SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
1
940/1 STPM 2015
SMK SEKSYEN 1O KOTA DAMANSARA,
47810 PETALING JAYA, SELANGOR
SEJARAH
SEJARAH DUNIA (1500 – 1955 )
KERTAS 1
( Dua jam )
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2015
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Arahan kepada calon :
JANGAN BUKA KERTAS SOALANINI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN
Jawab empat soalan sahaja
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]
Kertas soalan initerdiridaripada 2 halaman bercetak.
STPM 940/1
[ Lihatsebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaankertas ini tamat. SULIT
SULIT
2
Jawab empat soalan sahaja.
1. Huraikan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 sehingga abad
ke-19 Masihi. [ 20 ]
2. Bincangkan sistem pemerintahan negara Persekutuan Amerika Syarikat pada abad
ke-18 dan abad ke-19 Masihi. [ 20 ]
3. Bincangkan faktor-faktor perkembangan perdagangan di Portugal pada abad ke-16
hingga abad ke-18 Masihi. [ 20 ]
4. Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang ekonomi di Eropah pada abad
ke-18 Masihi. [ 20 ]
5. Sejauhmanakah perbezaan undang-undang merupakan faktor utama tercetusnya
Perang Candu pada tahun 1839 – 1842 di China . [ 20 ]
6. Bincangkan peranan Pertubuhan Bangsa Bersatu dalam mengekalkan keamanan
dunia selepas Perang Dunia Kedua. [ 20 ]
940/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
3
1. Huraikan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke 18 sehingga abad ke
19 Masihi .
Pengenalan
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian
Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barangan serta memberi perkhidmatan
dengan menggunakan mesin . Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan
revolusi industri di England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan
telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem
pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana
pertumbuhan ekonomi.Pada era ini muncul industri-industri baru seperti elektrik, kimia,
petroleum dan logam ringan. Keluaran sampingan industri terdiri daripada kereta , radio ,
kapal terbang dan lain-lain lagi.
Isi jawapan
Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
1. Kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada sektor perindustrian. Longgokan
sumber bahan mentah yang banyak telah menyumbang kepada perkembangan
perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr, Lorraine
dan Silesia pada abad ke19. Pengeluaran arang batu bertambah dua kali ganda antara
tahun 1860 sehingga tahun 1870 . Pengeluaran bijih besi juga turut meningkat daripada
1.5 juta tan pada tahun 1871 kepada 8.5 juta tan tahun 1900. Pertambahan penduduk juga
telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti di kawasan Ruhr,
Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai telah membawa
pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri.
2. Kemajuan dalam sistempertanian
Kemajuan teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian . Jerman
telah mendahului negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian seperti gandum , oat ,
jagung dan ubi kentang. Banyak kemajuan bidang pertanian dapat dicapai seperti masalah
pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan
kuda.
Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah, misalnya
melalui penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi
masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula, saintis Jerman, Justus von
Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan (kimia)
Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak
lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.
4
3. Perkembangan bidang perindustrian
Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah mendorong
kepada kewujudan masyarakat industri. Kemunculan pengusaha terkemuka seperti Alfred
Krupp telah berjaya mengeluarkan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
Kemajuan dalam industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup mewah dan
kehidupan yang lebih sihat . Pada tahun 1870-1914 , Jerman telah mengambil tempat
England dalam industri kulit.
Kemajuan dalam industri tekstil tertumpu di wilayah Rhineland , Saxony dan Selesia .
Bandar Berlin berperanan dalam meningkatkan pengeluaran tekstil di Jerman dengan
menggunakan mesin-mesin moden .
Industri perkapalan juga turut dimajukan di Bremen, Hamburg dan Elby.
Ciptaan-ciptaan baru mulai berkembang di Jerman . Ianya telah mencetuskan inovasi baru
dalam teknologi di Jerman seperti kemunculan Syarikat kimia dan elektrik telah menjadi
perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan elektrik. Ianya juga membawa kepada
kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman. Syarikat Siemens dan Martin juga telah
meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta
tan. .
4. Kemajuan dalam sistempengangkutan
Masyarakat industri di Jerman juga mencapai kemajuan dalam sistem pengangkutan.
Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam
sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870. Firma
Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman. Kerajaan juga
menyediakan kadar perkhidmatan keretapi yang murah untuk menghantar besi Jerman ke
negara-negara Eropah lain. Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi
dan keluli ke lain-lain negara Eropah. Pada tahun 1913 , eksport besi dan keluli Jerman
bernilai 100 juta pound sterling. Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api
dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman.
5. Perluasan Perdagangan antarabangsa
Pada tahun 1870an berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman
menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam
memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah . Perindustrian di Jerman
telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 sehingga tahun 1912. Daripada
perkembangan tersebut, perluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan perdagangan
dan berusaha mendapatkan tanah jajahan. Pada tahun 1897, Jerman mempunyai hubungan
perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu serta membina pengkalan tentera
di sana.
5
6. Kemajuan dalam sistemkewangan
Kerajaan Jerman mengawal pasasaran bebas. Perkembangan sistem perbankan di Jerman
telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Pada tahun
1840an Bank of Prussia berfungsi sebagai ‘joint stock’ dalam pengeluaran kredit dan
pelaburan kapital. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan
empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart
(1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank (1870) dan Dresdener Bank (1872).
Melalui sistem perbankan, membawa kemunculan kelas pengusaha industri baru pada
abad ke 18 kerana mereka mendapat bantuan modal daripada bank.
Bantuan modal telah membolehkan pihak bank mempunyai kuasa mengawal perusahaan
yang dijalankan oleh syarikat-syarikat industri. Bantuan modal juga mempercepatkan
perkembangan industri di Jerman pada tahun 1870an. Hal ini menggalakkan pertumbuhan
industri perlombongan arang batu , keluli , kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem
pengangkutan darat dan laut . Selain itu penubuhan kartel di Jerman juga membantu
perkembangan industri apabila menguasai bekalan dan harga jualan bagi produk-produk.
7. Dasar kerajaan
Kewujudan masyarakat industri di Jerman juga dirangsang oleh dasar kerajaan Jerman
Pada tahun 1879 Jerman telah menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan
dasar melindungi industri. Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran
Jerman antara tahun 1872 sehingga tahun 1910. Bismarck telah memperkenalkan undang-
undang insuran sosial pada tahun 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat
perlindungan. Kerajaan Jerman juga menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk
melahirkan ramai tenaga mahir. Selain itu banyak pusat-pusat kesihatan dibina yang mana
kos pembiayaan 2/3 ditanggung oleh oleh pekerja dan selebihnya oleh majikan. Kerajaan
juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu langkah mengawal pemikiran rakyat.
Seterusnya kerajaan Jerman mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-
bank. Kerajaan Jerman fokus kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan senjata di
Eropah. Kerajaan juga telah mengenakan tarif ke atas barangan import agar ianya tidak
bersaing dengan barangan tempatan dan mengekalkan nilai mata wang.
8. Kejuruteraan manusia
