SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
Kumpulan        : GENG 5
Tajuk Tugasan   : “DRAMA REMAJA CELIK IT”
Ahli Kumpulan   :

 •   Abu Mansur Al-Mathuridi Bin Azahari
 •   Normaisarah Binti Azmi
 •   Nurul Aeisha Binti Mohd Khalil
 •   Ros Akma Adawiyah Binti Mohamed Nawi
 •   Syakirah Binti Mohd Yasin
Tajuk        : “DRAMA REMAJA CELIK IT”
Skrip/Arahan : Geng 5

WATAK :

Abu                    : Mansur
Dato’ Abu Mansur       : Mansur
Ibu Abu                : Syakirah
Cikgu                  : Syakirah
Peg. FELCRA            : Aiesha & Adawiah
Pelajar                : Aiesha & Adawiah
Suara latar            : Maisarah

OBJEKTIF :

1.   Kepentingan mempunyai ilmu ICT.
2.   Meningkatkan aset satu generasi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
3.   Melahirkan golongan celik IT terutama di kawasan pedalaman.
4.   Mengeratkan silaturrahim.
5.   Memartabatkan orang berilmu dipandang tinggi.

PENGAJARAN :

     •   Kita hendaklah sentiasa berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan
         dalam hidup.
     •   Kita hendaklah membantu golongan yang memerlukan bantuan.
     •   Kita janganlah bersikap angkuh dan sombong walaupun sudah berjaya.
     •   Kita wajarlah bersikap prihatin pada masyarakat sekeliling.
     •   Kita janganlah bersikap tidak mengenang budi pada orang yang menabur ilmu
         kepada kita.
     •   Kita mestilah menimba ilmu untuk kesenangan hidup.

SINOPSIS DRAMA :

Abu merupakan seorang anak muda yang buta IT sebelum mencapai kejayaan yang
digapainya sekarang. Dia juga seorang anak muda yang berasal dari pedalaman Bukit
Chenda dan juga berasal dari golongan bawahan kerana kedaifan hidup. Dia mendapat
ilmu IT melalui satu lawatan yang diadakan dikawasannya yang dianjurkan oleh
FELCRA.

Melalui anjuran ini, dia ditawarkan menyertai ilmu IT ini. Kejayaannya sekarang
bermula dari anjuran FELCRA, mendorongnya untuk berjaya sampai sekarang.

Selain itu Abu juga seorang anak muda yang sentiasa gigih berusaha dan sentiasa
rendah diri dalam mencapai kejayaan. Abu juga seorang anak yang patuh pada kedua
ibubapanya. Namun begitu sentiasa mendapat hinaan ekoran kedaifan hidupnya,tetapi
semua dianggap sebagai pembakar semangat untuk dia terus berusaha untuk berjaya
dalam hidup.Pelbagai rintangan yang ditempuhi telah membuahkan hasil dalam
hidupnya yang mana dia telah berjaya dan lantas mengubah nasib keluarga. Dia juga



                                                                                  2
telah mendapat gelaran Datuk Abu Mansur dan kini menjadi kebanggaan semua
orang. Abu kini hidup senang atas usahanya sendiri.

SKRIP :

Suara Latar

        Drama ini mengisahkan seorang anak muda yang tinggal di kawasan
pedalaman, yang bernama Abu (bukan nama sebenar). Dia tinggal di hujung
Kampung iaitu di pedalaman Bukit Chenda. Abu merupakan seorang anak muda yang
buta dalam dalam bidang IT. Ini kerana disebabkan dua, faktor taraf hidup yang daif
dan dia juga tinggal dikawasan yang sangat terpencil. Namun begitu, dia seorang anak
yang sangat patuh pada suruhan ibunya. Pun begitu lagi, seumurnya hidup, Abu tidak
pernah mengenali atau memahami apa itu dunia IT. Hidupnya kini, hanya ditemani
dengan keindahan alam sekitar (pokok-pokok & bunga-bunga) serta air sungai yang
jernih mengalir.

        Pada suatu hari, datang rombongan dari pihak FELCRA yang telah
mengadakan lawatan ke kawasan tempat tinggal Abu. Abu telah ditawarkan untuk
menyertai kursus komputer yang dianjurkan oleh pihak FELCRA tersebut. Tanpa
berfikir panjang, dengan azamnya untuk mengubah nasib hidup dan keluarganya, Abu
menyakinkan diri menyertai kursus ini. Kursus ini bukan sahaja memberi kepentingan
dalam bidang IT tetapi juga dari segi membina kepentingan jati diri Abu agar bersikap
terbuka, berani dan bergaul dengan masyarakat sekeliling. Disinilah bermulanya satu
corak perubahan dalam hidup Abu.

