Syarikat Air Melaka Berhad sedang mencari calon untuk jawatan pengawal keselamatan. Calon harus berkelulusan SPM, berumur 21-30 tahun, berkewarganegaraan Melaka, dan lulus ujian fizikal serta kemahiran. Pemilihan akan diadakan pada 2 Januari 2016 di Stadium Hang Tuah untuk menilai calon.
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Syarikat Air Melaka
1. SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD
TERBUKA
JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada
ANAK MELAKA
Berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:
JAWATAN : PENGAWAL KESELAMATAN
GRED : NE 1-1
TARAF : KONTRAK
A. SYARAT LANTIKAN
1. KELAYAKAN AKADEMIK
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ii. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
iii. Lulus Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. KELAYAKAN FIZIKAL
i. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :
a. Tinggi sekurang-kurangnya 163 cm.
b. Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg.
c. Mempunyai ukuran dada biasa sekurang-kurangnya 81 cm (normal) dan
semasa menarik nafas 86 cm.
d. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang di uji berasingan dengan
ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau sebarang alat bantuan
(kanta lekap).
e. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
3. KELAYAKAN LAIN
i. Calon LELAKI sahaja.
ii. Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka.
iii. Berumur diantara 21 hingga 30 tahun.
iv. Mempunyai lesen B2 dan D (Sila sertakan salinan lesen).
v. Lulus ujian / latihan yang ditetapkan oleh Syarikat.
vi. Boleh bertugas shif serta dalam jangkawaktu yang panjang.
vii. Mempunyai kemahiran komputer.
viii. Adalah menjadi satu kelebihan jika calon memiliki :
a. Kenderaan sendiri (Sila sertakan Salinan geran)
b. Mampu menguasai bahasa selain Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
B. CARA MEMOHON
1. Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang SAMB 1 yang boleh dimuat
turun (download) dari Portal Rasmi Syarikat Air Melaka Berhad sahaja dengan melayari
http:/www.samb.com.my
2. Semua calon-calon yang berkelayakan mesti membawa Borang SAMB 1 yang lengkap, sijil asal,
dokumen berkaitan dan 1 salinan sijil / dokumen semasa menghadiri pemilihan terbuka.
(Sebarang dokumen yang tidak lengkap dianggap gagal).
3. Semua calon-calon perlu menjalani Ujian Fizikal, Ujian Kecergasan dan Ujian Kecenderungan
yang ditetapkan sepanjang pemilihan berlangsung (pakaian sukan).
TARIKH PEMILIHAN : 2 JANUARI 2016 (SABTU)
TEMPAT : STADIUM HANG TUAH, JALAN HANG TUAH, 75300 MELAKA
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG