3 Punca di sebalik Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia. http://www.raimisyazwan.com/2014/01/3-punca-cuaca-sejuk-melampau-di-malaysia.html Apakah punca sebenar cuaca sejuk melampau di Malaysia Januari 2014. Kenapa cuaca di Malaysia menjadi semakin sejuk? Maklum balas Jabatan Meteorologi mengenai 3 Punca Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia. Fenomena Cuaca Sejuk luar biasa ini mulai trending di media sosial dan menjadi topik hangat diperkatakan
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
3 Punca di sebalik Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia
1. JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
(MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT)
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
(MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY & INNOVATION)
Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel:
603-79678000
Faks: 603-79550964
E-mel: mmd@met.gov.my
http://www.met.gov.my
KENYATAAN AKHBAR
KEADAAN CUACA SEJUK DI MALAYSIA
(Dikeluarkan pada 7.30 malam, 23 Januari 2014)
Secara relatifnya, bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum yang
agak rendah berbanding bulan-bulan lain.
Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat,
terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah
disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari tanah
besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk.
Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia
sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal
pagi.
Berdasarkan kepada keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan
datang, keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu
hadapan.
Berita mengenai kejadian salji di Indonesia adalah tidak benar. Adalah agak mustahil
untuk negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami
salji kerana suhu udara kedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun.
Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
23 Januari 2014
www.met.gov.my
2. Punca Cuaca Sejuk Melampau di Malaysia
Apakah punca sebenar cuaca sejuk melampau di Malaysia Januari
2014. Kenapa cuaca di Malaysia menjadi semakin sejuk? Maklum
balas Jabatan Meteorologi mengenai 3 Punca Cuaca Sejuk
Melampau di Malaysia. Fenomena Cuaca Sejuk luar biasa ini mulai
trending di media sosial dan menjadi topik hangat diperkatakan.
Keadaan Cuaca di Malaysia semakin sejuk hingga mencatat bacaan rekod
suhu terendah iaitu 19 darjah Celsius menimbulkan persoalan kepada seluruh
rakyat Malaysia. Media Massa juga banyak menyiarkan aduan orang ramai
mengenai perubahan iklim yang menggemparkan ini sehingga timbul rumours
bahawa Salji akan turun di Malaysia tidak lama lagi..
Maklum balas Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi
Dan Inovasi mengenai keadaan cuaca dan suhu udara yang sejuk melampau
yang dialami di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan pantai timur dan
utara Semenanjung pada pertengahan Januari 2014 adalah di sebabkan beberapa
faktor tertentu. Berikut ialah 3 Punca Cuaca Sejuk Melampau berlaku di
Malaysia.
Tiupan Angin Musim Sejuk dari tanah besar China
Litupan awan yang kurang di Semenanjung Malaysia
Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum di Malaysia
3. Salji Turun di Indonesia Tidak Benar
Berita mengenai kejadian salji di Indonesia adalah tidak benar. Adalah agak mustahil untuk
negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami salji kerana
suhu udara kedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun. Punca Cuaca Sejuk
Melampau di Malaysia.
Cuaca Sejuk Melampau Berakhir Februari
Berdasarkan kepada keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan datang,
keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu hadapan iaitu awal
Februari 2014. Sila rujuk Laporan penuh Jabatan Meteorologi Malaysia di Keadaan Cuaca
Sejuk Di Malaysia.