SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Dasar Wanita Negara
Latarbelakang
Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan mereka sama ada
sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan
negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama di dalam
pembentukan generasi akan datang malah melupakan sumber ekonomi yang penting.
Buat masa ini, mereka merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga buruh. Dari segi
penyertaan buruh, penyertaan wanita meningkat dari 37.2 peratus dalam tahun 1970 kepada
46.7 peratus dalam tahun 1990. Di sektor luar bandar dan pertanian, wanita terus merupakan
faktor penting. Gunatenaga wanita juga telah bertambah dengan banyaknya di dalam sektor
pembuatan terutamanya dalam sektor tekstail dan elektronik. Di sektor perkhidmatan seperti
perkhidmatan masyarakat, sosial, persendirian serta sektor awam, penyertaan wanita juga
kian meningkat. Wanita juga telah lama memainkan peranan yang aktif di bidang politik
negara. Mereka merupakan kumpulan pengundi yang kuat dan sering memainkan peranan
sebagai penarik pengundi.
Kerajaan telah lama mengiktiraf sumbangan besar wanita di dalam pembangunan negara.
Oleh itu kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan mereka dalam proses pembangunan
negara dengan membuka peluang-peluang yang lebih luas bagi menceburi bidang sosial,
ekonomi dan politik. Beberapa institusi telah ditubuhkan untuk mengintegrasikan wanita ke
dalam aliran utama pembangunan. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita
Dalam Pembangunan (NACIWID) di Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan pada tahun
1976 bagi menterjemahkan pelan tindakan sedunia mengenai wanita dalam pembangunan
negara.
Pada tahun 1983, Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) telah ditubuhkan untuk mengawasi
dan menilai perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor awam dan swasta bagi
faedah kaum wanita. Selain daripada bertindak sebagai pusat maklumat utama mengenai hal
ehwal wanita, HAWA juga berfungsi sebagai urusetia kepada NACIWID.
Sistem penyampaian pelbagai perkhidmatan sokongan untuk wanita telah diperkukuhkan lagi
melalui aktiviti organisasi-organisasi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun-pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan beberapa Lembaga Kemajuan
Wilayah. Penubuhan sebuah agensi amanah bukan kerajaan iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia
(AIM) turut membantu mempertingkatkan penyertaan kaum wanita terutamanya di luar
bandar di dalam aktiviti-aktiviti ekonomi bukan ladang.
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain juga memainkan peranan yang
penting ke arah meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial.
NGO seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO), Perkumpulan
Wanita (Wl), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Pertubuhan Bantuan Wanita
Islam dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam serta pertubuhan-pertubuhan wanita yang
lain telah menyediakan berbagai program pembangunan berbentuk jayadiri dan kemudahan-
kemudahan sokongan yang lain.
Rasional
Menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik negara,
kerajaan mengakui bahawa strategi-strategi yang khusus perlu dibentuk bagi melibatkan
wanita secara berkesan dalam proses pembangunan supaya potensi wanita dapat
dioptimumkan. Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita melibatkan diri dalam
kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama. Ini memerlukan satu dasar bagi memberi
panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan
penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses
pembangunan negara.
Menyedari hakikat inilah kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dalam
tahun 1989. Penggubalan dasar ini memperjelaskan kesungguhan kerajaan ke arah membantu
penyertaan wanita dalam arus pembangunan negara dengan lebih bermakna. DWN
menyediakan garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses
pembangunan negara.
Objektif-objektif Dasar Wanita Negara ialah:
(i) untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan
sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan; dan
(ii) untuk mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara
selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu
kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta
memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur.
Strategi-strategi Pelaksanaan
Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan Dasar Wanita Negara (DWN), beberapa
strategi dibentuk bagi menjamin kecekapan, keberkesanan, keselarasan dan keseragaman
dasar dan tindakan sperti berikut:
(a) Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) Sebagai Jentera Pembangunan
Negara jentera negara bagi kemajuan wanita ialah HAWA yang kini diletakkan di bawah
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial. Adalah wajar HAWA