        Di tempat kursus yang dijalankan, Abu telah mempelajari pelbagai ilmu
berkaitan selok-belok komputer, antaranya cara untuk mengenal, membaiki,
memasang dan sebagainya berdasarkan ilmu komputer tersebut. Disini menonjolkan
Abu bukanlah anak muda yang tidak mempunyai wawasan walaupun berasal dari
kawasan pedalaman, dia juga mampu setanding anak-anak muda lain berjaya
menggapai ilmu menempa kejayaan suatu hari kelak. Selain itu, melalui anjuran ini
jugalah, banyak bakat Abu yang terpendam tercungkil dengan lebih jelas.

       Setelah hari berganti hari, Abu semakin mampu menunjukkan prestasi yang
lebih baik walaupun dia asalnya seorang anak muda pedalaman yang buta IT. Atas
desakan faktor hidup banyak mendorong Abu lebih gigih berusaha demi azamnya
yang satu iaitu untuk mengubah nasib diri dan ibunya, ekoran untuk membuktikan
juga kepada orang luar yang di mana dia juga boleh juga berjaya seperti orang lain.

        Tanpa disedari 5 bulan telah berlalu, tempoh masa kursus yang Abu jalani
kian hampir ke penghujungnya.abu merupakan antara pelajar yang cemerlang kerana
sikapnya yang rajin berusaha. Setiap ujian yang diduduki boleh dikatakan markah
mahupun keputusan yang diperolehinya lebih baik dari pelajar-pelajar lain. Abu
sentiasa menjadi kebanggaan gurunya. Justeru itu juga, Abu merupakan seorang
pelajar bersikap rajin dan rendah diri dalam apa jua situasi dan keadaan, ekoran itu dia
sentiasa mendapat pujian dari teman-teman dan gurunya.

       Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, namun hari ini
genaplah 5 tahun sudah berlalu. Pulanglah seorang jejaka yang berpakaian segak


                                                                                      3
bergaya, bercermin mata hitam mata menapak keluar dari kereta BMW 5 berjalan
menuju ke balai raya yang dinanti-nanti oleh penghulu dan seluruh penduduk
Kampung di pedalaman Bukit Chenda itu. Abu kini merupakan kebanggaan semua
penduduk kampung kerana kejayaannya. Abu telah menubuhkan CMH Computer
Centre di kawasan pedalaman Bukit Chenda tersebut, ini bertujuan kegunaan generasi
seterusnya. Matlamat utama Abu menubuhkan CMH Computer Centre adalah untuk
membantu anak-anak penduduk kampung yang tidak berpeluang mengenali dunia IT
agar mendapat kejayaan sepertinya sekarang.

        Beliau kini mendapat gelaran Datuk Abu Mansur di Kampung Bukit Chenda
tersebut. Ini kerana disebabkan perkhidmatannya dalam bidang IT telah membuahkan
hasil yang beliau telah cemerlang dalam mencipta satu penemuan baru dalam bidang
IT iaitu mereka bentuk animasi grafik 3A yang lebih canggih dengan menggunakan
ciptaan komponen dalaman komputer yang direka khas melalui kepakaran idea
sendiri. Kemampuan beliau telah diiktiraf dalam Book Of Records Malaysia. Impian
yang di tanam Abu untuk berjaya kelak bukanlah angan-angan semata-mata kerana
sekarang beliau telah menempa kejayaannya. Namun, kejayaan haruslah disusuli
dengan usaha yang gigih.

                                  Sekian tamat..




                                                                                4

More Related Content

Viewers also liked (19)

WUDARWIN10_2016
WUDARWIN10_2016WUDARWIN10_2016
WUDARWIN10_2016
 
Julie Delvaux - Poetry
Julie Delvaux - PoetryJulie Delvaux - Poetry
Julie Delvaux - Poetry
 
12.00 Mmre Mon
12.00 Mmre Mon12.00 Mmre Mon
12.00 Mmre Mon
 
Foreclosure Counseling Sanchez
Foreclosure Counseling  SanchezForeclosure Counseling  Sanchez
Foreclosure Counseling Sanchez
 
Symbision
SymbisionSymbision
Symbision
 
2009.08.23 Geekmeet
2009.08.23 Geekmeet2009.08.23 Geekmeet
2009.08.23 Geekmeet
 
Maestria Siendo CuáL Es Su Estilo De Aprendizaje
Maestria Siendo CuáL Es Su Estilo De AprendizajeMaestria Siendo CuáL Es Su Estilo De Aprendizaje
Maestria Siendo CuáL Es Su Estilo De Aprendizaje
 
