Dokumen tersebut memberikan senarai peribahasa dalam bahasa Melayu beserta contoh penggunaannya dalam kalimat. Dokumen ini juga memberi instruksi kepada pembaca untuk mengisi kertas latihan yang berkaitan dengan makna peribahasa.
3. Cikgu akan berikan kamu kertas
peribahasa. Kamu harus mengisi
tempat kosong di dalam kertas
latihan tersebut.
4. Membawa nasib
Mawar: Melati, awak mahu ke mana
dengan beg yang besar ini?
Melati: saya mahu membawa nasib.
Saya tidak akan pulang lagi ke tempat
ini.
Mawar: janganlah merajuk, Melati.
Mencari kehidupan di tempat lain
5. Ringan tulang
Ibu: kamu semua ialah anak-anak yang
baik. Ibu sangat berbangga dengan
kamu semua yang ringan tulang.
Rajin bekerja
6. Muka tembok
Kenanga: Isy, awak ambil ais krim itu tanpa
izin ya?
Manis: tidak mengapalah. Ais krim ini milik
kakak saya. Dia pasti izinkan.
Kenanga: awak ini seorang yang muka
temboklah! Awak tetap harus meminta
izinnya.
Tidak tahu malu
7. Orang tengah
Kakak: ibu, adik bergaduh dengan
kawannya lagi.
Ibu: alahai... Ibu mesti menjadi orang
tengah agar mereka berhenti bergaduh!
Pendamai antara dua pihak
8. Tolak ansur
Cikgu: kamu semua adalah pelajar yang
baik. Kamu selalu tolak ansur dan tidak
pernah berbuat bising ketika waktu
latihan jasmani.
Bersefahamn
Saling memberi
9. Ringan mulut
Cikgu: Bagus Lidia! Kamu memang
ringan mulut ketika di dalam kelas.
Pelajar lain harus mencontohinya.
Kamu semua harus memberikan idea
apabila cikgu menyoal kamu.
Peramah/ mudah menyatakan
pendapat
10. Lurus akal
Aminah: awak janganlah membuli Siti!
Rian: kenapa awak kata begitu?
Aminah: Siti seorang yang lurus akal.
Dia sanggup buat apa sahaja walaupun
memalukan dirinya.
Jujur
11. Tanda mata
Mawar: terima kasih Suraya. Cantik
benar pasu ini. Saya akan jadikannya
sebagai tanda mata.
Hadiah yang diberikan sebagai
kenangan
12. Murah hati
Mawar: banyak sungguh jumlah kad
Muharram awak ya, Melati?
Melati: iya. Keluarga saya memang
semuanya murah hati. Merekalah yang
banyak menderma.
13. Tajam akal
Fatimah: saya suka mengajar Aini. Dia
memang seorang yang tajam akal. Pasti
dia boleh menjawab setiap soalan saya.
Cepat menerima pelajaran
14. Padam semula kerja- kerja kamu.
Tulis isikan tempat kosong mengikut
apa yang telah kamu fahami daripada
pelajaran tadi.