dipertingkatkan kuasa dan tarafnya dengan mewujudkan perhubungannya dengan setiap
Kementerian, mengadakan penyelaras di setiap negeri supaya dapat bertindak dengan lebih
berkesan mengenai hal ehwal wanita.
(b) Mengorientasikan Dasar dan Tindakan Agensi Kerajaan Supaya Memasukkan Proses
Perancangan, Pelaksanaan dan Pengawasaan Program-program Pengintegrasian Wanita.
Dalam penggubalan dasar, perundangan, peraturan dan program oleh apa juga sektor atau
agensi, pertimbangan mestilah dibuat tentang sumbangan dan implikasinya terhadap wanita;
impak dan kesan yang negatif terhadap wanita hendaklah diawasi. Satu sistem penyelarasan
dan kawalan bagi program-program yang komprehensif hendaklah diwujudkan bagi
mengelakkan kesan-kesan negatif dan juga bagi mengesani rintangan dan masalah, sama ada
dari segi undang-undang, mahupun dari segi amalan, supaya tindakan sewajarnya dapat
diambil bagi mengatasinya. Semua program pembangunan mestilah mempunyai strategi
yang menguntungkan wanita; penglibatan wanita di semua peringkat, daripada peringkat
awal perancangan hingga ke peringkat penilaian, di peringkat nasional dan di peringkat
tempatan hendaklah terjamin.
(c) Pendidikan dan Latihan Untuk Menyedarkan Pihak Pentadbiran Kerajaan Mengenai Isu
Wanita. Bagi membangkitkan kesedaran dan komitmen institusi dan agensi kerajaan,
program latihan kepekaan jantina gender sentisizing dipelbagai peringkat hendaklah
diadakan. Program latihan mengenai wanita dan pembangunan hendaklah diadakan
berterusan untuk kakitangan kerajaan.
(d) Penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan. Kerajaan hendaklah berusaha melibatkan
semua organisasi bukan kerajaan dan badan-badan sukarela dalam program dan tindakan
pembangunan wanita. Bantuan kewangan, teknikal, nasihat dan institusi hendaklah
diperuntukkan berterusan kepada persatuan-persatuan wanita bagi menggalakkan dan
mempertingkatkan perkhidmatan mereka.
(e) Membasmi Diskriminasi dan Mengambil Tindakan Tegas Langkah-langkah khusus
hendaklah diambil bagi membasmi diskriminasi terhadap wanita. Kelemahan-kelemahan
undang-undang bagi menjamin hak wanita hendaklah dibaiki. Tumpuan khas hendaklah
dihalakan kepada kawasan-kawasan kurang maju di luar bandar, wanita yang tidak berdaya
dan cacat serta wanita diberi peluang pendidikan.
(f) Memajukan dan Menyelaras Penyelidikan Mengenal Isu Wanita Menyedari hakikat
bahawa kurangnya data dan maklumat mengenai kedudukan wanita sebenarnya, maka
kerajaan hendaklah menggalak dan membantu penyelidikan dan kajian mengenai wanita. Di
samping itu kerajaan hendaklah menentukan bahawa segala pengumpulan data dan maklumat
oleh pelbagai sektor dan agensi kerajaan mengasing-asingkan butiran maklumat mengikut
jantina.
(g) Peruntukan Anggaran Belanjawan Kerajaan hendaklah menentukan bahawa
Kementerian-kementerian dan Agensi-agensi yang berkenaan menggunakan peruntukan yang
telah diluluskan dengan mengubahsuai tindakan bagi memenuhi program dan projek
pembangunan wanita.
Pelan Tindakan Mengikut Sektor
(a) Jentera Nasional Bagi Pengintegrasian Wanita Dalam Pembangunan
(i) HAWA hendaklah mempunyai hubungan yang berfungsi dengan semua Kementerian
lain. Ia hendaklah bertindak sebagai pusat penyelaras, pengesan, dan pemeroses isu-isu untuk
dikemukakan kepada NACIWID untuk mendapat pandangan, nasihat dan syor-syor untuk
tindakan pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkenaan;
(ii) Usaha bagi memperkukuhkan HAWA hendaklah termasuk program- program latihan
pegawai dan kakitangan urusetia supaya HAWA akan bertambah cekap dan dinamik; dan
(iii) Pengagihan bekalan kewangan sewajar dengan tugas dan fungsi HAWA yang lebih luas
ini hendaklah ditentukan.
(b) Kesihatan
(i) Mewujudkan satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira keperluan dan taraf
kesihatan kaum wanita. Konsep kesihatan yang komprehensif hendaklah meliputi aspek
kesihatan jasmani, mental dan emosi;
(ii) Satu mekanisma hendaklah diwujudkan bagi memudahkan penyertaan berbilang sektor
bagi menjamin penyebaran perkhidmatan kesihatan yang sama rata di semua kawasan, serta
menentukan usaha yang cekap dan berkesan sejajar dengan prioriti-prioriti tempatan;
(iii) Menggalakkan perkembangan ilmu dan amalan perubatan cara moden dan tradisional;
(iv) Melaksanakan dasar yang berkesan tentang penagihan dan penggunaan dadah dengan
melibatkan semua pihak dan lapisan;
(v) Mengadakan undang-undang yang dapat memberi perlindungan kepada pesakit daripada
pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab dalam memberi rawatan dan ubatan. Mangsa-
mangsa rogol dan keganasan hendalah diberi perlindungan daripada publisiti yang
meruntuhkan maruah dan keperibadian mereka; dan
(vi) Mengkaji undang-undang yang sedia ada, atau menggubal undang undang baru bagi
melindungi wanita akan pekerjaan-pekerjaan yang membahayakan kesihatan.
(c) Pendidikan dan Latihan
(i) Menhapuskan gambaran-gambaran yang merendahkan maruah dan
imej wanita;
(ii) Memudahkan penyertaan wanita dalam bidang-bidang yang diminati;
(iii) Meyakinkan wanita untuk mengambil peluang latihan bagi menceburkan diri dalam
lapangan sains dan teknologi moden;
(iv) Memasukkan pendidikan kekeluargaan dalam semua kursus pendidikan dan latihan
kerjaya untuk lelaki dan wanita;
(v) Menyemak dasar pengambilan dan pelaksanaan tugas institusi bagi menjamin
diskriminasi terhadap wanita tidak diamalkan;
(vi) Meluaskan lagi peluang-peluang latihan vokasional untuk wanita serta mengiktiraf
kemahiran-kemahiran wanita dalam bidang latihan dan pekerjaan;
(vii) Menekankan institusi pendidikan dewasa serta peluang pendidikan sepanjang hidup
agar kaum wanita dapat terus mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka; dan
(viii) Institusi-institusi swasta hendaklah diawasi supaya mereka tidak meneruskan
diskriminasi terhadap wanita ataupun mengekalkan gambaran-gambaran yang menghinakan
penyertaan wanita. Dasar Wanita Negara hendaklah meliputi semua sektor, baik kerajaan
mahupun bukan kerajaan.
(d) Undang-undang
(i) Menyemak dan mengemaskini undang-undang yang kurang berkesan;
(ii) Melibatkan wanita dalam penggubalan pelaksanaan undang- undang;
(iii) Mengadakan biro pengaduan dan nasihat yang mudah didapati untuk wanita;
(iv) Memberi pengetahuan mengenai hak individu disisi undang- undang;
(v) Menggubal undang-undang perlindungan daripada keganasan rumahtangga,
pemberhentian dan eksploitasi dalam pekerjaan dan bagi mangsa rogol dan keganasan; dan
(vi) Mewujudkan undang-undang keluarga yang saksama yang memelihara dan
mempertahankan hak ibu kandung dan bagi menyelesaikan pertikaian keluarga dengan adil
dan berperikemanusiaan.
(e) Pekerajan
(i) Dipertingkatkan penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan, sosial, ekonomi dan politik;
(ii) Perlu diadakan perkongsian saksama tentang manfaat pembangunan;
(iii) Perlu diperbanyakkan peluang pekerjaan, khususnya bagi wanita yang miskin dan tidak
mempunyai punca pencarian nafkah hidup;
(iv) Perlu ada 'job description' bagi semua jenis pekerjaan dan penentuan gaji yang
sewajamya, tanpa perbezaan jantina;
(v) Perlu diadakan undang-undang perlindungan untuk semua jenis pekerjaan;
(vi) Perlu diamalkan prinsip gaji sama untuk pekerjaan yang sama; dan
(vii) Perlu dihapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam peluang- peluang kenaikan
pangkat, latihan lanjutan dan pembuatan keputusan.
(f) Politik
(i) Kerajaan hendaklah mengadakan perundangan dan pentadbiran untuk menentukan
penglibatan wanita sepenuhnya dalam bidang politik negara, dan untuk menambahkan
pengambilan, pencalonan dan penempatan wanita pada kedudukan penentuan dasar di
peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan sehingga perwakilan saksama tercapai; dan
(ii) Kerajaan hendaklah juga menentukan sokongannya terhadap kemunculan lebih ramai
wanita ke peringkat perundangan dan eksekutif dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri,
Kerajaan Tempatan dan badan-badan lain.
(g) Media
(i) Meningkatkan penglibatan wanita dalam semua aspek perkembangan media seperti dasar
perancangan program dan perkhidmatan, penggendalian projek-projek pembangunan;
(ii) Menjalankan analisis jantina atas semua program supaya dapat mengesan penyertaan
wanita sebagai penerbit, sebagai pengguna media massa dan penerima kesan media
seluruhnya;
(iii) Mengikis pendapat dan kesan-kesan negatif terhadap wanita dalam program iklan dan
pendapat yang disiarkan; dan
(iv) Menggunakan pengaruh media bagi memupuk sikap dan nilai positif terhadap wanita
dan sumbangannya.
(h) Agama
(i) Mendapatkan pandangan wanita dalam membentuk fatwa yang melibatkan wanita dan
isu wanita;
(ii) Menggalakkan penyertaan wanita dalam semua aktiviti agama;
(iii) Mewujudkan perbincangan antara pelbagai agama sebagai usaha mencapai
persefahaman;
(iv) Menjadikan agama sebagai asas ke arah pemodenan masyarakat berbilang kaum; dan
(v) Mewujudkan suasana perkongsian hidup yang sihat di kalangan wanita dan lelaki.
(i) Kebudayaan
(i) Penyertaan wanita dalam bidang seni perlu mendapat perhatian bagi mengembangkannya;
(ii) Kemudahan dan galakan hendaklah diberi kepada wanita untuk menyertai semua
kegiatan budaya dan seni;
(iii) Diskriminasi dalam bidang seni dan budaya hendaklah dihapuskan;
(iv) Penyertaan wanita dalam Majlis Perundingan Kebudayaan Kebangsaan hendaklah
dipertingkatkan; dan
(v) Amalan yang melibatkan wanita secara 'tokenism' atau bagai melepaskan batuk ditangga
diberhentikan.
Penutup
Penggubalan DWN ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan lagi
penyertaan wanita di dalam pembangunan secara lebih berkesan, sistematik dan bermakna.
Memandangkan bahawa wanita memainkan peranan yang penting di dalam dan di luar
rumah serta merupakan sumber ekonomi yang penting, matlamat kerajaan adalah untuk
menjadikan wanita sebagai rakan yang sama penting dalam usaha membina negara.