Making The Case Talmage
Making The Case  TalmageMaking The Case  Talmage
Making The Case Talmage
 
Rome J P
Rome J PRome J P
Rome J P
 
правила
правилаправила
правила
 
Commercial Sales Package
Commercial Sales PackageCommercial Sales Package
Commercial Sales Package
 
La Amigas
La AmigasLa Amigas
La Amigas
 
Fortinet Configuration
Fortinet ConfigurationFortinet Configuration
Fortinet Configuration
 
Ulasan Buku Action Research
Ulasan Buku Action ResearchUlasan Buku Action Research
Ulasan Buku Action Research
 
дегтярев
дегтяревдегтярев
дегтярев
 
Logros del 1er Gobierno del FA
Logros del 1er Gobierno del FALogros del 1er Gobierno del FA
Logros del 1er Gobierno del FA
 
Viko
VikoViko
Viko
 
Lotus Forum 2009 Lotus Connections 2.5
Lotus Forum 2009 Lotus Connections 2.5Lotus Forum 2009 Lotus Connections 2.5
Lotus Forum 2009 Lotus Connections 2.5
 
We Tv Oghenoa
We Tv OghenoaWe Tv Oghenoa
We Tv Oghenoa
 

CMH Geng 5 - REMAJA CELIK IT

  • 1. Kumpulan : GENG 5 Tajuk Tugasan : “DRAMA REMAJA CELIK IT” Ahli Kumpulan : • Abu Mansur Al-Mathuridi Bin Azahari • Normaisarah Binti Azmi • Nurul Aeisha Binti Mohd Khalil • Ros Akma Adawiyah Binti Mohamed Nawi • Syakirah Binti Mohd Yasin
  • 2. Tajuk : “DRAMA REMAJA CELIK IT” Skrip/Arahan : Geng 5 WATAK : Abu : Mansur Dato’ Abu Mansur : Mansur Ibu Abu : Syakirah Cikgu : Syakirah Peg. FELCRA : Aiesha & Adawiah Pelajar : Aiesha & Adawiah Suara latar : Maisarah OBJEKTIF : 1. Kepentingan mempunyai ilmu ICT. 2. Meningkatkan aset satu generasi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. 3. Melahirkan golongan celik IT terutama di kawasan pedalaman. 4. Mengeratkan silaturrahim. 5. Memartabatkan orang berilmu dipandang tinggi. PENGAJARAN : • Kita hendaklah sentiasa berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam hidup. • Kita hendaklah membantu golongan yang memerlukan bantuan. • Kita janganlah bersikap angkuh dan sombong walaupun sudah berjaya. • Kita wajarlah bersikap prihatin pada masyarakat sekeliling. • Kita janganlah bersikap tidak mengenang budi pada orang yang menabur ilmu kepada kita. • Kita mestilah menimba ilmu untuk kesenangan hidup. SINOPSIS DRAMA : Abu merupakan seorang anak muda yang buta IT sebelum mencapai kejayaan yang digapainya sekarang. Dia juga seorang anak muda yang berasal dari pedalaman Bukit Chenda dan juga berasal dari golongan bawahan kerana kedaifan hidup. Dia mendapat ilmu IT melalui satu lawatan yang diadakan dikawasannya yang dianjurkan oleh FELCRA. Melalui anjuran ini, dia ditawarkan menyertai ilmu IT ini. Kejayaannya sekarang bermula dari anjuran FELCRA, mendorongnya untuk berjaya sampai sekarang. Selain itu Abu juga seorang anak muda yang sentiasa gigih berusaha dan sentiasa rendah diri dalam mencapai kejayaan. Abu juga seorang anak yang patuh pada kedua ibubapanya. Namun begitu sentiasa mendapat hinaan ekoran kedaifan hidupnya,tetapi semua dianggap sebagai pembakar semangat untuk dia terus berusaha untuk berjaya dalam hidup.Pelbagai rintangan yang ditempuhi telah membuahkan hasil dalam hidupnya yang mana dia telah berjaya dan lantas mengubah nasib keluarga. Dia juga 2
  • 3. telah mendapat gelaran Datuk Abu Mansur dan kini menjadi kebanggaan semua orang. Abu kini hidup senang atas usahanya sendiri. SKRIP : Suara Latar Drama ini mengisahkan seorang anak muda yang tinggal di kawasan pedalaman, yang bernama Abu (bukan nama sebenar). Dia tinggal di hujung Kampung iaitu di pedalaman Bukit Chenda. Abu merupakan seorang anak muda yang buta dalam dalam bidang IT. Ini kerana disebabkan dua, faktor taraf hidup yang daif dan dia juga tinggal dikawasan yang sangat terpencil. Namun begitu, dia seorang anak yang sangat patuh