SlideShare a Scribd company logo
Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
1) Faktor-faktor yang menjadi asas kepada penggubalan dasar dan strategi pembangunan ialah:
   a) Kedudukan ekonomi yang terbuka;
   b) Sistem ekonomi campuran;
   c) Masyarakat berbilang kaum; dan
   d) Kerajaan Persekutuan.
2) Bermatlamat membangunkan kawasan luar bandar dan mengurangkan kemiskinan di
   kalangan penduduk luar bandar.
3) Lembaga Pembangunan Industri Desa (Rural Industrial Development Authority, RIDA) dan
   Lembaga Kernajuan Tanah Perseutuan (Federal Land Development Authority, FELDA)
4) Penubuhan kementerian Penbagunan Negara dan Luar Bandar – membangunkan luar bandar

1) PEMBANGUNAN EKONOMI
   a) Dimulakan sejak belum merdeka oleh Kerajaan Perikatan
   b) Pada awalnya memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar
   c) Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk :
   d) membasmi kemiskinan
   e) menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum
   f) DEB dilaksanakan melalui rancangan Pembangunan Lima Tahun sehingga 1990.
   g) Selepas 1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan sehingga 2000.

2) RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
   a) TAHAP PERTAMA:
      i) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
      ii) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
      iii) Rancangan Malaysia Pertama (1966- 1970)

3) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
      i) Memberi penekanan dan perhatian serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam.
      ii) Sektor ekonomi:
      iii) Mempergiatkan pembukaan tanah baru untuk pertanian
      iv) Menggalakkan penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang
      v) Mempelbagaikan hasil keluaran pertanian
      vi) Memperluaskan perusahaan bijih timah
      vii) Sektor sosial:
      viii)    Pelbagai perkhidmatan diberikan seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan
      ix) Sektor awam:
      x) Membina pelbagai infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos,
           mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan.
   b) Agensi Terlibat:
      i) Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
           (1) bertujuan membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar,
           (2) memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil, membantu
           (3) pemasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang
           (4) Melayu dalam sektor perniagaan.
      ii) Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan (FELDA)-1956
           (1) bertujuan untuk meninggikan taraf hidup masyarakat luar bandar,
           (2) meningkatkan hasil pertanian negara, membantu masyarakat Melayu
           (3) dengan membuka tanah baru lengkap dengan kemudahan asas.
           (4) Tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit.
      iii) 3. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar -1959
(1) untuk menyelaras dan menjayakan segala program pembangunan luar bandar.
       iv) RIDA DAN FELDA diletakkan di bawah kementerian ini.


   c) Pencapaian:
      i) Pencapaian RM1 kurang memberangsangkan kerana :
      ii) ancaman komunis semasa zaman Darurat yang menyebabkan sejumlah perbelanjaan
           negara dialihkan kepada keselamatan negara.
      iii) Kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia

4) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
   a) MATLAMAT:
      i) Masih menekankan pembangunan luar bandar
      ii) Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan
           penduduk bandar
      iii) Mengurangkan kadar kemiskinan
      iv) Meninggikan taraf hidup rakyat

   b) Langkah dan Strategi:
      i) Mempergiat pembukaan tanah di bawah FELDA
      ii) Mempelbagaikan jenis tanaman untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian
           negara
      iii) Mengurangkan kebergantungan negara kepada getah dan bahan makanan import.

   c) Agensi:
      i) LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) -1965
      ii) membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan seterusnya
          meningkatkan pendapatan mereka

   d) Pencapaian:
      i) RM2 terus memberi tumpuan terhadap penyediaan struktur sosial seperti pelajaran,
           kesihatan dan perumahan kakitangan serta memperbanyak peluang pekerjaan.
      ii) Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur diwujudkan bagi menyelaraskan
           pembangunan peringkat negeri, daerah dan kampung.
      iii) Buku Merah yang mengandungi program, pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap
           pencapaian diperkenalkan

5) Rancangan Malaysia Pertama (1966- 1970)
   a) MATLAMAT:
      i) Memastikan semua program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat dan
          intergrasi nasional sempena penubuhan Malaysia pada 1963
      ii) Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian

   b) Agensi:
      i) Mengadakan projek pembangunan seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan
           Pahang Tenggara
      ii) Menubuhkan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) pada
           1965 untuk membantu FELDA membangunkan ekonomi kawasan luar bandar
      iii) Pada 1969, RIDA digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank
           Bumiputera dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) ditubuhkan bagi
           menggalakkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan dan perdagangan.
iv) Pada 1969, Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) ditubuhkan
           untuk menjalankan penyelidikan dan
       v) memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian, kecuali
           getah

       vi) Untuk mewujudkan industri, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
            (MIDA)ditubuhkan pada 1967 dan Lembaga Penasihat Tarif diwujudkan.
       vii) Akta Pelaburan 1969 pula berfungsi untuk enggalakkan kemunculan industri baru.
            Peningkatan pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan semasa
            pelaksanaan RM1 terbantut apabila berlaku Persitiwa 13 MEI 1969.

   c) Kesimpulannya:
      i) Segala program pembangunan ekonomi belum dapat membendung masalah
          perpaduan kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara.
      ii) DEB telah diperkenalkan sebagai perancangan pembangunan negara jangka panjang
          yang bermatlamat untuk mencapai perpaduann dan kesejahteraan rakyat.