More Related Content

What's hot

pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)Mun Ying
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMContoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMKacang Pistachio
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaNur Azwani Azmi
 
Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM
Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM
Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM Irfan Mustaffa
 
PA nota ringkas Penggal 3
PA nota ringkas Penggal 3PA nota ringkas Penggal 3
PA nota ringkas Penggal 3路人 路过
 
Era pemerintahan tun hussein onn
Era pemerintahan tun hussein onnEra pemerintahan tun hussein onn
Era pemerintahan tun hussein onnseridatul Md Shah
 
pengajian Am:Dasar pembangunan nasional
pengajian Am:Dasar pembangunan nasionalpengajian Am:Dasar pembangunan nasional
pengajian Am:Dasar pembangunan nasionalathirah zainudin
 
Pengajian Am STPM Penggal 3 , 2014
Pengajian Am STPM Penggal 3 , 2014 Pengajian Am STPM Penggal 3 , 2014
Pengajian Am STPM Penggal 3 , 2014 aynuranajwa
 
Faktor penubuhan persekutuan tanah melayu
Faktor penubuhan persekutuan tanah melayuFaktor penubuhan persekutuan tanah melayu
Faktor penubuhan persekutuan tanah melayusarahzackiron
 
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Christine Leo
 
Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)
Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)
Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)Alif Akram
 
Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)
Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)
Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)Ums
 
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu2013
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu2013Pertubuhan bangsa bangsa bersatu2013
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu2013munnianwar
 
Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)munnianwar
 
Suruhanjaya Selatan Selatan
Suruhanjaya Selatan SelatanSuruhanjaya Selatan Selatan
Suruhanjaya Selatan Selatanmunnianwar
 

What's hot (20)

asean community
 asean community asean community
asean community
 
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
pengajian am - kumpulan lapan negara membangun (d8)
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPMContoh Kerja Kursus Sejarah STPM
Contoh Kerja Kursus Sejarah STPM
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
 
Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM
Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM
Dasar Perindustrian Berat Malaysia Pengajian AM
 
Pergerakan jisim
Pergerakan jisimPergerakan jisim
Pergerakan jisim
 
PA nota ringkas Penggal 3
PA nota ringkas Penggal 3PA nota ringkas Penggal 3
PA nota ringkas Penggal 3
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsa
 
Dasar pertanian negara
Dasar pertanian negaraDasar pertanian negara
Dasar pertanian negara
 
Era pemerintahan tun hussein onn
Era pemerintahan tun hussein onnEra pemerintahan tun hussein onn
Era pemerintahan tun hussein onn
 
pengajian Am:Dasar pembangunan nasional
pengajian Am:Dasar pembangunan nasionalpengajian Am:Dasar pembangunan nasional
pengajian Am:Dasar pembangunan nasional
 
Pengajian Am STPM Penggal 3 , 2014
Pengajian Am STPM Penggal 3 , 2014 Pengajian Am STPM Penggal 3 , 2014
Pengajian Am STPM Penggal 3 , 2014
 