pada suruhan ibunya. Pun begitu lagi, seumurnya hidup, Abu tidak pernah mengenali atau memahami apa itu dunia IT. Hidupnya kini, hanya ditemani dengan keindahan alam sekitar (pokok-pokok & bunga-bunga) serta air sungai yang jernih mengalir. Pada suatu hari, datang rombongan dari pihak FELCRA yang telah mengadakan lawatan ke kawasan tempat tinggal Abu. Abu telah ditawarkan untuk menyertai kursus komputer yang dianjurkan oleh pihak FELCRA tersebut. Tanpa berfikir panjang, dengan azamnya untuk mengubah nasib hidup dan keluarganya, Abu menyakinkan diri menyertai kursus ini. Kursus ini bukan sahaja memberi kepentingan dalam bidang IT tetapi juga dari segi membina kepentingan jati diri Abu agar bersikap terbuka, berani dan bergaul dengan masyarakat sekeliling. Disinilah bermulanya satu corak perubahan dalam hidup Abu. Di tempat kursus yang dijalankan, Abu telah mempelajari pelbagai ilmu berkaitan selok-belok komputer, antaranya cara untuk mengenal, membaiki, memasang dan sebagainya berdasarkan ilmu komputer tersebut. Disini menonjolkan Abu bukanlah anak muda yang tidak mempunyai wawasan walaupun berasal dari kawasan pedalaman, dia juga mampu setanding anak-anak muda lain berjaya menggapai ilmu menempa kejayaan suatu hari kelak. Selain itu, melalui anjuran ini jugalah, banyak bakat Abu yang terpendam tercungkil dengan lebih jelas. Setelah hari berganti hari, Abu semakin mampu menunjukkan prestasi yang lebih baik walaupun dia asalnya seorang anak muda pedalaman yang buta IT. Atas desakan faktor hidup banyak mendorong Abu lebih gigih berusaha demi azamnya yang satu iaitu untuk mengubah nasib diri dan ibunya, ekoran untuk membuktikan juga kepada orang luar yang di mana dia juga boleh juga berjaya seperti orang lain. Tanpa disedari 5 bulan telah berlalu, tempoh masa kursus yang Abu jalani kian hampir ke penghujungnya.abu merupakan antara pelajar yang cemerlang kerana sikapnya yang rajin berusaha. Setiap ujian yang diduduki boleh dikatakan markah mahupun keputusan yang diperolehinya lebih baik dari pelajar-pelajar lain. Abu sentiasa menjadi kebanggaan gurunya. Justeru itu juga, Abu merupakan seorang pelajar bersikap rajin dan rendah diri dalam apa jua situasi dan keadaan, ekoran itu dia sentiasa mendapat pujian dari teman-teman dan gurunya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, namun hari ini genaplah 5 tahun sudah berlalu. Pulanglah seorang jejaka yang berpakaian segak 3
  • 4. bergaya, bercermin mata hitam mata menapak keluar dari kereta BMW 5 berjalan menuju ke balai raya yang dinanti-nanti oleh penghulu dan seluruh penduduk Kampung di pedalaman Bukit Chenda itu. Abu kini merupakan kebanggaan semua penduduk kampung kerana kejayaannya. Abu telah menubuhkan CMH Computer Centre di kawasan pedalaman Bukit Chenda tersebut, ini bertujuan kegunaan generasi seterusnya. Matlamat utama Abu menubuhkan CMH Computer Centre adalah untuk membantu anak-anak penduduk kampung yang tidak berpeluang mengenali dunia IT agar mendapat kejayaan sepertinya sekarang. Beliau kini mendapat gelaran Datuk Abu Mansur di Kampung Bukit Chenda tersebut. Ini kerana disebabkan perkhidmatannya dalam bidang IT telah membuahkan hasil yang beliau telah cemerlang dalam mencipta satu penemuan baru dalam bidang IT iaitu mereka bentuk animasi grafik 3A yang lebih canggih dengan menggunakan ciptaan komponen dalaman komputer yang direka khas melalui kepakaran idea sendiri. Kemampuan beliau telah diiktiraf dalam Book Of Records Malaysia. Impian yang di tanam Abu untuk berjaya kelak bukanlah angan-angan semata-mata kerana sekarang beliau telah menempa kejayaannya. Namun, kejayaan haruslah disusuli dengan usaha yang gigih. Sekian tamat.. 4