SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Ana Binti Haji,
Kg. Tabanak,
JalanSilam, Petisurat 60111,
91107 LahadDatu. Tarikh: 29hb Oktober, 2012
Melalui;
Yang Berhormat
Datuk Hj. Datu Nasrun Bin Haji Datu Mansur,
Pembantu Menteri Kepada KetuaMenteri,
Ahli Parlimen Kawasan Silam,
Lahad Datu.
Kepada;
Tuan Pegawai Daerah
Lahad Datu.
TUAN,
MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK MEMBINA RUMAH PPRT DI TAPAK LOT RUMAH DI KAMPUNG
TABANAK YANG TERBAKAR PADA 1HB DISEMBER 2011.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2) Surat bertarikh 16hb Mac, 2012 yang telah dihantar bagi pihak saya penama di atas adalah juga
merupakan isteri kepada Allahyarham Encik Hussin Bin Umar yang juga merupakan mantan ketua
cawangan Kg. Unta II adalah dengan ini memohon untuk mendapat peruntukan bagi membina sebuah
rumah sama ada berbentuk bantuan wang ringgit ataupun rumah PPRT di tapak lot rumah di Kampung
Tabanak yang sedia ada. Kerugian dalam kebakaran itu dianggarkan lebih dari 100,000.00 dan
sebelumnya telah menempati rumah dan kawasan tersebut selama lebih kurang 30 tahun.
3. Besarlah harapan saya agar pihak Datuk dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dengan
sewajarnya memandangkan keadaan saya. Di samping itu saya juga merupakan warga emas yang
memerlukan bantuan dan pertolongan memandangkan saya juga merupakan seorang warganegara
Malaysia yang setia serta cintakan negara ini. Turut disertakan di sini report bagi kes kebakaran yang
berlaku untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya.
4) Semoga dengan peruntukan ini akan dapat membantu saya menjalani hidup seperti insan lain
dengan melindungi saya daripada terkena panas dan hujan. Apa yang lebih member kesan kerana ia
adalah hasil peninggalan yang amat berharga dan bermakna dari Allahyarham suami saya yang
merupakan pengikut setia dan penyokong kuat Parti UMNO dan Barisan Nasional malah seterusnya akan
menjadi kenangan yang amat bermakna dalam mengenang dan mengingati kembali perjuangan juga
sumbangan Allahyarham dan ianya akan menjadi kenyataan dengan bantuan pihak tuan.
Di atas keprihatinan dan pertimbangan sewajarnya dari pihak Datuk saya dahului di sini dengan ucapan
berbanyak terimakasih.
Sekian dan terimakasih.
Yang benar,
………………………………………
(ANA BINTI HAJI)

More Related Content

Viewers also liked

VSC Growth Performance
VSC Growth PerformanceVSC Growth Performance
VSC Growth PerformanceJenny Maree
 
VSC Growth Leadership
VSC Growth LeadershipVSC Growth Leadership
VSC Growth LeadershipJenny Maree
 
Comparative evaluation of Hepatoprotective activity in male albinorats
Comparative evaluation of Hepatoprotective activity in male albinoratsComparative evaluation of Hepatoprotective activity in male albinorats
Comparative evaluation of Hepatoprotective activity in male albinoratsijperSS
 
El descubrimiento-de-america
El descubrimiento-de-americaEl descubrimiento-de-america
El descubrimiento-de-americaUPN
 
Naturaleza y sociologia
Naturaleza y sociologiaNaturaleza y sociologia
Naturaleza y sociologiacarmenmaria72
 
VSC Growth Company Profile
VSC Growth Company ProfileVSC Growth Company Profile
VSC Growth Company ProfileJenny Maree
 
IB Chemistry on Entropy and Law of Thermodynamics
IB Chemistry on Entropy and Law of ThermodynamicsIB Chemistry on Entropy and Law of Thermodynamics
IB Chemistry on Entropy and Law of ThermodynamicsLawrence kok
 

Viewers also liked (13)

VSC Growth Performance
VSC Growth PerformanceVSC Growth Performance
VSC Growth Performance
 
VSC Growth Leadership
VSC Growth LeadershipVSC Growth Leadership
VSC Growth Leadership
 
