran .Tuan Guru Haji Muhammad Taib akan menuyuruh anak-anak muridnya menghafaz ayat-ayat laqzim atau juzuk AmMa yang biasa dibaca ketika sembahyang.
  • 6. Bagi mereka yang mengaji al -quran disebelah pagi , selepas tamat pengajian , mereka dilatih oleh Tuan Guru Haji Mohd Taib untuk membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah di halaman rumah, mengambil air dari perigi atau menyiram sayur-sayuran yang ditanam oleh guru di belakang rumah. Inilah proses yang pernah dilalui oleh Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan bagi mendidik dirinya supaya hormat kepadaa orang yang telah menabur budi.Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti seperti ini menjadikan hubungan antara anak-anak kampung begitu rapat sekali. Pada tahun 1933, Sewaktu usianya meningkat 7 tahun, samalah seperti kanak-kanak lain yang sebaya usia, Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan telah dihantar oleh ayahnya ke sekolah kebangsaan Pulau Besar, Rembau, Negeri Sembilan untuk memperoleh pendidikan formal .
  • 7. Di sekolah, Allahyarham Dato' Haji Abu Hasssan merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Kalau berdasarkan keputusan peperiksaan darjah enam, beliau sebenarnya layak untuk menyambung pengajian di sekolah Inggeris, seterusnya berpeluang menjadi guru . Tetapi peluang ini tidak diberikan oleh ayahnya kerana bimbang akidah anaknya akan terpesong disebabkan pengaruh dan diayah agama kristian. Tambahan pula, persepsi masyarakat melayu ketika itu memandang serong mana-mana ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah Inggeris. Mereka akan dianggap sebagai tali barut penjajah Inggeris. Bagi mereka, sekolah Inggeris hanyalah temkpat untuk merosakkan akhlak dan budaya orang-orang melayu.Selain itu, perkara yang paling ditakuti oleh ibu bapa ialah kebimbangan terhadap anak-anak mereka yang murtad apabila memasuki sekolah tersebut.
  • 8. Atas kehendak orang tuanya , selepas tamat pengajian di sekolah melayu, Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan telah membantu kedua-dua ibu bapanya di sawah.Beliau juga melakukan kerja-kerja kampung seperti menanam sayur- sayuran dan menternak binatang peliharaan seperti ayam, itik, dan menjaga kerbau di sawah. Apabila Madrasah As-Sa'idiyah ditubuhkan pada bulan Rejab tahun 1335 H bersamaan dengan 1935 M, ayahnya telah menyuruh Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan belajar di madrasah ini ketika itu Allahyarham berusia 13 tahun.. Madrasah ini adalah madrasah yang pertama di Negeri Sembilan. Nama asalnya Pondok Rasah dan diasaskan oleh ulama tempatan yang mahsyur iaitu Allahyarham Sheikh Haji Ahmad Bin Sheikh Haji Mohd Said Al Linggi. Pondok ini terletak di Rasah tidak jauh dari bandar Seremban.
  • 9. Di Madrasah As' Saidiyah , Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan telah menimba pelbagai ilmu pengetahuan antaranya ilmu tauhid , fekah, tasawwur, tafsir, hadith, tajwid, nahu balaghah,saraf,nusyuz,imla' dan bayan. Pelbagi kitab telah ditelaah dan dijadikan asas pengajian antaranya ialah kitab Jaquhar Tauhid tulisan Sheikh Ibrahim Al-Laqani dan lain-lain. Corak pengajian di madrasah Al' Saiidiyah sama seperti sistem pondok di negeri-negeri lain. Guru akan membaca kitab (kitab kuning) serta mensyarahkan di depan pelajar mana kala pelajar tekun mendengar sambil mencatatkan perkara penting. Bagi menguatkan kefahaman , para pelajar akan menjalani proses tasmi(ujian), di mana setiap pelajar akan disuruh mengulang kembali apa yang telah diajar oleh guru . Para pelajar juga dikehendaki menghafal ayat-ayat al quran , hadis-hadis serta bahan- bahan ilmu yang lain.