6) TAHAP KEDUA
   ( Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 – 20 tahun berkaitan dengan DEB )
   a) Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975)
   b) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
   c) Rancangan Malaysia keempat (1981-1985)
   d) Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990)

   (RRJP2), 1991-2000 telah menjadi asas kepada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional
   e) Rancangan Malaysia Keenam. (1991 1995)
   f) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 2000)

   Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) yang telah digubal berdasarkan
   Dasar Wawasan Negara.
   g) Rancangan Malaysia Kelapan ( 2001 – 2005)
   h) Rancangan Malaysia Kesembilan ( 2006 -2010 )


7) Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975)
   a) MATLAMAT:
      i) Mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peluang
           pekerjaan kepada semua kaum; dan
      ii) Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut
           fungsi-fungsi ekonomi.
      iii) Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah.
      iv) Tumpuan terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan
           menambahkan pendapatan dan penyediaan peluang pekerjaan bagi merapatkan
           jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
      v) Program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan.

   b) Agensi:
      i) Beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan
         untuk melaksanakan program pembangunan wilayah. KEJORA, DARA, JENGKA,
         KETENGAH, PERDA, KESEDAR
ii) Agensi lain yang ditubuhkan bertujuan membantu golongan petani, menggalakkan
           perkembangan perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar.
               8) Agensi                                    9) Fungsi
Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)    Menstabilkan harga padi
1971
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia         Membangunkan dan memodenkan industri perikanan
(LKIM) 1971                            serta meningkatkan taraf hidup nelayan
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) Membangunkan bandar
1971
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Membantu pekebun kecil etah dari segi penyelidikan
Perusahaan Getah(1973)                 dan penanaman semula getah.
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 Membantu golongan petani melibatkan diri dalam
                                       kegiatan koperasi
Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) Memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang
1974                                   berkaitan dengan petroleum
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri     Menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan
                                       menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang
                                       pejabat dan kedai.

10) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
    a) Matlamat:
       i) Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum
            dengan menambah pendapatan dan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang
            ekonomi.
       ii) Meneruskan program pembangunan luar bandar di samping pembangunan pertanian
            dan perindustrian untuk meningkatkan produktiviti.
       iii) Membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
    b) Agensi:
       i) Pembukaan tanah secara besar-besaran oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
            (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga
            Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
            (KESEDAR)
       ii) Tumpuan diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan
            eksport.
       iii) Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan
            industri dan pembangunan bandar baru.

11) Rancangan Malaysia keempat (1981-1985)
    a) Matlamat:
       i) Meneruskan program pembangunan ekonomi dalam RM3 denagn memberi tumpuan
            kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan
            penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga kerja mahir. Untuk itu,
            Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan pada akhir 1980.
       ii) Bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asaing, kawasan
            perusahaan baru seperti di Skudai Johor, Senawang (N.Sembilan), Bintulu (Sarawak),
            Likas dan Manggatal (Sabah) diwujudkan.
       iii) Memperkenalkan zon perdagangan bebas di Bayan Lepas Pulau Pinang dan Sungai
            Way Selangor
    b) Agensi:
i)     Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi mengenalpasti,
              memulakan dan mengurus projek industri berat dengan cekap seperti yang
              dikendalikan oleh sektor swasta.
       ii)    Bagi menambahkan keberkesanan projek perindustrian, program Kajian Dasar
              Perindustrian Malaysia bagi mengenalpasti kelemahan dalam sektor struktur
              perindustrian negara , dan Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju
              pembangunan industri dan strategi pelaksanaannya telah dilancarkan.
       iii)   3) Mengadakan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia bertujua
              melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara dengan harapan akan
              dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan.
       iv)    4) Menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham
              Nasional (ASN) 19881 bagi menyeimbangkan pemilikan harta dan saham industri
              antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera.
       v)     5) Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984 diadakan bagi memodenkan dan menggiatkan
              semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan
              perkhidmatan sokongan.
       vi)    5. Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984 diadakan bagi memodenkan dan menggiatkan
              semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan
              perkhidmatan sokongan.

   c) Pencapaian:
      i) RM4 mencatatkan perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada
         kadar 5.8% setahun. Pendapatan per kapita meningkat pada kadar 4.4% setahun
         menjadi RM4000 juta pada tahun 1985.

12) Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990)
    a) Matlamat:
       i) Penekanan utama adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan:
            (1) melonggarkan hak milik syarikat dan perlesenan dalam
            (2) sektor swasta.
       ii) b) Syarikat pelaburan modal asing juga dilonggarkan bagi
            (1) meningkatkan pelaburan sektor perindustrian
            (2) berorientasikan eksport.
       iii) 2) Meneruskan pembangunan luar bandar dengan penggunaan tanah secara lebih
            cekap.
       iv) Menggalakkan industri desa seperti kraftangan dengan memberi kemudahan kredit
            dan intensif melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan
            Amanah Ikhtiar Malaysia.
       v) Memajukan sektor pelancongan. Peranannnya dimainkan Perbadanan Pelancongan
            Malaysia. Contoh, Tahun melawat Malaysia 1990.
       vi) Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan
            kecekapan guna tenaga tempatan dan produktiviti negara.

   b) Pencapaian:
      i) Rancangan Lima Tahun telah memperlihatkan kemajuan terutamanya dalam tiga
           rancangan yang pertama.
      ii) DEB berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah. Kadar kemiskinan
           menurun.
      iii) Peningkatan berlaku dalam KDNK, pendapatan per kapita dan hak milik modal
           saham bumiputera walaupun pemilikan saham ini tidak mencapai sasaran 30%.
iv) Hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat 2% melebihi sasaran
           40% yang ditetapkan. Pemilikan hak milik modal kedua-dua golongan ini berjaya
           mengurangkan hak milik modal saham orang asing sebanyak 38.2%.
       v) DEB berjaya meningkatkan taraf kehidupan kaum Bumiputera dan mencapai
           matlamat membasmi kemiskinan, tetapi penyusunan semula guna tenaga perlu
           diperhebat lagi memandangkan orang Melayu masih kurang melibatkan diri dalam
           bidang perdagangan dan perniagaan.
       vi) DEB memberi manfaat kepada semua kaum .

13) Dasar Pertanian Negara (12 Januari 1984)

   a) Matlamat Penubuhan
      i) Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian supaya dapat memberi sumbangan
           kepada pertumbuhan ekonomi negara.
      ii) Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan
           pengeluaran dan kadar kemiskinan akan dapat dikurangkan.
      iii) Memajukan komoditi-komoditi utama yang berpotensi besar untuk dieksport.

   b) Strategi
      i) Pembukaan tanah-tanah baharu yang akan dikendalikan oleh FELDA (Lembaga
           Kemajuan Tanah Persekutuan), pihak berkuasa pembangunan wilayah dan kerajaan-
           kerajaan negeri.
      ii) Pembangunan insitu di mana kawasan-kawasan yang telah sedia diusahakan dengan
           pelbagai aktiviti pertanian, tetapi berdaya pengeluaran yang rendah. Usaha dijalankan
           untuk memulihkan kawasan berkenaan melalui projek Pembangunan Pertanian
           Bersepadu, Perbadanan Kemajuan Wilayah (MADA) dan Lembaga Kemajuan
           Pertanian Kerubu (KADA).
      iii) Penyediaan perkhidmatan sokongan pertanian seperti Institut Penyelidikan Minyak
           Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI),
           Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Pihak Berkuasa
           Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran
           Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

14) Dasar Pensyarikatan Malaysia (25 Februari 1983)

More Related Content

Similar to Bab 8tkt5

3344f60bb702f7ce061fde0b4f2ff6dc
3344f60bb702f7ce061fde0b4f2ff6dc3344f60bb702f7ce061fde0b4f2ff6dc
3344f60bb702f7ce061fde0b4f2ff6dc
Huang Qi Shen
 
Dasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysiaDasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysia
UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Aira f5
Aira f5Aira f5
3000 Dasar Awam 2005
3000 Dasar Awam 20053000 Dasar Awam 2005
3000 Dasar Awam 2005aimm reka
 
Dasar dasar awam
Dasar dasar awamDasar dasar awam
Dasar dasar awamaimm reka
 
RMK 5 Tahun
RMK 5 TahunRMK 5 Tahun
RMK 5 Tahun
khatijah1889
 
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikWanBK Leo
 
CTU555 : SEJARAH MALAYSIA
CTU555 : SEJARAH MALAYSIACTU555 : SEJARAH MALAYSIA
CTU555 : SEJARAH MALAYSIA
AZIZAHAFIQAH
 
Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02
Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02
Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02Ang Xiao Yean
 
Modul TOT Pengajian Malaysia-Slot 2.pptx
Modul TOT Pengajian Malaysia-Slot 2.pptxModul TOT Pengajian Malaysia-Slot 2.pptx
Modul TOT Pengajian Malaysia-Slot 2.pptx
maryampengajianmalay
 
Dasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirDasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirSuhailah Fauzi
 
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 (PPSM).pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 (PPSM).pptxKSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 (PPSM).pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 (PPSM).pptx
SitiAishahMohdYusof
 
Me cd deb
Me cd debMe cd deb
Me cd deb
hasbu271261
 
Kerja sama bidang ekonomi
Kerja sama bidang ekonomiKerja sama bidang ekonomi
Kerja sama bidang ekonomi
Helena Nalle
 
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk KesejahteraanBab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
isharsmiaa
 
Dasar
DasarDasar
Dasar
Suzana Lee
 
WAJ 3106; Hubungan Etnik - Tutorial 5 (pembangunan 5 tahun sebelum 1970)
WAJ 3106; Hubungan Etnik - Tutorial 5 (pembangunan 5 tahun sebelum 1970)WAJ 3106; Hubungan Etnik - Tutorial 5 (pembangunan 5 tahun sebelum 1970)
WAJ 3106; Hubungan Etnik - Tutorial 5 (pembangunan 5 tahun sebelum 1970)zakirah yaakob
 