Fatacias
FataciasFatacias
Fatacias
 
Comparative evaluation of Hepatoprotective activity in male albinorats
Comparative evaluation of Hepatoprotective activity in male albinoratsComparative evaluation of Hepatoprotective activity in male albinorats
Comparative evaluation of Hepatoprotective activity in male albinorats
 
María García y Laura Gámez
María García y Laura Gámez María García y Laura Gámez
María García y Laura Gámez
 
El descubrimiento-de-america
El descubrimiento-de-americaEl descubrimiento-de-america
El descubrimiento-de-america
 
Las100empresasgrandes
Las100empresasgrandesLas100empresasgrandes
Las100empresasgrandes
 
Naturaleza y sociologia
Naturaleza y sociologiaNaturaleza y sociologia
Naturaleza y sociologia
 
Bautismo
BautismoBautismo
Bautismo
 
VSC Growth Company Profile
VSC Growth Company ProfileVSC Growth Company Profile
VSC Growth Company Profile
 
IB Chemistry on Entropy and Law of Thermodynamics
IB Chemistry on Entropy and Law of ThermodynamicsIB Chemistry on Entropy and Law of Thermodynamics
IB Chemistry on Entropy and Law of Thermodynamics
 
Unified power quality conditioner 2
Unified power quality conditioner 2Unified power quality conditioner 2
Unified power quality conditioner 2
 
Spelling bee
Spelling beeSpelling bee
Spelling bee
 

Ana binti haj1

  • 1. Ana Binti Haji, Kg. Tabanak, JalanSilam, Petisurat 60111, 91107 LahadDatu. Tarikh: 29hb Oktober, 2012 Melalui; Yang Berhormat Datuk Hj. Datu Nasrun Bin Haji Datu Mansur, Pembantu Menteri Kepada KetuaMenteri, Ahli Parlimen Kawasan Silam, Lahad Datu. Kepada; Tuan Pegawai Daerah Lahad Datu. TUAN, MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK MEMBINA RUMAH PPRT DI TAPAK LOT RUMAH DI KAMPUNG TABANAK YANG TERBAKAR PADA 1HB DISEMBER 2011. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
  • 2. 2) Surat bertarikh 16hb Mac, 2012 yang telah dihantar bagi pihak saya penama di atas adalah juga merupakan isteri kepada Allahyarham Encik Hussin Bin Umar yang juga merupakan mantan ketua cawangan Kg. Unta II adalah dengan ini memohon untuk mendapat peruntukan bagi membina sebuah rumah sama ada berbentuk bantuan wang ringgit ataupun rumah PPRT di tapak lot rumah di Kampung Tabanak yang sedia ada. Kerugian dalam kebakaran itu dianggarkan lebih dari 100,000.00 dan sebelumnya telah menempati rumah dan kawasan tersebut selama lebih kurang 30 tahun. 3. Besarlah harapan saya agar pihak Datuk dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dengan sewajarnya memandangkan keadaan saya. Di samping itu saya juga merupakan warga emas yang memerlukan bantuan dan pertolongan memandangkan saya juga merupakan seorang warganegara Malaysia yang setia serta cintakan negara ini. Turut disertakan di sini report bagi kes kebakaran yang berlaku untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya. 4) Semoga dengan peruntukan ini akan dapat membantu saya menjalani hidup seperti insan lain dengan melindungi saya daripada terkena panas dan hujan. Apa yang lebih member kesan kerana ia adalah hasil peninggalan yang amat berharga dan bermakna dari Allahyarham suami saya yang merupakan pengikut setia dan penyokong kuat Parti UMNO dan Barisan Nasional malah seterusnya akan menjadi kenangan yang amat bermakna dalam mengenang dan mengingati kembali perjuangan juga sumbangan Allahyarham dan ianya akan menjadi kenyataan dengan bantuan pihak tuan. Di atas keprihatinan dan pertimbangan sewajarnya dari pihak Datuk saya dahului di sini dengan ucapan berbanyak terimakasih. Sekian dan terimakasih. Yang benar, ……………………………………… (ANA BINTI HAJI)