Bidang perdagangan di Jerman dan sekolah-sekolah teknik menyediakan lelaki untuk
kerja-kerja spesifik dan lebih efektif. Lahir satu kumpulan elit pengurusan yang penuh
disiplin dengan semangat kerja berpasukan ‘spirit de corps’.
9. Kemajuan dalam teknik penyelidikan
Jerman menghasilkan pelbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala
besar. Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal
penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli imia dan fizik terlatih daripada universiti.
Beberapa perbadanan Jerman telah memberi sumbangan besar mencipta teknik baru
dengan menjalinkan teknik penyelidikan saintifik dengan amalan kerja biasa di kilang.
Menjelang akhir abad ke 19 , industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.
6
Kesimpulan
Masyarakat industri di Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusaha dalam memajukan
ekonomi negara mereka. Perkembangan perindustrian yang pesat di Jerman telah
menyebabkan Jerman muncul sebagai kuasa imperialis untuk mendapatkan lebih banyak
bahan mentah seterusnya menjadikan Jerman sebuah Negara perindustrian yang disegani di
Eropah.
2. Bincangkan sistem pemerintahan Negara Persekutuan Amerika Syarikat pada abad
ke-18 dan abad ke-19.
Pengenalan
Persekutuan ialah gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi
menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.Pemerintahan persekuatuan
merupakan satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan pusat
dengan kerajaan negeri. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa
masing-masing.
Pada 4 Julai 1776, kongres dalam persidangan yang diadakan di Philadelphia meluluskan
Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan. Melalui pengisytiharan ini, 13 buah koloni
digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka. Sistem pemerintahan kerajaan
persekutuan Amerika Syarikat berasaskan perlembagaan dan mempunyai badan-badan yang
memerintahAmerikaSyarikat seperti eksekutif , perundangan dan kehakiman.
Isi jawapan
1. Pemerintahan Persekutuan Peringkat Awal
Pada peringkat awal pemerintahan persekutuan di AmerikaSyarikat , kerajaan
persekutuan tidak diberi banyak kuasa. Kerajaan persekutuan lebih merupakan liga
negeri-negeri bukannya kerajaan pusat yang kuat. Kekurangan kuasa kerajaan
persekutuan menyebabkan tidak dapat melaksanakan projek-projek pembangunan kerana
tiada mempunyai sumber kewangan . Kedudukan kewangan bergantung kepada
sumbangan kerajaan-kerajaan negeri. Kerajaan persukutuan juga tidak dibenarkan
membentuk sistem perdagangan antara negeri atau dengan negara yang lain.
2. Perlembagaan (Konvension Philadelphia)
Pada tahun 1789 draf perlembagaan akhir telah diterima selepas mengadakan
perbincangan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan persekutuan pada peringkat awal.
Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam penyediaan perlembagaan ialah Benjamins
Franklin , George Washington , John Adams dan lain-lain.
PerlembagaanAmerika Syarikat memperuntukan penubuhan sebuah kerajaan persekutuan
dan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat
7
menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri , pertahan , cukai dan mata
wang. Manakala kerajaan negeri pula bertanggungjawab menggubal undang-undang
berkaitan adat dan budaya tempatan mereka.
Perlembagaan telah menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga
bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman
3. Badan Eksekutif
Badan eksekutif diketuai oleh seorang Presiden. Presiden boleh dilantik semula untuk
penggal kedua selama empat tahun selepas tamat tempoh. Semua undang-undang yang
diluluskan oleh Kongres mesti ditandatangani oleh Presiden. Presiden boleh menolak
daripada menandatangani sesuatu undang-undang. Presiden merupakan Ketua Turus
Angkatan Tentera
4. Badan Perundangan
Badan perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai Kongres yang terdiri daripada
Dewan Senat dan Dewan perwakilan. Kongres berfungsi untuk menggubal undang-
undang dan mengimbangi kusa Presiden yang memiliki kuasa veto dalam membatalkan
undang-undang. Namun begitu, melalui dua pertiga undian kongres, kedua-dua dewan
dapat mengatasi kuasa veto Presiden. Ahli Dewan Senat dan Dewan Perwakilan dipilih
oleh rakyat. Setiap negeri akan memilih dua ahli Dewan Senat dan Dewan Perwakilan
mengikut jumlah penduduknya.
5. Badan Kehakiman
Terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Ia merupakan badan
yang bebas. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap Presiden jika beliau
melanggar perlembagaan.
Kesimpulan.
Perlembagaan Amerika Syarikat telah menggariskan secara terperinci badan-badan yang
memerintah Amerika Syarikat. Sistem persekutuan juga memperuntukkan kuasa kepada
Presiden membatalkan undang-undang dengan menggunakankuasa veto dan boleh
mengawasi Kongres. Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat menjadi sebuah negara
yang Berjaya serta dapat mengawal kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.
8
3. Bincangkan faktor-faktor perkembangan perdagangan di Portugal pada abad
ke-16 hingga abad ke-18 Masihi
Pendahuluan:
Sejarah Portugal sebagai sebuah Negara Eropah bermula sejak awal Zaman
Pertengahan. Pada abad ke-15 dan ke-16 Portugal berubah menjadi status kuasa dunia
semasa Zaman penerokaan di Eropah krrana Portugal Berjaya membina sebuah
empayar besar di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia. Perkembangan
perdagangan di Portugal dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya galakan Putera
Henry, keadaan politik, Perang Salib, kemajuan dalam penemuan baru dan
kemunculan tokoh pelayar Portugal.
Isi-Isi jawapan :
1. Galakan Putera Henry
Putera Henry telah menghantar kapten-kapten untuk melaksanakanmisi perdagangan
hamba dan perdagangan ini telah mendatangkan keuntungan. Hasilnya, menjelang
tahun 1460, Portugis Berjaya menguasai rangkaian pelabuhan dari Madeira ke Cape
Verda.
2. Keadaan Politik
Keadaan politik dan kekuasaan Raja-raja Portugal turut membantu perkembangan
perdagangan dan perniagaan pada abad ke-16 berbanding Negara-negara Eropah yang
lain. Sejarah membuktikan bahawa raja-raja Portugal dari Dinasti Avis (1383-1577)
telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan memberi galakan kepada
rakyat Portugal untuk meneroka bidang perdagangan dan perkapalan. Sumbangan
pemimin Portugal ini menyebabkan berlakunya perkembangan yang pesat dalam
penjelajahan dan penerokaan.
3. Perang Salib
Perang Salib turut membantu perkembangan penjelajahan dan penerokaan Portugal.
Ekoran Perang tersebut, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan sepenuhnya
Semenanjung Iberia. Keadaan ini melahirkan masyarakat Eropah yang berfikiran
9
terbuka, mempunyai cara pemikiran yang baharu, gaya hidup yang suka bersiar-siar
dan belayar. Penaklukan wilayah Islam menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai
kepada masyarakat Eropah dan membantu mereka menjelajah dunia luar.
4. Kemajuan dalam Penemuan Baharu
Kemajuan dalam penemuan baharu seperti carta pelayaran (peta), kompas, reka
bentuk kapal dan sebagainya turut mendorong kepeda penerokaan dan penjelajahan.
Dalam pembinaan kapal, orang Portugal mempunyai kemahiran membina kapal jenis
Caravel seberat 2000 tan. Kapal-kapal ini kuat dan mempunyai keupayaan
mengharungi lautan luas.
5. Kemunculan Tokoh Pelayaran
Kemunculan tokoh pelayaran Portugal terulung seperti Diego Cam dan Bartholomew
Diaz. Diego Cam yang Berjaya belayar sejauh 1 400 batu sepanjang pantai Barat
Afrika antara tahun 1482 hingga tahun 1484 menjadikan Portugal sebagai negara
yang memiliki pakar-pakar pelayaran yang boleh menjelajah dunia. Pada tahun 1487,
Bartholmew Diaz telah memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan
mengelilingi Tanjung Pengharapan. Vasco da Gama pula melancarkan ekspedisi ke
Timur dengan empat buah kapal seberat 120 tan dan 180 orang pelaut. Pada tahun
1497, Vasco da Gama Berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan belayar
sepanjang pantai Timur Afrika hingga ke Malindi. Kejayaan Vasco da Gama
menyebabkan banyak kapal Portugis belayar ke Timur untuk memperolehi lada hitam,
sutera, batu permata, dan rempah-ratus.
Kesimpulan
Pelbagai faktor telah mempengaruhi perkembangan perdagangan di Portugal.
Perkembangan penjelajahan orang Portugis menyebabkan kepesatan dalam
Perdagangan , perluasan pengaruh dan perluasan empayar.
10
4. Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang ekonomi di Eropah pada
abad ke-18.
Pengenalan
Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah Scotland. Semasa