  • 10. Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan sangat menghormati dan menghargai jasa gurunya. Dikatakan setiap kali Allahyarham Sheikh Haji Ahmad mengajar , beliau akan duduk bersebelahan dan mengipas gurunya itu. Tujuannya ialah untuk memberi keselesaan pada gurunya mengajar, di samping mengharapkan keberkatan dan ganjaran daripada Allah s.w.t. Selain itu, Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan memiliki kemahiran menulis jawi dengan cantik dan kemas. Hal ini menyebabkan beliau sering mendapat pujian daripada Allahyarham Sheikh Haji Ahmad serta sering ditugaskan sebagai penulis apabila gurunya hendak mengarang sesebuah kitab. Kehidupan harian Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan ketika belajar di madrasah ini bermula seawal 4.30 pagi. Pada waktu ini semua pelajar akan bangun seterusnya mandi dan bersiap sedia untuk menunaikan solat suboh berjemaah. Selepas selesai mengerjakan solat suboh, mereka balik ke pondok masing-masing untuk bersarapan.
  • 11. Pada pukul 9.00 pagi, Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan dan rakan- rakan sepengajian akan datang semula ke surau untuk memulakan kelas pengajian sehinggalah tamat pada pukul 11.00 pagi.Selepas itu, mereka semua akan balik semula ke pondok untuk memasak makanan tengah hari.Apabila masuk waktu zohor pelajar-pelajar akan datang semula ke surau untuk solat berjemaah dan pulang semula ke pondok untuk berehat. Pada pukul 3 petang, meeka akan kembali ke surau untuk menyambung semula pengajian sehinggalah waktu asar. Selepas Asar para pelajar dibenarkan rehad atau beriadah sehinggalah masuk waktu maghrib.Selepas waktu Isyak para pelajar akan mengulang kaji semula ilmu yang telah dipelajari sesama mereka. Di Madrasah As' Saiidiyah juga Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan dan semua rakan sepengajiannya diwajibkan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Allahyarham Syikh Hj Ahmad. Mereka tidak dibenarkan meneruskan pengajian di madrasah tersebut, sekiranya tidak menunjukkan minat yang mendalam atau bersungguh-sungguh.
  • 12. Para pelajar diwajibkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah , sentiasa berambut pendek, memastikan kebersihan kawasan pondok, wajib memakai songkak atau ketayap dipersekitan madrasah, tidak dibenarkan memakai seluar pendek , dilatang menghisap rokok, tidak dibenarkan minum di kedai-kedai makan orang bukan Islam, tidak dibenrkan ponteng kuliah tanpa sebab, tidak dibenarkan ke bandar Seremban atau pulang ke kampung tanpa kebenaran daripada guru madrasah.
  • 13. PENDIDIKAN ROHANI Di Madrasah As- Sai'idiyyah, selain menimba ilmu pengetahu agama, Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan juga telah diijazahkan dengan amalan Taekat Al-Ahmadiah oleh gurunya Allahyarham Dato' Sheikh Ahmad.Boleh dikatakan semua pelajar di madrasah ini telah dilatih untuk beraamal dengan Tarekat ini. Almarhum Shikh Hj Ahmad sebgai guru yang mursyid amat menekankan amalan zikir kepada murid-muridnya.
  • 14. Sebagai contoh, setiap hari selepas solat manghrib pelajar-pelajar akan disuruh berzikir beramai-ramai dengan kuat sehinggalah masuk waktu isyak. Di samping dipimpin oleh murid-murid yang kanan, kadang-kadang Allahyarham Sheikh Haji Ahmad sendiri akan mengetuai majlis ini. Pada setiap kali terdapatnya majlis -majlis zikir atau hol Tarekad Al Ahmadiah di Ampangan atau di sekitar Seremban, Allahyarham Syikh Haji Ahmad akan mengarahkan semua pelajarnya ke sana untuk membantu apa-apa kerja yang pelu dilakukan. Sekiranya tiada kenderaan, para pelajar termasuk Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan akan berjalan kaki dari Rasah ke Ampangan yang jarak jauhnya dalam lingkungan 6 kilometer.
  • 15. Pada bulan Ramadhan, madarasah As Syaidah mempunyai program yang tersendiri berbeza dari bulan-bulan yang lain. Pada bulan ini para pelajar akan digalakkan berzikir. Malahan kadang-kadang Allahyarham Syeikh Haji Ahmad sendiri memimpin pelajar-pelajar berzikir bermula dari selepas tengah malam hinggalah ke waktu suboh. Mereka juga digalakkan membaca al quran dan diajar cara sembahyang terawih sepuluh rakaat yang biasanya dilakukan oleh para pengamal yang mengikut Tarekat Al Ahmadiyah.
