2. PENGENALAN
DASAR PERTANIAN NEGARA ( DPN 1)
Dasar pertanian Negara telah dilancarkan oleh bekas timbalan Perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Musa Hitam selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet .
Dasar ini dilaksanakan sepenuhnya dibawah Rancangan Malaysia Kelima.
Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) dilaksanakan pada tahun 1984 hingga
1991 dengan memberi penekanan kepada dasar expansionary
(perluasan/pengembangan) yang mengutamakan tanaman komoditi seperti kelapa
sawit dan koko.
3. TUJUAN
Membaiki sosio-ekonomi dan meninggikan pendapatan para petani,
Mengeluarkan bahan pertanian yang cukup untuk keperluan negara dan
eksport.
Memajukan dua tanaman tersebut.
4. STRATEGI
Strategi-strategi yang dipilih ialah merangkumi beberapa dasar yang sedia ada
tetapi diperkemas, dipergiat dan diperkukuhkan lagi dengan yang baru.
Pembukaan tanah baru bertujuan menyediakan peluang pekerjaan,
membolehkan penubuhan unit kebun yang lebih ekonomi, mewujudkan
amalan pertanian yang lebih cekap dan mengimbangkan taburan penduduk.
Pembangunan in-situ pula ialah rancangan untuk menambahkan daya
pengeluaran pertanian dengan memperbaiki kemudahan infrastruktur,
program penanaman semula, meneyelesaikan masalah saiz tanah yang tidak
ekonomik, tanaman yang kurang menguntungkan dan tahap produktiviti yang
rendah.
Usaha yang pihak kerajaan lakukan iaitu Pembangunan Pertanian Bersepadu
di bawah Kementeriaan Pertanian atau melalui projek khas seperti Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda ( MADA ), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (
KADA) dan Perbadanan-perbadanan Pembangunan Wilayah.