berusia 14 tahun, Adam Smith memasuki Universiti Glasgow dan mempelajari bidang
falsafah moral. Beliau kemudiannya menjadi professor di situ. Pihak Universiti Glasgow
telah menganugerahkan beliau gelaran Doktor Undang-undang dan beliau pernah
memegang jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow. Adam Smith terkenal kerana
pengaruh bukunya, “The Wealth Of Nations” dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi
Moden.
Isi-isi Penting
1. Pengasas kepada disiplin ekonomi moden
Beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina
kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada kerajaan.
Menurut beliau, sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas. Beliau juga
mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantilisme, monopoli negara,
dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan berasaskan pasaran bebas.
2. Konsep ekonomi laissez-faire
Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud “biarkan keadaan seperti yang
sedia ada”. Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang
mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan. Doktrin ini
kemudiannya dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat
kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem
ekonomi berfungsi seperti biasa. Dengan cara ini, sistem ekonomi akan berfungsi dengan
lebih cekap dan memaksimumkan kebajikan rakyat.
3. Mengkritik dasar merkantilisme
Beliau mengkritik dasar merkantilisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni.
Menurut beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan
menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri. Tindakan mengawal koloni secara politik
akan membebankan negara dari segi kewangan. Kritikan ini turut ditujukan kepada
monopoli yang dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.
4. Teori percukaian
Teori percukaian menurut Adam Smith ialah kerajaan hanya patut mengenakan cukai
dengan cara tidak menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara. Rakyat
patut menyokong negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri. Menurut
beliau kekayaan negara dinilai dari segi stok emas dan perak yang ada. Mengimport
11
barangan dari luar negara di anggap merosakkan kerana kekayaan mesti dilepaskan untuk
membayar barangan tersebut. Mengeskport barangan dianggap baik kerana kekayaan
akan kembali kepada negara. Oleh itu negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas
dan perak serta mengenakan cukai atas barangan import, memberikan subsidi kepada
pengeksport dan melindungi industri domestik.
5. Amalan perdagangan
Adam Smith berpendapat pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan.
Mengimport dan mengeksport barangan hendaklah memberi keuntungan kepada kedua-
dua pihak. Bagi Adam Smith faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak.
Semua pihak perlu meningkatkan kemakmuran sama seperti pertanian atau pembuatan.
Menurutnya kekayaan sesebuah negara bukan dalam kuantiti emas dan perak di dalam
bilik kebal, tetapi bergantung kepada jumlah pengeluaran dan perdagangannya.
6. Teori ekonomi yang sistematik
Adam Smith menentang teori ekonomi lama yang menekankan perlunya negara memiliki
jongkong emas yang banyak. Beliau juga menolak pandangan yang mengatakan bahawa
tanah merupakan sumber utama. Sebaliknya beliau menekankan kepada tenaga buruh.
Menurut beliau peningkatan pengeluaran dapat dicapai melalui pembahagian kerja. Beliau
menentang peraturan usang dan campur tangan pemerintah yang menghalang
perkembangan dan perluasan industri. Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara
automatik. Di mana pengeluar mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat
dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat. Harga barang akan meningkat
jika barang yang diperlukan itu adalah kurang dalam pasaran. Ini akan menyebabkan
keuntungan kepada pengeluar barangan tersebut.
7. Pengumpulan modal
Proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja.
Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi,
Adam Smith menyatakan bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal
mengharapkan keuntungan. Secara ringkasnya tiada siapa yang akan menjalankan
perniagaan sekiranya mendapat kerugian. Pembeli dan peniaga perlu sama-sama
mendapat keuntungan. Modal ini boleh diguna untuk perdagangan dan pertumbuhan stok
dalam modal membawa kepada persaingan antara pengusaha. Apabila modal sudah
berkembang maka terjadilah peningkatan dalam kemakmuran.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Adam Smith telah banyak memberi sumbangan daalm bidang ekonomi
yang digunapakai hingga hari ini. Sumbangan beliau membawa kepada pembentukan
ekonomi moden dan perdagangan bebas. Malah pandangan dan pemikiran Adam Smith
dalam bidang ekonomi telah mempercepatkan pertumbuhan Revolusi Industri di Eropah.
Kemajuan dalam bidang perindustrian memberi kemakmuran kepada sesebuah negara.
12
5. Sejauhmanakah perbezaan undang-undang merupakan faktor utama
tercetusnya Perang Candu pada tahun 1839 – 1842 di China .
PENGENALAN
Perang Candu merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah negara China yang
merupakan titik permulaan dari zaman tradisional ke era pemodenan. Perang ini juga
dikenali sebagai peperangan Inggeris – China Pertama yang berlaku pada tahun 1939
dan berakhir tahun 1842. . Faktor utama perang ini meletus berpunca daripada
perbezaan undang-undang China dan Barat . Terdapat juga faktor lain antaranya
hubungan tegang yang berlaku antara kuasa barat dengan kerajaan Manchu di China ,
pertembungan dua kebudayaan yang bertentangan , kemasukan candu dan juga
konsep perdagangan yang berbeza . Peperangan ini telah menyebabkan bermulanya
pertapakan kuasa-kuasa barat di China.
ISI JAWAPAN
1. Perbezaan sistem perundangan
Konsep sistem perundangan yang berbeza merupakan faktor utama menyebabkan
tercetusnya peperangan antara China dengan British . Masing-masing mengamalkan
konsep perundangan yang bertentangan dan bercanggah antara satu sama lain.
Menurut konsep perundangan dan keadilan di China berdasarkan guilty until proven
innocent yang menganggap ‘seseorang yang dituduh bersalah dianggap bersalah
sehingga kebenaran kesalahannya dapat dibuktikan’. Manakala perundangan barat
berpegang kepada prinsip innocent until proven guilty yang bermaksud seseorang
yang dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan
dapat dibuktikan dengan jelas .
Falsafah undang-undang di China juga berbeza dengan amalan undang-undang barat .
Undang-undang China berdasarkan doktrin tanggungjawab berkumpulan dan nyawa
dibalas nyawa. Prinsip ini bermaksud sekiranya individu yang melakukan kesalahan
itu tidak dapat dikesan , maka kumpulannya akan bertanggungjawab untuk
menyerahkan salah seorang daripada ahli kumpulan mereka untuk menerima
hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan itu.
Berbeza dengan falsafah undang-undang Barat yang berdasarkan konsep
tanggungjawab individu yang bermaksud hukuman akan dijatuhkan kepada individu
yang melakukan kesalahan.
Orang Barat menganggap undang-undang China tidak adil dan amat kejam . Pada
tahun 1874 tercetusnya peristiwa ‘Kapal Lady Hughes’ . Seorang kelasi kapal telah
dikenakan hukuman dicekik sehingga mati oleh kerajaan China tanpa sebarang
perbicaraan atas kesalahan melepaskan tembakan hormat apabila sampai di Whampoa
yang mengakibatkan seorang Cina terbunuh. Hubungan bertambah tegang pada bulan
13
julai 1839 apabila keengganan British menyerahkah pesalah kelasi-kelasi Inggeris
yang mabuk dan telah membunuh seorang China bernama Lin Wei Hsi . Peristiwa ini
menyebabkan hubungan yang tegang antara British China yang membawa kepada
tercetusnya perang.
Selain daripada factor perbezaan undang-undang , terdapat factor lain yang
menyebabkan berlakunya Perang Candu Pertama .
2. Konsep perdagangan yang bertentangan
Kerajaan China dan Negara-negara Barat mengamalkan konsep perdagangan yang
berbeza . Kerajaan Manchu mengamalkan dasar isolasi atau pemencilan dan dan
tidak berminat mengadakan hubungan perdagangan dengan Negara Barat kerana
China lebih mementingkan ekonomi sara diri dan perdagangan dianggap satu kegiatan
yang hina. Sebaliknya orang Barat mengamalkan dasar perdagangan bebas atau
laissez faire. . Kuasa Barat mengharapkan keuntungan yang besar dan berlumba-
lumba untuk mendapatkan bahan mentah dan pasaran bagi memenuhi keperluan
dalam Revolusi Perindustrian di Eropah . Teh dan sutera mendapat permintaan yang
tinggi di Britain . Disebabkan dasar perdagangan yang bertentangan telah membawa