  • 16. Pendidikan rohani yang diterima ini telah memberi kesan yang mendalam kepada diri Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan. Tarbiyah yang diterima dari gurunya telah membentuk peribadi beliau yang unggul sebagai persediaan untuk menempuh pelbagai cabaran di sepanjang usianya. Memang menjadi hasrat kepada para pelajar aliran agama atau pengajian pondok waktu itu untuk melanjutkan pengajian ke negara-negara timur tengah seperti Mekah, Mesir, Jordan dan sebagainya. Pada zaman sebelum merdeka , peluang untuk belajar ke sana bukanlah mudah, di samping perlu berjauhan dengan keluarga , mereka juga perlu menyediakan wang yang cukup untuk tambang dan segala kos kehidupan ketika di sana.
  • 17. Pendidikan Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan di Timur Tengah terbahagi kepada dua, iaitu di Mekah Al Mukarramah dan juga di negara Mesir. Pendidikan di Mekah bermula apabila ayahnya Hj Sail hendak berangkat menunaikan fardhu haji pada tahun 1937. Oleh sebab mahu melihat anaknya berjaya dalam pendidikan agama, Hj Sail telah meminta izin daripada Allahyarham Sheikh Hj Ahmad untuk membawa Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan pergi bersama-sama. Permintaan Haji Sail telah diperkenankan oleh Allahyarham Syikh Hj Ahmad, memandangkan beliau telah mendidik dan mengasuh Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan hampir 3 tahun lamanya. Sudah sampai masanya beliau 'dilepaskan' bagi menimba ilmu di tempat lain. Lagipun usia Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan pada waktu itu telahpun meningkat 17 tahun, satu umur yang dianggap sesuai untuk hidup berdikari dan merantau mencari ilmu di negara orang.
  • 18. Peluang untuk ke Mekah memang sentiasa dinanti-nanti oleh Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan kerana sebelum ini beliau pernah beberapa kali meluahkan hasratnya kepada rakan-rakan untuk menimba ilmu pengetahuan di kota kelahiran Nabi Muhammad SAW. Cuma hasratnya tidak pernah dinyatakan kepada kedua ibu bapanya, bimbang mungkin akan membebankan mereka berdua, apatah lagi untuk menyediakan segala perbelanjaan kewangan. Justeru apabila bapanya sendiri yang ingin menghantar beliau ke Mekah, sudah tentu peluang ini diterima dengan sukacita dan gembira ibarat 'orang yang mengantuk disorongkan bantal' Apabila tiba musim haji tahun 1937, maka berangkatlah anak beranak ini ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji. Selepas sahaja musim haji , Hj Sail pun pulang ke Tanah Air manakala Allahyarham Dato Hj Abu Hassan terus menetap di Mekah bagi meneruskan cita- citanya menimba ilmu pengetahuan.
  • 19. Di Kota Suci ini, Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan , telah menuntut ilmu selama hampir 8 tahun. Bermula pada awal tahun 1938 , beliau telah mendaftar dan diterima masuk ke sekolah Darul Ulum Ad- Diniyyah, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh para ulama keturunan melayu dari Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand dan Singapura. Ketika belajar di Mekah, Allahyarhan Dato' Haji Abu Hassan telah berpeluang belajar bersama-sama dengan sekumpulan pelajar-pelajar yang pintar. Antara pelajar melayu yang sama- sama belajar dengannya ketika itu ialah Allahyarham Dato' Haji Abdullah Bin Sijang, bekas Qadhi daerah Port Dickson.Berkat usaha gigih ketika keputusan Sijil Tinggi Darul Ulum Ad Diniyyah, Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan muncul sebagai pelajar terbaik, mengatasi pelajar cemerlang dari negara lain.