Bab 4 pembangunan ekonomi
Bab 4 pembangunan ekonomiBab 4 pembangunan ekonomi
Bab 4 pembangunan ekonomiDhani Ahmad
 
Dasar Awam 2
Dasar Awam 2Dasar Awam 2
Dasar Awam 2aimm reka
 
dasar ekonomi
dasar ekonomidasar ekonomi
dasar ekonomi
pulitikaca
 

Similar to Bab 8tkt5 (20)

3344f60bb702f7ce061fde0b4f2ff6dc
3344f60bb702f7ce061fde0b4f2ff6dc3344f60bb702f7ce061fde0b4f2ff6dc
3344f60bb702f7ce061fde0b4f2ff6dc
 
Dasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysiaDasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysia
 
Aira f5
Aira f5Aira f5
Aira f5
 
3000 Dasar Awam 2005
3000 Dasar Awam 20053000 Dasar Awam 2005
3000 Dasar Awam 2005
 
Dasar dasar awam
Dasar dasar awamDasar dasar awam
Dasar dasar awam
 
RMK 5 Tahun
RMK 5 TahunRMK 5 Tahun
RMK 5 Tahun
 
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
 
CTU555 : SEJARAH MALAYSIA
CTU555 : SEJARAH MALAYSIACTU555 : SEJARAH MALAYSIA
CTU555 : SEJARAH MALAYSIA
 
Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02
Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02
Bab4 pembangunanekonomidanhubunganetnik-091117022849-phpapp02
 
Modul TOT Pengajian Malaysia-Slot 2.pptx
Modul TOT Pengajian Malaysia-Slot 2.pptxModul TOT Pengajian Malaysia-Slot 2.pptx
Modul TOT Pengajian Malaysia-Slot 2.pptx
 
Dasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirDasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathir
 
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 (PPSM).pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 (PPSM).pptxKSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 (PPSM).pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 (PPSM).pptx
 
Me cd deb
Me cd debMe cd deb
Me cd deb
 
Kerja sama bidang ekonomi
Kerja sama bidang ekonomiKerja sama bidang ekonomi
Kerja sama bidang ekonomi
 
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk KesejahteraanBab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
Bab 8. Ting 5 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
 
Dasar
DasarDasar
Dasar
 
WAJ 3106; Hubungan Etnik - Tutorial 5 (pembangunan 5 tahun sebelum 1970)
WAJ 3106; Hubungan Etnik - Tutorial 5 (pembangunan 5 tahun sebelum 1970)WAJ 3106; Hubungan Etnik - Tutorial 5 (pembangunan 5 tahun sebelum 1970)
WAJ 3106; Hubungan Etnik - Tutorial 5 (pembangunan 5 tahun sebelum 1970)
 
Bab 4 pembangunan ekonomi
Bab 4 pembangunan ekonomiBab 4 pembangunan ekonomi
Bab 4 pembangunan ekonomi
 
Dasar Awam 2
Dasar Awam 2Dasar Awam 2
Dasar Awam 2
 
dasar ekonomi
dasar ekonomidasar ekonomi
dasar ekonomi
 

Recently uploaded

Modul Ajar Kurikulum Merdeka Tahun 2024.pptx
Modul Ajar Kurikulum Merdeka Tahun 2024.pptxModul Ajar Kurikulum Merdeka Tahun 2024.pptx
Modul Ajar Kurikulum Merdeka Tahun 2024.pptx
MarkusPiyusmanZebua
 
Sesi 4_Kelompok 3 Kode Etik Profesi Akuntan Publik.pptx
Sesi 4_Kelompok 3 Kode Etik Profesi Akuntan Publik.pptxSesi 4_Kelompok 3 Kode Etik Profesi Akuntan Publik.pptx
Sesi 4_Kelompok 3 Kode Etik Profesi Akuntan Publik.pptx
bidakara2016
 
Cost Benefit Analysisss perhitunngan.ppt
Cost Benefit Analysisss perhitunngan.pptCost Benefit Analysisss perhitunngan.ppt
Cost Benefit Analysisss perhitunngan.ppt
meincha1152
 
PPT SEMPRO PENGARUH JIWA KEWIRAUSAHAAN MOTIVASI DAN MODAL USAHA TERHADAP PERK...
PPT SEMPRO PENGARUH JIWA KEWIRAUSAHAAN MOTIVASI DAN MODAL USAHA TERHADAP PERK...PPT SEMPRO PENGARUH JIWA KEWIRAUSAHAAN MOTIVASI DAN MODAL USAHA TERHADAP PERK...
PPT SEMPRO PENGARUH JIWA KEWIRAUSAHAAN MOTIVASI DAN MODAL USAHA TERHADAP PERK...
hoiriyono
 
reksadana syariah lutfi nihayatul khusniah
reksadana syariah lutfi nihayatul khusniahreksadana syariah lutfi nihayatul khusniah
reksadana syariah lutfi nihayatul khusniah
AhmadVikriKhoirulAna
 