Faktor penubuhan persekutuan tanah melayu
Faktor penubuhan persekutuan tanah melayuFaktor penubuhan persekutuan tanah melayu
Faktor penubuhan persekutuan tanah melayu
 
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
Pengajian Am Penggal 3 (ASEAN)
 
Perhubungan luar
Perhubungan luarPerhubungan luar
Perhubungan luar
 
Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)
Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)
Kepentingan Pemasaran Dalam Perniagaan (4P)
 
Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)
Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)
Pelan Induk Perindustrian Negara ( PENGAJIAN AM 2)
 
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu2013
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu2013Pertubuhan bangsa bangsa bersatu2013
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu2013
 
Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)Model ekonomi baru (meb)
Model ekonomi baru (meb)
 
Suruhanjaya Selatan Selatan
Suruhanjaya Selatan SelatanSuruhanjaya Selatan Selatan
Suruhanjaya Selatan Selatan
 

Similar to Dasar wanita negara1

Pengajian Malaysia: Dasar utama 2
Pengajian Malaysia: Dasar utama 2Pengajian Malaysia: Dasar utama 2
Pengajian Malaysia: Dasar utama 2Brenda Rachel Marie
 
Dasar Wanita Negara
Dasar Wanita NegaraDasar Wanita Negara
Dasar Wanita NegaraMis Sem
 
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433Brenda Rachel Marie
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integritiJacq95
 
Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks
Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iksPemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks
Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iksSyahirah Umar
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumHeather Strinden
 
A169696 LMCP1552 Amalan Terbaik
A169696 LMCP1552 Amalan TerbaikA169696 LMCP1552 Amalan Terbaik
A169696 LMCP1552 Amalan TerbaikFirzanaFadzel1
 
Grafik peranan-agensi baru
Grafik  peranan-agensi baruGrafik  peranan-agensi baru
Grafik peranan-agensi baruYang Lai Wan
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 
Karangan ikut tema
Karangan ikut temaKarangan ikut tema
Karangan ikut temauum
 
Majlis AIDS Malaysia
Majlis AIDS MalaysiaMajlis AIDS Malaysia
Majlis AIDS MalaysiaAzman Jaeh
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA5006
 
Hubungan etnik bab 9 sumbangan
Hubungan etnik bab 9 sumbanganHubungan etnik bab 9 sumbangan
Hubungan etnik bab 9 sumbanganAsraf Rahmat
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanArwendy jaikul
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanismakie
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1Brenda Rachel Marie
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanpeningla
 
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanmothy
 

Similar to Dasar wanita negara1 (20)

Pengajian Malaysia: Dasar utama 2
Pengajian Malaysia: Dasar utama 2Pengajian Malaysia: Dasar utama 2
Pengajian Malaysia: Dasar utama 2
 
Dasar Wanita Negara
Dasar Wanita NegaraDasar Wanita Negara
Dasar Wanita Negara
 
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
Pengajian Malaysia: Dasar pembangunan negara new 010713 065433
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integriti
 
Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks
Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iksPemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks
Pemerkasaan wanita dalam industri desa iaitu iks
 
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi KaumAssignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum
 
A169696 LMCP1552 Amalan Terbaik
A169696 LMCP1552 Amalan TerbaikA169696 LMCP1552 Amalan Terbaik
A169696 LMCP1552 Amalan Terbaik
 
Grafik peranan-agensi baru
Grafik  peranan-agensi baruGrafik  peranan-agensi baru
Grafik peranan-agensi baru
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Karangan ikut tema
Karangan ikut temaKarangan ikut tema
Karangan ikut tema
 
NDI political campaign planning
NDI political campaign planningNDI political campaign planning
NDI political campaign planning
 
Majlis AIDS Malaysia
Majlis AIDS MalaysiaMajlis AIDS Malaysia
Majlis AIDS Malaysia
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Hubungan etnik bab 9 sumbangan
Hubungan etnik bab 9 sumbanganHubungan etnik bab 9 sumbangan
Hubungan etnik bab 9 sumbangan
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduan
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukan
 