  • 20. Soal bahasa dan komunikasi dengan masyarkat Arab tidak menjadi masalah kepada beliau,. Hal ini adalah kerana sebelum berangkat ke kota suci Mekah, hasil usaha yang bersungguh - sungguh di Madrasah As 'Sai'idiyyah, beliau sememangnya telah mampu berbahasa Arab walaupun tidak seberapa fasih. Setelah beberapa bulan berada di Mekah , beliau bukan sahaja mampu berbahasa Arab , bahkan fasih serta boleh menguasai dialek tempatan. Selama 8 tahun berada di kota suci Mekah, merupakan satu tempoh yang lama dan selam itulah Allahyarham Dato' Haji Abu Hassan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran khususnya dari segi kewangan. Tambahan pula , kehidupannya sebatang kara di negeri orang serta berjauhan daripada keluarga dan sanak saudara mnyebabkan beliau tidak berpeluang untuk mengadu sebarang masalah yang dihadapinya.
  • 21. Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan tamat pelajaran di sekolah Darul Ulum Ad Diniyyah pada tahun 1945, sewaktu Jepun menduduki Tanah Melayu. Biarpun sudah tamat pengajian , tetapi beliau masih terus menetap di Mekah dengan melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupannya. Kerja-Kerja yang pernah beliau lakukan ialah seperti menjadi tukang masak pada musim- musim haji, sebagai kerani, menjual alat-alat ganti kereta di bandar Jeddah, mengambil upah haji dan umrah serta membuat cincin. Beliau juga pernah menimba pengalaman mengajar Al quran selama setahun di Madrasah Al Fakhriyyah, sebuah sekolah kepunyaan orang-orang India Muslim di Mekah.Di madrasah ini beliau dibayar gaji sebanyak 50.00 Rial sebulan.
  • 22. • Pada tahun 1948 (Selepas Perang Dunia Kedua Tamat) Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan pulang semula ke sekolah asal iaitu Darul Ulum ad-Diniyyah. Di sekolah ini beliau bekerja sebagai guru pelatih, mendidik pelajar-pelajar yang baru datang dari luar negara Arab khususnya dari alam Melayu.Beliau berkhidmat di sini secara sukarela. • Pada musim haji ramai pembesar datang menunaikan haji temasuklah YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Abdul Malek bin Yusof 1995. YAB telah bertemu dengan para pelajar Tanah Melayu khususnya Negeri Sembilan.Kerika sesi pertemuan YAM telah memberi motivasi dan bertukar pandangan dengan pelajar.Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan telah mengambil kesempatan dengan menceritakan masalah kesukaran mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi contohnya di Universiti Al Azhar.
  • 23. Berdasarkan kesungguhan dan masalah yang telah dikemukakan, YAB Menteri Besar bersetuju untuk membantu dan bersedia membiayai pengajian beliau ke Mesir di bawah skim Tabung Warisan Rembau, satu tabung yang ditubuhkan untuk mebantu pelajar-pelajar Melayu yang datang dari keluarga yang kurang berada.Keutamaan bantuan diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu dari Negeri Sembilan khususnya mereka yang berasal dari daerah Rembau. Memandangkan Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan adalah anak jati Rembau, maka tidak ada masalah bagi kerajaan negeri untuk membiayai pengajiannya di Mesir atas pembiayaan Tabung Warisan Rembau.
  • 24. Setelah lulus ujian kelayakan, pada 24 hb November 1951, Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan mula mendaftar di universiti Al Azhar untuk memulakan pengajiannya. Sesungguhnya kejayaan memasuki universiti Al Azhar amat bermakna buat dirinya kerana beliau telah berjaya memenuhi cita-citanya untuk melanjutkan pengajian ke sebuah universiti terulung dan mahsyur serta telah berjaya melahirkan ramai tokoh cendekiawan dan ilmuwan Islam di seluruh dunia.
  • 25. Di Universiti ini, Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan telah mengambil pengkhususan dalam bidang Usuluddin selama 4 tahun. Tidak seperti belajar di Mekah , kali ini beliau tidak lagi berdepan dengan masalah kewangan kerana setiap bulan kerajaan negeri akan menghantar wang saku yang cukup kepadanya. Oleh itu tumpuannya hanya satu iaitu menimba ilmu pengetahuan sehinggalah beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam pengkhususan dalam bidang Usulludin pada tahun 1995. Semangat dan keinginannya untuk terus belajar dan mendalami ilmu pengetahuan terus membara dan selepas itu beliau meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang al-Wa'az wal'Irsyad selama 2 tahun dan berjaya memperoleh ijazah sarjana dari universiti Al Azhar pada tahun 1957.