METODE MODI (MODIFIED DISTRIBUTION METHODE).pptx
METODE MODI (MODIFIED DISTRIBUTION METHODE).pptxMETODE MODI (MODIFIED DISTRIBUTION METHODE).pptx
METODE MODI (MODIFIED DISTRIBUTION METHODE).pptx
UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
EKONOMI INDUSTRI ilmu tentang industri dan disiplin
EKONOMI INDUSTRI ilmu tentang industri dan disiplinEKONOMI INDUSTRI ilmu tentang industri dan disiplin
EKONOMI INDUSTRI ilmu tentang industri dan disiplin
anthoniusaldolemauk
 
PPT PAJAK DAERAH PERPAJAKAN MANAJEMEN S1
PPT PAJAK DAERAH PERPAJAKAN MANAJEMEN S1PPT PAJAK DAERAH PERPAJAKAN MANAJEMEN S1
PPT PAJAK DAERAH PERPAJAKAN MANAJEMEN S1
IndahMeilani2
 
Penghitungan Kerugian Keuangan Negara di Indonesia
Penghitungan Kerugian Keuangan Negara di IndonesiaPenghitungan Kerugian Keuangan Negara di Indonesia
Penghitungan Kerugian Keuangan Negara di Indonesia
FachrulAchast
 
METODE STEPPING STONE (BATU LONCATANA) REVISI.pptx
METODE STEPPING STONE (BATU LONCATANA) REVISI.pptxMETODE STEPPING STONE (BATU LONCATANA) REVISI.pptx
METODE STEPPING STONE (BATU LONCATANA) REVISI.pptx
UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
Pendapatan dan beban dalam Akuntansi.pptx
Pendapatan dan beban dalam Akuntansi.pptxPendapatan dan beban dalam Akuntansi.pptx
Pendapatan dan beban dalam Akuntansi.pptx
LidyaManuelia1
 
Pengertian Surplus Konsumen dan Produsen.pdf
Pengertian Surplus Konsumen dan Produsen.pdfPengertian Surplus Konsumen dan Produsen.pdf
Pengertian Surplus Konsumen dan Produsen.pdf
fadilahsaleh427
 
Dapat SP2DK, Harus Apa? Bagimana cara merespon surat cinta DJP?
Dapat SP2DK, Harus Apa? Bagimana cara merespon surat cinta DJP?Dapat SP2DK, Harus Apa? Bagimana cara merespon surat cinta DJP?
Dapat SP2DK, Harus Apa? Bagimana cara merespon surat cinta DJP?
EnforceA Real Solution
 
Ppt_perdagangan_luar_negeri_proteksi_dan.ppt
Ppt_perdagangan_luar_negeri_proteksi_dan.pptPpt_perdagangan_luar_negeri_proteksi_dan.ppt
Ppt_perdagangan_luar_negeri_proteksi_dan.ppt
mariapasaribu13
 
Prosedur Ekspor : Studi Kasus Ekspor Briket ke Yaman dan Proses Produksi Brik...
Prosedur Ekspor : Studi Kasus Ekspor Briket ke Yaman dan Proses Produksi Brik...Prosedur Ekspor : Studi Kasus Ekspor Briket ke Yaman dan Proses Produksi Brik...
Prosedur Ekspor : Studi Kasus Ekspor Briket ke Yaman dan Proses Produksi Brik...
Anisa Rizki Rahmawati
 
DJP - RUU KUP.pdf RUU Perubahan Kelima UU KUP
DJP - RUU KUP.pdf RUU Perubahan Kelima UU KUPDJP - RUU KUP.pdf RUU Perubahan Kelima UU KUP
DJP - RUU KUP.pdf RUU Perubahan Kelima UU KUP
adjhe17ks1
 
Konsep Perbankan Syariah di Indonesia.ppt
Konsep Perbankan Syariah di Indonesia.pptKonsep Perbankan Syariah di Indonesia.ppt
Konsep Perbankan Syariah di Indonesia.ppt
AchmadHasanHafidzi
 
PPT Reksadana (Reksadana ekonomi syariah).pptx
PPT Reksadana (Reksadana ekonomi syariah).pptxPPT Reksadana (Reksadana ekonomi syariah).pptx
PPT Reksadana (Reksadana ekonomi syariah).pptx
f4hmizakaria123
 

Recently uploaded (18)

Modul Ajar Kurikulum Merdeka Tahun 2024.pptx
Modul Ajar Kurikulum Merdeka Tahun 2024.pptxModul Ajar Kurikulum Merdeka Tahun 2024.pptx
Modul Ajar Kurikulum Merdeka Tahun 2024.pptx
 
Sesi 4_Kelompok 3 Kode Etik Profesi Akuntan Publik.pptx
Sesi 4_Kelompok 3 Kode Etik Profesi Akuntan Publik.pptxSesi 4_Kelompok 3 Kode Etik Profesi Akuntan Publik.pptx
Sesi 4_Kelompok 3 Kode Etik Profesi Akuntan Publik.pptx
 
Cost Benefit Analysisss perhitunngan.ppt
Cost Benefit Analysisss perhitunngan.pptCost Benefit Analysisss perhitunngan.ppt
Cost Benefit Analysisss perhitunngan.ppt
 
