Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Ahli fisiologi perancis ini lahir pada 12
1. Ahli fisiologi perancis ini lahir pada 12-07-1813 di perkampungan Saint-Julien berdekatan
dengan Villefranche. Beliau memulakan pelajarannya di sekolah Jesuit di tempat itu juga dan
melanjutkan pelajarannya ke kolej di Lyons. Namun begitu, beliau telah berhenti belajar dan
menjadi pembantu di kedai dadah. Pada masa lapang beliau banyak menghasilkan pelbagai
persembahan komedi seperti La Rose du Rhône, dan kejayaannya mendorong beliau
menghasilkan drama Arthur de Bretagne. Pada usia 21 beliau pergi ke Paris dengan membawa
hasil karya dramanya dan beliau dikritik dan di nasihatkan supaya kesusasteraan bukan bidang
dia dan dia mempunyai keupayaan dalam bidang perubatan dan beliau mengikut nasihat itu.
Dalam peredaran masa beliau telah ditemukan dengan seorang ahli fisiologi yang mashyur iaitu
François Magendie yang juga merupakan ahli fizik di hospital dan professor di College de
France pada 1814. enam tahun kemudian, beliau telah dilantik sebagai timbalan professor di
kolej itu dan secara sepenuhnya menjadi professor pada tahun 1855. Pada tahun 1868, beliau
diterima sebagai ahli yang sah Institute of Sorbonne. Pada 10-02-1978, beliau meninggal dunia
dan dikebumikan dihadapan orang awam dengan kehormatan yang tinggi.
Hasil penemuan Bernard yang pertama merupakan kajian atas fungsi pancreas dalam organ
manusia. Beliau membuktikan bahawa sejenis bahan kimia itu dapat mebmeri kesan yang
mendalam dalam proses penghadaman manusia dan pencapaian beliau ini membolehkan beliau
menang hadiah eksperimen fisiology dari Akademik Sains. Kajian beliau yang keduanya
merupakan kajian yang terkenal iaitu mengenai fungsi glycogenic dalam hati. Kajianya yang
ketiga pula tentang penemuan system motor vaso. Kira-kira pada 1851, dalam mengkaji kesan
akibat dalam suhu dalam bahagian tertentu badan manusia dimana yang dipengaruhi oleh saraf-
sarafnya, beliau mendapati bahawa peredaran darah banyak berlaku di bahagian kepala dimana
ia mempengaruhi nadi seseorang. Beberapa bulan kemudian, beliau mendapati bahawa kejutan
elektrik di atas bahagian saraf tersebut memberi kesan yang berterusan. Berdasarkan ini, beliau
memperkembangkan vaso-motor nervesboth vaso-dilalator dan vaso-constrictor. Tindakbalas
fisiologi terhadap racun juga menjadi kajian kegemarannya. Beliau tertumpu dalam kurare(racun
tumbuhan yang boleh menyebabkan lumpuh) dan gas karbon monoksida. Hasil kajiannya telah
diterbitkan dalam bentuk keputusan dalam tahun 1850 hingga 1860-an dimana masa itu ia secara
umumnya diterima secara sah sebagai terbitan saintifik. Beliau menerbitkan Introduction à la
médecine expérimentale (1865), dan Physiologie générale (1872).