kepada berlakunya Perang Candu .
3. Sekatan terhadap perdagangan asing
Pemerintah China telah mengenakan pelbagai sekatan ke atas pedagang asing.
Pedagang asing hanya dibenarkan melaksanakan urus niaga dengan China melalui
pelabuhan Canton sahaja dan berurusan dengan orang tengah melalui kesatuan
saudagar China yang dikenali sebagai Co-hong. Barang yang diniagakan juga
ditentukan oleh Co-hong. Pedagang asing juga tidak dibenarkan membawa keluarga
dan tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan. Wanita dan pedagang
bersenjata tidak dibenarkan memasuki kawasan perdagangaan. Pedagang dibenarkan
bergerak dalam kumpulan tidak melebihi 10 orang dan tidak boleh mempelajari
bahasa China. Pedagang juga tidak dibenarkan tinggal sepanjang tahun dan hanya
dibenarkan tinggal pada musim sejuk di sekitar kilang mereka sahaja . Apabila selesai
berurusniaga di Canton , mereka dikehendaki kembali ke Macau.
Disamping itu juga , tindakan kerajaan China yang telah mengenakan cukai yang
tinggi telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pedagang asing. Sekatan
perdagangan kerajaan Manchu ke atas pedagang asing terutamanya orang Barat telah
mencetuskan peperangan .
4. Kegagalan hubungan diplomatik
Kerajaan China enggan mengadakan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf
dengan kuasa Barat. China menggelar dirinya sebagai ‘Chung Kao’ atau pusat dunia
yang bertamadun mtau middle kingdom . Maharaja China sebagai ‘son of heaven’
atau anak syurga dan pemerintah sejagat . Orang China menganggap orang Barat
sebagai barbarian atau orang gasar yang tidak bertamadun dan bertaraf rendah
14
Semua duta Barat dianggap pembawa ufti yang harus melakukan amalan ‘kowtow’ ,
iaitu melutut tanda hormat di hadapan Maharaja . Beberapa utusan Barat yang
dihantar ke China seperti George Macartney tahun 1793 dan Lord Amherst tahun
1816 dihantar ke Peking untuk menuntut perwakilan diplomatic dan syarat-syarat
perdagangan yang liberal menemui kegagalan . Keengganan kerajaan China
mengadakan hubungan diplomatic atas dasar sama taraf telah memaksa Britain
menggunakan kekerasan melancarkan peperangan ke atas China .
5. Masalah Candu
Tindakan orang Inggeris membawa masuk bekalan candu ke Negara China
merupakan faktor serta merta tercetusnya Perang Candu . Keengganan China membeli
barangan dari Britain menyebabkan wujudnya perdagangan satu hala yang merugikan
pihak British terutamanya kesukaran untuk mendapatkan sutera dan teh yang amat
diperlukan di negara Eropah . Bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah ini,
pedagang Barat mencari alternatif dengan membawa masuk candu dari India. Lama
kelamaan candu menjadi barang kegemaran masyarakat China yang menyebabkan
pengeluaran wang perak yang terlalu banyak kos mengimport candu sehingga
melebihi kos mengeksport teh dan sutera. Keadaan ini telah merugikan China dan
ekonomi China mulai merosot dan ia ditentang hebat oleh kerajaan Manchu. Maharaja
China , Tao Kuang telah mengeluarkan surat perintah untuk pengharaman candu,
tetapi kegiatan penyeludupan candu semakin berleluasa. Antara tahun 1821 sehingga
1839 , jumlah candu yang diimport telah meningkat daripada 4244 buah peti kepada
40 200 buah peti . Keadaan ini amat membimbangkan kerajaan China
6. Tindakan Lin Tsu Hse
Lin Tsu Hse telah dilantik sebagai pesuruhjaya imperial untuk mengawal kemasukan
candu di pelabuhan Canton . Beliau telah mengambil tindakan drastik meminta orang
asing menyerahkan semua candu dan memberi akuan untuk tidak membawa masuk
lagi candu ke China . Keengganan British berbuat demikian telah menyebabkan Lin
Tsu Hse bertindak mengawal kediaman orang asing. Bagi menjamin keselamatan
orang asing , British telah menyerahkan candu dan meminta ganti rugi kemusnahan
candu. Malangnya pihak China tidak menghiraukan tuntutan ganti rugi British.
Hubungan bertambah buruk apabila Lin Tsu Hse telah dibunuh oleh beberapa kelasi
kapal British yang mabuk. Kapten Charles Eliot enggan menyerahkan kelasi kapal
kepada China kerana bimbang insiden kapal Lady Hughes berulang lagi. Situasi ini
membawa kepada berlakunya Perang Candu .
KESIMPULAN
Peristiwa Perang Candu memberi impak yang besar kepada kerajaan China . Perang
ini berakhir dengan termeterainya Perjanjian Nangking 1842 . Kekalahan China di
tangan British telah mendedahkan kelemahan pemerintahan Manchu dan juga telah
15
menjatuhkan imej negara China sekali gus menandakan bermulanya kemerosotan
Dinasti Manchu.
6 Bincangkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam mengekalkan
keamanan dunia selepas Perang Dunia Kedua.
Pengenalan:
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan di San Francisco pada 24 oktober
1945 selepas Perang Dunia Kedua . Tujuan utama penubuhan menjamin keamanan
dan keselmatan dunia, menggalakkan hubungan baik antara negara anggota dan
melindungi hak asasi manusia. Anggota terdiri daripaada negara-negara yang telah
mencapai kemerdekaan. PBB memainkan peranan penting dalam menyelesaikan
konflik antarabangsa secara aman tanpa menggunakan kekerasan.
Isi jawapan
1. Mengekalkankeamanan antarangsa
PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan tuntutan kemerdekaan wilayah
tanah jajahan . Pada tahun 1960 PBB telah meluluskan perisytiharan kemerdekaan
wilayah dan penduduk negara yang dijajah.
PBB telah mengatasi masalah perlumbaan senjata nukleaar dan kimia. PBB
mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang
dapat meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang. Contohnya PBB
berjaya mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat agar mengundurkan
peluru berpandu dalam krisis Cuba.
2. Masalah pelarian
PBB telah memainkan peranan menyelesaikan masalah pelarian. Rundingan
diplomatik telah dibuat untuk menempatkan pelarian di negara-negara tertentu
seperti pelarian Kemboja . PBB juga memainkan peranan dalam menyelesaikan
masalah pelarian melalui Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) dengan
menempatkan semula, menghantar pulang dan memberi perlindungan kepada
lebih satu juta orang pelarian.
3. Dasar Aparteid
PBB telah menubuhkan jawatankuasa khas menangani masalah aparteid yang
berlaku di Afrika Selatan pada tahun 1963. Perhimpunan Agung PBB meluluskan
perisyhtiharan pembasmian segala bentuk diskriminasi ras.
16
4. Hak Asasi Sejagat
PBB menggubal Perisyhtiharan Hak Asasi Sejagat pada tahun 1948. Pada tahun
1966 , Majlis Perhimpunan PBB meluluskan dua perjanjian berhubung dengan
hak asasi sejagat iaitu Perjanjian Antarabangsa berhubung hak Awam dan Politik
dan Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Ekonomi , Sosial dan Kebudayaan
sejagat .
5. Menangani konflik antarabangsa
PBB turut memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik antarabangsa secara
aman . Contohnya pada tahun 1956 telah Berjaya menyelesaikan krisis Terusan
Suez , pada tahun 1960 menghantar tentera pengaman ke Congo dan memainkan
peranan dalam mengawal persengketaan di Cyprus tahun 1964 – 1974 .
6. Membantu negara mangsa perang
PBB memberi bantuan kepada Negara-negara yang menjadi mangsa perang
menerusi “ Program Bantuan dan Pembangunan Semula PBB” di Asia , Timur
Jauh , Amerika Latin dan Afrika. PBB juga memberi bantuan khidmat kebajikan
kepada mangsa perang bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di Negara
tersebut terpelihara . PBB juga menyalurkan bantuan menerusi agensi seperti
FAO , UNICEF dan WHO.
7. Merapatkan persahabatan antarabangsa
PBB berusaha menyelesaikan masalah yang menimbulkan ketegangan antara
Negara. Contohnya menyelesaikan masalah perebutan Kepulauan Spratly yang
melibatkan China , Taiwan , Vietnam , Brunei dan Malaysia .
8. Menyelesaikanperebutan pulau
PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan anntara
Negara dapat dikurangkan. PBB mengisytiharkan Undang-undang Laut pada
1994.
9. Menyelesaikanmasalah sosial dan ekonomi
PBB menubuhkan Majlis Ekonomi dan Sosial bagi mengumpulkan data tentang
kemajuan social dan ekonomi antarabangsa. Maklumat ini digunakan dalam
merancang dan melaksanakan projek pembangunan di Negara-negara
membangun. PBB turut menyediakan pinjaman untuk pembangunan Negara-
negara mundur. Contohnya penubuhan International Development Assoation yang
17
bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang dapat memberi sumbangan
kepada kemajuan wilayah.
Kesimpulan :
PBB berjaya mengekalkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan
berkesan. PBB telah berjaya mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi
menangani konflik yang melibatkan negara-negara anggota .