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
 

Dasar wanita negara1

  • 1. Dasar Wanita Negara Latarbelakang Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama di dalam pembentukan generasi akan datang malah melupakan sumber ekonomi yang penting. Buat masa ini, mereka merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga buruh. Dari segi penyertaan buruh, penyertaan wanita meningkat dari 37.2 peratus dalam tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam tahun 1990. Di sektor luar bandar dan pertanian, wanita terus merupakan faktor penting. Gunatenaga wanita juga telah bertambah dengan banyaknya di dalam sektor pembuatan terutamanya dalam sektor tekstail dan elektronik. Di sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan masyarakat, sosial, persendirian serta sektor awam, penyertaan wanita juga kian meningkat. Wanita juga telah lama memainkan peranan yang aktif di bidang politik negara. Mereka merupakan kumpulan pengundi yang kuat dan sering memainkan peranan sebagai penarik pengundi. Kerajaan telah lama mengiktiraf sumbangan besar wanita di dalam pembangunan negara. Oleh itu kerajaan sentiasa menggalakkan penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara dengan membuka peluang-peluang yang lebih luas bagi menceburi bidang sosial, ekonomi dan politik. Beberapa institusi telah ditubuhkan untuk mengintegrasikan wanita ke dalam aliran utama pembangunan. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) di Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan pada tahun 1976 bagi menterjemahkan pelan tindakan sedunia mengenai wanita dalam pembangunan negara. Pada tahun 1983, Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) telah ditubuhkan untuk mengawasi dan menilai perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor awam dan swasta bagi faedah kaum wanita. Selain daripada bertindak sebagai pusat maklumat utama mengenai hal ehwal wanita, HAWA juga berfungsi sebagai urusetia kepada NACIWID. Sistem penyampaian pelbagai perkhidmatan sokongan untuk wanita telah diperkukuhkan lagi melalui aktiviti organisasi-organisasi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan beberapa Lembaga Kemajuan Wilayah. Penubuhan sebuah agensi amanah bukan kerajaan iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) turut membantu mempertingkatkan penyertaan kaum wanita terutamanya di luar bandar di dalam aktiviti-aktiviti ekonomi bukan ladang. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain juga memainkan peranan yang penting ke arah meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial. NGO seperti Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO), Perkumpulan Wanita (Wl), Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Pertubuhan Bantuan Wanita Islam dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam serta pertubuhan-pertubuhan wanita yang lain telah menyediakan berbagai program pembangunan berbentuk jayadiri dan kemudahan- kemudahan sokongan yang lain.
  • 2. Rasional Menyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat, ekonomi dan politik negara, kerajaan mengakui bahawa strategi-strategi yang khusus perlu dibentuk bagi melibatkan wanita secara berkesan dalam proses pembangunan supaya potensi wanita dapat dioptimumkan. Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama. Ini memerlukan satu dasar bagi memberi panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses pembangunan negara. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah menggubal Dasar Wanita Negara (DWN) dalam tahun 1989. Penggubalan dasar ini memperjelaskan kesungguhan kerajaan ke arah membantu penyertaan wanita dalam arus pembangunan negara dengan lebih bermakna. DWN menyediakan garis panduan bagi mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negara. Objektif-objektif Dasar Wanita Negara ialah: (i) untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan; dan (ii) untuk mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur. Strategi-strategi Pelaksanaan Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan Dasar Wanita Negara (DWN), beberapa strategi dibentuk bagi menjamin kecekapan, keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan sperti berikut: (a) Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) Sebagai Jentera Pembangunan Negara jentera negara bagi kemajuan wanita ialah HAWA yang kini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial. Adalah wajar HAWA dipertingkatkan kuasa dan tarafnya dengan mewujudkan perhubungannya dengan setiap Kementerian, mengadakan penyelaras di setiap negeri supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan mengenai hal ehwal wanita. (b) Mengorientasikan Dasar dan Tindakan Agensi Kerajaan Supaya Memasukkan Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Pengawasaan Program-program Pengintegrasian Wanita. Dalam penggubalan dasar, perundangan, peraturan dan program oleh apa juga sektor atau agensi, pertimbangan mestilah dibuat tentang sumbangan dan implikasinya terhadap wanita; impak dan kesan yang negatif terhadap wanita hendaklah diawasi. Satu sistem penyelarasan dan kawalan bagi program-program yang komprehensif hendaklah diwujudkan bagi
  • 3. mengelakkan kesan-kesan negatif dan juga bagi mengesani rintangan dan masalah, sama ada dari segi undang-undang, mahupun dari segi amalan, supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mengatasinya. Semua program pembangunan mestilah mempunyai strategi yang menguntungkan wanita; penglibatan wanita di semua peringkat, daripada peringkat awal perancangan hingga ke peringkat penilaian, di peringkat nasional dan di peringkat tempatan hendaklah terjamin. (c) Pendidikan dan Latihan Untuk Menyedarkan Pihak Pentadbiran Kerajaan Mengenai Isu Wanita. Bagi membangkitkan kesedaran dan komitmen institusi dan agensi kerajaan, program latihan kepekaan jantina gender sentisizing dipelbagai peringkat hendaklah diadakan. Program latihan mengenai wanita dan pembangunan hendaklah diadakan berterusan untuk kakitangan kerajaan. (d) Penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan. Kerajaan hendaklah berusaha melibatkan semua organisasi bukan kerajaan dan badan-badan sukarela dalam program dan tindakan pembangunan wanita. Bantuan kewangan, teknikal, nasihat dan institusi hendaklah diperuntukkan berterusan kepada persatuan-persatuan wanita bagi menggalakkan dan mempertingkatkan perkhidmatan mereka. (e) Membasmi Diskriminasi dan Mengambil Tindakan Tegas Langkah-langkah khusus hendaklah diambil bagi membasmi diskriminasi terhadap wanita. Kelemahan-kelemahan undang-undang bagi menjamin hak wanita hendaklah dibaiki. Tumpuan khas hendaklah dihalakan kepada kawasan-kawasan kurang maju di luar bandar, wanita yang tidak berdaya dan cacat serta wanita diberi peluang pendidikan. (f) Memajukan dan Menyelaras Penyelidikan Mengenal Isu Wanita Menyedari hakikat bahawa kurangnya data dan maklumat mengenai kedudukan wanita sebenarnya, maka kerajaan hendaklah menggalak dan membantu penyelidikan dan kajian mengenai wanita. Di samping itu kerajaan hendaklah menentukan bahawa segala pengumpulan data dan maklumat oleh pelbagai sektor dan agensi kerajaan mengasing-asingkan butiran maklumat mengikut jantina. (g) Peruntukan Anggaran Belanjawan Kerajaan hendaklah menentukan bahawa Kementerian-kementerian dan Agensi-agensi yang berkenaan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan dengan mengubahsuai tindakan bagi memenuhi program dan projek pembangunan wanita. Pelan Tindakan Mengikut Sektor (a) Jentera Nasional Bagi Pengintegrasian Wanita Dalam Pembangunan (i) HAWA hendaklah mempunyai hubungan yang berfungsi dengan semua Kementerian lain. Ia hendaklah bertindak sebagai pusat penyelaras, pengesan, dan pemeroses isu-isu untuk
  • 4. dikemukakan kepada NACIWID untuk mendapat pandangan, nasihat dan syor-syor untuk tindakan pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkenaan; (ii) Usaha bagi memperkukuhkan HAWA hendaklah termasuk program- program latihan pegawai dan kakitangan urusetia supaya HAWA akan bertambah cekap dan dinamik; dan (iii) Pengagihan bekalan kewangan sewajar dengan tugas dan fungsi HAWA yang lebih luas ini hendaklah ditentukan. (b) Kesihatan (i) Mewujudkan satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira keperluan dan taraf kesihatan kaum wanita. Konsep kesihatan yang komprehensif hendaklah meliputi aspek kesihatan jasmani, mental dan emosi; (ii) Satu mekanisma hendaklah diwujudkan bagi memudahkan penyertaan berbilang sektor bagi menjamin penyebaran perkhidmatan kesihatan yang sama rata di semua kawasan, serta menentukan usaha yang cekap dan berkesan sejajar dengan prioriti-prioriti tempatan; (iii) Menggalakkan perkembangan ilmu dan amalan perubatan cara moden dan tradisional; (iv) Melaksanakan dasar yang berkesan tentang penagihan dan penggunaan dadah dengan melibatkan semua pihak dan lapisan; (v) Mengadakan undang-undang yang dapat memberi perlindungan kepada pesakit daripada pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab dalam memberi rawatan dan ubatan. Mangsa- mangsa rogol dan keganasan hendalah diberi perlindungan daripada publisiti yang meruntuhkan maruah dan keperibadian mereka; dan (vi) Mengkaji undang-undang yang sedia ada, atau menggubal undang undang baru bagi melindungi wanita akan pekerjaan-pekerjaan yang membahayakan kesihatan. (c) Pendidikan dan Latihan (i) Menhapuskan gambaran-gambaran yang merendahkan maruah dan imej wanita; (ii) Memudahkan penyertaan wanita dalam bidang-bidang yang diminati;
  • 5. (iii) Meyakinkan wanita untuk mengambil peluang latihan bagi menceburkan diri dalam lapangan sains dan teknologi moden; (iv) Memasukkan pendidikan kekeluargaan dalam semua kursus pendidikan dan latihan kerjaya untuk lelaki dan wanita; (v) Menyemak dasar pengambilan dan pelaksanaan tugas institusi bagi menjamin diskriminasi terhadap wanita tidak diamalkan; (vi) Meluaskan lagi peluang-peluang latihan vokasional untuk wanita serta mengiktiraf kemahiran-kemahiran wanita dalam bidang latihan dan pekerjaan; (vii) Menekankan institusi pendidikan dewasa serta peluang pendidikan sepanjang hidup agar kaum wanita dapat terus mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka; dan (viii) Institusi-institusi swasta hendaklah diawasi supaya mereka tidak meneruskan diskriminasi terhadap wanita ataupun mengekalkan gambaran-gambaran yang menghinakan penyertaan wanita. Dasar Wanita Negara hendaklah meliputi semua sektor, baik kerajaan mahupun bukan kerajaan. (d) Undang-undang (i) Menyemak dan mengemaskini undang-undang yang kurang berkesan; (ii) Melibatkan wanita dalam penggubalan pelaksanaan undang- undang; (iii) Mengadakan biro pengaduan dan nasihat yang mudah didapati untuk wanita; (iv) Memberi pengetahuan mengenai hak individu disisi undang- undang; (v) Menggubal undang-undang perlindungan daripada keganasan rumahtangga, pemberhentian dan eksploitasi dalam pekerjaan dan bagi mangsa rogol dan keganasan; dan (vi) Mewujudkan undang-undang keluarga yang saksama yang memelihara dan mempertahankan hak ibu kandung dan bagi menyelesaikan pertikaian keluarga dengan adil dan berperikemanusiaan. (e) Pekerajan (i) Dipertingkatkan penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan, sosial, ekonomi dan politik;
  • 6. (ii) Perlu diadakan perkongsian saksama tentang manfaat pembangunan; (iii) Perlu diperbanyakkan peluang pekerjaan, khususnya bagi wanita yang miskin dan tidak mempunyai punca pencarian nafkah hidup; (iv) Perlu ada 'job description' bagi semua jenis pekerjaan dan penentuan gaji yang sewajamya, tanpa perbezaan jantina; (v) Perlu diadakan undang-undang perlindungan untuk semua jenis pekerjaan; (vi) Perlu diamalkan prinsip gaji sama untuk pekerjaan yang sama; dan (vii) Perlu dihapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam peluang- peluang kenaikan pangkat, latihan lanjutan dan pembuatan keputusan. (f) Politik (i) Kerajaan hendaklah mengadakan perundangan dan pentadbiran untuk menentukan penglibatan wanita sepenuhnya dalam bidang politik negara, dan untuk menambahkan pengambilan, pencalonan dan penempatan wanita pada kedudukan penentuan dasar di peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan sehingga perwakilan saksama tercapai; dan (ii) Kerajaan hendaklah juga menentukan sokongannya terhadap kemunculan lebih ramai wanita ke peringkat perundangan dan eksekutif dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Tempatan dan badan-badan lain. (g) Media (i) Meningkatkan penglibatan wanita dalam semua aspek perkembangan media seperti dasar perancangan program dan perkhidmatan, penggendalian projek-projek pembangunan; (ii) Menjalankan analisis jantina atas semua program supaya dapat mengesan penyertaan wanita sebagai penerbit, sebagai pengguna media massa dan penerima kesan media seluruhnya; (iii) Mengikis pendapat dan kesan-kesan negatif terhadap wanita dalam program iklan dan pendapat yang disiarkan; dan (iv) Menggunakan pengaruh media bagi memupuk sikap dan nilai positif terhadap wanita dan sumbangannya. (h) Agama
  • 7. (i) Mendapatkan pandangan wanita dalam membentuk fatwa yang melibatkan wanita dan isu wanita; (ii) Menggalakkan penyertaan wanita dalam semua aktiviti agama; (iii) Mewujudkan perbincangan antara pelbagai agama sebagai usaha mencapai persefahaman; (iv) Menjadikan agama sebagai asas ke arah pemodenan masyarakat berbilang kaum; dan (v) Mewujudkan suasana perkongsian hidup yang sihat di kalangan wanita dan lelaki. (i) Kebudayaan (i) Penyertaan wanita dalam bidang seni perlu mendapat perhatian bagi mengembangkannya; (ii) Kemudahan dan galakan hendaklah diberi kepada wanita untuk menyertai semua kegiatan budaya dan seni; (iii) Diskriminasi dalam bidang seni dan budaya hendaklah dihapuskan; (iv) Penyertaan wanita dalam Majlis Perundingan Kebudayaan Kebangsaan hendaklah dipertingkatkan; dan (v) Amalan yang melibatkan wanita secara 'tokenism' atau bagai melepaskan batuk ditangga diberhentikan. Penutup Penggubalan DWN ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan lagi penyertaan wanita di dalam pembangunan secara lebih berkesan, sistematik dan bermakna. Memandangkan bahawa wanita memainkan peranan yang penting di dalam dan di luar rumah serta merupakan sumber ekonomi yang penting, matlamat kerajaan adalah untuk menjadikan wanita sebagai rakan yang sama penting dalam usaha membina negara.