Ringkasan dokumen tersebut adalah:
1. Jepun dan Johor Bahru mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan industri setelah mengalami masa sulit
2. Amalan terbaik Jepun seperti menepati waktu, bersih-bersih, dan gemar membaca patut diikuti untuk mencapai kemajuan
3. Johor Bahru menyediakan pelbagai kemudahan sosial dan pendidikan yang membantu pertumbuhan ekonomi dan masyarakatny
1. LMCP1532
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
AMALAN TERBAIK DI BANDAR JEPUN
DAN JOHOR BAHRU
PENSYARAH: PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
HANNAN HUMAIRA’ BINTI MD ZIN
A163620
2. PENGENALAN ( JEPUN )
Selepas Hiroshima dan Nagasaki di bom oleh tentera Amerika Syarikat pada
Perang Dunia Kedua, pembangunan dan ekonomi Jepun ranap. Namun, kini
Jepun merupakan antara kuasa utama dunia dalam pelbagai segi termasuklah
perindustrian dan pembuatan.
Ini adalah disebabkan sikap rakyatnya yang sangat rajin, disiplin dan
berdedikasi. Budaya kerja jepun yang sangat efisyen dan berkesan patut
diambil guna oleh perusahaan global untuk memperkasakan dan
mempertingkatkan pertumbuhan perniagaan serta budaya sendiri.
Budaya ini merupakan sesuatu yang membawa Jepun ke mata dunia. Jika
amalan ini diterapkan di dalam masyarakat sudah tentunya ia dapat mengubah
tingkah laku manusia secara positif seterusnya menyumbang kepada kemajuan
negara secara menyeluruh.
3. PENGENALAN ( Johor Bahru )
Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrian, perdagangan dan
pelancongan yang utama.
Pelancongan adalah penyumbang terbesar dalam ekonomi di Johor Bahru.
Perkembangan perindustrian di Johor Bahru juga amat pesat membangun
dan menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian terbesar di
Malaysia.
Kemudian bagi teknologi yang lebih moden pula adalah memiliki rel
kelajuan tinggi akan bertolak ke Johor Bharu dari Kuala Lumpur.
4. AMALAN TERBAIK DI JEPUN
1. SIKAP MENEPATI MASA
Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang sepatutnya
dijadikan contoh oleh masyarakat kita. Bukan sahaja penduduk Jepun yang menepati masa,
malah setiap aktiviti harian seperti pengangkutan awam mereka juga akan datang tepat
pada waktunya seperti yang telah dijadualkan.
5. AMALAN TERBAIK DI JEPUN
2. SIKAP MENJAGA KEBERSIHAN
Jika kita menggunakan tandas-tandas awam di sekolah, stesen kereta api atau
lapangan terbang, kita akan dapati tandasnya sangat bersih.
Begitu juga di sekitar jalan raya dan taman-taman rekreasi contohnya amat
bersih jika dibandingkan dengan negara kita.
6. AMALAN TERBAIK DI JEPUN
3. SIKAP RAJIN MEMBACA
Di mana-mana sahaja kita pergi baik di dalam kenderaan awam, sambal
menunggu kereta api dan sebagainya kita akan dapat lihat mereka
memegang dan membaca buku. Sifat rajin membaca ini sangat wajib
dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh
menuntut ilmu, maka tidak hairanlah masyarakat di Jepun dapat mencapai
kemajuan yang tinggi.