More Related Content

Similar to Gerak Gempur Sejarah P1 SELANGOR (8)

SISTEM EKONOMI
SISTEM EKONOMISISTEM EKONOMI
SISTEM EKONOMI
 
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (AMERIKA) pd abad 17-18
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (AMERIKA) pd abad 17-18Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (AMERIKA) pd abad 17-18
Sistem Ekonomi Kapitalis di Eropah (AMERIKA) pd abad 17-18
 
Feudelisme dan kapitalisme england dan amerika syarikat
Feudelisme dan kapitalisme england dan amerika syarikatFeudelisme dan kapitalisme england dan amerika syarikat
Feudelisme dan kapitalisme england dan amerika syarikat
 
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
Langkah langkah yang diambil Bismark di Jerman selepas 1871
 
SEJARAH TINGKATAN 3.pptx
SEJARAH TINGKATAN 3.pptxSEJARAH TINGKATAN 3.pptx
SEJARAH TINGKATAN 3.pptx
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
 
Perindustrian di jepun
Perindustrian di jepunPerindustrian di jepun
Perindustrian di jepun
 
Contoh kekayaan hasil bumi
Contoh kekayaan hasil bumiContoh kekayaan hasil bumi
Contoh kekayaan hasil bumi
 

More from Norliza Mohamad (6)

Curriculum theory
Curriculum theoryCurriculum theory
Curriculum theory
 
Kosa kata berdarjat tinggi
Kosa kata berdarjat tinggiKosa kata berdarjat tinggi
Kosa kata berdarjat tinggi
 
Panggilan temuduga exco tertinggi
Panggilan temuduga exco tertinggiPanggilan temuduga exco tertinggi
Panggilan temuduga exco tertinggi
 
Karangan SPM
Karangan SPMKarangan SPM
Karangan SPM
 
Curriculum design defined
Curriculum design definedCurriculum design defined
Curriculum design defined
 
