Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Tugasan 1 analisis jurnal m20112001598
1. KPT 6044
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
Tugasan 1: Analisis Jurnal
Disediakan oleh:
SITI NORAZLIKHA BINTI ZELKEPLI
M20112001598
SEMESTER II SESI 2012/2013
Pensyarah:
PROF. MADYA DR ABD LATIF HJ. GAPOR
2. TAJUK KAJIAN:
KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN
(E-LEARNING) DI KALANGAN PELAJAR
JURUSAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA) NEGERI JOHOR.
Muhammad Sukri Saud, 1Mohd Anuar Abdul Rahman, 2Ting Kung Shiung
Jabatan Pendidikan dan Kejuruteraan
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai Johor.
http://eprints.utm.my/6011/1/144-sukri.pdf
3. PENGENALAN KAJIAN:
• Kajian ini telah dijalankan dengan bertujuan untuk mengenalpasti kecekapan
diri (self-efficacy) siswazah terhadap e-pembelajaran, halangan-halangan
yang dihadapi oleh siswazah dalam penggunaan e-pembelajaran dan
hubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) dengan halangan-halangan
dalam penggunaan e-pembelajaran.
PERSOALAN KAJIAN:
1. Apakah kecekapan diri (self-efficacy) siswazah kursus Pendidikan
Teknikal dan Vokasional terhadap e-pembelajaran?
2. Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh siswazah kursus
Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam penggunaan e-pembelajaran?
3. Apakah hubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) terhadap
e-pembelajaran dengan halangan-halangan dalam penggunaan
e-pembelajaran oleh siswazah kursus Pendidikan Teknikal dan
Vokasional?
4. KAEDAH KAJIAN:
• Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kajian tinjauan
deskriptif dengan menggunakan soal selidik. Kaedah tinjauan
digunakan untuk mendapatkan maklumat.
POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN:
Populasi kajian :
• siswazah Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA) di negeri Johor yang
mengikuti kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).
• Menurut statistik enrolment pelajar fakulti pendidikan Universti Teknologi
Malaysia (UTM) semester I sesi 2006/07, Seramai 306 sampel kajian
siswazah jurusan Pendidikan Teknikal dan Vokasional dipilih untuk dijadikan
sampel kajian. Instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data dari
sampel ialah melalui soal selidik.
5. DAPATAN KAJIAN:
• Kecekapan Diri (Self-Efficacy) Siswazah Kursus Pendidikan Teknik dan
Vokasional terhadap E-pembelajaran
- Terdapat dua aspek kecekapan diri (self-efficacy) iaitu kecekapan diri terhadap
komputer dan kecekapan diri terhadap internet. Kajian ini menggunakan kedua-dua
aspek ini terhadap e-pembelajaran.
- Hasil kajian menunjukkan siswazah mempunyai keyakinan yang tinggi tentang
kebolehan mereka menggunakan e-pembelajaran.
• Halangan-Halangan yang Dihadapi oleh Siswazah Kursus Pendidikan
Teknik dan Vokasional dalam Penggunaan E-pembelajaran.
- Halangan didefinisikan sebagai rintangan yang dihadapi oleh pelajar yang akan
membawa kesan yang negatif terhadap mereka dalam menggunakan e-pembelajaran.
- Antara halangannya adalah:
- Halangan Teknologikal – halangan tinggi
- Halangan Personaliti – halangan rendah
- Halangan Situasi - halangan tinggi
- Halangan Institusi – halangan tinggi
- Hasil kajian mendapati halangan yang perlu diberi perhatian adalah halangan
teknologi, halangan situasi dan halangan institusi.
6. DAPATAN KAJIAN:
• Hubungan antara Kecekapan Diri (Self-Efficacy) dengan Halangan-
halangan Siswazah Kursus Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam
Penggunaan E-pembelajaran
- Dapatan kajian menunjukkan pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah halangan-
halangan dalam penggunaan e-pembelajaran dan kecekapan diri terhadap e-
pembelajaran adalah rendah.
KESIMPULAN KAJIAN:
Halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran untuk kajian ini
menggunakan kerangka konsep yang dihasilkan oleh Schilke’s (2001).
Terdapat empat halangan utama yang dikaji dalam kajian ini iaitu halangan
personaliti, halangan institusi, halangan teknologikal dan halangan situasi.
Hasil kajian menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar semasa
menggunakan e-pembelajaran adalah kekurangan kemudahan internet iaitu
halangan teknologikal.
Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan dalam menangani halangan-
halangan yang dihadapi agar penggunaan e-pembelajaran dapat mencapai
tahap yang memuaskan.