SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
KURSUS KEJURULATIHAN
GURU PASUKAN BERUNIFORM ZON TENGAH DAN ZON SELATAN 2022
KAWAD KAKI KRS
Bil Pergerakan Bahasa Hukuman Keterangan Catatan
1.
PANGGILAN
MASUK BARIS
"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak,
skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah,
di mana saya mengadap. Faham itu skuad (3X)".
Tiga barisan di hadapan saya..... gerak.
2. DOA KAWAD
Selamat pagi/petang skuad… pada pagi/petang ini saya akan mengawadkan skuad. Penanda
di sebelah kanan Koperal ALI di sebelah kiri Lans Koperal ABU. Itu adalah penanda barisan
hadapan. Barisan tengah… tengah juga, barisan belakang…belakang juga. Hukuman salah,
jangan dibuat. Hukuman saya yang betul hendaklah dibuat dengan betul dan cergas. Faham
itu skuad…
3. SEDIA “Skuad.... sedia”
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di
sebelah kaki kiri. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris;
hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan
tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-
dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa
perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-
dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam;
belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat
kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar;
langut kepala memandang terus ke hadapan.
4. SENANG DIRI
"Senang .......diri"
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah
kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke
belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan
kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi ,
siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki
kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.
5.
BUKA/ TUTUP
BARISAN
"Buka Barisan
.......Gerak".
Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan
ke hadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan
hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Barisan belakang
ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian
angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan
sedia. Masa bergerak bilang; (1-2-1)
6. . "Tutup Barisan
......Gerak".
Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang
ambil dua langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti
"Tutup Barisan......Gerak".
7. MEMBETULKAN
BARISAN
"Ke kanan..... Lurus"
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan
dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan
lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian
palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam
setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan
angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di
kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas
mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri,
(2-1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan
lurus.
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan
tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar
menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah
berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah
barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.
8. ''Pandang......depan''
Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan kanan ke rusuk
serentak dengan pantas.
9.
MELAPOR Assalamualaikum
tuan, atau Selamat
sejahtera tuan,
Pasukan Kadet ........
siap untuk diuji
tuan.
Ketua perbarisan berjalan hingga ke hadapan Ketua Hakim dan melapor
kekuatan. Setelah melapor, Ketua Platun kembali ke kedudukan asal dan
bersedia mempersembahkan kawad statik.
10.
BERPUSING KE
KANAN/ KIRI/
BELAKANG
”Bergerak ke kiri,
Kiri .......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing
sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan
dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai
ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan
tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti
kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan
dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia.
11.
”Bergerak ke kanan
, Belakang
......Pusing".
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180
darjah mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan) , di atas tumit kaki kanan
dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki
kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi
menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus,
badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki
kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas
kepada kedudukan sedia
12.
”Menghadap ke
belakang, kanan
....... pusing”.
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 90
darjah mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan), di atas tumit kaki kanan
dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki
kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi
menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus,
badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki
kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas
kepada kedudukan sedia
13.
”Menghadap ke
hadapan, belakang
...... pusing”
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180
darjah mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan) , di atas tumit kaki kanan
dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki
kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi
menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus,
badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki
kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas
kepada kedudukan sedia
14. CEPAT JALAN "Dari kanan/kiri,
cepat jalan"
Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan,
dengan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan
separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di
bahagian atas menghala ke hadapan , kedua-dua lengan lurus. Masa
berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang ke hadapan 200 meter.
15.
BERHENTI "Skuad .......Henti" Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri
tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. ‘Check’ atas kaki
kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada masa yang sama
kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia
16.
MEMBERI
HORMAT KE
HADAPAN
KETIKA
BERJALAN
"Hormat ke hadapan
.......... hormat ."
Diberi serupa dengan hukuman " berhenti ", skuad hendaklah berhenti,
hormat ke hadapan sebanyak 2 kali dan pusing ke belakang, berjalan
dengan cepat jalan (semua anggota mesti melakukan perbuatan di atas
termasuk penanda kanan).
17.
HORMAT KE
KANAN KETIKA
BERJALAN
"Hormat ke kanan
.........hormat"
Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check atas kaki
kanan dan langkah kaki kiri ke hadapan, pada masa yang sama bawa
tangan kanan ke kedudukan hormat dan palingkan muka ke kanan atau
kiri dengan pantas. Langkah kaki kanan, kiri, kanan (Turun tangan dan
palingkan muka ke hadapan).
Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam cepat masa.
Kiraan masa :
Check –
hormat – 2 – 3
– potong –
lenggang.
18.