PPT SEMPRO PENGARUH JIWA KEWIRAUSAHAAN MOTIVASI DAN MODAL USAHA TERHADAP PERK...
PPT SEMPRO PENGARUH JIWA KEWIRAUSAHAAN MOTIVASI DAN MODAL USAHA TERHADAP PERK...PPT SEMPRO PENGARUH JIWA KEWIRAUSAHAAN MOTIVASI DAN MODAL USAHA TERHADAP PERK...
PPT SEMPRO PENGARUH JIWA KEWIRAUSAHAAN MOTIVASI DAN MODAL USAHA TERHADAP PERK...
 
reksadana syariah lutfi nihayatul khusniah
reksadana syariah lutfi nihayatul khusniahreksadana syariah lutfi nihayatul khusniah
reksadana syariah lutfi nihayatul khusniah
 
METODE MODI (MODIFIED DISTRIBUTION METHODE).pptx
METODE MODI (MODIFIED DISTRIBUTION METHODE).pptxMETODE MODI (MODIFIED DISTRIBUTION METHODE).pptx
METODE MODI (MODIFIED DISTRIBUTION METHODE).pptx
 
EKONOMI INDUSTRI ilmu tentang industri dan disiplin
EKONOMI INDUSTRI ilmu tentang industri dan disiplinEKONOMI INDUSTRI ilmu tentang industri dan disiplin
EKONOMI INDUSTRI ilmu tentang industri dan disiplin
 
PPT PAJAK DAERAH PERPAJAKAN MANAJEMEN S1
PPT PAJAK DAERAH PERPAJAKAN MANAJEMEN S1PPT PAJAK DAERAH PERPAJAKAN MANAJEMEN S1
PPT PAJAK DAERAH PERPAJAKAN MANAJEMEN S1
 
Penghitungan Kerugian Keuangan Negara di Indonesia
Penghitungan Kerugian Keuangan Negara di IndonesiaPenghitungan Kerugian Keuangan Negara di Indonesia
Penghitungan Kerugian Keuangan Negara di Indonesia
 
METODE STEPPING STONE (BATU LONCATANA) REVISI.pptx
METODE STEPPING STONE (BATU LONCATANA) REVISI.pptxMETODE STEPPING STONE (BATU LONCATANA) REVISI.pptx
METODE STEPPING STONE (BATU LONCATANA) REVISI.pptx
 
Pendapatan dan beban dalam Akuntansi.pptx
Pendapatan dan beban dalam Akuntansi.pptxPendapatan dan beban dalam Akuntansi.pptx
Pendapatan dan beban dalam Akuntansi.pptx
 
Pengertian Surplus Konsumen dan Produsen.pdf
Pengertian Surplus Konsumen dan Produsen.pdfPengertian Surplus Konsumen dan Produsen.pdf
Pengertian Surplus Konsumen dan Produsen.pdf
 
Dapat SP2DK, Harus Apa? Bagimana cara merespon surat cinta DJP?
Dapat SP2DK, Harus Apa? Bagimana cara merespon surat cinta DJP?Dapat SP2DK, Harus Apa? Bagimana cara merespon surat cinta DJP?
Dapat SP2DK, Harus Apa? Bagimana cara merespon surat cinta DJP?
 
Ppt_perdagangan_luar_negeri_proteksi_dan.ppt
Ppt_perdagangan_luar_negeri_proteksi_dan.pptPpt_perdagangan_luar_negeri_proteksi_dan.ppt
Ppt_perdagangan_luar_negeri_proteksi_dan.ppt
 
Prosedur Ekspor : Studi Kasus Ekspor Briket ke Yaman dan Proses Produksi Brik...
Prosedur Ekspor : Studi Kasus Ekspor Briket ke Yaman dan Proses Produksi Brik...Prosedur Ekspor : Studi Kasus Ekspor Briket ke Yaman dan Proses Produksi Brik...
Prosedur Ekspor : Studi Kasus Ekspor Briket ke Yaman dan Proses Produksi Brik...
 
DJP - RUU KUP.pdf RUU Perubahan Kelima UU KUP
DJP - RUU KUP.pdf RUU Perubahan Kelima UU KUPDJP - RUU KUP.pdf RUU Perubahan Kelima UU KUP
DJP - RUU KUP.pdf RUU Perubahan Kelima UU KUP
 
Konsep Perbankan Syariah di Indonesia.ppt
Konsep Perbankan Syariah di Indonesia.pptKonsep Perbankan Syariah di Indonesia.ppt
Konsep Perbankan Syariah di Indonesia.ppt
 
PPT Reksadana (Reksadana ekonomi syariah).pptx
PPT Reksadana (Reksadana ekonomi syariah).pptxPPT Reksadana (Reksadana ekonomi syariah).pptx
PPT Reksadana (Reksadana ekonomi syariah).pptx
 

