Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Nilai tempat sistem penomboran mayan
1. SISTEM PENOMBORAN
Tutorial 1A : Terangkan pernyataan “Sistem penomboran Mayan adalah sistem nilai
tempat.
Sistem Pernomboran Mayan berasaskan sisitem 20 (Vigesimal) yang menggunakan
tiga simbol terdiri dari sistem cangkerang, palang, dan titik di dalam sistem nilai menegak.
Suatu titik mewakil satu, palang mewakili lima dan cangkerang mewakili sifar.
Seperti sistem nombor sekarang, nilai tempat digunakan untuk mengembangkan
sistem Mayan bagi mendapatkan nilai yang besar. Nilai tempat disusun menegak mengikut
sistem kedudukan yang telah ditetapkan. Sistem Mayan menggunakan asas 20. Mayan
hanya menggunakan 20 simbol daripada nombor 0 hingga 19 seperti mana kita gunakan
simbol 0 hingga 9.
Sistem asas 20 mempunyai nilai tempat seperti berikut: 1, , , dan
sebagainya. Walau bagaimanapun Mayan mempunyai satu penyimpangan daripada asas
20. Nilai tempat adalah :
1, 20, 20.18, .18, .18, .18,.......
Oleh kerana orang Mayan lebih berminat dalam mengira hari dan kalendar tahunan
mereka mempunyai 360 hari, maka adalah lebih sesuai untuk nilai digit keriga terkecil
menjadi 20.18 = 360 dan bukan 20.20 = 400. Orang Mayan menyusun nombor mereka
untuk menandakan nilai tempat berbeza. Oleh kerana kedudukan tempat bagi sesuatu
nombor itu menentukan nilai bagi nombor itu, maka susunan nombor itu penting supaya nilai
tempat tidak berubah. Carta di bawah menunjukkan nombor yang ditulis dengan ringkas di
dalam sistem Mayan. Iaitu 11.0.14.0.17.8 di mana nombor yang ditulis antara masa ialah
nombor untuk nilai tempat.
Jadi, dapat disimpulkan bahawa nilai tempat amat penting dalam sistem penomboran
Mayan.