Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Ikan patin temerloh masak tempoyak
1. Ikan Patin Temerloh Masak Tempoyak
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan patin sungai atau sangkar
3 sudu asam jawa
3 sudu tempoyak
50 g cili api ( digiling )
2 cm kunyit hidup ( digiling )
2 bunga kantan ( dibelah )
garam
gula
daun kesom secukupnya
asam keping secukupnya
Cara:
Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa.
(Jika patin sungai tidak perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu
direndam selama setengah jam dalam air asam )
Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling.
Kemudian masukkan ikan dan tempoyak.
Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping.
Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit gula.
Jika anda suka, boleh juga masukkan beberapa batang kacang bendi.
Cadangan Hidangan:
Makan lah bersama nasi . Ada pulak sambai tempoyak..lagi sedap
Tambahan:
Fuh lazat.tapi ingat jangan guna sebarang jenis bawang, kerana ia kan
menghilangkan rasa tempoyak.
Kalau anda pergi Temerloh Bandar Ikan Patin, jangan lupa makan Patin Sungai
Masak Tempoyak. Bawalah duit sebanyak Rm 400.00 untuk makan seramai 4
orang.
Sedap wei... bahagian yang paling lazat pada ikan patin ialah di bahagian bawah
kepala.9 Kira macam dekat dadalah )