fungsi-kurikulum
 fungsi-kurikulum fungsi-kurikulum
fungsi-kurikulum
 

Gerak Gempur Sejarah P1 SELANGOR

  • 1. 1 940/1 STPM 2015 SMK SEKSYEN 1O KOTA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA, SELANGOR SEJARAH SEJARAH DUNIA (1500 – 1955 ) KERTAS 1 ( Dua jam ) PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2015 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALANINI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Jawab empat soalan sahaja Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ] Kertas soalan initerdiridaripada 2 halaman bercetak. STPM 940/1 [ Lihatsebelah *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaankertas ini tamat. SULIT SULIT
  • 2. 2 Jawab empat soalan sahaja. 1. Huraikan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 sehingga abad ke-19 Masihi. [ 20 ] 2. Bincangkan sistem pemerintahan negara Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-18 dan abad ke-19 Masihi. [ 20 ] 3. Bincangkan faktor-faktor perkembangan perdagangan di Portugal pada abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi. [ 20 ] 4. Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang ekonomi di Eropah pada abad ke-18 Masihi. [ 20 ] 5. Sejauhmanakah perbezaan undang-undang merupakan faktor utama tercetusnya Perang Candu pada tahun 1839 – 1842 di China . [ 20 ] 6. Bincangkan peranan Pertubuhan Bangsa Bersatu dalam mengekalkan keamanan dunia selepas Perang Dunia Kedua. [ 20 ] 940/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
  • 3. 3 1. Huraikan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke 18 sehingga abad ke 19 Masihi . Pengenalan Masyarakat industri merupakan masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barangan serta memberi perkhidmatan dengan menggunakan mesin . Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri di England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.Pada era ini muncul industri-industri baru seperti elektrik, kimia, petroleum dan logam ringan. Keluaran sampingan industri terdiri daripada kereta , radio , kapal terbang dan lain-lain lagi. Isi jawapan Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman 1. Kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada sektor perindustrian. Longgokan sumber bahan mentah yang banyak telah menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke19. Pengeluaran arang batu bertambah dua kali ganda antara tahun 1860 sehingga tahun 1870 . Pengeluaran bijih besi juga turut meningkat daripada 1.5 juta tan pada tahun 1871 kepada 8.5 juta tan tahun 1900. Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri. 2. Kemajuan dalam sistempertanian Kemajuan teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian . Jerman telah mendahului negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian seperti gandum , oat , jagung dan ubi kentang. Banyak kemajuan bidang pertanian dapat dicapai seperti masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda. Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah, misalnya melalui penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula, saintis Jerman, Justus von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan (kimia) Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.
  • 4. 4 3. Perkembangan bidang perindustrian Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah mendorong kepada kewujudan masyarakat industri. Kemunculan pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp telah berjaya mengeluarkan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi. Kemajuan dalam industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup mewah dan kehidupan yang lebih sihat . Pada tahun 1870-1914 , Jerman telah mengambil tempat England dalam industri kulit. Kemajuan dalam industri tekstil tertumpu di wilayah Rhineland , Saxony dan Selesia . Bandar Berlin berperanan dalam meningkatkan pengeluaran tekstil di Jerman dengan menggunakan mesin-mesin moden . Industri perkapalan juga turut dimajukan di Bremen, Hamburg dan Elby. Ciptaan-ciptaan baru mulai berkembang di Jerman . Ianya telah mencetuskan inovasi baru dalam teknologi di Jerman seperti kemunculan Syarikat kimia dan elektrik telah menjadi perintis kepada pembangunan perusahaan kimia dan elektrik. Ianya juga membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman. Syarikat Siemens dan Martin juga telah meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan. . 4. Kemajuan dalam sistempengangkutan Masyarakat industri di Jerman juga mencapai kemajuan dalam sistem pengangkutan. Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870. Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman. Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan keretapi yang murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah lain. Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain negara Eropah. Pada tahun 1913 , eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound sterling. Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman. 5. Perluasan Perdagangan antarabangsa Pada tahun 1870an berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah . Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 sehingga tahun 1912. Daripada perkembangan tersebut, perluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan. Pada tahun 1897, Jerman mempunyai hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu serta membina pengkalan tentera di sana.
  • 5. 5 6. Kemajuan dalam sistemkewangan Kerajaan Jerman mengawal pasasaran bebas. Perkembangan sistem perbankan di Jerman telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Pada tahun 1840an Bank of Prussia berfungsi sebagai ‘joint stock’ dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank (1870) dan Dresdener Bank (1872). Melalui sistem perbankan, membawa kemunculan kelas pengusaha industri baru pada abad ke 18 kerana mereka mendapat bantuan modal daripada bank. Bantuan modal telah membolehkan pihak bank mempunyai kuasa mengawal perusahaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat industri. Bantuan modal juga mempercepatkan perkembangan industri di Jerman pada tahun 1870an. Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu , keluli , kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut . Selain itu penubuhan kartel di Jerman juga membantu perkembangan industri apabila menguasai bekalan dan harga jualan bagi produk-produk. 7. Dasar kerajaan Kewujudan masyarakat industri di Jerman juga dirangsang oleh dasar kerajaan Jerman Pada tahun 1879 Jerman telah menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri. Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman antara tahun 1872 sehingga tahun 1910. Bismarck telah memperkenalkan undang- undang insuran sosial pada tahun 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan. Kerajaan Jerman juga menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk melahirkan ramai tenaga mahir. Selain itu banyak pusat-pusat kesihatan dibina yang mana kos pembiayaan 2/3 ditanggung oleh oleh pekerja dan selebihnya oleh majikan. Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu langkah mengawal pemikiran rakyat. Seterusnya kerajaan Jerman mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank- bank. Kerajaan Jerman fokus kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan senjata di Eropah. Kerajaan juga telah mengenakan tarif ke atas barangan import agar ianya tidak bersaing dengan barangan tempatan dan mengekalkan nilai mata wang. 8. Kejuruteraan manusia Bidang perdagangan di Jerman dan sekolah-sekolah teknik menyediakan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih efektif. Lahir satu kumpulan elit pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat kerja berpasukan ‘spirit de corps’. 9. Kemajuan dalam teknik penyelidikan Jerman menghasilkan pelbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar. Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli imia dan fizik terlatih daripada universiti. Beberapa perbadanan Jerman telah memberi sumbangan besar mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik penyelidikan saintifik dengan amalan kerja biasa di kilang. Menjelang akhir abad ke 19 , industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.
  • 6. 6 Kesimpulan Masyarakat industri di Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusaha dalam memajukan ekonomi negara mereka. Perkembangan perindustrian yang pesat di Jerman telah menyebabkan Jerman muncul sebagai kuasa imperialis untuk mendapatkan lebih banyak bahan mentah seterusnya menjadikan Jerman sebuah Negara perindustrian yang disegani di Eropah. 2. Bincangkan sistem pemerintahan Negara Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-18 dan abad ke-19. Pengenalan Persekutuan ialah gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.Pemerintahan persekuatuan merupakan satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing. Pada 4 Julai 1776, kongres dalam persidangan yang diadakan di Philadelphia meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan. Pengisytiharan. Melalui pengisytiharan ini, 13 buah koloni digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka. Sistem pemerintahan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat berasaskan perlembagaan dan mempunyai badan-badan yang memerintahAmerikaSyarikat seperti eksekutif , perundangan dan kehakiman. Isi jawapan 1. Pemerintahan Persekutuan Peringkat Awal Pada peringkat awal pemerintahan persekutuan di AmerikaSyarikat , kerajaan persekutuan tidak diberi banyak kuasa. Kerajaan persekutuan lebih merupakan liga negeri-negeri bukannya kerajaan pusat yang kuat. Kekurangan kuasa kerajaan persekutuan menyebabkan tidak dapat melaksanakan projek-projek pembangunan kerana tiada mempunyai sumber kewangan . Kedudukan kewangan bergantung kepada sumbangan kerajaan-kerajaan negeri. Kerajaan persukutuan juga tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan antara negeri atau dengan negara yang lain. 2. Perlembagaan (Konvension Philadelphia) Pada tahun 1789 draf perlembagaan akhir telah diterima selepas mengadakan perbincangan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan persekutuan pada peringkat awal. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam penyediaan perlembagaan ialah Benjamins Franklin , George Washington , John Adams dan lain-lain. PerlembagaanAmerika Syarikat memperuntukan penubuhan sebuah kerajaan persekutuan dan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat
  • 7. 7 menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri , pertahan , cukai dan mata wang. Manakala kerajaan negeri pula bertanggungjawab menggubal undang-undang berkaitan adat dan budaya tempatan mereka. Perlembagaan telah menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga bahagian iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman 3. Badan Eksekutif Badan eksekutif diketuai oleh seorang Presiden. Presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama empat tahun selepas tamat tempoh. Semua undang-undang yang diluluskan oleh Kongres mesti ditandatangani oleh Presiden. Presiden boleh menolak daripada menandatangani sesuatu undang-undang. Presiden merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera 4. Badan Perundangan Badan perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai Kongres yang terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan perwakilan. Kongres berfungsi untuk menggubal undang- undang dan mengimbangi kusa Presiden yang memiliki kuasa veto dalam membatalkan undang-undang. Namun begitu, melalui dua pertiga undian kongres, kedua-dua dewan dapat mengatasi kuasa veto Presiden. Ahli Dewan Senat dan Dewan Perwakilan dipilih oleh rakyat. Setiap negeri akan memilih dua ahli Dewan Senat dan Dewan Perwakilan mengikut jumlah penduduknya. 5. Badan Kehakiman Terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Ia merupakan badan yang bebas. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap Presiden jika beliau melanggar perlembagaan. Kesimpulan. Perlembagaan Amerika Syarikat telah menggariskan secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika Syarikat. Sistem persekutuan juga memperuntukkan kuasa kepada Presiden membatalkan undang-undang dengan menggunakankuasa veto dan boleh mengawasi Kongres. Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat menjadi sebuah negara yang Berjaya serta dapat mengawal kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.
  • 8. 8 3. Bincangkan faktor-faktor perkembangan perdagangan di Portugal pada abad ke-16 hingga abad ke-18 Masihi Pendahuluan: Sejarah Portugal sebagai sebuah Negara Eropah bermula sejak awal Zaman Pertengahan. Pada abad ke-15 dan ke-16 Portugal berubah menjadi status kuasa dunia semasa Zaman penerokaan di Eropah krrana Portugal Berjaya membina sebuah empayar besar di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia. Perkembangan perdagangan di Portugal dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya galakan Putera Henry, keadaan politik, Perang Salib, kemajuan dalam penemuan baru dan kemunculan tokoh pelayar Portugal. Isi-Isi jawapan : 1. Galakan Putera Henry Putera Henry telah menghantar kapten-kapten untuk melaksanakanmisi perdagangan hamba dan perdagangan ini telah mendatangkan keuntungan. Hasilnya, menjelang tahun 1460, Portugis Berjaya menguasai rangkaian pelabuhan dari Madeira ke Cape Verda. 2. Keadaan Politik Keadaan politik dan kekuasaan Raja-raja Portugal turut membantu perkembangan perdagangan dan perniagaan pada abad ke-16 berbanding Negara-negara Eropah yang lain. Sejarah membuktikan bahawa raja-raja Portugal dari Dinasti Avis (1383-1577) telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan memberi galakan kepada rakyat Portugal untuk meneroka bidang perdagangan dan perkapalan. Sumbangan pemimin Portugal ini menyebabkan berlakunya perkembangan yang pesat dalam penjelajahan dan penerokaan. 3. Perang Salib Perang Salib turut membantu perkembangan penjelajahan dan penerokaan Portugal. Ekoran Perang tersebut, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia. Keadaan ini melahirkan masyarakat Eropah yang berfikiran
  • 9. 9 terbuka, mempunyai cara pemikiran yang baharu, gaya hidup yang suka bersiar-siar dan belayar. Penaklukan wilayah Islam menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai kepada masyarakat Eropah dan membantu mereka menjelajah dunia luar. 4. Kemajuan dalam Penemuan Baharu Kemajuan dalam penemuan baharu seperti carta pelayaran (peta), kompas, reka bentuk kapal dan sebagainya turut mendorong kepeda penerokaan dan penjelajahan. Dalam pembinaan kapal, orang Portugal mempunyai kemahiran membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan. Kapal-kapal ini kuat dan mempunyai keupayaan mengharungi lautan luas. 5. Kemunculan Tokoh Pelayaran Kemunculan tokoh pelayaran Portugal terulung seperti Diego Cam dan Bartholomew Diaz. Diego Cam yang Berjaya belayar sejauh 1 400 batu sepanjang pantai Barat Afrika antara tahun 1482 hingga tahun 1484 menjadikan Portugal sebagai negara yang memiliki pakar-pakar pelayaran yang boleh menjelajah dunia. Pada tahun 1487, Bartholmew Diaz telah memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan mengelilingi Tanjung Pengharapan. Vasco da Gama pula melancarkan ekspedisi ke Timur dengan empat buah kapal seberat 120 tan dan 180 orang pelaut. Pada tahun 1497, Vasco da Gama Berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan belayar sepanjang pantai Timur Afrika hingga ke Malindi. Kejayaan Vasco da Gama menyebabkan banyak kapal Portugis belayar ke Timur untuk memperolehi lada hitam, sutera, batu permata, dan rempah-ratus. Kesimpulan Pelbagai faktor telah mempengaruhi perkembangan perdagangan di Portugal. Perkembangan penjelajahan orang Portugis menyebabkan kepesatan dalam Perdagangan , perluasan pengaruh dan perluasan empayar.
  • 10. 10 4. Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang ekonomi di Eropah pada abad ke-18. Pengenalan Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah Scotland. Semasa berusia 14 tahun, Adam Smith memasuki Universiti Glasgow dan mempelajari bidang falsafah moral. Beliau kemudiannya menjadi professor di situ. Pihak Universiti Glasgow telah menganugerahkan beliau gelaran Doktor Undang-undang dan beliau pernah memegang jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow. Adam Smith terkenal kerana pengaruh bukunya, “The Wealth Of Nations” dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi Moden. Isi-isi Penting 1. Pengasas kepada disiplin ekonomi moden Beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada kerajaan. Menurut beliau, sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas. Beliau juga mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantilisme, monopoli negara, dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan berasaskan pasaran bebas. 2. Konsep ekonomi laissez-faire Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud “biarkan keadaan seperti yang sedia ada”. Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan. Doktrin ini kemudiannya dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem ekonomi berfungsi seperti biasa. Dengan cara ini, sistem ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan memaksimumkan kebajikan rakyat. 3. Mengkritik dasar merkantilisme Beliau mengkritik dasar merkantilisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni. Menurut beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri. Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara dari segi kewangan. Kritikan ini turut ditujukan kepada monopoli yang dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris. 4. Teori percukaian Teori percukaian menurut Adam Smith ialah kerajaan hanya patut mengenakan cukai dengan cara tidak menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara. Rakyat patut menyokong negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri. Menurut beliau kekayaan negara dinilai dari segi stok emas dan perak yang ada. Mengimport
  • 11. 11 barangan dari luar negara di anggap merosakkan kerana kekayaan mesti dilepaskan untuk membayar barangan tersebut. Mengeskport barangan dianggap baik kerana kekayaan akan kembali kepada negara. Oleh itu negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak serta mengenakan cukai atas barangan import, memberikan subsidi kepada pengeksport dan melindungi industri domestik. 5. Amalan perdagangan Adam Smith berpendapat pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan. Mengimport dan mengeksport barangan hendaklah memberi keuntungan kepada kedua- dua pihak. Bagi Adam Smith faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Semua pihak perlu meningkatkan kemakmuran sama seperti pertanian atau pembuatan. Menurutnya kekayaan sesebuah negara bukan dalam kuantiti emas dan perak di dalam bilik kebal, tetapi bergantung kepada jumlah pengeluaran dan perdagangannya. 6. Teori ekonomi yang sistematik Adam Smith menentang teori ekonomi lama yang menekankan perlunya negara memiliki jongkong emas yang banyak. Beliau juga menolak pandangan yang mengatakan bahawa tanah merupakan sumber utama. Sebaliknya beliau menekankan kepada tenaga buruh. Menurut beliau peningkatan pengeluaran dapat dicapai melalui pembahagian kerja. Beliau menentang peraturan usang dan campur tangan pemerintah yang menghalang perkembangan dan perluasan industri. Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik. Di mana pengeluar mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat. Harga barang akan meningkat jika barang yang diperlukan itu adalah kurang dalam pasaran. Ini akan menyebabkan keuntungan kepada pengeluar barangan tersebut. 7. Pengumpulan modal Proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja. Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi, Adam Smith menyatakan bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal mengharapkan keuntungan. Secara ringkasnya tiada siapa yang akan menjalankan perniagaan sekiranya mendapat kerugian. Pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan. Modal ini boleh diguna untuk perdagangan dan pertumbuhan stok dalam modal membawa kepada persaingan antara pengusaha. Apabila modal sudah berkembang maka terjadilah peningkatan dalam kemakmuran. Kesimpulan Kesimpulannya, Adam Smith telah banyak memberi sumbangan daalm bidang ekonomi yang digunapakai hingga hari ini. Sumbangan beliau membawa kepada pembentukan ekonomi moden dan perdagangan bebas. Malah pandangan dan pemikiran Adam Smith dalam bidang ekonomi telah mempercepatkan pertumbuhan Revolusi Industri di Eropah. Kemajuan dalam bidang perindustrian memberi kemakmuran kepada sesebuah negara.
  • 12. 12 5. Sejauhmanakah perbezaan undang-undang merupakan faktor utama tercetusnya Perang Candu pada tahun 1839 – 1842 di China . PENGENALAN Perang Candu merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah negara China yang merupakan titik permulaan dari zaman tradisional ke era pemodenan. Perang ini juga dikenali sebagai peperangan Inggeris – China Pertama yang berlaku pada tahun 1939 dan berakhir tahun 1842. . Faktor utama perang ini meletus berpunca daripada perbezaan undang-undang China dan Barat . Terdapat juga faktor lain antaranya hubungan tegang yang berlaku antara kuasa barat dengan kerajaan Manchu di China , pertembungan dua kebudayaan yang bertentangan , kemasukan candu dan juga konsep perdagangan yang berbeza . Peperangan ini telah menyebabkan bermulanya pertapakan kuasa-kuasa barat di China. ISI JAWAPAN 1. Perbezaan sistem perundangan Konsep sistem perundangan yang berbeza merupakan faktor utama menyebabkan tercetusnya peperangan antara China dengan British . Masing-masing mengamalkan konsep perundangan yang bertentangan dan bercanggah antara satu sama lain. Menurut konsep perundangan dan keadilan di China berdasarkan guilty until proven innocent yang menganggap ‘seseorang yang dituduh bersalah dianggap bersalah sehingga kebenaran kesalahannya dapat dibuktikan’. Manakala perundangan barat berpegang kepada prinsip innocent until proven guilty yang bermaksud seseorang yang dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas . Falsafah undang-undang di China juga berbeza dengan amalan undang-undang barat . Undang-undang China berdasarkan doktrin tanggungjawab berkumpulan dan nyawa dibalas nyawa. Prinsip ini bermaksud sekiranya individu yang melakukan kesalahan itu tidak dapat dikesan , maka kumpulannya akan bertanggungjawab untuk menyerahkan salah seorang daripada ahli kumpulan mereka untuk menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan itu. Berbeza dengan falsafah undang-undang Barat yang berdasarkan konsep tanggungjawab individu yang bermaksud hukuman akan dijatuhkan kepada individu yang melakukan kesalahan. Orang Barat menganggap undang-undang China tidak adil dan amat kejam . Pada tahun 1874 tercetusnya peristiwa ‘Kapal Lady Hughes’ . Seorang kelasi kapal telah dikenakan hukuman dicekik sehingga mati oleh kerajaan China tanpa sebarang perbicaraan atas kesalahan melepaskan tembakan hormat apabila sampai di Whampoa yang mengakibatkan seorang Cina terbunuh. Hubungan bertambah tegang pada bulan