  • 26. SUMBANGAN Semasa di Madrasah As saidiyyah , kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu memang tidak boleh dinafikan . Masa-masa lapang di rumah akan dihabiskan dengan membaca kitab atau melayan kerenah anak-anak. Satu perkara yang menjadi tabiatnya, Allahyarham tidak suka berjalan-jalan ke bandar tanpa tujuan. Habis sahaja waktu pejabat beliau akan terus balik ke rumah tanpa singgah di mana-mana. Beliau kemudiannya akan bersiap-siap untuk menyampaikan kuliah di mana-mana masjid atau surau yang menjemputnya.
  • 27. Orang ramai berpandangan Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan Bin Sail seorang yang cukup menjaga tutur kata dalam percakapannya, tidak pernah meninggikan suara, sangat pendiam dan merendah diri. Walaupun beliau seorang yang pendiam, namun beliau tetap mengambil tahu hal-hal masyarakat dan jiran sekelilingnya. Sementelahan pula beliau adalah Imam di Surau Besar Gedung Lalang, Ampangan yang kebetulannya terletak bersebelahan rumahnya. Selama 24 tahun memimpin surau ini , beliau berjaya mengimarahkannya dengan pelbagai aktiviti yang memupuk hubungan muhibbah sesama masyarakat. Antaranya ialah aktiviti membaca yassin pada setiap malam jumaat, tahlil arwah, sambutan hari kebesaran Islam, melaksanakan ibadah korban serta memimpin solat aidilfitri dan aidiladha.
  • 28. Pada setiap bulan Ramadhan , selepas solat suboh biasanya ALLAHYARHAM Dato' Haji Abu Hassan akan menyampaikan tazkirah ringkas. Beliau mengingatkan jemaah surau agar meningkatkan amal ibadat di bulan ini. Beliau juga sering mengedarkan amalan-amalan zikir dan doa-doa tertentu kepada para jemaah iaitu amalan yang diperoleh daripada gurunya Sheikh Hj Ahmad semasa menuntut di Madrasah AsSaiidiyyah . Mengenai aktiviti kuliah maghrib , ramai dalam kalangan ustaz- ustaz yang dijemput berasa segan untuk hadir ke surau ini. Mereka berasa rendah diri untuk menyampaikan kuliah di hadapan seorang ulama yang juga mufti kerajaan negeri yang mana ilmunya lebih tinggi daripada mereka. Sebab itulah jika berkelapangan, Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan sendiri akan menyampaikan kuliah ilmu di surau ini.
  • 29. Pada waktu-waktu tertentu Allahyarham Dato' Hj Abu Hassan akan dijemput menjadi khatib dan mengimamkan solat pada hari tersebut. Semasa mengimami solat dan membaca doa suaranya nyaring sedap didengar dan fasih mengikut lidah Arab. Sekiranya makmum di belakang tidak mengenali beliau, mereka pasti beranggapan, bahawa seorang imam dari negara Arab telah dijemput mengimami solat pada hari itu.
  • 30. ANUGERAH DAN GELARAN Pada tahun 1937 beliau berangkat keTimurTengah untuk menyambung pelajarannya sehingga tahun 1945. Semasa pengajiannya beliau tergolong bersama pelajar yang pintar dan mempunyai daya ingatan yang kuat. Tidak hairanlah sekembali beliau ke tanah air Kerajaan Negeri Sembilan telah melantik beliau memegang beberapa jawatan penting di negeri ini. Antara jawatan yang pernah beliau sandang ialah : - Mudir Sekolah Agama MenengahTinggi Seri Menanti, Kuala Pilah (1959 – 1961) - Kadhi Besar Negeri Sembilan yang Pertama (1961 - 1969) - Pemangku Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (1963 - 1969) - Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang kedua (1969 - 1987)
  • 31. Penghormatan masyarakat sekitar terhadap beliau terlalu tinggi, beliau dikenali sebagai ulama' yang tidak pernah membezakan taraf seseorang. Kewibawaan dan ketokohan beliau dalam perkhidmatan membuatkan beliau menjawat dalam jawatan ini selama 18 tahun. Beliau kembali ke rahmatullah pada 10 Zulkaedah 1414H/1993M.