Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unit 1
1. NAMA :
Nur Syuhadah Binti Musa (D20111048074)
KUMPULAN : C
PENSYARAH :
Dr. Haslina Binti Hassan
2. BAHAGIAN A : KEMAHIRAN
GEOGRAFI
UNIT 1: KEDUDUKAN
1.1 Menentukan Kedudukan dalam Kelas
1.2 Memahami Kedudukan secara Koordinat
1.3 Memahami Kedudukan Relatif dalam Kelas
1.4 Memahami Kedudukan Relatif di Lapangan
Rumusan
3. BAHAGIAN A : KEMAHIRAN GEOGRAFI
Dalam bahagian ini anda akan belajar tentang :
Kedudukan
Arah
Skala dan Jarak
Graf
Peta
4. Bahagian ini bertujuan membolehkan pelajar mengkaji
dan menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, serta
skala dan jarak. Kandungannya tertumpu kepada
kemahiran menggunakan kompas, alat ukur dan atlas.
Kemahiran tentang cara menyampaikan dan
mentafsirkan maklumat dalam bentuk grafik seperti
jadual, graf, pelan, rajah dan peta diberi penekanan.
5. UNIT 1 : KEDUDUKAN
Objektif :
Dalam unit ini anda akan dapat :
Menyatakan kedudukan pelajar di dalan kelas mengikut
lajur dan baris
Menentukan kedudukan dengan menggunakan
koordinat mudah seperti lajur dan baris
Menyatakan kedudukan relative sesuatu tempat
Melukis pelan dalam kelas mengikut lajur dan baris
6. 1.1 Menentukan Kedudukan dalam Kelas
Meja dan kerusi pelajar tersusun dalam lajur dan baris
yang kemas.
Perhatikan Rajah 1.1. Setiap lajur kita beri nombor dari kiri
ke kanan, misalnya lajur 01, 02, 03, 04 dan seterusnya.
8. Baris kita beri nombor dari hadapan ke belakang,
misalnya baris 01, 02, 03, dan seterusnya.
Kedudukan di tempat setiap lajur dan baris itu bertemu
atau bersilang disebut sebagai koordinat.
Dengan itu, tempat duduk pelajar dalam kelas dapat kita
tentukan berdasarkan koordinat.
Contohnya kedudukan Yew Kin ialah di koordinat 0401.
9. 1.2 Memahami Kedudukan secara Koordinat
Susunan meja dan kerusi dalam kelas Yew Kin dapat dilukis
seperti Rajah 1.2.
Susunan dari kiri ke kanan itu disebut sebagai lajur.
Susunan dari depan ke belakang disebut sebagai baris.
Dengan merujuk kepada titik persilangan lajur dan baris,
sesuatu kedudukan secara koordinat dapat ditentukan.
Perhatikan kedudukan Yew Kin dalam rajah ini.
10. 06
Garisan lajur 04
Garisan menegak
05
Garisan lajur 01
04 Garisan mendatar
Baris
Titik persilangan lajur 04
03
dengan baris 01
Kedudukan Yew Kin secara
koordinat 0401
02 Nilai lajur disebut dahulu ,
iaitu 04 diikuti nilai baris, iaitu
01
01
01 02 03 04 05 06
Lajur
Rajah 1.2 Memahami koordinat melalui rajah.
11. 1.3 Memahami Kedudukan Relatif dalam Kelas
Afif duduk di baris hadapan kelas. Di belakangnya ialah Peter. Di
kirinya ialah Balan. Di sebelah kanannya pula ialah Rajini. Manakala,
yang duduk dekat dengan tingkap itu ialah Farah.
Kedudukan Peter, Balan, dan Rajini dapat kita tentukan dengan
merujuk kepada kiri, kanan dan belakang tempat duduk Afiq.
Oleh itu, tempat duduk Afiq menjadi titik rujukan. Kedudukan
Farah dapat kita tentukan dengan merujuk kepada tingkap.Olejh itu,
tingkap di dalam kelas ini menjadi titik rujukan. Kedudukan yang
ditentukan dengan kaedah ini disebut kedudukan relatif.
13. 1.4 Memahami Kedudukan Relatif di Lapangan
Di kawasan kediamannya, Yew Kin mempunyai ramai jiran.
Antaranya jiran-jirannya termasuklah Encik Devan, Encik Wong, Encik
Azman dan Encik Wahid.
Perhatikan Rajah 1.4 di bawah ini dengan teliti. Dapatkah anda
menentukan kedudukan rumah-rumah jiran Yew Kin itu?
Kedudukan rumah-rumah mereka dapat ditentukan dengan mudah dengan
berpandukan titik-titik rujukan yang ditunjukkan.
Jika anda berdiri menghadap ke rumah Yew Kin, rumah Encik Devan
adalah di sebelah rumah kiri Yew Kin. Rumah Encik Wong adalah
disebelah kanan. Cuba tentukan kedudukan rumah jiran Yew Kin yang
lainnya.
14. Rajah 1.4 Kedudukan relatif – rumah Encik Devan di sebelah kiri rumah Yew
Kin. Rumah Encik Wong di sebelah kanan. Rumah Encik Azman di
belakang rumah Yew Kin. Rumah Encik Wahid pula, di belakang pejabat
pos.
15. Rumusan
KEDUDUKAN
KOORDINAT KEDUDUKAN RELATIF
Lajur Baris Titik Rujukan
Titik Persilangan
Kiri, Kanan, Hadapan,
Belakang, Tepi, …
0403, 0201, 0504, …