SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Download to read offline
Sambutan Ambang Merdeka 2012

                                     KUALA LUMPUR – Ambang Merdeka sempena Hari
Kemerdekaan ke-55 malam tadi disambut meriah dengan pertunjukan bunga api dan kibaran
Jalur Gemilang oleh pelbagai pihak di seluruh nadi negara.

Turut diadakan sebagai menghayati sambutan kemerdekaan ialah acara deklamasi puisi
merdeka, tahlil dan doa selamat, tazkirah serta program bicara warisan jejak Mat Kilau sebagai
memperingati jasa pejuang kemerdekaan.

Beberapa syarikat seperti KLCC Property Holding Sdn Bhd (KLCCH) dan Resort World Genting
mengambil inisiatif mengadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan dengan mengadakan
pertunjukan bunga api di Taman KLCC dan Genting Highlands.

Walaupun tiada sambutan ambang merdeka secara rasmi di lokasi utama sambutan itu seperti
tahun-tahun sebelum ini iaitu di Dataran Merdeka, dianggarkan 6,000 orang hadir di kawasan
itu termasuk peserta ‘Himpunan Janji Bersih’.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang membuat tinjauan di Dataran
Merdeka berkata keadaan di situ adalah terkawal.

Kehadiran 205 anggota dan pegawai dari Balai Polis Dang Wangi dan Bukit Aman berjaya
memastikan tiada provokasi berlaku pada perhimpunan yang tidak mendapat kelulusan polis
dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.

“Keadaan terkawal, kebanyakan yang hadir adalah untuk menyaksikan persembahan ambang
merdeka dan tembakan bunga api sepertimana kebiasaan, namun keadaan itu tidak berlaku,”
katanya sambil menambah tiada sebarang tangkapan dilakukan terhadap peserta perhimpunan
itu.

Zainuddin berkata mereka yang hadir mula meninggalkan Dataran Merdeka secara
berperingkat selepas tengah malam.

Di KUALA TERENGGANU, sambutan ulang tahun kemerdekaan disambut dengan majlis
bacaan Yasin dan doa selamat serta solat hajat di masjid-masjid di seluruh negeri.

                                                                                         1/2
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hadir di Masjid Tengku Tengah Zaharah
                                   yang turut disertai kira-kira 500 orang.

                                   Di SHAH ALAM, sambutan diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam yang dihadiri
                                   Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut mendeklamasikan sajak dan disertai
                                   exco kerajaan negeri serta kira-kira 15,000 orang.

                                   Sebanyak 56 kontinjen terdiri daripada jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, pasukan
                                   beruniform serta syarikat swasta seperti Telekom Malaysia Bhd dan Tenaga Nasional Bhd
                                   menyertai acara sambutan pada malam itu.

                                   Di MELAKA, kira-kira 10,000 orang memeriahkan sambutan ambang merdeka di Dataran
                                   Pahlawan dan program dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan persembahan lagu-lagu
                                   patriotik sebelum deklamasi puisi oleh 15 deklamator termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk
                                   Seri Mohd Ali Rustam.

                                   Turut diserikan ialah persembahan koir kemerdekaan daripada agensi-agensi kerajaan sebelum
                                   acara kemuncak iaitu pertunjukan bunga api selain acara berbasikal sejauh 20 kilometer dari
                                   Dataran Pahlawan ke Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang diketuai Mohd Ali.

                                   Sebelum itu, pada sebelah pagi tadi, semangat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara
                                   juga terserlah apabila 350 penduduk Pasir Mas, Kelantan berjaya menyiapkan Jalur Gemilang
                                   yang berukuran 30.48 meter x 4.27 meter daripada 2,350 kilogram beras pulut.

                                   Di BERA, Pahang, lebih 5,600 penduduk orang Asli sekitar daerah tersebut dilihat bersemangat
                                   menyambut ulang tahun kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah
                                   masing-masing.

                                   Di SEREMBAN, meskipun mempunyai kekurangan, namun ia tidak menghalang 57 pelajar
                                   pendidikan khas masalah pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za’ba, Paroi
                                   di sini, mengambil inisiatif menghias kawasan sekolah sempena sambutan kemerdekaan
                                   negara. – Bernama

                                   Sambutan Ambang Merdeka 2012

                                                                                                                             2/2
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

More Related Content

More from frubo

Zikir Mencerdaskan Otak
Zikir Mencerdaskan OtakZikir Mencerdaskan Otak
Zikir Mencerdaskan Otakfrubo
 
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2frubo
 
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis FatwaHentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwafrubo
 
Waktu-Waktu Doa Mustajab
Waktu-Waktu Doa MustajabWaktu-Waktu Doa Mustajab
Waktu-Waktu Doa Mustajabfrubo
 
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar AnginRibut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar Anginfrubo
 
FETIH 1453
FETIH 1453FETIH 1453
FETIH 1453frubo
 
Pelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model DitahanPelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model Ditahanfrubo
 
Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!frubo
 
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara KhurafatBangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafatfrubo
 
SUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor TerbangSUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor Terbangfrubo
 
Wan Zack Haikal
Wan Zack HaikalWan Zack Haikal
Wan Zack Haikalfrubo
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negarafrubo
 
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?frubo
 
Life Of Pi
Life Of PiLife Of Pi
Life Of Pifrubo
 
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau MalayaRajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malayafrubo
 
Michael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah MatiMichael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah Matifrubo
 
Lengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham BuayaLengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham Buayafrubo
 
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga AminulrasyidKeputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyidfrubo
 
More from frubo (20)

Zikir Mencerdaskan Otak
Zikir Mencerdaskan OtakZikir Mencerdaskan Otak
Zikir Mencerdaskan Otak
 
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2
 
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis FatwaHentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
Hentikan Isu Kalimah, Terima Keputusan Majlis Fatwa
 
Waktu-Waktu Doa Mustajab
Waktu-Waktu Doa MustajabWaktu-Waktu Doa Mustajab
Waktu-Waktu Doa Mustajab
 
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar AnginRibut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
Ribut Sonamu: Jangan Panik Khabar Angin
 
FETIH 1453
FETIH 1453FETIH 1453
FETIH 1453
 
Pelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model DitahanPelakon & Model Ditahan
Pelakon & Model Ditahan
 
Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!Azam Tahun Baru!
Azam Tahun Baru!
 