Bab 8tkt5

  • 1. Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan 1) Faktor-faktor yang menjadi asas kepada penggubalan dasar dan strategi pembangunan ialah: a) Kedudukan ekonomi yang terbuka; b) Sistem ekonomi campuran; c) Masyarakat berbilang kaum; dan d) Kerajaan Persekutuan. 2) Bermatlamat membangunkan kawasan luar bandar dan mengurangkan kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar. 3) Lembaga Pembangunan Industri Desa (Rural Industrial Development Authority, RIDA) dan Lembaga Kernajuan Tanah Perseutuan (Federal Land Development Authority, FELDA) 4) Penubuhan kementerian Penbagunan Negara dan Luar Bandar – membangunkan luar bandar 1) PEMBANGUNAN EKONOMI a) Dimulakan sejak belum merdeka oleh Kerajaan Perikatan b) Pada awalnya memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar c) Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk : d) membasmi kemiskinan e) menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum f) DEB dilaksanakan melalui rancangan Pembangunan Lima Tahun sehingga 1990. g) Selepas 1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan sehingga 2000. 2) RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN a) TAHAP PERTAMA: i) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) ii) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) iii) Rancangan Malaysia Pertama (1966- 1970) 3) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) i) Memberi penekanan dan perhatian serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam. ii) Sektor ekonomi: iii) Mempergiatkan pembukaan tanah baru untuk pertanian iv) Menggalakkan penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang v) Mempelbagaikan hasil keluaran pertanian vi) Memperluaskan perusahaan bijih timah vii) Sektor sosial: viii) Pelbagai perkhidmatan diberikan seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan ix) Sektor awam: x) Membina pelbagai infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan. b) Agensi Terlibat: i) Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) (1) bertujuan membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar, (2) memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil, membantu (3) pemasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang (4) Melayu dalam sektor perniagaan. ii) Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan (FELDA)-1956 (1) bertujuan untuk meninggikan taraf hidup masyarakat luar bandar, (2) meningkatkan hasil pertanian negara, membantu masyarakat Melayu (3) dengan membuka tanah baru lengkap dengan kemudahan asas. (4) Tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit. iii) 3. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar -1959
  • 2. (1) untuk menyelaras dan menjayakan segala program pembangunan luar bandar. iv) RIDA DAN FELDA diletakkan di bawah kementerian ini. c) Pencapaian: i) Pencapaian RM1 kurang memberangsangkan kerana : ii) ancaman komunis semasa zaman Darurat yang menyebabkan sejumlah perbelanjaan negara dialihkan kepada keselamatan negara. iii) Kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia 4) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) a) MATLAMAT: i) Masih menekankan pembangunan luar bandar ii) Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar iii) Mengurangkan kadar kemiskinan iv) Meninggikan taraf hidup rakyat b) Langkah dan Strategi: i) Mempergiat pembukaan tanah di bawah FELDA ii) Mempelbagaikan jenis tanaman untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara iii) Mengurangkan kebergantungan negara kepada getah dan bahan makanan import. c) Agensi: i) LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) -1965 ii) membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka d) Pencapaian: i) RM2 terus memberi tumpuan terhadap penyediaan struktur sosial seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan kakitangan serta memperbanyak peluang pekerjaan. ii) Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur diwujudkan bagi menyelaraskan pembangunan peringkat negeri, daerah dan kampung. iii) Buku Merah yang mengandungi program, pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian diperkenalkan 5) Rancangan Malaysia Pertama (1966- 1970) a) MATLAMAT: i) Memastikan semua program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat dan intergrasi nasional sempena penubuhan Malaysia pada 1963 ii) Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian b) Agensi: i) Mengadakan projek pembangunan seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara ii) Menubuhkan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) pada 1965 untuk membantu FELDA membangunkan ekonomi kawasan luar bandar iii) Pada 1969, RIDA digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) ditubuhkan bagi menggalakkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan dan perdagangan.
  • 3. iv) Pada 1969, Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan dan v) memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian, kecuali getah vi) Untuk mewujudkan industri, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)ditubuhkan pada 1967 dan Lembaga Penasihat Tarif diwujudkan. vii) Akta Pelaburan 1969 pula berfungsi untuk enggalakkan kemunculan industri baru. Peningkatan pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan semasa pelaksanaan RM1 terbantut apabila berlaku Persitiwa 13 MEI 1969. c) Kesimpulannya: i) Segala program pembangunan ekonomi belum dapat membendung masalah perpaduan kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara. ii) DEB telah diperkenalkan sebagai perancangan pembangunan negara jangka panjang yang bermatlamat untuk mencapai perpaduann dan kesejahteraan rakyat. 6) TAHAP KEDUA ( Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 – 20 tahun berkaitan dengan DEB ) a) Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975) b) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) c) Rancangan Malaysia keempat (1981-1985) d) Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990) (RRJP2), 1991-2000 telah menjadi asas kepada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional e) Rancangan Malaysia Keenam. (1991 1995) f) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 2000) Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) yang telah digubal berdasarkan Dasar Wawasan Negara. g) Rancangan Malaysia Kelapan ( 2001 – 2005) h) Rancangan Malaysia Kesembilan ( 2006 -2010 ) 7) Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975) a) MATLAMAT: i) Mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum; dan ii) Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. iii) Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah. iv) Tumpuan terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambahkan pendapatan dan penyediaan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi. v) Program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan. b) Agensi: i) Beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan wilayah. KEJORA, DARA, JENGKA, KETENGAH, PERDA, KESEDAR