HORMAT SELAKU
MENERIMASIJIL
"Selaku terima sijil,
Hormat ke hadapan
.......... Hormat"
Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti,
hormat ke hadapan, turun tangan, satu langkah kaki kanan ke hadapan
dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia.
Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus. Tangan kanan
atas tangan kiri, tekup (tidak ditepuk) dan tarik ke dua-dua belah tangan
ke sisi, kemudian langkah kaki kanan ke belakang hentak kaki kiri di
sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang,
berjalan dengan cepat jalan.
19.
TUKAR LANGKAH
DALAM MASA
CEPAT JALAN
"Tukar langkah
masa berjalan, tukar
............langkah"
Hukuman ” tukar” diberi semasa kaki kanan jejak tanah.
Hukuman ”langkah” di beri atas kaki kiri
Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri,
Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan
Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan.
Pergerakan
tukar langkah
dilakukan
sebanyak 3
kali.
20.
BERPUSING KE
BELAKANG
SEMASA CEPAT
JALAN
" Bergerak ke kiri/
kanan, belakang
........... pusing! "
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi, ’check’ kaki
kiri, tarik kaki kanan di belakang tumit kaki kiri dalam keadaan menghala
ke kanan (in), hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hentak kaki kanan di
sebelah kaki kiri, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas
langkah kaki kanan dan terus berjalan (maju).
21.
TUKAR LANGKAH
DARI CEPAT
JALAN KE
PERLAHAN
JALAN
" Tukar langkah
perlahan, perlahan
.........jalan"
Hukuman ”Jalan” ketika kaki kiri jejak ke bumi. ’Check’ dengan kaki
kanan, kemudian hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas
hulur kaki kanan dan terus melakukan pergerakan perlahan jalan.
1. Kedudukan
tangan
dirapatkan di
sisi semasa
pergerakan
check
22.
BERPUSING KE
BELAKANG
SEMASA
PERLAHAN
JALAN
" Bergerak ke
kiri/kanan, belakang
..... pusing"
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan melalui kaki kiri, angkat kaki
kiri letak di sebelah kaki kanan dalam keadaan menghala ke kanan,
angkat kaki kanan menghala ke kanan dan letak di sebelah kaki kiri,
angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan. Dengan pantas
hulurkan kaki kanan dan terus perlahan jalan.
23.
TUKAR LANGKAH
DARI PERLAHAN
JALAN KE CEPAT
JALAN
”Tukar langkah
cepat, cepat jalan”
Hukuman ”Jalan” ketika kaki kiri melalui kaki kanan. Dengan pantas
langkah kaki kanan dan terus melakukan pergerakan cepat jalan.
24.
HENTAK KAKI
DALAM CEPAT
JALAN
’’Hentak........kaki’’
Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi, ’check’ kaki kiri dan
mula hentak kaki dengan kaki kanan.
25.
BERHENTI
SEMASA HENTAK
KAKI CEPAT
”Skuad.........henti”
Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak kaki kiri dan
kanan.
Terus berhenti

More Related Content

Featured

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
ThinkNow
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Arahan Kawad TKRS.docx

  • 1. KURSUS KEJURULATIHAN GURU PASUKAN BERUNIFORM ZON TENGAH DAN ZON SELATAN 2022 KAWAD KAKI KRS Bil Pergerakan Bahasa Hukuman Keterangan Catatan 1. PANGGILAN MASUK BARIS "Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad (3X)". Tiga barisan di hadapan saya..... gerak. 2. DOA KAWAD Selamat pagi/petang skuad… pada pagi/petang ini saya akan mengawadkan skuad. Penanda di sebelah kanan Koperal ALI di sebelah kiri Lans Koperal ABU. Itu adalah penanda barisan hadapan. Barisan tengah… tengah juga, barisan belakang…belakang juga. Hukuman salah, jangan dibuat. Hukuman saya yang betul hendaklah dibuat dengan betul dan cergas. Faham itu skuad… 3. SEDIA “Skuad.... sedia” Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua- dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua- dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan. 4. SENANG DIRI "Senang .......diri" Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.
  • 2. 5. BUKA/ TUTUP BARISAN "Buka Barisan .......Gerak". Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan ke hadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang; (1-2-1) 6. . "Tutup Barisan ......Gerak". Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Tutup Barisan......Gerak". 7. MEMBETULKAN BARISAN "Ke kanan..... Lurus" Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan. 8. ''Pandang......depan'' Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan kanan ke rusuk serentak dengan pantas. 9. MELAPOR Assalamualaikum tuan, atau Selamat sejahtera tuan, Pasukan Kadet ........ siap untuk diuji tuan. Ketua perbarisan berjalan hingga ke hadapan Ketua Hakim dan melapor kekuatan. Setelah melapor, Ketua Platun kembali ke kedudukan asal dan bersedia mempersembahkan kawad statik.