  • 13. 13 julai 1839 apabila keengganan British menyerahkah pesalah kelasi-kelasi Inggeris yang mabuk dan telah membunuh seorang China bernama Lin Wei Hsi . Peristiwa ini menyebabkan hubungan yang tegang antara British China yang membawa kepada tercetusnya perang. Selain daripada factor perbezaan undang-undang , terdapat factor lain yang menyebabkan berlakunya Perang Candu Pertama . 2. Konsep perdagangan yang bertentangan Kerajaan China dan Negara-negara Barat mengamalkan konsep perdagangan yang berbeza . Kerajaan Manchu mengamalkan dasar isolasi atau pemencilan dan dan tidak berminat mengadakan hubungan perdagangan dengan Negara Barat kerana China lebih mementingkan ekonomi sara diri dan perdagangan dianggap satu kegiatan yang hina. Sebaliknya orang Barat mengamalkan dasar perdagangan bebas atau laissez faire. . Kuasa Barat mengharapkan keuntungan yang besar dan berlumba- lumba untuk mendapatkan bahan mentah dan pasaran bagi memenuhi keperluan dalam Revolusi Perindustrian di Eropah . Teh dan sutera mendapat permintaan yang tinggi di Britain . Disebabkan dasar perdagangan yang bertentangan telah membawa kepada berlakunya Perang Candu . 3. Sekatan terhadap perdagangan asing Pemerintah China telah mengenakan pelbagai sekatan ke atas pedagang asing. Pedagang asing hanya dibenarkan melaksanakan urus niaga dengan China melalui pelabuhan Canton sahaja dan berurusan dengan orang tengah melalui kesatuan saudagar China yang dikenali sebagai Co-hong. Barang yang diniagakan juga ditentukan oleh Co-hong. Pedagang asing juga tidak dibenarkan membawa keluarga dan tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan. Wanita dan pedagang bersenjata tidak dibenarkan memasuki kawasan perdagangaan. Pedagang dibenarkan bergerak dalam kumpulan tidak melebihi 10 orang dan tidak boleh mempelajari bahasa China. Pedagang juga tidak dibenarkan tinggal sepanjang tahun dan hanya dibenarkan tinggal pada musim sejuk di sekitar kilang mereka sahaja . Apabila selesai berurusniaga di Canton , mereka dikehendaki kembali ke Macau. Disamping itu juga , tindakan kerajaan China yang telah mengenakan cukai yang tinggi telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pedagang asing. Sekatan perdagangan kerajaan Manchu ke atas pedagang asing terutamanya orang Barat telah mencetuskan peperangan . 4. Kegagalan hubungan diplomatik Kerajaan China enggan mengadakan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf dengan kuasa Barat. China menggelar dirinya sebagai ‘Chung Kao’ atau pusat dunia yang bertamadun mtau middle kingdom . Maharaja China sebagai ‘son of heaven’ atau anak syurga dan pemerintah sejagat . Orang China menganggap orang Barat sebagai barbarian atau orang gasar yang tidak bertamadun dan bertaraf rendah
  • 14. 14 Semua duta Barat dianggap pembawa ufti yang harus melakukan amalan ‘kowtow’ , iaitu melutut tanda hormat di hadapan Maharaja . Beberapa utusan Barat yang dihantar ke China seperti George Macartney tahun 1793 dan Lord Amherst tahun 1816 dihantar ke Peking untuk menuntut perwakilan diplomatic dan syarat-syarat perdagangan yang liberal menemui kegagalan . Keengganan kerajaan China mengadakan hubungan diplomatic atas dasar sama taraf telah memaksa Britain menggunakan kekerasan melancarkan peperangan ke atas China . 5. Masalah Candu Tindakan orang Inggeris membawa masuk bekalan candu ke Negara China merupakan faktor serta merta tercetusnya Perang Candu . Keengganan China membeli barangan dari Britain menyebabkan wujudnya perdagangan satu hala yang merugikan pihak British terutamanya kesukaran untuk mendapatkan sutera dan teh yang amat diperlukan di negara Eropah . Bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah ini, pedagang Barat mencari alternatif dengan membawa masuk candu dari India. Lama kelamaan candu menjadi barang kegemaran masyarakat China yang menyebabkan pengeluaran wang perak yang terlalu banyak kos mengimport candu sehingga melebihi kos mengeksport teh dan sutera. Keadaan ini telah merugikan China dan ekonomi China mulai merosot dan ia ditentang hebat oleh kerajaan Manchu. Maharaja China , Tao Kuang telah mengeluarkan surat perintah untuk pengharaman candu, tetapi kegiatan penyeludupan candu semakin berleluasa. Antara tahun 1821 sehingga 1839 , jumlah candu yang diimport telah meningkat daripada 4244 buah peti kepada 40 200 buah peti . Keadaan ini amat membimbangkan kerajaan China 6. Tindakan Lin Tsu Hse Lin Tsu Hse telah dilantik sebagai pesuruhjaya imperial untuk mengawal kemasukan candu di pelabuhan Canton . Beliau telah mengambil tindakan drastik meminta orang asing menyerahkan semua candu dan memberi akuan untuk tidak membawa masuk lagi candu ke China . Keengganan British berbuat demikian telah menyebabkan Lin Tsu Hse bertindak mengawal kediaman orang asing. Bagi menjamin keselamatan orang asing , British telah menyerahkan candu dan meminta ganti rugi kemusnahan candu. Malangnya pihak China tidak menghiraukan tuntutan ganti rugi British. Hubungan bertambah buruk apabila Lin Tsu Hse telah dibunuh oleh beberapa kelasi kapal British yang mabuk. Kapten Charles Eliot enggan menyerahkan kelasi kapal kepada China kerana bimbang insiden kapal Lady Hughes berulang lagi. Situasi ini membawa kepada berlakunya Perang Candu . KESIMPULAN Peristiwa Perang Candu memberi impak yang besar kepada kerajaan China . Perang ini berakhir dengan termeterainya Perjanjian Nangking 1842 . Kekalahan China di tangan British telah mendedahkan kelemahan pemerintahan Manchu dan juga telah
  • 15. 15 menjatuhkan imej negara China sekali gus menandakan bermulanya kemerosotan Dinasti Manchu. 6 Bincangkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam mengekalkan keamanan dunia selepas Perang Dunia Kedua. Pengenalan: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan di San Francisco pada 24 oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua . Tujuan utama penubuhan menjamin keamanan dan keselmatan dunia, menggalakkan hubungan baik antara negara anggota dan melindungi hak asasi manusia. Anggota terdiri daripaada negara-negara yang telah mencapai kemerdekaan. PBB memainkan peranan penting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman tanpa menggunakan kekerasan. Isi jawapan 1. Mengekalkankeamanan antarangsa PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan tuntutan kemerdekaan wilayah tanah jajahan . Pada tahun 1960 PBB telah meluluskan perisytiharan kemerdekaan wilayah dan penduduk negara yang dijajah. PBB telah mengatasi masalah perlumbaan senjata nukleaar dan kimia. PBB mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia yang dapat meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang. Contohnya PBB berjaya mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat agar mengundurkan peluru berpandu dalam krisis Cuba. 2. Masalah pelarian PBB telah memainkan peranan menyelesaikan masalah pelarian. Rundingan diplomatik telah dibuat untuk menempatkan pelarian di negara-negara tertentu seperti pelarian Kemboja . PBB juga memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian melalui Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) dengan menempatkan semula, menghantar pulang dan memberi perlindungan kepada lebih satu juta orang pelarian. 3. Dasar Aparteid PBB telah menubuhkan jawatankuasa khas menangani masalah aparteid yang berlaku di Afrika Selatan pada tahun 1963. Perhimpunan Agung PBB meluluskan perisyhtiharan pembasmian segala bentuk diskriminasi ras.
  • 16. 16 4. Hak Asasi Sejagat PBB menggubal Perisyhtiharan Hak Asasi Sejagat pada tahun 1948. Pada tahun 1966 , Majlis Perhimpunan PBB meluluskan dua perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat iaitu Perjanjian Antarabangsa berhubung hak Awam dan Politik dan Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Ekonomi , Sosial dan Kebudayaan sejagat . 5. Menangani konflik antarabangsa PBB turut memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman . Contohnya pada tahun 1956 telah Berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez , pada tahun 1960 menghantar tentera pengaman ke Congo dan memainkan peranan dalam mengawal persengketaan di Cyprus tahun 1964 – 1974 . 6. Membantu negara mangsa perang PBB memberi bantuan kepada Negara-negara yang menjadi mangsa perang menerusi “ Program Bantuan dan Pembangunan Semula PBB” di Asia , Timur Jauh , Amerika Latin dan Afrika. PBB juga memberi bantuan khidmat kebajikan kepada mangsa perang bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di Negara tersebut terpelihara . PBB juga menyalurkan bantuan menerusi agensi seperti FAO , UNICEF dan WHO. 7. Merapatkan persahabatan antarabangsa PBB berusaha menyelesaikan masalah yang menimbulkan ketegangan antara Negara. Contohnya menyelesaikan masalah perebutan Kepulauan Spratly yang melibatkan China , Taiwan , Vietnam , Brunei dan Malaysia . 8. Menyelesaikanperebutan pulau PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan anntara Negara dapat dikurangkan. PBB mengisytiharkan Undang-undang Laut pada 1994. 9. Menyelesaikanmasalah sosial dan ekonomi PBB menubuhkan Majlis Ekonomi dan Sosial bagi mengumpulkan data tentang kemajuan social dan ekonomi antarabangsa. Maklumat ini digunakan dalam merancang dan melaksanakan projek pembangunan di Negara-negara membangun. PBB turut menyediakan pinjaman untuk pembangunan Negara- negara mundur. Contohnya penubuhan International Development Assoation yang
  • 17. 17 bertujuan untuk membiayai sesuatu projek yang dapat memberi sumbangan kepada kemajuan wilayah. Kesimpulan : PBB berjaya mengekalkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan. PBB telah berjaya mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani konflik yang melibatkan negara-negara anggota .