  • 4. ii) Agensi lain yang ditubuhkan bertujuan membantu golongan petani, menggalakkan perkembangan perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar. 8) Agensi 9) Fungsi Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) Menstabilkan harga padi 1971 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Membangunkan dan memodenkan industri perikanan (LKIM) 1971 serta meningkatkan taraf hidup nelayan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) Membangunkan bandar 1971 Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Membantu pekebun kecil etah dari segi penyelidikan Perusahaan Getah(1973) dan penanaman semula getah. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 Membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) Memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang 1974 berkaitan dengan petroleum Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai. 10) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) a) Matlamat: i) Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum dengan menambah pendapatan dan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi. ii) Meneruskan program pembangunan luar bandar di samping pembangunan pertanian dan perindustrian untuk meningkatkan produktiviti. iii) Membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. b) Agensi: i) Pembukaan tanah secara besar-besaran oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) ii) Tumpuan diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport. iii) Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru. 11) Rancangan Malaysia keempat (1981-1985) a) Matlamat: i) Meneruskan program pembangunan ekonomi dalam RM3 denagn memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga kerja mahir. Untuk itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan pada akhir 1980. ii) Bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asaing, kawasan perusahaan baru seperti di Skudai Johor, Senawang (N.Sembilan), Bintulu (Sarawak), Likas dan Manggatal (Sabah) diwujudkan. iii) Memperkenalkan zon perdagangan bebas di Bayan Lepas Pulau Pinang dan Sungai Way Selangor b) Agensi:
  • 5. i) Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi mengenalpasti, memulakan dan mengurus projek industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta. ii) Bagi menambahkan keberkesanan projek perindustrian, program Kajian Dasar Perindustrian Malaysia bagi mengenalpasti kelemahan dalam sektor struktur perindustrian negara , dan Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi pelaksanaannya telah dilancarkan. iii) 3) Mengadakan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia bertujua melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara dengan harapan akan dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan. iv) 4) Menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) 19881 bagi menyeimbangkan pemilikan harta dan saham industri antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera. v) 5) Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984 diadakan bagi memodenkan dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan. vi) 5. Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984 diadakan bagi memodenkan dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan. c) Pencapaian: i) RM4 mencatatkan perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.8% setahun. Pendapatan per kapita meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985. 12) Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990) a) Matlamat: i) Penekanan utama adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan: (1) melonggarkan hak milik syarikat dan perlesenan dalam (2) sektor swasta. ii) b) Syarikat pelaburan modal asing juga dilonggarkan bagi (1) meningkatkan pelaburan sektor perindustrian (2) berorientasikan eksport. iii) 2) Meneruskan pembangunan luar bandar dengan penggunaan tanah secara lebih cekap. iv) Menggalakkan industri desa seperti kraftangan dengan memberi kemudahan kredit dan intensif melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia. v) Memajukan sektor pelancongan. Peranannnya dimainkan Perbadanan Pelancongan Malaysia. Contoh, Tahun melawat Malaysia 1990. vi) Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan kecekapan guna tenaga tempatan dan produktiviti negara. b) Pencapaian: i) Rancangan Lima Tahun telah memperlihatkan kemajuan terutamanya dalam tiga rancangan yang pertama. ii) DEB berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah. Kadar kemiskinan menurun. iii) Peningkatan berlaku dalam KDNK, pendapatan per kapita dan hak milik modal saham bumiputera walaupun pemilikan saham ini tidak mencapai sasaran 30%.
  • 6. iv) Hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat 2% melebihi sasaran 40% yang ditetapkan. Pemilikan hak milik modal kedua-dua golongan ini berjaya mengurangkan hak milik modal saham orang asing sebanyak 38.2%. v) DEB berjaya meningkatkan taraf kehidupan kaum Bumiputera dan mencapai matlamat membasmi kemiskinan, tetapi penyusunan semula guna tenaga perlu diperhebat lagi memandangkan orang Melayu masih kurang melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan. vi) DEB memberi manfaat kepada semua kaum . 13) Dasar Pertanian Negara (12 Januari 1984) a) Matlamat Penubuhan i) Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian supaya dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. ii) Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan pengeluaran dan kadar kemiskinan akan dapat dikurangkan. iii) Memajukan komoditi-komoditi utama yang berpotensi besar untuk dieksport. b) Strategi i) Pembukaan tanah-tanah baharu yang akan dikendalikan oleh FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), pihak berkuasa pembangunan wilayah dan kerajaan- kerajaan negeri. ii) Pembangunan insitu di mana kawasan-kawasan yang telah sedia diusahakan dengan pelbagai aktiviti pertanian, tetapi berdaya pengeluaran yang rendah. Usaha dijalankan untuk memulihkan kawasan berkenaan melalui projek Pembangunan Pertanian Bersepadu, Perbadanan Kemajuan Wilayah (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kerubu (KADA). iii) Penyediaan perkhidmatan sokongan pertanian seperti Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). 14) Dasar Pensyarikatan Malaysia (25 Februari 1983)