  • 3. 10. BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG ”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia. 11. ”Bergerak ke kanan , Belakang ......Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia 12. ”Menghadap ke belakang, kanan ....... pusing”. Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 90 darjah mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan), di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia 13. ”Menghadap ke hadapan, belakang ...... pusing” Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia
  • 4. 14. CEPAT JALAN "Dari kanan/kiri, cepat jalan" Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan , kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang ke hadapan 200 meter. 15. BERHENTI "Skuad .......Henti" Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. ‘Check’ atas kaki kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada masa yang sama kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia 16. MEMBERI HORMAT KE HADAPAN KETIKA BERJALAN "Hormat ke hadapan .......... hormat ." Diberi serupa dengan hukuman " berhenti ", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan sebanyak 2 kali dan pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan (semua anggota mesti melakukan perbuatan di atas termasuk penanda kanan). 17. HORMAT KE KANAN KETIKA BERJALAN "Hormat ke kanan .........hormat" Hukuman Hormat diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi. Check atas kaki kanan dan langkah kaki kiri ke hadapan, pada masa yang sama bawa tangan kanan ke kedudukan hormat dan palingkan muka ke kanan atau kiri dengan pantas. Langkah kaki kanan, kiri, kanan (Turun tangan dan palingkan muka ke hadapan). Langkah kaki kiri dan terus berjalan dalam cepat masa. Kiraan masa : Check – hormat – 2 – 3 – potong – lenggang. 18. HORMAT SELAKU MENERIMASIJIL "Selaku terima sijil, Hormat ke hadapan .......... Hormat" Diberi serupa dengan hukuman " berhenti", skuad hendaklah berhenti, hormat ke hadapan, turun tangan, satu langkah kaki kanan ke hadapan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia. Hulurkan kedua-dua tangan dalam keadaan siku lurus. Tangan kanan atas tangan kiri, tekup (tidak ditepuk) dan tarik ke dua-dua belah tangan ke sisi, kemudian langkah kaki kanan ke belakang hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali lagi , turun tangan, pusing ke belakang, berjalan dengan cepat jalan. 19. TUKAR LANGKAH DALAM MASA CEPAT JALAN "Tukar langkah masa berjalan, tukar ............langkah" Hukuman ” tukar” diberi semasa kaki kanan jejak tanah. Hukuman ”langkah” di beri atas kaki kiri Hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, Hentak kaki kiri disebelah kaki kanan Langkah kaki kanan ke hadapan dan terus cepat jalan. Pergerakan tukar langkah dilakukan sebanyak 3 kali.
  • 5. 20. BERPUSING KE BELAKANG SEMASA CEPAT JALAN " Bergerak ke kiri/ kanan, belakang ........... pusing! " Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi, ’check’ kaki kiri, tarik kaki kanan di belakang tumit kaki kiri dalam keadaan menghala ke kanan (in), hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas langkah kaki kanan dan terus berjalan (maju). 21. TUKAR LANGKAH DARI CEPAT JALAN KE PERLAHAN JALAN " Tukar langkah perlahan, perlahan .........jalan" Hukuman ”Jalan” ketika kaki kiri jejak ke bumi. ’Check’ dengan kaki kanan, kemudian hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan. Dengan pantas hulur kaki kanan dan terus melakukan pergerakan perlahan jalan. 1. Kedudukan tangan dirapatkan di sisi semasa pergerakan check 22. BERPUSING KE BELAKANG SEMASA PERLAHAN JALAN " Bergerak ke kiri/kanan, belakang ..... pusing" Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan melalui kaki kiri, angkat kaki kiri letak di sebelah kaki kanan dalam keadaan menghala ke kanan, angkat kaki kanan menghala ke kanan dan letak di sebelah kaki kiri, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan. Dengan pantas hulurkan kaki kanan dan terus perlahan jalan. 23. TUKAR LANGKAH DARI PERLAHAN JALAN KE CEPAT JALAN ”Tukar langkah cepat, cepat jalan” Hukuman ”Jalan” ketika kaki kiri melalui kaki kanan. Dengan pantas langkah kaki kanan dan terus melakukan pergerakan cepat jalan. 24. HENTAK KAKI DALAM CEPAT JALAN ’’Hentak........kaki’’ Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi, ’check’ kaki kiri dan mula hentak kaki dengan kaki kanan. 25. BERHENTI SEMASA HENTAK KAKI CEPAT ”Skuad.........henti” Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak kaki kiri dan kanan. Terus berhenti