1. Nenek Dapat Derma RM2.1 juta
TORONTO, Kanada – Seorang pengawas bas sekolah yang dibuli tanpa belas kasihan oleh
empat pelajar sekolah menengah rendah di New York menerima lebih AS$700,000 (RM2.1 juta)
dalam derma yang dikumpulkan oleh seorang lelaki Kanada.
Karen Klein (gambar), 68, menerima cek berkenaan pada satu majlis di sini.
Seorang jurucakap untuk kempen dana tersebut berkata, lebih 30,000 orang dari 84 buah
negara telah menyumbang bagi membantu meringankan beban Klein.
Jumlah derma terkumpul itu jauh melebihi jangkaan seorang lelaki Kanada, Max Sidorov yang
memulakan inisiatif mengmpulkan dana AS$5,000 (RM15,560) supaya Klein boleh pergi bercuti
untuk menenangkan fikirannya.
Simpati orang ramai terbit susulan insiden buli tersebut yang dirakam oleh seorang pelajar di
dalam bas berkenaan dan disiarkan di YouTube pada Jun lalu.
Klip video itu menunjukkan Klein cuba untuk tidak menghiraukan cemuhan, cacian dan ugutan
yang dilemparkan terhadapnya oleh keempat-empat pelajar itu. – AP
Nenek Dapat Derma RM2.1 juta
1/1
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)