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara KhurafatBangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
Bangsa Yahudi Suka Perkara Khurafat
 
SUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor TerbangSUPER Sky Cycle Motor Terbang
SUPER Sky Cycle Motor Terbang
 
Wan Zack Haikal
Wan Zack HaikalWan Zack Haikal
Wan Zack Haikal
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
 
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan NegaraSemakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
Semakan E-Penyata Gaji Di Jabatan Akauntan Negara
 
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
Benarkah Kiamat Berlaku Pada 21 December 2012?
 
Life Of Pi
Life Of PiLife Of Pi
Life Of Pi
 
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau MalayaRajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
Rajagobal Kekal Jurulatih Harimau Malaya
 
Michael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah MatiMichael Jackson Tak Pernah Mati
Michael Jackson Tak Pernah Mati
 
Lengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham BuayaLengan Remaja Dibaham Buaya
Lengan Remaja Dibaham Buaya
 
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga AminulrasyidKeputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
Keputusan Mahkamah Sangat Tidak Adil – Keluarga Aminulrasyid
 
Sambutan Ambang Merdeka 2012

  • 1. Sambutan Ambang Merdeka 2012 KUALA LUMPUR – Ambang Merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-55 malam tadi disambut meriah dengan pertunjukan bunga api dan kibaran Jalur Gemilang oleh pelbagai pihak di seluruh nadi negara. Turut diadakan sebagai menghayati sambutan kemerdekaan ialah acara deklamasi puisi merdeka, tahlil dan doa selamat, tazkirah serta program bicara warisan jejak Mat Kilau sebagai memperingati jasa pejuang kemerdekaan. Beberapa syarikat seperti KLCC Property Holding Sdn Bhd (KLCCH) dan Resort World Genting mengambil inisiatif mengadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan dengan mengadakan pertunjukan bunga api di Taman KLCC dan Genting Highlands. Walaupun tiada sambutan ambang merdeka secara rasmi di lokasi utama sambutan itu seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu di Dataran Merdeka, dianggarkan 6,000 orang hadir di kawasan itu termasuk peserta ‘Himpunan Janji Bersih’. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang membuat tinjauan di Dataran Merdeka berkata keadaan di situ adalah terkawal. Kehadiran 205 anggota dan pegawai dari Balai Polis Dang Wangi dan Bukit Aman berjaya memastikan tiada provokasi berlaku pada perhimpunan yang tidak mendapat kelulusan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu. “Keadaan terkawal, kebanyakan yang hadir adalah untuk menyaksikan persembahan ambang merdeka dan tembakan bunga api sepertimana kebiasaan, namun keadaan itu tidak berlaku,” katanya sambil menambah tiada sebarang tangkapan dilakukan terhadap peserta perhimpunan itu. Zainuddin berkata mereka yang hadir mula meninggalkan Dataran Merdeka secara berperingkat selepas tengah malam. Di KUALA TERENGGANU, sambutan ulang tahun kemerdekaan disambut dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat serta solat hajat di masjid-masjid di seluruh negeri. 1/2
  • 2. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hadir di Masjid Tengku Tengah Zaharah yang turut disertai kira-kira 500 orang. Di SHAH ALAM, sambutan diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam yang dihadiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut mendeklamasikan sajak dan disertai exco kerajaan negeri serta kira-kira 15,000 orang. Sebanyak 56 kontinjen terdiri daripada jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, pasukan beruniform serta syarikat swasta seperti Telekom Malaysia Bhd dan Tenaga Nasional Bhd menyertai acara sambutan pada malam itu. Di MELAKA, kira-kira 10,000 orang memeriahkan sambutan ambang merdeka di Dataran Pahlawan dan program dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan persembahan lagu-lagu patriotik sebelum deklamasi puisi oleh 15 deklamator termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Turut diserikan ialah persembahan koir kemerdekaan daripada agensi-agensi kerajaan sebelum acara kemuncak iaitu pertunjukan bunga api selain acara berbasikal sejauh 20 kilometer dari Dataran Pahlawan ke Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang diketuai Mohd Ali. Sebelum itu, pada sebelah pagi tadi, semangat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara juga terserlah apabila 350 penduduk Pasir Mas, Kelantan berjaya menyiapkan Jalur Gemilang yang berukuran 30.48 meter x 4.27 meter daripada 2,350 kilogram beras pulut. Di BERA, Pahang, lebih 5,600 penduduk orang Asli sekitar daerah tersebut dilihat bersemangat menyambut ulang tahun kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing. Di SEREMBAN, meskipun mempunyai kekurangan, namun ia tidak menghalang 57 pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za’ba, Paroi di sini, mengambil inisiatif menghias kawasan sekolah sempena sambutan kemerdekaan negara. – Bernama Sambutan Ambang Merdeka 2012 2/2 Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)